Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

5.1.

1 PERSEKITARAN EKONOMI

Menurut Abu Bakar Hamid (1996), persekitaran ekonomi merujuk kepada risiko dan

ketidakpastian pasaran, kedudukan pasaran wang dan keadaan atau pertumbuhan dan

kemelesetan ekonomi. Pengkaji akan mengkaji pengaruh persekitaran ekonomi yang merujuk

kepada pengaruh keadaan ekonomi terhadap Malaysia Airlines Berhad. Ekonomi yang stabil

dapat meningkatkan produktiviti dalam sesebuah syarikat. Pada tahun 2017, Malaysia

menunjukkan prestasi yang kukuh dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 5.9%.

Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan dalam negeri, mencerminkan pengembangan

yang lebih pesat dalam perbelanjaan sektor swasta dan awam. Pencapaian penting pada tahun

2017 ialah peningkatan eksport kasar, yang melonjak dengan ketara sebanyak 18.9%.

(https://www.bnm.gov.my). Industri penerbangan Malaysia telah menyaksikan suatu

peningkatan prestasi yang memberangsangkan pada tahun 2017 berikutan dengan keadaan

yang semakin pulih pada tahun 2016. Malaysia Airlines, yang berjaya meningkatkan faktor

muatan penumpang tahun ke tahun sebanyak 16.9 peratus pada suku kedua 2017 berbanding

suku sama pada 2016 dalam keadaan persaingan yang semakin meningkat. Pemulihan dalam

perniagaan antarabangsa berterusan pada suku kedua 2017 dengan faktor muatan sebanyak

78.8 peratus berbanding 67.4 peratus pada suku kedua 2016 menyebabkan Malaysia Airlines

Berhad mengalami keuntungan (https://www.astroawani.com). Selain itu, pengkaji akan

mengkaji pengaruh persekitaran ekonomi yang merujuk kepada perubahan harga tiket

penerbangan dalam Malaysia Airlines Berhad. Malaysia Airlines Bhd menawarkan potongan

sehingga 30 peratus ke atas tambang Kelas Ekonomi dan sehingga 35 peratus untuk Kelas

Perniagaan bagi semua destinasi bermula 5 hingga 18 November sempena promosi Jualan

Akhir Tahun. Pelanggan Kelas Ekonomi boleh menikmati perjalanan pergi-balik dan

tambang termasuk semua daripada serendah RM661 untuk destinasi Bali, mulai RM1,299

bagi penerbangan ke Seoul, daripada RM1,569 ke Tokyo, daripada RM1,699 ke destinasi

Sydney dan daripada serendah RM2,999 ke London, dengan berlepas dari Kuala Lumpur.

Pengurangan tambang ke semua destinasi oleh Malaysia Airlines Bhd mencatatkan

peningkatan pendapatan dua peratus pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019 berbanding
tahun sebelumnya disokong oleh kapasiti domestik dan antarabangsa, apabila syarikat

penerbangan nasional itu mencatatkan lebih ramai penumpang. Jumlah penumpangnya

meningkat kepada 3.38 juta daripada 3.22 juta orang

You might also like