Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

Bahagian A

1. Nyatakan empat pendekatan pemikiran pengurusan. [4]

Skema pemarkahan

1. Pendekatan Klasikal [1]


2. Pendekatan Kemanusiaan/ Gelagat [1]
3. Pendekatan Sains Pengurusan/ Kuantitatif [1]
4. Pendekatan Moden/ Kontemporari [1]

[4F = 4M]

1
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

menentukan membentuk memilih


matlamat X alternatif Y alternatif
dan objektif tindakan tindakan

Rajah 1: Proses Perancangan


2. Berdasarkan Rajah 1, Jelaskan langkah X dan Y yang dijalankan oleh pengurus
sesebuah organisasi. [6]

Skema pemarkahan

1. X ialah menganalisis persekitaran perniagaan [1]


• Pengurus mengkaji persekitaran dalaman seperti pekerja, pembekal dan
pelanggan. [1]
• Pengurus mengkaji persekitaran luaran seperti politik dan perundangan,
ekonomi, dan sosiobudaya.[1]
• Pengurus mengenal pasti corak persekitaran bagi meramal perubahan
persekitaran pada masa depan. [1]
• Pengurus mengkaji keadaan ekonomi dan kuasa beli bakal pelanggan
sebelum memasarkan produk baharu. [1]
• Contoh yang bersesuaian.

2. Y ialah menilai alternatif [1]


• Pengurus menilai kelebihan dan kelemahan setiap alternatif yang telah
dihasilkan. [1]
• Pengurus meneliti risiko pelaksanaan yang berkaitan dengan setiap
alternatif.[1]
• Penilaian boleh dibuat berdasarkan keupayaan syarikat dengan mengambil
kira kekuatan dan kelemahan syarikat. [1]
• Pengurus membuat analisis faedah-kos ke atas setiap alternatif tindakan
yang telah dibentuk. [1]
• Contoh yang bersesuaian.

[(1F + 1H + 1C) X 2 = 6M]

2
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

3. Huraikan tiga faktor pekerjaan yang menyebabkan ketegangan di kalangan pekerja. [6]

Skema pemarkahan
1. Konflik peranan [1]
• Pekerja mempunyai peranan yang berbeza pada masa yang sama / pekerja
bertanggungjawab kepada lebih daripada dari satu peranan. [1]
• Pekerja menghadapi masalah dalam memilih untuk menjalankan peranan
yang lebih utama. [1]
• Contoh: Seorang penyelia sumber manusia diarahkan oleh pegawai atasan
menjalankan tugas-tugas penyelia jualan.[1]

2. Kekaburan Peranan [1]


• Pekerja tidak faham akan tugas dan tanggungjawab mereka. [1]
• Keadaan ini berlaku apabila pengurus tidak menerangkan dengan jelas tentang
peranan yang harus dimainkan oleh pekerja. [1]
• Contoh: Pekerja unit perakaunan tidak jelas akan tugas, peranan, dan
tanggungjawab disebabkan tidak diterangkan oleh pengurus. [1]

3. Gangguan seksual [1]


• Gangguan seksual di tempat kerja mungkin kerap berlaku kepada pekerja
terutamanya pekerja wanita. [1]
• Ini akan menyebabkan pekerja berasa tidak selesa dan menimbulkan tekanan dan
emosi. [1]
• Contoh: Pekerja wanita berasa ketegangan apabila terdapat rakan sekerja selalu
mengunakan kata-kata lucah semasa waktu bekerja. [1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

4. Beban tugas [1]


• Terlalu banyak tugas akan membebankan pekerja sekiranya di luar kemampuan diri
untuk menyelesaikannya tambahan lagi tempoh masa singkat diberikan. [1]
• Terlalu sedikit tugas atau tiada apa-apa tugas dilakukan menyebabkan pekerja rasa
dirinya tiada kemahiran dan keupayaan yang diperlukan. [1]
• Contoh: pekerja akan berasa ketegangan sekiranya tiada tugas atau terlalu sedikit
tugas diberikan. [1]
• Contoh yang bersesuaian.

