Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

040924101407

+PERANAN MASJID SEBAGAI WADAH PEMUPUKAN SEMANGAT


KEJIRANAN : SATU KAJIAN KES DI MASJID JAMEK EL HASANAT,
KAMPUNG JAYA SETIA, BESTARI JAYA, SELANGOR

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peranan masjid sebagai wadah


pemupukan semangat kejiranan : satu kajian kes di Masjid Jamek El Hasanat,
Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor. Objektif pertama kajian ini adalah untuk
mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Masjid Jamek El Hasanat,
Kampung Jaya setia, Bestari Jaya, Selangor dalam usaha mempuk semangat
kejiranan. Objektif kedua kajian ini pula ialah untuk mengkaji kesan aktiviti Masjid
Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor dalam memupuk
semangat kejiranan. Seramai 30 responden yang terdiri daripada para Jemaah dan
AJK Masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor terlibat
dalam kajian ini. Dalam kajian ini kaedah soal selidik, temu bual dan rujukan yang
digunakan. Data kajian analisis diapaparkan secara kuantitatif dan kualitatif
dipersembahkan dalam linear jadual, graf serta carta. Hasil daripada dapatan kajian,
040924101407

BIL. BUTIRAN HALAMAN

0.1 ABSTRAK I

0.2 KANDUNGAN II

0.3 PENGHARGAAN III

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2

3.0 LOKASI KAJIAN 3-8

4.0 METODOLOGI KAJIAN


4.1 REKA BENTUK KAJIAN
4.2 PERSAMPELAN KAJIAN
4.3 INSTRUMEN KAJIAN
4.4 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
4.5 TEKNIK MENGANALISIS DATA
5.0 DAPATAN KAJIAN
5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN
5.1.1 JANTINA
5.1.2 UMUR
5.1.3 PEKERJAAN
5.2 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI
MASJID JAMEK EL HASANAT
5.3 KESAN AKTIVITI MAJSID JEMAK EL
HASANAT
6.0 RUMUSAN

7.0 RUJUKAN

8.0 LAMPIRAN

PENGHARGAAN
040924101407

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang.Alhamdulillah saya
memanjatkan syukur ke hadrat illahi kerana limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja kursus Pengajian Am Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.
Setinggi penghargaan dan terima kasih diberikan kepada Tuan Mohamad Rizal Bin
Rejab selaku Guru Pengajian Am saya yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat
sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar beliau
kerja kursus tidak dapat disiapkan dengan jayanya.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Pengetua Kolej
Tingkatan Enam iaitu Tuan Mukharita Bin Shaharom serta penyelarasan Tingkatan
Enam iaitu Puan Hjh Aisah Binti Seydalavi yang banyak memberi sokongan dan
nasihat kepada kami.
Penghargaan dan terima kasih yang teristimewa khusus kepada ibubapa tercinta
Ahmad Azahari Bin Mohamed Sarwan dan Noraizee Binti Jusoh. Tidak dilupakan
juga rakan saya Muhammad Hariz Imran Bin Faisal yang berkorban masa dan tenaga
membantu saya mencari maklumat dan memberi sokongan. Ucapan terima kasih juga
diberikan kepada responden yang sudi meluangkan masa Bersama saya untuk ditemu
bual. Segala maklumat yang mereka beri amat membantu saya dalam menjalankan
kajian ini.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu
yang terlibat sepanjang saya menyiapkan kajian ini terutamanya rakan-rakan
seperjuangan yang telah bersama-sama menempuhi pelbagai cabaran dan banyak
memberi idea.
Akhir sekali, kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu saya sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Saya
mengucapkan terima kasih, sesungguhnya kerjasama dan sokongan padu anda tidak
akan saya lupakan hanya Allah SWT sahaja mampu membalasnya.
Yang Benar,

…………………………………….
(AHMAD UKASYAH BIN AHMAD AZAHARI)

1.0 PENGENALAN
040924101407

Kajian ini bertemakan Sosial dan Budaya : Kejiranan. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (2007). Sosial dapat didefinisikan sebagai segala perkara yang
berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat. Bukan itu sahaja, sosial juga
merupakan perkara yang berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa
lapang. Selain itu sosial juga boleh didefinisikan sebagai suka bergaul dan bermesra.
Menurut Philip Wexler (2019), pengertian sosial adalah suatu sifat dasar yang dimiliki
oleh setiap individu manusia. Menurut Keith Jacobs (2019) pula, sosial adalah sesuatu
yang dibangunkan dan terjadi dalam sebuah situs komunitas. Selain itu, menurut
artikel yang ditulis oleh Muhammad Irfan Al-amin (2022) yang bertajuk “Sosial adlah
pola interaksi dengan manusia lain” manusia dikenal sebagai makhluk sosial kerana
kehidupannya selalu berkaitan dengan masyarakat lainnya. Sifat sosial tersebut
merupakan implikasi dari hubungan interaksi dengan beragam latar belakang. Ilmu
sosial pun merupakan ilmu tentang perilaku kehidupan manusia sebagai makhluk
hidup yang bermasyarakat. Menurut pandangan pengkaji pula sosial merupakan cara
seseorang berinteraksi terhadap orang lain.
Seterusnya, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) budaya adalah
merupakan tamadun, peradaban, kemajuan fikiran akal budi yakni cara seseorang
berfikir dan berkelakuan. Di samping itu, menurut E.B Taylor (1958) yang juga
merupakan seorang antropolog inggeris mendefinisikan budaya sebagai sesuatu
kompleks yang mencakup pengetahuan kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat
istiadat dan lainnya yang didapatkan oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
Selain itu,, menurut sebuah artikel yang ditulis oleh Rohana Yusof(2010) yang
bertajuk “Apa itu Budaya” budaya didefinisikan sebagai perkara-perkara berkaitan
dengan budi dan akal. Istilah budi membawa maksud asli, pertama, sejati dan
dipandang senpurna manakala daya pula dimaksudkan sebagai akal, jalan fikiran dan
ciptaan. Kemudian, menurut pendangan pengkaji berkaitan budaya pula adalah
budaya merupakan gaya hidup seseorang didalam sesebuah keluarga yang telah
mengamal sesuatu tradisi turun temurun dari keturunan yang terdahulu sehingga
tradisi itu dipanggil sebagai budaya.
Di samping itu, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) kejiranan
adalah berhubungan dengan jiran atau hidup sebagai jiran yakni mempunyai pertalian
sejarah dan adalah amat penting. Berjiran pula bermaksud orang yang tinggal
berhampiran dengan rumah seseorang, bertetangga. Seterusnya, menurut Ali bin
040924101407

