Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Soalan 4 – Membina Ayat

Bina satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menukarkan atau menggugurkan imbuhan serta menggunakan kata
ganda sebagai peribahasa atau nama khas.

a) setengah
b) sesetengah
c) setiap
d) kedua
e) kedua-dua

Soalan 5 – Pelbagai Jenis Ayat

Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal dengan mengekalkan maksud dan struktur
asalnya.

a) Rumah itu besar tetapi tidak berpenghuni


b) Lelaki yang memakai baju kemeja biru itu ayah saya.
c) Kamarul seorang pelajar yang pintar tetapi dia malas belajar.
d) Beliau ialah guru muzik berpengalaman kerana telah berkhidmat hampir 35 tahun.
e) Semua pelajar menyukai cikgu Malek kerana dia pandai mempelbagaikan cara pengajarannya.

Soalan 6 – Analisis Ayat

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

a) Sudah bertahun-tahun Encik Borhan tergiat aktif dalam industri kraftangan.


b) Peserta yang mengambil bahagian dalam kuiz matematik dikehendaki mengisikan borang masing
masing.
c) Cik Melati terkejut apabila ternampak beberapa tangkai Bunga Kekwa meletak di atas mejanya.
d) Pihak pulis telah memanggil lima orang saksi untuk memberikan terang berkaitan dengan kes
kemalangan ngeri itu.
e) Para pemain squad badminton negara menunjukkan prestasi yang kecemerlangan dalam
pertandingan Piala Thomas baru-baru ini.

You might also like