5. Skop kerja. [1]


• Pekerja mempunyai tanggungjawab yang berat terhadap orang lain. [1]
• Pekerja terpaksa melakukan tugas dengan bersungguh-sungguh supaya tidak
melakukan sebarang kesilapan.[1]
• Contoh: Pekerja menanggung akauntabiliti sekiranya projek yang dikendalikan
gagal meraih keuntungan besar kepada syarikat. [1]

3
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

• Contoh yang bersesuaian.

6. Kekurangan sokongan sosial. [1]


• pekerja tidak dapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan keluarga
menyebabkan tidak mendapat kepuasan kerja serta tiada tumpuan di tempat
kerja.[1]
• Contoh: pekerja yang cemerlang akan berasa ketegangan sekiranya usaha yang
dicurahkan selama ini tidak dihargai oleh pihak atasannya. [1]
• Contoh yang bersesuaian.[1]

7. Keperluan tugas. [1]


• Pekerja tidak mempunyai atau tidak cukup kemahiran bagi melaksanakan tugas
yang mencabar. [1]
• Contoh: Pekerja yang berkepakaran dalam bidang ICT terpaksa menyempurnakan
tugas sebagai ‘maintainance engineer’. [1]
• Contoh yang bersesuaian.

[ Pilih mana-mana tiga jawapan yang pertama ]


[(1F + 1H/1C) X 3] = 6M

4
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

4. (a) Berikan maksud pengawalan.


(b) Nyatakan tiga kepentingan kawalan bagi sesebuah perniagaan. [4]

Skema pemarkahan

(a) Maksud pengawalan


- Proses mengukur prestasi organisasi dengan membandingkan prestasi sebenar dengan
standard dan mengambil tindakan pembetulan agar matlamat organisasi dapat dicapai.
[1]

(b) Tiga kepentingan kawalan:


1. Menjamin aktiviti organisasi dilaksanakan mengikut perancangan. [1]
2. Memastikan hasil yang diperolehi daripada aktiviti organisasi adalah mengikut
sasaran. [1]
3. Memberikan maklumat dan maklum balas mengenai prestasi ke atas tugas yang
telah diarahkan. [1]
4. Menjamin aktiviti organisasi terarah kepada pencapaian matlamat yang telah
ditetapkan. [1]
5. Memastikan setiap proses operasi menepati piawai yang telah ditetapkan.
ditetapkan. [1]
6. Mengenal pasti sisihan atau penyelewengan yang wujud untuk diperbaiki.
7. Mengelakkan berlakunya penyelewengan. [1]

[Maksud =1M]
[ 3 Kepentingan X 1M= 3M]
[Pilih mana-mana tiga kepentingan yang pertama.]

5
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

5. Pn. Rosnita telah membuat tawaran kepada En. Asmad untuk menjual pangsapurinya
yang terletak di Butterworth, Pulau Pinang dengan harga RM680,000. Beliau
memberikan tempoh tawaran kepada En. Asmad sehingga 12 Disember 2023.

Huraikan dua sebab penamatan tawaran yang boleh berlaku dalam situasi di atas. [4]

Skema pemarkahan

1. Pembuat tawaran menamatkan atau membatalkan tawaran sebelum penerimaan dibuat


[1]
• Pn.Rosnita menamatkan tawaran atau membatalkan tawaran untuk menjual
pangsapurinya kepada En. Asmad sebelum En.Asmad membuat penerimaan
tawaran tersebut. [1]

2. Luputnya waktu tawaran[1]


• Penamatan tawaran akan berlaku jika En.Asmad tidak membuat penerimaan
sehingga 13 Disember 2023 atau selepas 12 Disember 2023. [1]

3. Penolakan tawaran oleh penerima tawaran[1]


• En.Asmad menolak tawaran yang dibuat oleh Pn. Rosnita untuk menjual
pangsapurinya. [1]

4. Kematian atau ketidaksiuman pembuat tawaran[1]


• Pn. Rosnita mengalami kematian atau ketidaksiuman sebelum En.Asmad membuat
penerimaan terhadap tawaran yang dibuat oleh Pn.Rosnita. [1]

[Pilih mana-mana dua yang pertama]


[(1F+1H) X 2=4M]

6
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

6. Jelaskan dua jenis waranti tersirat dalam Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk
pindaan). [6]

Skema pemarkahan

1) Pemilikan aman [1]


• Pembeli sepatutnya berhak memiliki barang yang dibelinya dan dapat
menikmatinya secara aman tanpa sebarang gangguan daripada pihak lain. [1]
• Contoh yang bersesuaian.

