Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEJARAH PENGLIBATAN TOKOH DALAM

PERTUKANGAN TEMBAGA.

INTRO*

ASSALAMUALAIKUM W.B.T NAMA SAYA NUHA AJWA BT MOHD SHARUDDIN


AKAN MENYAMPAIKAN SEBUAH CERITA TENTANG TOKOH KRAF NEGARA.HMM..

KAWAN-KAWAN TAHU TIDAK SIAPA ALLAHYARHAM ENCIK WAN ABDUALLAH


BIN WAN MUDA? HA..ITULAH YANG SAYA AKAN CERITAKAN HARI INI TANPA
BERLENGAH MARI KITA MULA.
Seni kraf tembaga dipercayai warisan zaman pemerintahan Dong Son di Funan. Akibat pemberontakan
menentang rejim pemerintahan menjelang tahun 800 masihi, ramai nelayan menjadi tukang ukir dan
tukang logam berhijrah ke Thailand, Kepulauan Indonesia dan Tanah Melayu. Di sini mulanya
perkembangan budaya kemahiran seni logam di Tanah Melayu, khasnya di negeri Terengganu. Kini
negeri ini telah melahirkan ramai pengusaha yang berkemahiran tinggi dalam bidang pertukangan kraf
tembaga.

Barangan kraf tembaga secara tradisional dibuat menggunakan acuan lilin tetapi kini telah beralih kepada
penggunaan acuan pasir. Kebanyakan proses pembuatannya masih menggunakan tangan dengan kaedah
campuran tembaga dengan aloi tertentu. Barangan kraf tembaga yang telah siap, kemudiannya dibentuk
menggunakan bantuan mesin dan dihiasi dengan motif ukiran.

Salah seorang pelopor seni kraf tembaga yang tersohor adalah Allahyarham Encik Wan Abdullah bin
Wan Muda. Dilahirkan pada tahun 1914 di Kampung Tanjung iaitu sebuah perkampungan Melayu yang
terletak di Kuala Terengganu. Pada zaman awal pendidikannya, seperti kanak-kanak lain beliau dihantar
ke sekolah agama. Bermulalah titik penglibatan beliau dalam pertukangan tembaga kerana secara
kebetulan salah seorang guru beliau merupakan seorang tukang tembaga yang bermahiran tinggi.

Allahyarham mula serius menceburi bidang pertukangan kraf tembaga pada usia 28 tahun di mana beliau
terus mendalami ilmu pertukangan daripada pelbagai tukang-tukang tembaga tersohor termasuklah Tuan
Haji Bakar Abdul Rahman dan Tuan Haji Mat Cik. Di kalangan adik-beradiknya, hanya beliau dan adiknya Tuan
Haji Wan Yahya sahaja menceburi bidang ini. Kreativiti dan minat beliau dalam bidang seni tembaga ini telah menarik
perhatian dan galakan daripada kedua-dua orang tuanya untuk terus bergiat secara serius. Pengaruh rakan-rakan sebaya,
keadaan persekitaran, minat dan kedudukan ekonomi memberi sumbangan ke arah keterlibatan beliau dalam aktiviti seni
pertukangan ini.

Sebelum zaman pemerintahan Jepun, beliau telah memulakan perniagaan dengan menghasilkan barangan kraf tembaga
seperti periuk berukuran 3" x 4" dengan harga satu ringgit sebuah pada ketika itu. Di antara produk lain yang turut beliau
hasilkan adalah seperti Sekodi serta bekas-bekas kuih seperti Sarang Cermai, Sarang Apik-Apik, Bakor dan Kuali Kuah.
Hasil-hasil kraf tembaga ini kemudiannya dijual kepada orang ramai.

AUTRO*

ITU SAJA UNTUK HARI INI SEKIAN TERIMA KASIH.

TAMAT

You might also like