Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

TAJUK KERTAS CADANGAN

IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS) PERINGKAT SEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BANGI
TAHUN 2023M / 1444H

1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Mahrajan j-QAF atau sekarang lebih dikenali sebagai Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah
(ILSS) merupakan program tahunan Panitia Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Bandar
Baru Bangi bertujuan mencungkil bakat baru dalam acara Kalam ‘Arabiy serta
menanamkan rasa cintakan bahasa Arab. Melalui program ini juga diharapkan dapat
melahirkan insan yang berakhlak mulia dan berkeperibadian tinggi.

2.0 RASIONAL
Pertandingan Kalam ’Arabiy atau dikenali sebagai bercerita menggunakan bahasa Arab
dapat mengasah kemahiran bertutur Bahasa Arab dalam kalangan murid bagi acara
yang dipertandingkan. Secara tidak langsung, dapat mengenalpasti tahap keupayaan
murid serta memberi peluang kepada mereka menonjolkan bakat yang terpendam
sekaligus dapat meningkatkan keyakinan diri dan dapat melahirkan murid yang
berketrampilan, bermotivasi dan berani.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang ko-akademik.
3.2 Menanamkan sikap suka membaca bahan berbahasa Arab.
3.3 Melahirkan murid yang membudayakan bahasa Arab dalam kehidupan seharian.
3.4 Memenuhi KPI aktiviti Panitia Bahasa Arab untuk murid.
3.5 Merapatkan ukhuwah diantara murid dengan guru.

4.0 TEMA
’AKIDAH MANTAP LESTARI SAHSIAH’

1
5.0 PERISIAN PROGRAM

5.1 Kalam ‘Arabiy (Lelaki dan Perempuan)

5.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid beragama Islam Tahun 1- 6 SK Bandar Baru Bangi yang berminat dan
berbakat.

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN TARIKH DAN MASA

Tarikh : 14 Jun 2023


Masa : 10.50 pagi – 12.20 tengahari
Tempat : Foyer, SK Bandar Baru Bangi

7.0 JAWATANKUASA PROGRAM DAN JADUAL PERLAKSANAAN

7.1 JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi : Noridah binti Manap (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Rosli bin Mohd Zin (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : Suwaibatullaslamiah binti Jalaludin
(GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Rafidah binti Umar (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 3 : Norlaili binti Othman (GPK Petang)
Naib Pengerusi 4 : Rohaya binti Mat Isa
Ketua Panitia : Mahat Afifi bin Mohamed Salleh
Penyelaras Program : Mahat Afifi bin Mohamed Salleh

7.2 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM IHTIFAL LUGHAWI PERINGKAT


SEKOLAH

Persiapan Tempat & Siaraya : Mahat Afifi bin Mohamed Salleh

Hakim Kalam Arabiy : Saiful Asyraf bin Abdullah Mambar


: Siti Sabariah binti Sahem

2
Jurufoto : Mohamad Ashar bin Kalam

Sijil : Mohd Saiful Zahari bin Zakaria

Hadiah : Ainul Fathiah binti Muhd Fauzi

Teks Kalam ’Arabiy dan


Dokumentasi : Mahat Afifi bin Mohamed Salleh

8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN


BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH SUMBER
SEUNIT HARGA KEWANGAN
Hadiah Pertandingan

1 Tilawah Al-Quran
Tempat Pertama 2 RM 12.00 RM 24.00 KEGIATAN
Tempat Kedua 2 RM 10.00 RM 20.00 PANITIA
Tempat Ketiga 2 RM 8.00 RM 16.00 BAHASA ARAB
Saguhati 4 RM 6.00 RM 12.00

2 Sijil RM 2.00 RM 20.00


JUMLAH KESELURUHAN RM 92.00

9.0 PENUTUP
Semoga Program Ihtifal Lughawi ini dapat berjalan dengan jayanya dan memberi impak
seperti yang diharapkan. Semoga dengan usaha yang sedikit ini dapat mencapai objektif
serta boleh diteruskan pada masa akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh ,

…………….…………………………….. ……………………………………… …………………………………………

(ROSLI BIN MOHD ZIN) (NORIDAH BINTI MANAP)


(MAHAT AFIFI BIN MOHAMED SALLEH)
GPK KO-KURIKULUM GURU BESAR
PENYELARAS ILSS
SK BANDAR BARU BANGI SK BANDAR BARU BANGI
SK BANDAR BARU BANGI
3
LAMPIRAN 1

KERTAS CADANGAN IHTIFAL LIGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS) PERINGKAT SEKOLAH 2023

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan [Ihtifal Lughawi Sekolah Sekolah (ILSS)


Peringkat Sekolah 2023]

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan [Ihtifal Lughawi Sekolah Sekolah


(ILSS) Peringkat Sekolah 2023]

Ulasan :

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………………………………....

………………………………………….
(PN. NORIDAH BINTI MANAP)
GURU BESAR
SK BANDAR BARU BANGI
Tarikh :

You might also like