2) Barang bebas daripada sebarang bebanan [1]


• Seksyen 14(c), Akta Jualan Barangan 1957 "Barang-barang hendaklah bebas daripada
apa-apa caj atau bebanan yang memihak kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak
diisytiharkan atau diketahui pembelinya sebelum atau pada masa kontrak itu
dibuat".[1]
• Barang mestilah bebas daripada cagaran, caj atau bebanan bagi mana-mana pihak
ketiga yang tidak diberitahu kepada pembeli sebelum atau semasa kontrak dibuat. [1]
• Contoh yang bersesuaian.

[ (1F+ 1H + 1C) X 2 =6M]

7
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

7. Huraikan tiga prinsip berunding. [6]

Skema pemarkahan

1. Tumpuan kepada minat dan bukan kedudukan [1]


• Tumpuan kepada pokok permasalahan, isu atau matlamat. [1]
• Elak merujuk kepada jawatan, pangkat atau status [1]
• Contoh yang bersesuaian

2. Asingkan manusia daripada masalah [1]


• Tumpu kepada penyelesaian masalah [1]
• Elakkan beremosi dan memberi persepsi negatif. [1]
• Contoh yang bersesuaian

3. Jana pelbagai pilihan [1]


• Menjana sebanyak mungkin alternatif penyelesaian yang munasabah kepada
masalah. [1]
• Keputusan penyelesaian masalah ini perlu berasaskan kepada ‘menang-
menang’ yang dapat memberikan manfaat kepada semua pihak yang
berunding. [1]
• Contoh yang bersesuaian

4. Guna kriteria yang objektif dan boleh diterima. [1]


• Penyelesaian berdasarkan kepada maklumat dan data yang sedia ada. [1]
• Elakkan andaian, ramalan dan persepsi. [1]
• Boleh dilaksanakan mengikut tempoh, kemampuan dan keupayaan. [1]
• Contoh yang bersesuaian

[(1F+1H/1C) X 3)= 6M]


[Pilih mana-mana tiga jawapan yang pertama.]

8
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

8. Huraikan dua kegunaan intranet dalam sesebuah organisasi. [4]

Skema pemarkahan
1. Memudahkan perkongsian maklumat [1]
- Membantu syarikat dalam menyebarkan maklumat yang baharu kepada
pekerja dengan mudah dan cepat. [1]
2. Meningkatkan produktiviti[1]
- Pengedaran maklumat membantu pekerja menyelesaikan tugas mereka
dengan cepat dan tepat[1]
3. Menjimatkan masa[1]
- Segala maklumat dapat disampaikan secara serentak dalam masa yang sama
kepada semua kakitangan dalam syarikat. [1]
4. Mengurangkan kos [1]
- Maklumat dapat diakses pada bila-bila masa secara dalam talian tanpa
perlu dicetak. [1]

[Pilih mana-mana dua jawapan yang pertama.]


[(1F+1H) X2=4M]

9
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

9. (a) Terangkan dua jenis keputusan yang dibuat oleh Syarikat Penerbangan Firefly.
(b) Berikan satu contoh bagi setiap jenis keputusan tersebut [6]

Skema pemarkahan

(a) 1. Keputusan Rutin [1]


- Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang biasa
berlaku/ boleh dijangka/yang berulang/ sering berlaku/ kerap berlaku. [1]
- Keputusan yang dibuat menggunakan kaedah yang telah distrukturkan/
berprogram/ disediakan. [1]
- Keputusan yang dibuat tidak berisiko.

2. Keputusan Tak Rutin [1]


- Keputusan yang dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang baharu/
jarang berlaku/ tidak dapat dijangka. [1]
- Keputusan yang dibuat menggunakan kaedah baharu yang tidak
distrukturkan/ tidak diprogramkan. [1]
- Keputusan yang dibuat adalah berisiko.
[(1F+1H)X 2)= 4M]

(b) Contoh:
1. Keputusan Rutin
- Syarikat Penerbangan Firefly menjalankan penyelenggaraan, pembaikan
dan baik pulih secara berkala untuk memastikan operasi dapat dijalankan
dengan lancar. [1]
- Contoh yang bersesuaian.