Talhah daripada ibnu Abbas. Jiran membawa maksud hubungan kekeluargaan atau
pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh
manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh
kita. Seterusnya, menurut artikel yang ditulis oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria yang
bertajuk ”Maksud jiran dan kepentingan hiduo berjiran yang perlu kita faham” dari
sudut bahasa, jiran bermaksud orang yang tinggal berdekatan dengan rumah atau
tinggal tempat setempat samada di kiri, dan kanan, hadapan atau belakang, atas bagi
rumah flat atau kondominium. Bagi pendunduk setempat negeri Melaka, jiran boleh
juga bermaksud sekumpulan masyarakat yang duduk berjauhan tetapi masih
berhubung di dalam situasi tertentu. Selain itu, menurut pengkaji pula kejiranan boleh
didefinisikan sebagai sesebuah sifat seseorang yang sentiasa mengambil berat kepada
orang sekeliling, terutamanya jiran tertangga.
Selepas itu, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007) masjid boleh
didefinisikan sebagai tempat beribadat iaitu sembayang, belajar agama dan lain-lain.
Kemudian menurut artikel yang ditulis oleh Shahrul Azwan Abdul Khalil (2011) yang
bertajuk “Pengertian Masjid” masjid bermaksud tempat sujud, dan masjid berukuran
kecil juga disebut musholla atau surau. Selain tempat ibadah masjid juga merupakan
pusat kehidupan komuniti muslim. Seterusnya, pendapat pengkaji tentang masjid
adalah masjid boleh didefinisikan sebagai tempat ibadah bagi seluruh orang yang
beragama islam dan boleh digunakan sebagai pusat berkumpul bagi sesebuah
kampung.
Seterusnya, pengkaji ingin menerangkan skop kajiannya iaitu peranan surau
sebagai wadah pemupukan semangat kejiranan : satu kajian kes di Masjid Jemak El
Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor. Antara peranan masjid dalam
memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat ialah mengadakan aktiviti gotong-
royong atau bersukan, Mengadakan sambutan perayaan di masjid dan sebagainya.
Selanjutnya, pengkaji ingin menyatakan bahawa rasional kajiannya yang
pertama ialah surau merupakan salah satu daripada platform untuk meningkatkan
semangat kejiranan. Hal ini demikian kerana, surau bukan sahaja tempat ibadah tetapi
juga merupakan tempat untuk memupuk semangat kejiranan kerana terdapat banyak
aktiviti di surau.
Selepas itu, rasional kajian pengkaji yang kedua ialah kesan jika tidak dikaji
iaitu surau menjadi tempat yang hanya digunakan untuk menunaikan ibadah semata-
040924101407

mata. Hal ini demikian kerana, akan menyebabkan aktiviti kejiranan tidak dapat
dilaksanakan dan jemaah tidak dapat memupuk sifat kejiranan di dalam diri
masyarakat. Masyarakat juga akan mempunyai sifat yang mementingkan diri sendiri
jika kajian seperti ini tidak dijalankan.
Akhir kata, melalui kajian ini diharapkan penduduk berdekatan terutamanya
penduduk Kampung Jaya Setia dapat mengimarahkan masjid Jamek El Hasanat agar
semangat kejiranan dapat dipupuk dan dikekalkan dalam diri rakyat.
040924101407

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1) Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Masjid Jamek El Hasanat,


Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor dalam usaha memupuk semangat
kejiranan.

2) Mengkaji kesan aktiviti masjid terhadap pemupukan semangat kejiranan di Masjid


Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor .
040924101407

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 PETA LOKASI KAJIAN

Sepanjang proses untuk menghasilkan kajian ini, antara elemen yang sangat
penting adalah tempat kusus atau lokasi kajian. Lokasi kajian ini terletak di Kampung
Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor. Lokasi ini terletak di Tanjong Karang yang
terbahagi kepada beberapa Kawasan di Negeri Selangor

Peta 1 : Menunjukkan peta Negeri Selangor, Darul Ehsan.


Sumber : Google image

Di negara ini iaitu Malaysia mempunyai 15 buah negeri yang telah dibahagikan
dan termasuk juga negeri di Semenanjung Malaysia. Berpandukan kepada Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi negeri Selangor sememangnya telah merekodkan
negeri yang paling kaya di Malaysia.
040924101407

Peta 2 : Menunjukkan peta daerah Negeri Selangor.


