Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

RUMAH HIJAU 2023

Ketua Pasukan Hijau : Dillon Chu Pu Young (L)


: Shinny Ngiam Li Xuan (P)
Penolong Ketua Pasukan Hijau : Cheng Yuan (L)
: Joey Quok Xin Yee (P)
Ketua Komander : Lam Xuann Yuen, Kelvin Yong Kui Wen
Ketua Pasukan Sorak : Claire Fung Yi Ming, Chung Bo Ren
1. Maskot Rumah Hijau

2. Perbarisan Rumah Hijau


Pasukan intranti adalah heroic seperti seorang askar dengan langkah nyaring dan kuat
ke hadapan. Setiap langkah mewakili bunyi gendang, teratur dan kuat seperti Shrek dan
rakan-rakannya yang tidak meninggalkan antara satu sama lain. Mereka akan mengatasi
kesukaran bersama-sama. Terus maju tanpa henti dan bersatu demi kejayaan.
3. Pasukan Sorak Rumah Hijau
Pasukan sorak Rumah Hijau mempunyai disiplin diri dan menjadikan Shrek untuk
mencipta persembahan yang sempurna dan menarik. Sentiasa ada pasang surut dan pelbagai
cabaran yang harus dihadapi, tetapi mereka tetap mengatasinya satu demi satu dan percaya
akan semangat kerjasama untuk memenangi kejuaraan.
RUMAH KUNING 2023
Ketua Pasukan Kuning : Yapp Xian Yi (L)
: Kimberly Ng Ting Yee (P)
Penolong Ketua Pasukan Kuning : Jayden Foo Ee Jedd (L)
: Elena Chung (P)
Ketua Komander : Richard Cheah Kai Chun, Yong Yi Heng.
Ketua Pasukan Sorak : Ng Yung Qi, Chester Low Xing You
1. Maskot Rumah Kuning
Maskot Rumah Kuning ialah Antonia Madrigal. Antonio Madrigal membawa karakter
aptimis, tidak pernah berputus asa, cinta akan alam dan haiwan serta mengutamakan
hubungan kekeluargaan. Semangat Antonio Madrigal bak bulan penuh sinarnya, menerang
malam tiada berbintang dan membawa getaran positif kepada rumah kuning. Antonio
Madrigal akan membimbing Rumah Kuning mengharungi segala kekangan dan mengukir
nama dalam Kejohanan Sukan Tahunan SM Tshung Tsin yang ke-50.
Anak helang terbangnya tinggi,
Sesudah senja barulah pulang;
Gandingan Antonio menyerlah seri,
Keluarga Madrigals keluarga terbilang.
2. Pasukan Sorak Rumah Kuning
Pasukan sorak Rumah Kuning dianggotai oleh 108 orang ahli yang akan menerokai
dunia keajaiban. Keajaiban keluarga Antonio Madrigals telah menyerlahkan bakat pasukan
sorak Rumah Kuning untuk mengejar impian serta memeriahkan suasana sukan tahunan SM
Tshung Tsin Sabah yang ke-50. Nilai kasih sayang dan semangat bahu-membahu akan
membawa kegemilangan pasukan sorak Rumah Kuning. Seterusnya, marilah kita sama-sama
berpesta dan saksikan ‘Fiesta’ bersama dengan Antonio.