2. Keputusan Tak Rutin


- Syarikat Penerbangan Firefly menambah penerbangan tambahan ke
destinasi domestik menjelang musim perayaan. [1]
- Syarikat Penerbangan Firefly memperkenalkan penerbangan ke destinasi
antarabangsa seperti India, Korea Selatan dan Jepun. [1]
- Contoh yang bersesuaian.

[(1C X 2=2M]

10
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

10.

Bulan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept


Hasil jualan (RM) 670 980 980 850 700 580 660 980

Berdasarkan data di atas, hitung min, median, mod dan julat. [4]

Skema pemarkahan

1. Min = RM(670+980+980+850+700+580+660+980)
8
=RM800 [1]

2. Median= RM(580, 660,670,700,850, 980,980,980)

RM700+RM850
2

=RM775 [1]

3. Mod= RM980 (kekerapan 3 kali dalam data) [1]

4. Julat = RM980- RM580


=RM400 [1]

[Jawapan mesti dalam unit RM]


[1F X 4=4M]

11
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

Bahagian B [50 markah]


Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

A&W Malaysia Sdn. Bhd

11. Pada tahun 1963, pasangan Amerika iaitu Lie Boff telah membawa masuk jenama
A&W ke dalam pasaran Malaysia. Restoran makanan segera ala Amerika ini merupakan
restoran francais yang pertama di Malaysia. A&W Malaysia Sdn. Bhd. (A&W) telah melalui
beberapa fasa pengambilalihan oleh syarikat yang berbeza, terkini restoran yang terkenal
dengan minuman “Root Beer Float dan “Coney Dog” itu telah diambil alih sepenuhnya oleh
Inter Mark Resourse Sdn. Bhd (IMRSB) daripada Syarikat KUB Malaysia Berhad pada
September 2018.

Struktur organisasi A&W Malaysia terdiri daripada pengurusan operasi dan pengurusan
korporat. Pengurusan korporat terdiri daripada ketua di setiap jabatan iaitu Cik Ang Chew Wei
(pengurus kewangan), Encik Azrin Borhan (Pengurus Pemasaran), Encik Halimi Zakaria
(Pengurus Operasi) dan Puan Razalina Ramli (Pengurus Sumber Manusia). Pengurusan operasi
bagi setiap cawangan restoran A&W dibahagikan kepada lima bahagian mengikut lokasi.
Setiap bahagian diketuai oleh Pengurus Bahagian Selatan (En. Hata Ruzai), Pengurus Bahagian
Pusat 1 (Pn. Harlina), Pengurus Bahagian Pusat 2 (En. Azman Yatim), Pengurus Bahagian
Utara (Cik Mimi Aminah) dan Pengurus Cawangan Latihan Operasi (Cik Shima). Semua
pengurus bahagian akan melaporkan kepada pengurus di Jabatan Operasi, manakala semua
ketua jabatan akan bertanggungjawab melaporkan jabatan masing-masing kepada CEO.

Inter Mark Resourse Sdn. Bhd dimiliki sepenuhnya oleh George Ang selaku Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO). Ketika beliau mengambilalih A&W daripada Syarikat KUB
Malaysia Berhad, beliau mendapati bahawa A&W agak ketinggalan berbanding dengan
pesaing-pesaing utama dalam industri makanan segera. Pada masa itu A&W adalah satu-
satunya restoran makanan segera yang mengamalkan sepenuhnya pembayaran secara tunai
yang mana amalan itu tidak lagi sesuai pada masa sekarang. George Ang menggalakkan
pembayaran tanpa tunai dengan menyediakan kemudahan menggunakan kad kredit, kad debit
dan e-wallet. Beliau telah mengatur beberapa strategi antaranya mengubahsuai semua
cawangan restorannya dengan bertemakan gaya retro dengan hiasan dalaman yang lebih
menarik dan “instagrammable” bagi menarik golongan muda. Sejak sekian lama root beer
A&W disediakan dengan cara tersendiri di mana minuman diletakkan dalam mug yang
dibekukan, namun oleh kerana peti sejuk beku tidak berfungsi dengan baik, pekerja akan
meletakkan ais dalam root beer seterusnya menjejaskan rasanya. Oleh itu George Ang telah
memperbaiki atau menukarkan peti sejuk beku yang rosak kepada yang baru. “ Saya juga sedar
sejak bertahun-tahun ayam segar telah digantikan dengan ayam sejuk beku dan ini memberikan
kesan kepada kualiti makanan. Kami telah menukarkannya semula kepada ayam segar dan
sejak itu kami mendapat maklumbalas daripada pelanggan yang mengatakan kualiti produk
kami semakin baik” ujar George Ang.

