Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KUALA KURAU

34350, KUALA KURAU NEGERI PERAK, MALAYSIA

KERTAS KERJA
BULAN
KEMERDEKAAN KE – 66

TEMA
Malaysia Madani : Tekad
Perpaduan, Penuhi Harapan
KERTAS KERJA
BULAN KEMERDEKAAN
2023
TEMA: Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan

1.0 PENGENALAN
Bulan Kebangsaan & Hari Malaysia diadakan setiap tahun untuk mendidik generasi muda umumnya dan warga
sekolah khasnya menghargai kemerdekaan yang dikecapi kini serta mengingati jasa tokoh - tokoh kemerdekaan
negara kita. Sambutan ini secara tidak langsung menyemai dan menanam perasaan cinta akan negara dalam
kalangan warga SJK (T) Kuala Kurau, sekaligus mengingatkan kita agar mengisi kemerdekaan ini dengan
perkara-perkara positif ke arah kemajuan & pembangunan negara yang tercinta.

2.0 OBJEKTIF
Mendidik murid dan warga SJK(T) Kuala Kurau menghayati kemerdekaan yang telah dicapai,
menghargai dan mensyukuri nikmat kemerdekaan tersebut.
Memupuk semangat muhibbah dan kerjasama erat antara murid dan warga SJK(T) Kuala Kurau melalui
aktiviti yang dilaksanakan sepanjang bulan Kebangsaan.
Mendidik murid agar mengisi kemerdekaan yang sedang dikecapi dengan menjadi generasi muda yang
berwawasan, cinta akan agama, bangsa dan tanah air mereka serta rela berkorban demi negara yang
tercinta.
Menerapkan nilai murni seperti cintakan negara dan semangat patriotik dalam kalangan murid.
Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif melalui penyertaan mereka dalam aktiviti yang dijalankan.
Memupuk semangat bersaing dalam kalangan murid melalui penyertaan mereka dalam pertandingan yang
diadakan.
3.0 TEMA

Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan


4.0 LOGO

5.0 TEMPAT DAN TARIKH


TEMPAT : SJK (T) Kuala Kurau
TARIKH : 21 Ogos – 15 September 2023
MASA : Waktu Persekolahan
6.0 SASARAN PENYERTAAN
Penyertaan adalah dalam kalangan guru, murid Tahap 1 dan 2 SJK (T) Kuala Kurau.
7.0 PENGISIAN PROGRAM
Program yang dijadualkan berlangsung sepanjang bulan kemerdekaan (21 Ogos – 15 September 2023) ini
memuatkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk kenegaraan, kesenian dan kognitif bersesuaian dengan objektif
aktiviti ini. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:
1. Pertandingan nyanyian lagu Patriotik (solo)
2. Pertandingan Mewarna & melukis poster
3. Pertandingan Fesyen Merdeka & Persembahan Pakaian Rakyat Malaysia Berbilang kaum
4. Pertandingan Cari Perkataan
5. Kuiz Kemerdekaan
6. Tayangan video Sempena Bulan Kemerdekaan
7. Perhimpunanan Khas
8. Laungan merdeka & Perarakan
9. Perhimpunan Hari Malaysia / Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan

8.0 AHLI JAWATANKUASA


PENASIHAT : Pn.M.Elanjothi (Guru Besar)
PENGERUSI : En.N.Haritharan (GK Akademik)
TIMB. PENGERUSI 1 : Pn.L.Jayanthi (GK Hem)
TIMB. PENGERUSI 2 : Pn.K.Kalawathi (GK Kokurikulum)
SETIAUSAHA : En Mohammad Rasyid Balan bin Shanmugam Rajah

AJK NAMA TUGAS

Dokumentasi En Rasyid -Menyediakan dokumentasi lengkap


Buku Program En Rasyid -Menyediakan buku program
Hadiah / Pn M.Nagula -Menyediakan hadiah untuk peserta pertandingan
Cenderahati
Persiapan dewan Cik M. Aishvini -Menyediakan backdrop yang diperlukan semasa
perasmian pembukaan dan penutup.
Pengacara Majlis Adik R.Vishan -Menjadi juruacara majlis pembukaan dan penutup
(Murid)
Persiapan Siaraya En N.Haritharan - Menyediakan pembesar suara.
& Tayangan - Menyediakan tapak perhimpunan
Lagu Patriotik
Perasmian Bulan En Rasyid - Merancang dan menyediakan Gemik perasmian.
Kemerdekaan
Pertandingan En S.Sargunan -Menyediakan soalan mengenai kemerdekaan dan
Kuiz pengisiannya
Kemerdekaan
Pertandingan Pn K.Kalawathi -Menyediakan gambar Jalur Gemilang, Bendera Negeri Perak,
mewarna & dan LOGO ‘untuk diwarnai oleh murid-murid.
Melukis poster -Menyelaras semua hasil karya murid untuk ditampal pada
dinding kosong di kawasan kantin.
Pertandingan Semua Guru -Membuat pengumuman kepada murid mengenai
Fesyen Merdeka
& Persembahan aktiviti.
Pakaian Rakyat
-Menyediakan borang pertandingan.
Malaysia
Berbilang kaum
Pertandingan Pn L.Jayanthi -Membuat pengumuman kepada murid mengenai
Nyayian Solo aktiviti.
Lagu Patriotik
-Menyelaras waktu pelaksanaan aktiviti.
-Menyediakan borang pertandingan.
-Menentukan hakim pertandingan
Pertandingan Cari Cik M.Aishvini -Menyediakan Cari perkataan berlainan mengikut tahap untuk
Perkataan menyusun.
Perarakan En Rasyid -Membuat pengumuman kepada murid mengenai perarakan
-Memastikan Guru dan Murid memakai pakaian berunsur Tema
Kemerdekaan.
Jurugambar Cik Aishvini -Memastikan setiap aktiviti dibuktikan dengan gambar.
-Memastikan semua gambar aktiviti disimpan dan diserahkan
kepada penyelaras program untuk proses dokumentasi.

