Abstrak (Eko)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

030430-03-1091 SP6131/1064

KADAR INFLASI DI MALAYSIA DARI TAHUN 2009 SEHINGGA TAHUN


2019

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis arah aliran kadar inflasi Malaysia
dari tahun 2009 hingga tahun 2019 dan mengkaji hubungan kadar inflasi dengan
kadar pertumbuhan ekonomi di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2019. kaedah
memperoleh data ialah menggunakan data sekunder iaitu sumber internet dan buku
ACE STPM: Ekonomi Penggal 3. Bagi kaedah menganalisis data pula, kaedah
analisis arah aliran, kaedah analisis kadar pertumbuhan dan kaedah analisis
perbandingan telah digunakan. Graf yang digunakan ialah graf garis komponen. Hasil
dapatan objektif pertama mendapati bahawa, arah aliran kadar inflasi dalam tempoh
yang dikaji ialah naik turun. Arah aliran yang meningkat dapat dilihat pada tahun
2010, 2011, 2013, 2014, 2016 dan 2017 manakala pada tahun 2009, 2012, 2015, 2018
dan 2019, arah aliran kadar inflasi menunjukkan penurunan. Hal ini demikian kerana
faktor kos dan penawaran yang berubah-ubah. Bagi objektif kedua, hasil dapatan
menunjukkan kadar inflasi berhubung secara langsung dengan kadar pertumbuhan
ekonomi kecuali pada tahun 2011, 2013 dan 2016. Hal ini demikian kerana inflasi
yang sederhana dapat meningkatkan keuntungan perniagaan, maka KDNK akan turut
meningkat. Seterusnya, antara cadangan untuk mengawal inflasi agar tidak berlaku
inflasi yang tinggi ialah memperkenalkan dan menggalakkan penggunaa teknologi
dalam sektor primer seperti Internet Kebendaan (IoT). Pemberian Permit Khas juga
membolehkan subsidi petrol dan diesel dapat diagihkan secara menyeluruh dan
berkesan kepada industri yang terlibat.

ii

You might also like