12
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

Disamping mengekalkan makanan dan minuman sedia ada, George Ang juga
mengutamakan inovasi untuk mempelbagaikan menu A&W sesuai dengan citarasa terkini.
Antaranya adalah “ Lily Chili Aroma Chicken” yang disalut dengan sos manis, “Hula-hula
Burger” dan “Annyeong Pedas Oh Spicy Chicken!”. Untuk memantapkan lagi perkhidmatan
penghantaran ke rumah A&W bekerjasama dengan Grab, Food Panda dan Bungkusit. Selain
daripada itu perkhidmatan pandu lalu juga ditambah di beberapa cawangan restorannya.
A&W Malaysia Sdn. Bhd. menyasarkan hasil jualan sebanyak RM200 juta menerusi
lebih 70 cawangannya pada tahun ini berbanding lebih RM100 juta yang dicatatkan pada 2021.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, George Ang berkata walaupun negara berdepan pandemik
COVID-19, syarikat berjaya mencatatkan jualan tertinggi pada Disember tahun lalu iaitu
RM13 juta dalam masa sebulan iaitu rekod terbaik dalam tempoh 15 tahun. Pihaknya juga turut
menyasarkan untuk mengembangkan restoran A&W kepada lebih 150 cawangan termasuk di
Sabah dan Sarawak menjelang 2025. "Kami yakin rancangan pembukaan cawangan ini akan
membantu visi kami menjadi salah satu daripada tiga jenama makanan segera teratas daripada
aspek bilangan cawangan pada masa depan," katanya pada pelancaran cawangan A&W ke-47
di pusat beli belah EkoCheras dekat sini, hari ini.

(Diubah suai daripada https://anwmalaysia.com.my, https://marketingmagazine.com.my dan


https://kmc.unirazak.edu.my)

Berdasarkan kes di atas,

a) Lakarkan carta organisasi A&W Malaysia Sdn. Bhd .[11]

b) Jelaskan jenis penjabatanan organisasi yang diamalkan oleh A&W Malaysia. [7]

c) Terangkan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh George Ang dalam menjayakan A&W
Malaysia Sdn. Bhd. [12]

13
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

a) Lakarkan carta organisasi A&W Malaysia Sdn. Bhd . [11]

Skema Pemarkahan

CARTA ORGANISASI A&W MALAYSIA SDN.BHD

GEORGE ANG
Ketua Pegawai Eksekutif

ANG CHEW WEI AZRIN BORHAN HALIMI ZAKARIA RAZALINA RAMLI


Pengurus Kewangan Pengurus Pemasaran Pengurus Operasi Pengurus Sumber
Manusia

HATA RUZAI HARLINA AZMAN YATIM MIMI AMINAH SHIMA


Pengurus Bahagian Pengurus Bahagian Pengurus Bahagian Pengurus Bahagian Pengurus Cawangan
Selatan Pusat 1 Pusat 2 Utara Latihan Operasi

TAJUK BETUL DAN LENGKAP [1M]


Setiap kotak yang lengkap [1MX 10 KOTAK= 10M]
(MAKSIMUM = 11M)
*Garisan lurus menyambungkan setiap kotak dan tidak putus-putus.