Sumber : Google image

Negeri Selangor terdiri daripada beberapa awasan daerah yang telah dipecahkan
kepada Sembilan daerah yang terdiri daripada Kuala Selangor, Hulu Langat, Kuala
Langat, Sepang, Sabak Bernam, Klang, dan Petaling Jaya. Tanjong Karang
merupakan salah satu bandar di Kuala Selangor yang terletak kira-kira dalam 50km di
barat laut Kuala Lumpur.
040924101407

Peta 3 : Menunjukkan Kawasan Bestari Jaya, Selangor

Sumber : Google maps


040924101407

Peta 4 : Menunjukkan peta Kawasan kajian di Masjid Jami’ul Hasanat, Kampung Jaya
Setia, Bestari Jaya, Selangor.

Sumber : Google maps


040924101407

3.2 GAMBAR KAWASAN KAJIAN


040924101407

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi bermaksud proses atau


system yang mempunyai kaedah dan prinsipp yang digunakan dalam sesuatu kegiatan
astau disiplin. Metodologi juga bermaksud sebagai satu kaedah, gaya, ragam, rentak,
teknik, jalan dan corak. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod yang
digunakan semasa menjalankan kajian kajian tertentu bagi mencapai tujuan tertentu.
Metodologi kajian pula merujuk kepada kaedah yang paling sesuai dalam
penyelidikan dan menentukan cara bagi menjawab dan mengatasi permasalahan
kajian.
Oleh itu, dalam bahagian ini pengkaji akan menggunakan beberapa kaedah
untuk mengkupaskan reka bentuk kajian, batasan kajian instrument kajian, sempel
kajian, dan prosedur analisis data bagi menjawab pemikiran-pemikiran dan
permasalahan-permasalahan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Hasil kajian ini ditentukan oleh kaedah dan rekaan bentuk kajian. Rekaan
bentuk kajian pula ditentukan oleh tinjauan kajian. Tiada satu reka bentuk yang boleh
digunakan untuk semua kajian. Hal ini kerana satu boleh menggunakan beberapa reka
bentuk yang berbeza.reka bentuk kajian merupakan tatacara atau platform pengolahan
data yang diambil berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep
pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pembolehubah yang terlibat
dalam ssesuatu kajian (Kelingar 1970). Kajian ini adalah untuk mengenalpasti
aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Masjid Jami El Hasanat, Kampung Jaya
Setia, Bestari Jaya, Selangor dalam usaha memupuk semangat kejiranan.

4.2 INSTRUMENT KAJIAN

Dalam mencari dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dikaji, pengkaji


mengambil pendekatan melalui beberapa kaedah kajian. Kaedah kajian yang
digunakan terbahagi kepada dua iaitu kaedah kuantitatif dan kaedah kualititatif.
Kuantitatif bbertujuan ‘bagaiman’. Kuantitif menunjukkan pembahagian ciri, cara
040924101407

mengira ciri dan membina model statistic dalam usaha untuk menjelaskan apa yang
diperhatikan. Kuantitatif menggunakan alat seperti soal selidik bagi mengumpul data
berangka. Indicator kuantitatif ialah peritus, nisbah, min, dan kadar. Kaedah
kuantitatif adalah untuk menunjukkan perbezaan dan menerangkan kejadian secara
statistic.

4.2.1 SOAL SELIDIK

Instrument soal selidik adalah pengukur yang popular dalam kajian tinjauan.
Borang soal selidik ini dibina mengikut isu semasa yang telah diringkaskan agar
responden mudah memahami, menjimatkan masa dan jawapan yang diberikan tepat.
Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan
Bahagian C dengan mengemukakan skala likert 3 aras.

4.2.2 TEMU BUAL

Instrument temu bual mempunyai dua peringkat iaitu secara formal atau tidak
formal. Pengkaji menjalankan kajian temu bual secara formal iaitu dengan bersemuka
secara berhadapan kepada salah seorang jemaah Masjid Jamek El Hasanat, Bestari
Jaya. Dalam 30 orang responden antara pengkaji yang dapat menemu ramah sebanyak
sedikit ialah En. Hj Azhar Bin Mohamed Isa, En. Baharudin Bin Hitam dan En
Jamaludin Bin Hashim. Pengkaji menjalankan sesi temu bual dalam waktu yang
sesuai dan pengkaji juga berwatak sebagai pendengar yang baik, malahan pengkaji
mengajukan beberapa soalan yang penting dengan jelas dan tepat. Pengkaji telah
menyenaraikan beberapa soalan bagi menjawab objektif kajian ini.

4.2.3 RUJUKAN

Instrument rujukan yang utama pengkaji peroleh daripada bahan ilmiah seperti
buku-buku, kamus dewan dan sumber internet yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti
yang boleh dilakukan dan kesan aktiviti di masjid Jamek El Hasanat dalam usaha
memupuk semangat kejiranan. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat hasil
dapatan terdahulu.
040924101407

4.3 SAMPEL KAJIAN

Persampelan ialah sekumpulan manusia, tempat, atau fenomena yang terjadi


sumber informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian
tinjauan adalah secara rawak daripada sesuatu populasi yang telah dikenal pasti.
Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang kalangan Jemaah Masjid Jami El
Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor. Mereka yang terdiri 30 orang
jemaah mengetahui apa yang boleh dilakukan di Surau atau Masjid. Para Jemaah
Masjid Jami El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor akan mengisi
borang soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik
persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik
persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini
dan setiap para Jemaah Masjid Jami El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya,
Selangor mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Sampel
kajian ini terdiri 30 orang jemaah dan 30 borang soral selidik yang akan diberikan
kepada mereka secara rawak dan mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat.
Dalam penggunaan kaedah secara kuantitatif, 3 orang akan dipilih untuk di temu bual.