3. Perbarisan Pasukan Kawad Rumah Kuning


Pasukan Kawad Rumah Kuning terdiri daripada 33 orang pelajar yang mempamerkan
semangat jiwa kental. Di bawah naungan keluarga Antonio Madrigals, warna kuning
membara semangat waja, menyuburkan semangat berdisiplin dan memperkasakan semangat
berjuang. Hentakan kaki yang sederap melambangkan semarak jaya satu semangat
RUMAH KUNING .
RUMAH BIRU 2023
Ketua Pasukan Biru : Shim Zhan Hong (L)
: Sharon Teo Zi Shean (P)
Penolong Ketua Pasukan Biru : Chieng You Cheng (L)
: Cheryl Chong Yee Ting (P)
Ketua Komander : Ivan Chow Mon Chean, Sen Nyen Yaw
Ketua Pasukan Sorak : Jason Chew Ze Lin, Yu Tsin Shean, Crystal
1. Maskot Rumah Biru
Rumah Biru telah memilih Judy sebagai maskot. Sifat Judy yang tidak mudah
mengaku kalah dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan menjadi contoh kepada
Rumah Biru. Malahan sifat Judy yang berani menghadapi cabaran telah menjadi simbolik
bagi Rumah Biru.

2. Perbarisan Rumah Biru


Pasukan Rumah Biru yang telah melalui pelbagai ujian dengan keyakinan. Tidak akan
berperang tanpa persiapan, tidak akan berjalan tanpa jalan yang terlatih, tidak akan melatih
pasukan tanpa persiapan dengan semangat yang membara muncul dipanggung. Mereka
berani menghadapi cabaran walaupun pelbagai cabaran yang harus dihadapi. Setiap langkah
mereka mengandung pengorbanan yag telah mereka lalui. Mereka bukan sahaja pasukan
kawad Biru, tetapi mereka juga satu keluarga yang saling menyayangi dan membantu antara
satu sama lain. Mereka adalah Judy. Judy yang berani dan bersemangat untuk terus berjuang.

3. Pasukan Sorak Rumah Biru


RUMAH MERAH 2023

Ketua Pasukan Merah : Lai Cheng Hou (L)


: Fang Yii Zhan (P)
Penolong Ketua Pasukan Merah : Samuel Chin (L)
: Jocelyn Law (P)
Ketua Komander : Lee Min CI (P), Isabel Chang (P), Dios Roger Tan (L)
Ketua Pasukan Sorak : Joey Fam (P), Irwin Hee (L)

1. Maskot Rumah Merah


Maskot yang dipilih oleh Rumah Merah ialah Robot daripada Big Hero 6 iaitu,
Baymax. Keistimewaan Baymax membuatkan Rumah Merah memilihnya sebagai maskot
sempena Hari Sukan Tahunan kali ke-50 ini. Baymax mempunyai semangat tabah dan tidak
pernah berputus asa dalam mengatasi pelbagai kesulitan. Selain itu, Baymax bukan
merupakan robot yang pengecut, sebaliknya berani dan akan sentiasa melindungi rakan-
rakannya daripada ancaman penjahat. Semangatnya yang gagah juga membuatkan orang
ramai percaya dengannya dan penuh keyakinan dalam memberikan tugas kepadanya. Akhir
sekali, watak Baymax yang kelakar bukan sahaja membuatkan orang berasa lucu, malah
membuatkan orang ramai mengaguni keprihatinan dan kepintarannya.
2. Perbarisan Rumah Merah
Dengan semangat yang kukuh, perbarisan Rumah Merah yakin berarak serentak,
berikrar untuk menunjukkan semangat pasukan Rumah Merah yang boleh menghadapi
sebarang cabaran tanpa gentar seperti maskot pasukan merah, iaitu Baymax.
3. Pasukan Sorak Rumah Merah
Pasukan Rumah Merah yang tidak berputus asa dan maju ke hadapan dengan penuh
semangat, bagai aur dengan tebing dalam menghadapi setiap cabaran, melambangkan
semangat berprinsip pasukan rumah merah. Sikap ini berakri umbi dalam hati pembimbing
pasukan sorak Rumah Merah. Walau sesukar manapun, Rumah Merah tetap yakin dalam
kejayaan. Dengan penuh semangat, pasukan rumah merah akan mempersembahkan tarian
yang unik, rancak dan bersemangat. Rumah Merah akan berjuang untuk kejuaraan dengan
tarian yang istimewa.

You might also like