14
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

b) Jelaskan jenis penjabatanan organisasi yang diamalkan oleh A&W Malaysia. [7]

Skema pemarkahan

Fakta Huraian Kaitan Kes


Penjabatanan • Pengelompokan aktiviti • Struktur organisasi A&W Malaysia
mengikut fungsi [1] kerja yang khusus terdiri daripada pengurusan operasi
mengikut fungsian dan pengurusan korporat. Pengurusan
perniagaan seperti korporat terdiri daripada ketua di
pemasaran, kewangan, setiap jabatan iaitu Cik Ang Chew
pengeluaran dan sumber Wei (Pengurus Kewangan), Encik
manusia. [1] ATAU, Azrin Borhan (Pengurus Pemasaran),
• Mengelompokkan Encik Halimi Zakaria (Pengurus
pekerja yang mempunyai Operasi) dan Puan Razalina Ramli
kemahiran yang sama ke (Pengurus Sumber Manusia).[1]
dalam fungsi khusus
yang berkaitan dengan
kemahiran mereka.[1]
Penjabatanan • Pengelompokan aktiviti • Pengurusan operasi bagi setiap
mengikut divisyen atau tugas untuk cawangan restoran A&W
geografi [1] memenuhi keperluan dibahagikan kepada lima bahagian
pelanggan mengikut mengikut lokasi.[1]
lokasi, kawasan, atau • Setiap bahagian diketuai oleh
wilayah.[1] Pengurus Bahagian Selatan (En. Hata
Ruzai), Pengurus Bahagian Pusat 1
(Pn. Harlina), Pengurus Bahagian
Pusat 2 (En. Azman Yatim),
Pengurus Bahagian Utara (Cik Mimi
Aminah) dan Pengurus Cawangan
Latihan Operasi (Cik Shima). [1]

[2F + 2H + 3KK = 7M]

15
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

c) Terangkan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh George Ang dalam menjayakan
A&W Malaysia Sdn. Bhd. [12]

Skema Pemarkahan

Fakta Huraian Kaitan Kes


Transformational • Pemimpin jenis • George Ang menggalakkan
[1] transformational akan pembayaran tanpa tunai dengan
membuat perunahan menyediakan kemudahan
yang drastik dalam menggunakan kad kredit, kad debit dan
organisasi. [1] / e-wallet. [1]
• Ia di mana pemimpin • Beliau telah mengatur beberapa strategi
akan memberi inspirasi antaranya mengubahsuai semua
dan dorongan kepada cawangan restorannya dengan
pengikutnya untuk bertemakan gaya retro dengan hiasan
melakukan perubahan dalaman yang lebih menarik dan
dan inovasi kearah “instagrammable” bagi menarik
kebaikan bagi golongan muda. [1]
mencapai matlamat dan • Oleh itu George Ang telah
kejayaan organisasi. memperbaiki atau menukarkan peti
[1] / sejuk beku yang rosak kepada yang
• Pemimpin jenis ini baru. [1]
bertindak sebagai ejen • “ Saya juga sedar sejak bertahun-tahun
perubahan dan ayam segar telah digantikan dengan
membina komitmen ayam sejuk beku dan ini memberikan
yang tinggi untuk kesan kepada kualiti makanan. Kami
mencapai visi. [1] telah menukarkannya semula kepada
ayam segar dan sejak itu kami mendapat
maklumbalas daripada pelanggan yang
mengatakan kualiti produk kami
semakin baik” ujar George Ang. [1]

• Disamping mengekalkan makanan dan


minuman sedia ada, George Ang juga
mengutamakan inovasi untuk
mempelbagaikan menu A&W sesuai
dengan citarasa terkini. [1]
• Antaranya adalah “ Lily Chili Aroma
Chicken” yang disalut dengan sos
manis, “Hula-hula Burger” dan
“Annyeong Pedas Oh Spicy Chicken!”.
[1]

16
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

• Untuk memantapkan lagi perkhidmatan


penghantaran ke rumah A&W
bekerjasama dengan Grab, Food Panda
dan Bungkusit. [1]
• Selain daripada itu perkhidmatan pandu
lalu juga ditambah di beberapa
cawangan restorannya. [1]

Berwawasan [1] • Pemimpin jenis ini • A&W Malaysia Sdn. Bhd.