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA

Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti
dokumentasi, borang soal selidik dan temu bual.

4.4.1 DOKUMENTASI

Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah
diterbitkan buku, kamus dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat
berkenaan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan kesan aktiviti tersebut di masjid
Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari jaya, Selangor dalam usaha
memupuk semangat kejiranan.
040924101407

4.4.2 SOAL SELIDIK

Borang soal selidik menggunakan kertas A4 telah pengkaji buat untuk


mendapatkan dan mengumpulkan data yang tepat dan betul berdasarkan objektif
kajian. Borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada responden di Kawasan
kajian. Borang soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian
B, dan bahagian C. Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden. Bahagian
B pula mengenai soalan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di masjid Jamek El
Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor dalam usaha memupuk
semangat kejiranan. Manakala bahagian C pula soalan mengenai kesan aktiviti di
masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor dalam usaha
memupuk semangat kejiranan. Kajian ini menggunakan skala likert 5 aras iaitu 5 =
sangat setuju, 4 = setuju, 3 = kurang setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat tidak
setuju. Borang soal selidik ini diedarkan kepada para jemaah oleh pengkaji secara
bersemuka di Kawasan Masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya,
Selangor.

4.4.3 TEMU BUAL

Pengkaji menemu bual 3 orang para jemaah di masjid Jamek El Hasanat,


Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor. Pengkaji menyediakan borang temu bual
yang mengandungi 5 soalan berstruktur. Tujuan utama temu bual ini ialah
mengenalpasti aktiviti yang dilakukan di masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya
Setia, Bestrai Jaya, Selangor dalam memupuk semangat kejiranan.

4.4.4 CARA ANALISIS DATA

Pada peringkat akhir kajian ini telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian umtuk menghasilkan laporan
kajian. Dan yang diperoleh daripada analisis ini menggunakan kekerapan, peratus,
040924101407

jadual, graf dan carta. Selain itu, pengkaji juga menganalisis data bagi penyataan yang
menggunakan skala likert 5 aras berikut :

Bil Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju
1 1 2 3 4 5

2 1 2 3 4 5

3 1 2 3 4 5

4 1 2 3 4 5

5 1 2 3 4 5

Jadual 1: Contoh jadual skala likert

5.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam hasil dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini menerangkan keputusan
analisis data dan memaparkan maklum balas. Terdapat soal selidik, temu bual,
rujukan dan pemerhatian yang dijalankan ialah bagi mengenalpasti aktiviti-aktiviti di
masjid Jamek El Hasanat dalam usaha memupuk semangat kejiranan. Selain itu,
mengkaji kesan aktiviti di masjid Jamek El Hasanat dalam usaha memupuk semangat
kejiranan.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti di masjid Jamek El Hanasat, Kampung Jaya


Setia, Bestari jaya, Selangor dalam memupuk semangat kejiranan, seramai 30 orang
jemaah telah dipilih. Huraian analisis latar belakang melibatkan jantina, umur, dan
pekerjaan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.
040924101407

Jadual 2: Menunjukkan demografi responden

Bil JANTINA KEKERAPAN %


(ORANG)
1 Lelaki 24 80

2 Perempuam 6 20

Jadual 3: Demografi responden mengikut umur

JANTINA

20%

80%

Lelaki Perempuan

Rajah 1: Jantina responden

Bil. UMUR KEKERAPAN(ORANG)


KEKERAPAN %
1. 18 TAHUN – 20 TAHUN 3 10
2. 21 TAHUN – 30 TAHUN 4 13
3. 31 TAHUN – 40 TAHUN 6 20
4. 41 TAHUN – 50 TAHUN 9 30
040924101407

5. 51 TAHUN – 60 TAHUN 8 27
KEATAS
Sumber : Kajian Lapangan 2023

UMUR 30 RESPONDEN
10%

27%
13%

20%

30%

18 - 20 Tahun 21 - 30 Tahun 31 - 40 Tahun


41 - 50 Tahun 51 - 60 Tahun Keatas

Rajah 2: Umur responden


Sumber: Kajian lapangan 2023
Hasil daripada dapatan kajian seramai 30 orang responden, terdapat 9 orang
responden berumur lingkungan 41 tahun – 50 tahun. Golongan ini merupakan
dominen dan menguasai di peringkat yang pertama sebanyak 30%. Seterusnya,
terdapat 6 orang responden berumur dalam lingkungan 31 tahun – 40 tahun sebanyak
20% manakala terdapat 8 golongan iaitu golongan berumur 51 tahun – 60 tahun
keatas yang mempunyai nilai peritus sebanyak 27%. Di samping itu, terdapat 4 orang
responden berumur lingkungan 21 tahun – 30 tahun dan memiliki peratus sebanyak
13%. Akhir sekali, golongan 18 tahun – 20 tahun menunjukkan bilangan responden
yang paling sedikit iaitu hanya sebanyak 3 orang iaitu bersamaan 10%.
040924101407

Jadual 3 : Demografi responden status pekerjaan

Bil. PEKERJAAN KEKERAPAN(ORANG)


