Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pada tahun 2006, hutang kerajaan persekutuan berjumlah RM 242,225 juta meningkat

sebanyak RM 24,497 juta atau bersamaan 10.11% berbanding RM 266,722 juta pada tahun 2007
dengan hutang domestik meningkat kepada RM217,320 juta manakala hutang luar pula berkurang
kepada RM27,054 juta. Hutang kerajaan persekutuan terbahagi kepada hutang dalam negeri yang
merangkumi bil perbendaharaan, terbitan pelaburan, sekuriti kerajaan dan tabung pinjaman
perumahan manakala hutang luar negeri merangkumi pinjaman pasaran dan pinjaman domestik.
Pada tahun 2006, peningkatan terbitan pelaburan sebanyak RM 9,500 juta, peningkatan hutang
sekuriti kerajaan sebanyak RM 8,250 juta dan peningkatan tabung pinjaman perumahan sebanyak
RM 800 juta berbanding pada tahun 2005 merupakan punca hutang dalam negeri meningkat
sebanyak RM 18,550 juta berbanding hutang luar yang menurun sebanyak RM 4,995 juta
berbanding pada tahun 2005. Sebagai langkah berhemah, kerajaan sentiasa memastikan pinjaman
yang dibuat adalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Jumlah pinjaman kasar dalam
negeri berjumlah sebanyak RM 36,100 juta dimana daripada jumlah tersebut RM 17,750 juta
adalah pinjaman baru dan RM 18,350 juta untuk bayaran balik pinjaman sedia ada. Daripada
jumlah tersebut, RM 26,100 juta akan diperoleh melalui penerbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia
(SKM), manakala bakinya sebanyak RM10,000 juta menerusi Terbitan Pelaburan Kerajaan (TPK).
Sejumlah RM11,700 juta telah diperoleh melalui empat terbitan baru secara tender terbuka dan
tawaran persendirian, manakala baki RM14,400 juta diperoleh menerusi enam terbitan semula
SKM sedia ada. Bagi membiayai projek menaiktaraf dan memulihkan infrastruktur bekalan air
pada tahun 2006, pengeluaran pinjaman sedia ada berjumlah RM 1,132 juta diperoleh daripada
sumber dua hala dan pelbagai hala.

You might also like