Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SRAB JB

Mengumumkan ketibaan Hj Mohd Salleh bin Abd Rahman, selaku wakil


masyarakat bagi ahli parlimen Johor Bahru diiringi Puan Hajah Zainab binti
Harun, Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru
masuk ke dalam dewan.

**vvip masuk dewan

Hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berbahagia Tuan Hj Mohd Salleh bin Abd Rahman, wakil masyarakat
bagi ahli parlimen Johor Bahru

Yang Berusaha Pn Hjh Zainab binti Harun, Guru Besar Sekolah Rendah
Agama Bersepadu Johor Bahru

Yang Dihormati Pn. Hjh Farizah binti Hj Niat, Guru Penolong Kanan
Kurikulum & Pentadbiran,

Yang Dihormati Ustaz Abdul Hadi bin Amar, Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid,

Yang Dihormati Ustaz Kassim bin Sarjo, Guru Penolong Kanan


Kokurikulum

Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Assabri bin Sidon, Yang Dipertua PIBG
SRAb Johor Bahru.

Barisan guru-guru, barisan ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi


sekalian.

Assalammualaikum wbt.
Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,

Dibawa ke Perlis bersama peria,

Hari ini kita berkampung,

Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke Majlis hari anugerah kecemerlangan Sekolah Rendah


Agama Bersepadu Johor Bahru bagi tahun 2019.

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana


dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun
pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang
pelajaran.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua
hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya
kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Salleh bin Abdul Rahman,
selaku wakil masyarakat ahli parlimen Johor Bahru, kerana sudi
meluangkan masa dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami
pada hari ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak
sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang
akan dibacakan oleh: Ustaz Ghozahar bin Ghozi. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


Ustaz Ghozahar bin Ghozi atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati


Tangan ditadah penuh inayah,

Majlis dibuka penuh rahmatNya,

Mohon keberkatan serta hidayah,

Moga tercerna minda kelas pertama.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd


Assabri bin Sidon, Yang Dipertua PIBG SRAB Johor Bahru untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

************(Ucapan YDP.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Tuan Haji
Mohd Assabri bin Sidon, Yang Dipertua PIBG SRAB Johor Bahru atas
ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha Pn Hjh Zainab binti Harun,
Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru untuk
menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Ucapan GB.)

Ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Hjh Zainab binti Harun,
Guru Besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor Bahru atas ucapan
tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Salleh


bin Abdul Rahman, selaku wakil masyarakat ahli parlimen Johor Bahru,
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah
Kecemerlangan Pelajar bagi seisi 2019. Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

***********(Ucapan vvip)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Salleh bin Abdul Rahman, atas
ucapan dan perasmian majlis ini tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita
menyaksikan persembahan daripada murid-murid ___________________.
Dipersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid _____________yang telah membuat


persembahan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih dan


berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan
kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang berjaya
sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini akan menjadi pencetus
semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.
Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan
untuk ___________________

Terlebih dahulu, majlis menjemput ____________________________


mengiringi________________________________________, ke atas
pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

(1)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan _____)

Terima kasih diucapkan kepada _________________________ dan


_____________________________________ atau penyampaian hadiah
tersebut.

…………………………………………………………………………………….

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil bagi
___________________________________.

Untuk menyempurnakan uapacara tersebut, pihak majlis mempersilakan


___________________________________ bagi mengiringi
____________________________________________ ke atas
pentas.Dipersilakan

(2)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan _____)

Terima kasih diucapkan kepada _________________________ dan


_____________________________________ atau penyampaian hadiah
tersebut.

……………………………………………………………………………………….
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil bagi
___________________________________.

Untuk menyempurnakan uapacara tersebut, pihak majlis mempersilakan


___________________________________ bagi mengiringi
____________________________________________ ke atas
pentas.Dipersilakan

(3)************(Penyampaian hadiah dan sijil penghargaan _____)

Terima kasih diucapkan kepada _________________________ dan


_____________________________________ atau penyampaian hadiah
tersebut.

……………………………………………………………………………………

(~PENYAMPAIAN CENDERAHATI~)

Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda


kenangan sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia, Tuan Haji Mohd Salleh bin Abdul Rahman kerana telah
sudi hadir dan menyerikan acara ‘Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019’
pada kali ini. Dipersilakan Puan Hajah Zainab binti Harun menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berbahagia.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku
pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang saya mengendalikan majlis ini.
Kalau ada jarum yang patah

Banyak kain tidak berjahit

Kalau ada silap dan salah

Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan
itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama
insan.

Sekian wabillahi taufik..................

You might also like