KEKERAPAN %
1. KERAJAAN 11 37
2. SWASTA 5 17
3. KERJA SENDIRI 4 13
4. TIDAK BEKERJA 7 23
5. PELAJAR 3 10

PEKERJAAN 30 RESPONDEN
10%

37%
23%

13%
17%

Kerajaan Swasta Kerja Sendiri Tidak Bekerja Pelajar

Rajah 3: Menunjukkan status pekerjaan 30 responden


Sumber: Kajian lapangan 2023
Hasil daripada dapatan kajian seramai 30 orang responden, terdapat 5 status
pekerjaan iaitu kerajaan, swasta, kerja sendiri, pelajar dan tidak bekerja mempunyai
responden yang berbeza iaitu seramai 11 orang bekerja untuk kerajaan yang
mempunyai peratus sebanyak 37%. Selepas itu, terdapat 5 orang yang status
pekerjaannya adalah swasta dan mempunyai peratus sebanyak 17%. Selain itu,
terdapat 4 orang responden yang bekerja sendiri dan memiliki peratus sebanyak 13%.
Manakala, responden yang tidak bekerja seramai 7 orang dengan peratus 23%. Akhir
sekali, terdapat 4 orang responden yang merupakan pelajar dengan jumlah peratus
10%.
040924101407

5.2 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI MASJID DALAM USAHA


MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

NO AKTIVITI DI MASJID TIDAK YA MIN


JAMEK EL 1 2
HASANAT K % K %

B1 AKTIVITI GOTONG – 2 6.7 28 93.33 1.93


ROYONG
B2 AKTIVITI MAJLIS 4 13.33 26 86.67 1.86
PERAYAAN
B3 AKTIVITI CERAMAH 1 3.33 29 96.7 1.96
AGAMA
B4 AKTIVITI MAJLIS 14 46.7 16 53.33 1.53
PERNIKAHAN
B5 AKTIVITI SUKAN 12 40 18 60 1.6
DAN REKRIASI

Jadual 4: Menganalisis aktivi-aktiviti yang dilakukan di Masjid Jamek El Hasanat,


Kampung Jaya Setia, Bestari jaya, Selangor dalam usaha memupuk semangat
kejiranan.
Sumber : kajian lapangan 2023
040924101407

AKTIVITI - AKTIVITI YANG DI LAKUKAN DI


MASJID
35
30
25
20
15
10
5
0
Gotong-royong Majlis perayaan Ceramah agama Majlis Sukan dan
pernikahan rekriasi

TIDAK YA

Rajah 4: Menunjukkan aktiviti yang dilakukan di Masjid Jamek El Hasanat,


Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor dalam usaha memupuk semangat
kejiranan
Sumber: kajian lapangan 2023
Berdasarkan jadual dan graf diatas, pengkaji telah mendapati bahawa aktiviti
yang tertinggi para Jemaah Masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari
Jaya, Selangor menjawab “Ya” adalah aktiviti ceramah agama dengan nilai min
purata 1.96. Hasil maklumat ini diperoleh daripada dapatan kajian melalui edaran
borang soal selidik kepada semua responden yang dilaksanakan oleh pengkaji secara
bersemuka yang melibatkan 30 orang jemaah atau penduduk sekitar Masjid Jamek El
Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor. Aktiviti ceramah telah
mempuyai peratus yang tertinggi iaitu adalah sebanyak 96.7% iaitu 29 responden
telah memilih “Ya” manakala seorang sahaja yang memilih “Tidak” peratusnya
bersamaan 3.33%. Hal ini terbukti kerana melalui temu bual yang pengkaji lakukan
bersama En. Hj Azhar Bin Mohamed Isa. En Hj Azhar Bin Mohamed Isa mengakui
bahawa aktiviti ceramah adalah aktiviti yang terdapat di masjid Jamel El Hasanat
seperti aktiviti kelas fardu ain, kelas mengaji Al-quran dan kelas tajwid. Aktiviti
seperti ini dapat memupuk semangat kejiranan di kawasan Taman-taman terdekat.
Seterusnya, aktiviti yang mempunyai kedua teramai adalah aktiviti gotong-
royong. Hasil dapatan ini adalah 28 orang responden memilih “Ya” iaitu mempunyai
peratus sebanyak 93.33% manakala 2 responden memilih “Tidak” dan peratusnya
bersamaan 6.7%. Hal ini terbukti dengan sokongan oleh En. Baharudin Bin Hitam
bahawa beliau mengatakan aktiviti gotong-royong dapat meningkatkan semangat
040924101407

kejiranan penduduk sekitar masjid dan aktiviti ini boleh meningkatkan semangat
perpaduan antara masyarakat majmuk .
Selanjutnya, aktiviti majlis perayaan mendapat jumlah responden yang memilih
“Ya” seramai 26 orang responden dan mempunyai peratus sebannyak 86.63%
manakala 4 orang responden memilih “Tidak” memiliki peratus sebanyak 13.33%.
Hal ini terbukti kerana di dalam artikel Berita Harian yang ditulis oleh Muhd Amirul
Faiz Ahmad (2018) yang bertajuk “Jadikan masjid, surau pusat aktiviti masyarakat
majmuk” didalam artikel ini mengalakkan masjid atau surau dijadikan lokasi untuk
melakukan aktiviti kemasyarakatan termasuk sambutan perayaan seperti Hari Raya
Aidilfitri, Hari Raya Cina dan sebagainya bagi membina semangat kejiranan dan sifat
perpaduan di dalam negara Malaysia.
Kemudian, aktiviti sukan dan rekriasi mendapat jumlah responden yang
memillih “Ya” seramai 18 orang responden dan mencatat peratus sebanyak 60% dan
seramai 12 orang responden memilih “Tidak” dan mencatat peratus sebanyak 40%.
Hal ini terbukti melalui temu bual yang dilakukan oleh pengkaji bersama dengan En.
Jamaludin Bin Hashim. Beliau memberi sokongan bahawa aktiviti sukan dan rekreasi
seperti sukan rakyat di surau dapat memupuk sifat kejiranan dalam masyarakat
penduduk berdekatan Masjid Jamek El Hasanat.
Akhir sekali, majlis pernikahan mempunyai jumlah responden yang memilih
“Ya” paling sedikit iaitu seramai 16 orang responden sahaja dan mencatat peratus
sebanyak 53.33% manakala yang memilih “Tidak” adalah seramai 14 orang
responden dan mencatat peratus sebanyak 46.7%. Perkara ini terbukti dengan
sokongan En. Hj Azhar Bin Mohamed Isa bahawa aktiviti majlis perkahwinan seperti
di masjid dapat memupuk sifat kejiranan dalam masyarakat penduduk berdekatan
Masjid Jamek El Hasanat.
Kesimpulannya, aktiviti ceramah agama adalah yang memberi impak besar
kepada penduduk di sekitar Masjid Jamek El Hasanat dalam memupuk semangat
kejiranan.
040924101407

