Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

3.

0 LOKASI KAJIAN

Kawasan kajian merupakan aspek yang penting dalam kajian ini. Oleh itu,
pengkaji telah memfokuskan Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan sebagai
lokasi untuk menjalankan kajian.

3.1 Peta Negeri Selangor

Peta 1 : Peta Negeri Selangor


Sumber : Google Maps 2023

Asal usul Negeri Selangor

Peta 1 menunjukkan tentang peta Negeri Selangor. Negeri Selangor merupakan


negeri yang terletak di barat semenanjung Malaysia. Negeri ini mempunyai banyak
keunikan dan keistimewaan serta nilai – nilai sejarah yang tinggi. Negeri ini yang dijolok
sebagai negeri Darul Ehsan mempunyai sembilan daerah termasuk Kuala Selangor. Di
negeri ini juga terletaknya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya, di mana kedua – dua wilayah persekutuan tersebut merupakan ibu negara dan
pusat pentadbiran bagi kerajaan Persekutuan Malaysia. Berkeluasan 810,400 hektar
(2002542.011 ekar) atau 8,104 km persegi, Selangor terletak bersebelahan selat Melaka.
3.2 Peta Daerah Hulu Langat

Peta 2 : Peta Daerah Hulu Langat


Sumber : Laman Web Rasmi Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat

Asal Usul Daerah Hulu Langat

Peta 2 menunjukkan peta Daerah Hulu Langat. Kuala Selangor merupakan


antara daerah yang penuh sejarah di Malaysia. Daerah Hulu Langat merupakan salah satu
daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor, Malaysia. Ia merupakan
daerah ke-5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah
Klang dan bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah
Gombak di sebelah barat laut , Daerah Petaling di sebelah barat , Daerah Sepang di
sebelah barat daya , Negeri Pahang di sebelah timur laut , dan Negeri Sembilan di sebelah
selatan dan timur . Bukan itu sahaja , Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh
ungkapan “kampung di tengah bandar besar”. Ini kerana suasana tradisi dan keindahan
kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak
pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak terlalu hampir, selain Wilayah
Persekutuan Putrajaya juga terletak terlalu dekat dibahagian selatan Hulu Langat. Daerah
ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu
Mukim Ampang , Mukim Beranang , Mukim Cheras , Mukim Ulu Langat , Mukim Ulu
Semenyih , Mukim Semenyih , dan Mukim Kajang.

3.3 Peta Lokasi Kajian

Peta 3 : Peta Lokasi Kajian iaitu di Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan
Sumber : Google Maps 2023

Asal usul Taman Sungai Besi Indah , Selangor , Darul Ehsan

Peta 3 menunjukkan peta Taman Sungai Besi Indah . Taman Sungai Besi Indah
terletak di Seri Kembangan , Hulu Langat dan berkoordinat dengan 3.027950,
101.721719. Taman Sungai Besi Indah mempumyai pelbagai prasarana dan perkhimatan
yang canggih dan efisien . Penduduk boleh pergi ke Taman Sungai Besi Indah melalui
perkhimatan awam seperti bus 590 , MRT bus T565 dan sebagainya. Hal ini dapat
membantu penduduk menjimatkan masa dan meringankan beban mereka. Bukan itu
sahaja , prasarana sosial di Taman Sungai Besi Indah juga dijaga baik oleh penduduknya
dan sentiasa digunakan oleh mereka dengan baik. Penduduk di Taman Sungai Besi Indah
sentiasa mengadakan aktiviti di tamannya seperti aktiviti gotong-royong , aktiviti
sukarela , sambutan perayaan da sebagainya.

You might also like