berupaya untuk menyasarkan hasil jualan sebanyak
membentuk satu RM200 juta menerusi lebih 70
wawasan yang realistik, cawangannya pada tahun ini
munasabah dan berbanding lebih RM100 juta yang
menarik bagi dicatatkan pada 2021. [1]
mencorakkan masa • Pihaknya juga turut menyasarkan untuk
depan organisasi. [1] / mengembangkan restoran A&W
• Kepimpinan kepada lebih 150 cawangan termasuk
berwawasan harus di Sabah dan Sarawak menjelang 2025.
mempunyai kemahiran [1].
mengenalpasti • "Kami yakin rancangan pembukaan
wawasan, menerangkan cawangan ini akan membantu visi kami
wawasan wawasan menjadi salah satu daripada tiga jenama
kepada orang lain [1] / makanan segera teratas daripada aspek
• Menyampaikan bilangan cawangan pada masa depan,"
wawasan melalui katanya pada pelancaran cawangan
pertuturan dan perilaku A&W ke-47 di pusat beli belah
serta menyalurkan EkoCheras dekat sini, hari ini. [1]
wawasan kepada
konteks kepimpinan
yang berlainan.
(Robins, 1988) [1]

[2F + 2H + 8KK]
*Minimum 1KK untuk setiap FAKTA.

17
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

12. Jelaskan lima strategi perundingan. [20]

Skema pemarkahan
1. Good guy ,bad guy [1]
• Good guy bersifat lemah-lembut dan bersopan sementara bad guy bersifat agresif
dan mendesak semasa perundingan. [1]
• Good guy berperanan untuk memujuk pihak lawan supaya sanggup menerima
tawaran yang disarankannya. [1]
• Contoh 1: pengurus pembelian bertindak secara agresif dan mendesak untuk
membeli produk pada harga yang lebih rendah. Manakala penolong pengurus
pembelian akan menawarkan harga yang lebih sesuai dengan cara memujuk dan
bersopan supaya pihak pembekal menerima cadangan harga yang ditawarkan. [1]
• Contoh 2: Kesatuan sekerja bertindak secara agresif dan mendesak majikan untuk
menaikkan kadar gaji. [1]

1. Nibbling [1]
• Satu strategi perundingan di mana selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan,
satu pihak akan mengemukakan cadangan baharu. [1]
• Bertujuan untuk mendapatkan sesuatu kemudahan tambahan. [1]
• Contohnya, seorang penjual kereta telah memberi cadangan tambahan kepada
pelanggan yang telah membeli keretanya untuk membeli item tambahan yang lain
seperti sport rim. [1]
• Contoh kesatuan sekerja memberikan tekanan untuk mendapatkan permintaan
kenaikan bayaran kerja lebih masa, dan elaun-elaun lain selain mendapat kenaikan
gaji. [1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

3. Trial ballon [1]


• Merupakan strategi satu pihak menggunakan kaedah percubaan untuk melihat
tindak balas daripada pihak lain. [1]
• Tujuan untuk mengetahui sama ada pihak lawan sanggup menerima cadangan itu
atau tidak. [1]
• contoh: pengurus pembelian mencadangkan satu harga yang paling rendah untuk
menguji sama ada pihak pembekal bersetuju atau tidak. Sekiranya cadangan
tersebut dipersetujui oleh pembekal, maka kata sepakat akan dicapai bagi harga
yang dicadangkan itu. [1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

18
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

4. Red herring [1]


• Suatu pihak cuba untuk mengalihkan perhatian pihak lawannya daripada
berbincang isu utama. [1]
• Sekirannya pihak lawannya bercadang untuk menyelesaikan isu tersebut dahulu
maka pihak lawan dikatakan terperangkap dengan taktik red herring. [1]
• Contoh: kesatuan sekerja akan mengalihkan perhatian pihak majikan daripada
kenaikan gaji kepada kenaikan bayaran-bayaran lain seperti elaun dan bayaran
kerja lebih masa. [1]
• contoh lain yang bersesuaian. [l]

5. Outrageous [l]
• Satu tingkah laku keterlaluan yang digunakan untuk memaksa pihak lain
menerima sesuatu ketetapan. [1]
• Merupakan satu strategi psikologi yang dapat mengganggu emosi dan perasaan
pihak lawan supaya menerima tawaran yang dicadangkan. [1]
• Contohnya, pengurus pembelian memberikan ancaman/ugutan iaitu sekiranya
perundingan gagal, maka pembekal tidak berpeluang untuk berunding dengan
pihak pembeli yang lain. [l]
• contoh lain yang bersesuaian. [1]