5.3 KESAN AKTIVITI – AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI MASJID


DALAM USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN.
Jadual 5: Menganalisis kesan aktiviti di Masjid Jamek el Hasanat, Kampung Jaya
Setia, Bestari Jaya, Selangor dalam usaha memupuk semangat kejiranan.

NO KESAN SANGAT TIDAK KURAN SETUJU SANGAT MIN


AKTIVITI DI TIDAK SETUJU G 4 SETUJU
SURAU SETUJU 2 SETUJU 5
NURUZZAMAN 1 3
K % K % K % K % K %
C1 Menambah ilmu 0 0 0 0 0 0 18 60 12 40 4.4
pengetahuan
tentang agama
dalam diri
penduduk
kampung
C2 Mengeratkan 0 0 0 0 0 0 24 80 6 20 4.2
hubungan
sillaturahim antara
penduduk
C3 Mewujudkan 0 0 2 6.66 5 16.66 18 60 5 16.66 3.86
persekitaran
kejiranan yang
selesa dan aman.
C4. Memupuk nilai – 0 0 4 13.33 8 26.67 14 46.67 4 13.33 3.6
nilai murni dalam
kalangan
penduduk
kampung.
C5 Melahirkan 0 0 2 6.66 6 20 20 66.66 2 6.66 3.73
masyarakat yang
sihat dan aktif
040924101407

Sumber : kajian lapangan 2023

KESAN AKTIVITI - AKTIVITI YANG DILAKUKAN


30
25
20
15
10
5
0
u a n sa ni tif
lm ng le ur ak
a tI bu Se iM in
dap Hu ra
n i la ak
en ka
n ik ta ukN s em
M at e up t
p rs ka
er
a Pe em a ra
M M
a sy
M

Sangat Tidak Setuju Tidak setuju Kurang Setuju


Setuju Sangat Setuju

Rajah 5: Menunjukkan kesan aktiviti di Masjid jamek El Hasanat, Kampung Jaya


Setia, Bestari Jaya, Selangor dalam usaha memupuk semangat kejiranan.
Sumber : kajian lapangan 2023
Berdasarkan jadual dan graf diatas, pengkaji telah mendapati bahawa kesan
yang pertama yang menjadi kesan aktiviti di Masjid Jamek El Hasanat dalam usaha
memupuk semangat kejiranan adalah mewujudkan persekitaran kejiranan yang selesa
dan aman dengan nilai min 3.86. Hasil ini didapati daripada dapatan kajian melalui
edaran borang soal selidik kepada para responden yang dilakukan pengkaji secara
bersemuka yang terdiri daripada 30 orang responden jemaah dan penduduk di sekitar
Masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor. Terdapat 18
orang iaitu sebanyak 60% memilih setuju bagi kesan tersebut. Seterusnya seramai 5
orang memilih sangat setuju sebanyak 16.66% memilih kesan tersebut. Terdapat 5
orang yang memilih kurang setuju sebanyak 16.66% dan 2 orang memilih tidak setuju
sebanyak 6.66% bagi kesan mewujudkan persekitaran kejiranan yang selesa dan
aman. Menurut hasil temu bual melalui En. Baharudin Bin Hitam pada 6 Mei 2023
pada pukul 2:30 petang, beliau berpendapat bahawa kesan utama aktiviti di masjid
Jamek El Hasanat adalah mewujudkan persekitaran kejiranan yang selesa dan aman.
Hal ini kerana apabila aktiviti kemasyarakatan dilakukan di masjid seluruh penduduk
berdekatan akan mendapat kebaikan dan dapat membina keselesaan dalam hidup
berjiran.
Selain itu, berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi oleh pengkaji
mendapati bahawa kesan aktiviti di masjid Jamek El Hasanat yang kedua memberi
040924101407