9.0 TENTATIF PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN


HARI : Isnin - Jumaat
TARIKH : 21 Ogos – 15 September 2023
TEMPAT : SJK (T) Kuala Kurau
MASA : Waktu Persekolahan
BIL TARIKH / MASA ACARA CATATAN

Pertandingan Cari Perkataan Cik.M.Aishvini


1 22 Ogos 2023
2 25 Ogos 2023 Pertandingan Kuiz Kemerdekaan En Sargunan
3 8September 2023 Tayangan Video En Rasyid
4 8 September 2023 Pertandingan Lagu Patriotik (Solo) Pn L.Jayanthi
5 12 September Pertandingan mewarna dan melukis poster Pn K.Kalawathi
2023
15 September Laungan dan Perarakan Merdeka En Rasyid
6 2023
Semua Guru

10.0 PROGRAM, TENTATIF DAN TINDAKAN


MASA ATURCARA MAJLIS
7.30 pagi - Semua murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan
- Bacaan doa
7.40 pagi - Nyanyian Lagu ‘Negaraku’, lagu negeri Perak dan lagu rasmi sambutan kemerdekaan

7.50 pagi - Lafaz ‘Rukun Negara’


- Ucapan penyelaras program
8.00 pagi - Pelancaran Bulan Kebangsaan
8.10 pagi - Ucapan Guru Besar dan Perasmian Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-66.
8.20 pagi - Nyayian Lagu Patriotik
8.30 pagi - Bersurai

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT KOS (RM)


(RM)
1 Pertandingan:
a) Mewarna Tempat 1 (1 orang) 10.00 x 1 10.00
Tempat 2 (1 orang) 8.00 x 1 8.00
Tempat 3 (1 orang) 3.00 x 1 3.00

b) melukis Poster Tempat 1 (1 orang) 10.00 x 1 10.00


Tempat 2 (1 orang) 8.00 x 1 8.00
Tempat 3 (1 orang) 3.00 x 1 3.00

c) Pertunjukan pakaian beragam Tempat 1 (2 orang) 10.00 x 2 20.00


kemerdekaan (Tahap 1 & 2) Tempat 2 (2 orang) 8.00 x 2 16.00
Tempat 3 (2 orang) 3.00 x 2 6.00
d) Pertandingan Cari Perkataan
(Tahap 1 & 2) Tempat 1 (2 orang) 10.00 x 2 20.00
Tempat 2 (2 orang) 8.00 x 2 16.00
Tempat 3 (2 orang) 3.00 x 2 6.00
f) Pertandingan Kuiz
Kemerdekaan (Tahap 1 & 2) Tempat 1 (2 orang) 10.00 x 2 20.00
Tempat 2 (2 orang) 8.00 x 2 16.00
Tempat 3 (2 orang) 3.00 x 2 6.00
G) Nyanyian Lagu patriotic
(Tahap 1 & 2) Tempat 1 (1 orang) 10.00 x 2 20.00
Tempat 2 (1 orang) 8.00 x 2 16.00
Tempat 3 (1 orang) 3.00 x 2 6.00

Jumlah RM 210.00

12.0 PENUTUP

Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua
pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif.
Program ini diharapkan dapat mempertingkatkan dan mengukuhkan lagi budaya membaca di kalangan pelajar
sekolah ini. Warga SJK (T) Kuala Kurau dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi semasa program itu nanti di
samping memupuk budaya semangat patriotisme dan cinta akan Malaysia

Disedikan oleh, Disemak Oleh,


--------------------------------------- ---------------------------------------
(MOHAMMAD RASYID BALAN BIN SHANMUGAM RAJAH) (HARITHARAN NADARAJA)
SETIAUSAHA PROGRAM GK AKADEMIK

Disahkan Oleh,

---------------------------------------

(ELANJOTHI MANICKAM)
GURU BESAR
SJK(T) KUALA KURAU

You might also like