6. Apparent withdrawal [1]


• Suatu pihak berpura-pura untuk menarik diri daripada perundingan agar pihak
lawan merasa terdesak untuk bersetuju dengan terma/syarat yang dicadangkan. [1]
• Bertujuan mengikat pihak yang terlibat dalam perundingan untuk akur dengan
keputusan yang telah ditetapkan lebih awal.[l ]
• contoh: pengurus pembelian bertindak mengugut menarik diri dari perundingan
dengan pembekal tersebut dan menyatakan akan membeli daripada pembekal
lain.[1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

7. Limited authority [1]


• Apabila berlaku sesuatu isu yang sukar untuk dibuat keputusan oleh pihak yang
berunding maka sesuatu pihak akan mencari alasan berpura-pura mengatakan
bahawa beliau tiada kuasa untuk membuat keputusan. [1]
• Kesannya, keputusan tidak dapat dibuat semasa berlakunya perundingan. [1]
• Kaedah ini dapat melengahkan masa perundingan serta mencabar kesabaran pihak
lawan. [1]
• Contoh: pengurus pembelian menyatakan beliau tidak mempunyai kuasa dalam
membuat keputusan perundingan dengan pembekal. [1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

[(1F+ 2H + 1C) X 5=20M]

19
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

13. Jelaskan lima alat membuat keputusan kualitatif. [20]

Skema pemarkahan
1. Analisis Tulang Ikan [1]
• Merujuk kepada sumber masalah iaitu masalah manusia, mesin, kaedah dan bahan serta
kesan yag wujud. [1]
• Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti punca kecil drpd masalah utama. [1]
• Kaedah ini digunakan bagi mengenal pasti masalah sebenar melalui percambahan
fikiran. [1]
• Dikenali juga sebagai analisis sebab dan akibat. [1]
• Contoh: Pengurus operasi menggunakan kaedah analisis tulang ikan bagi mengenal
pasti punca sebenar penurunan produktiviti biskut setelah mengambil kira empat
perkara utama seperti manusia, kaedah, bahan dan mesin. [1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

2. Sumbang saran [1]


• Satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. [1]
• Dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat
menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. [1]
• tujuan kaedah ini adalah untuk mengumpulkan sebanyak idea yang mungkin. [1]
• Perbincangan tidak harus didominasikan oleh seseorang individu tertentu sahaja. [1]
• Contoh: Proses penjanaan idea tentang strategi peningkatan jualan produk diadakan
bersama bagi ahli kumpulan unit pemasaran. [1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

3. Kumpulan Fokus [1]


• sekumpulan individu yg menyumbangkan maklumat dalam format berstruktur. [1]
• Setiap ahli kumpulan mesti mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran. [1]
• Contoh: Isu menangani masalah sosial di kalangan remaja yang melibatkan ahli
panel yang terdiri daripada guru kaunselor, pegawai perhubungan polis serta guru
disiplin sekolah. [1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

4. Teknik Delphi [1]


• Merujuk kepada pengutipan data atau maklumat berdasarkan kaedah tinjauan daripada
ahli-ahli yang terlibat/kumpulan pakar dalam bidang berkaitan. [1]
• Setiap ahli akan memberi idea kreatif secara bertulis yang kemudiannya akan menjadi
rujukan dalam membuat keputusan. [1]
• Ahli-ahli kumpulan tidak bersemuka dan identiti mereka dirahsiakan [1]
• Melibatkan jenis keputusan berisiko tinggi. [1]
• Contoh: Masalah kenaikan harga barang yang memerlukan Kementerian kumpulkan
pakar-pakar untuk menyumbangkan idea. [1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

20
CADANGAN SKEMA JAWAPAN TRIAL PP(2) 2023

5. Teknik Kumpulan Nominal [1]


• Satu kumpulan panel yang ditubuhkan yang berstruktur supaya dapat memberi
peluang kepada semua ahli memberi idea dan alternatif.[1]
• Setiap ahli diberi peluang menulis idea tersebut di papan tulis untuk dibincangkan
serta proses penambahbaikan idea dilakukan di peringkat ini. [1]
• Setiap ahli boleh membuat penilaian terhadap senarai yang telah disemak dan undian
akhir akan dibuat untuk memilih alternatif dan idea terbaik. [1]
• Contoh: Program transformasi organisasi dengan imej pakaian seragam baharu. [1]
• Contoh lain yang bersesuaian.

[(1F+ 2H + 1C) X 5=20M]

21

You might also like