peningkatan usaha dalam memupuk semangat kejiranan adalah menambah ilmu


pengetahuan tentang agama dalam diri penduduk sekitar Kampung Jaya Setia.
Berdasarkan jadual dan graf bar kompaun diatas menunjukkan bahawa 12 orang
responden iaitu 40% memilih setuju dan min 4.4 memilih kesan tersebut. Seterusnya
seramai 18 orang iaitu 60%. Menurut hasil temu bual melalui En. Hj Azhar Bin
Mohamed Isa pada 5 Mei 2023 pada pukul 3:00 petang, beliau berpendapat bahawa
kesan aktiviti di surau dapat menambah ilmu pengetahuan tentang agama dalam diri
penduduk sekitar Kampung Jaya Setia. Hal ini kerana aktiviti kerohanian seperti kelas
fardu ain, ceramah agama dan sebagainya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
tentang agama dalam diri seseorang individu.
Seterusnya, berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi oleh pengkaji
mendapati bahawa kesan aktiviti di masjid Jamek El Hasanat yang ketiga memberi
peningkatan usaha dalam memupuk semangat kejiranan adalah memupuk nilai-nilai
murni dalam kalangan penduduk Kampung Jaya Setia. Berdasarkan jadual dan graf
diatas menunjukkan bahawa 4 orang responden iaitu 13.33% memilih sangat setuju
dan min 3.6 memilih kesan tersebut. Seterusnya seramai 14 orang responden iaitu
46.67% memilih setuju manakala skala likert kurang setuju mewakili 8 orang
responden iaitu 26.67% dan 4 0rang memilih tidak setuju sebanayk 13.33%. Menurut
hasil temu bual melalui En. Jamludin Bin Hashim pada 6 Mei 2023 pada pukul 2:30
petang, beliau berpendapat bahawa kesan aktiviti di surau dapat memupuk nilai-nilai
murni dalam kalangan penduduk Kmpung Jaya Setia. Hal ini kerana dengan aktiviti
kebajikan seperti menderma anak yatim dan sebagainya memberi kesedaran kepada
penduduk sekitar masjid Jamek El Hasanat tentang nilai murni sekali gus menjadi
amalan yang baik kepada seluruh masyarakat di Malaysia.
Seterusnya, berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi oleh pengkaji
mendapati bahawa kesan aktiviti di masjid Jamek El Hasanat yang keempat memberi
peningkatan usaha dalam memupuk semangat kejiranan adalah mengeratkan
hubungan silaturahim antara penduduk masjid Jmaek El Hasanat. Berdasarkan jadual
dan graf diatas menunjukkan bahawa 6 orang responden iaitu 20% memilih sanagat
setuju dan min 4.2 memilih kesan tersebut. Seterusnya seramai 24 orang responden
iaitu 80% memilih setuju. Menurut hasil temu bual melalui En. Baharudin Bin Hitam
pada 4 Mei 2023 pada pukul 4:00 petang, beliau berpendapat bahawa kesan aktiviti di
masjid Jamek El Hasanat dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk
040924101407

di sekitar masjid Jamek El Hasanat. Hal ini kerana aktiviti perayaan khas seperti Hari
Raya Aidilfitri dapat mengumpul penduduk di sekitar masjid tidak kira bangsa dan
agama dapat mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza.
Akhir sekali, berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi oleh pengkaji
mendapati bahawa kesan aktiviti di masjid Jamek El Hansanat yang kelima dalam
memberi peningkatan usaha dalam memupuk semangat kejiranan adalah melahirkan
masyarakat yang sihat serta aktif. Bersadarkan jadual dan graf bar diatas
menunjukkan bahawa 2 orang responden iaitu 6.66% memilih sangat setuju dan min
3.73 memilih kesan tersebut. Kemudian seramai 20 orang responden iaitu 66.66%
memilih setuju manakala skala likert kurang setuju mewakili 6 orang responden iaitu
20% dan 2 orang responden memilih tidak setuju iaitu 6.66%. Menurut hasil temu
bual yang dilakukan oleh pengkaji melalui En. Jamaludin Bin Hashim pada 5 Mei
2023 pada pukul 3:00 petang beliau bependapat bahawa kesan aktiviti di masjid dapat
melahirkan masyarakat yang sihat serta aktif. Hal ini kerana aktiviti sukan dan
rekreasi seperti sukan rakyat dapat menyihatkan tubuh badan penduduk di sekitar
masjid Jamek El Hasanat terutamanya Kampung Jaya Setia.
040924101407

6.0 RUMUSAN

1 Pengenalan

Secara kesimpulannya, pengkaji telah menjalankan kajian ini dengan sepenuh hati
untuk menepati kedua-dua objektif, iaitu mengkaji serta mengenal pasti
pendapat penduduk kawasan kediaman Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Sealngor
tentang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh ahli Masjid Jamek El Hasanat. Bagi
mencapai objektif kajian ini, seramai 30 responden telah disoal selidik dan 3 informan
telah ditemu bual.

2 Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Masjid Jamek El Hasanat,


Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor dalam usaha memupuk semangat
kejiranan.

Melalui dapatan kajian, pengkaji mendapati keseluruhan penduduk di kawasan


kediaman Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor bersetuju bahawa aktiviti
yang dianjurkan di Masjid Janek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, seperti ceramah
agama, aktiviti sukan dan rekriasi dan majlis sambutan hari perayaan, aktiviti gotong-
royong dan majlis pernikahan dapat memupuk semangat kejiranan. Maklumat ini juga
disokong oleh temubual yang dilakukan terhadap informan. Tambahan pula, ketiga-
tiga informan bersetujubahawa aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di Masjid dapat
mewujudkan keharmonian di antara ahli penduduk. Dengan ini, diharapkan penduduk
melibatkan diri dengan anjuran Masjid agar integrasi dan perpaduan dipupuk.
Menerusi soalan-soalan tersebut pengakaji dapat mengenal pasti aktiviti-aktiviti
yang dilakukan di Masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya,
Selangor.

.3 Mengenalpasti kesan-kesan aktiviti masjid terhadap pemupukan semangat


kejiranan di Masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor .

.Melalui hasil kajian ini, pengkaji mendapati bahawa majoriti penduduk di


Kampung Jaya Setia bersetuju bahawa kesan terbesar yang dapat memupuk semangat
040924101407

kejiranan dapat dipupuk dalam kalangan penduduk di kawasan kediaman tersebut


ialah aktiviti-aktiviti di Masjid Jamek El Hasanat dapat menambah ilmu
pengetahuan tentang agama dalam diri penduduk kampung. Hal ini terbukti kerana
kesan ini mendapat min tetinggi antara kesan yang lain iaitu sebanyak 4.4. Kesan
kedua terbesardengan min sebanyak 4.2 ialah dapat mengeratkan hubungan
sillaturahim di Masjid. Seterusnya ialah dapat mewujudkan persekitaran yang selesa
yang aman dan bersih iaitu sebanyak 3.86. Selain itu, dapat memupuk nilai-nilai
murni dalam kalangan penduduk dengan jumlah min sebanyak 3.6 merupakan kesan
yang terendah. Manakala, melahirkan masyarakat yang aktif dan sihat adalah kesan
yang terakhir dengan jumlah min sebanyak 3.7. Menerusi soalan-soalan tersebut
pengkaji dapat mengkaji kesan kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan di
Masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor dengan jelas.

4 Kesimpulan

Hasil daripada kajian ini, didapati bahawa pelbagai manfaat yang diperolehi
daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan Masjid Jamek El Hasanat, Kampung Jaya
Setia seperti ceramah agama, gotong-royong dan sebagainya. Hal ini secara langsung
menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti yang dilakukan di Masjid dapat memupuk
semangat kejiranan. Oleh itu, amatlah penting bahawa penduduk di Kawasan
kediaman Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor melibatkan diri dengan anjuran
pihak Masjid agar perpaduan dan integrasi dapat dipupuk. Hal ini dikatakan demikian
kerana penglibatan penduduk dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
Masjid semakin berkurangan dan semangat kejiranan semakin luntur di dalam
kalangan penduduk.
040924101407

7.0RUJUKAN

1.Bahan Internet
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=integrasi
http://tondano.angklung.web.id/id1/2434-2327/Integrasi-Sosial_50163_tondano-
angklung.
htmlhttps://www.scribd.com/document/343873188/Perpaduan-Mengikut-Kamus-
Dewan
http://www.balimuslim.com/tentang-masjidhttps://fitrahislami.wordpress.com/
2011/12/12/pengertian-masjid/
040924101407

8.0 LAMPIRAN

TAJUK:
PERANAN MASJID SEBAGAI WADAH PEMUPUKAN SEMANGAT
KEJIRANAN : SATU KAJIAN KES DI MASJID JAMEK EL HASANAT,
KAMPUNG JAYA SETIA, BESTARI JAYA, SELANGOR

SOAL SELIDIK: Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Masjid


dalam usaha memupuk semangat kejiranan dan Mengkaji kesan aktiviti dalam
usaha memupuk semangat kejiranan.

TUJUAN: Borang soal selidik ini diedarkan kepada pihak terpilih bagi membantu
pelajar menjalankan tugasan Kerja Kursus bagi peperiksaan Sijil Pemeriksaan Tinggi
Malaysia (STPM) 2023.

Soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

ARAHAN: Mohon Tuan/Puan/Encik/Cik untuk mengisi soal selidik berikut.


Sebarang maklumat akan dirahsiakan dan akan digunakan untuk tujuan kajian ini
sahaja. Diharapkan para responden dapat memberikan pandangan yang jujur dan
ikhlas. Segala kerjasama daripada pihak responden didahului dengan ucapan jutan
terima kasih.
040924101407

BAHAGIAN A : MAKLUMAT DIRI RESPONDEN


Arahan : Sila tandakan ( / ) pada ruang disediakan.

1) JANTINA :

A. Lelaki ( )
B. Perempuan ( )

2) UMUR :

A. 18 – 20 Tahun ( )
B. 21 – 30 Tahun ( )
C. 31 – 40 Tahun ( )
D. 41 – 50 Tahun ( )
E. 51 – 60 Tahun Keatas ( )

3) PEKERJAAN :

A. Kerajaan ( )
B. Swasta ( )
C. Kerja Sendiri ( )
D. Tidak Bekerja ( )
E. Pelajar ( )
040924101407

BAHAGIAN B : AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN DI MASJID


JAMEK EL HASANAT, KAMPUNG JAYA SETIA, BESTARI JAYA,
SELANGOR DALAM USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN.

Arahan : Sila tandakan ( / ) berdasarkan persutujuan anda.

BIL AKTIVITI DI MASJID JAMEK EL TIDAK YA


HASANAT
1 Aktiviti gotong – royong.

2 Aktiviti majlis sambutan perayaan.

3 Aktiviti ceramah agama.

4 Aktiviti majlis pernikahan.

5 Aktiviti sukan dan rekriasi.


040924101407

BAHAGIAN C : MENGKAJI KESAN AKTIVITI MASJID JAMEK EL


HASANAT, KAMPUNG JAYA SETIA, BESTARI JYA, SELANGOR DALAM
USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN.

Arahan : Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan.

1 2 3 4 5
Sangat Tidak Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
Setuju

BI KESAN AKTIVITI MASJID 1 2 3 4 5


L DALAM MEMUPUK SEMANGAT
KEJIRANAN
1 Menambah ilmu pengetahuan tentang
agama dalam diri penduduk kampung.

2 Mengeratkan hubungan sillaturahim


antara penduduk kampung

3 Mewujudkan persekitaran kejiranan


yang selesa dan aman.

4 Memupuk nilai – nilai murni dalam


kalangan penduduk kampung.

5 Melahirkan masyarakat yang sihat dan


aktif.

SOAL SELIDIK TAMAT


040924101407

You might also like