Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Kesultanan

Johor Riau

Nama: Hannah Sofiyyah binti Mohd Syaffian


Kelas: 2 Duke
No. Maktab: CP201155
Subjek: Sejarah
Guru Subjek: Encik Zulkifli bin Yasok
Sekolah: MRSM Tun Abdul Razak
Isi Kandungan

Jadual Kerja 3

Objektif Kajian 3

Kaedah Kajian 3

Pengenalan 4

Pengasasan Kesultanan Johor Riau 5

Kegemilangan Kesultanan Johor Riau 6

Langkah-langkah memartabatkan persuratan Melayu 8

Kepentingan pemeliharaan kedaulatan negara 8

Rumusan 9

Sumber Rujukan 10

2
Jadual Kerja
BIL TARIKH PERKARA CATATAN
1 23 JULAI 2021 Menerima taklimat daripada guru subjek
Sejarah berkaitan penulisan tugasan /

2 30 JULAI 2021 Membuat rujukan awal ke laman web yang


berkaitan dengan tajuk tugasan /

3 2 OGOS 2021 Mengenalpasti cara penulisan tugasan /

4 5 OGOS 2021 Menentukan tajukk penulisan /

5 11 OGOS 2021 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan


hingga tajuk tugasan menerusi /
16 OGOS 2021 internet,majalah,akhbar, buku

6 17 OGOS 2021 Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan /


guru
7 21 OGOS 2021 Menulis pengenalan dan pelaporan penuh /
tugasan
27 OGOS 2021 Rumusan pengetahuan, nilai murni dan /
harapan
8 30 0GOS 2021 Mengemaskini tugasan /
9 31 OGOS 2021 Menyemak dan menghantar tugasan /

Objektif kajian
•Menghuraikan asal usul pengasasan Kesultanan Johor Riau dengan tepat secara
terperinci
• Memberikan penjelasan tentang kegemilangan Kesultanan Johor Riau daripada aspek-
aspek yang tertentu iaitu pusat perdagangan unggul, pengurusan pelabuhan dan
perusratan
• Menyatakan langkah-langkah untuk memartabatkan karya-karya persuratan Melayu
ke peringkat antarabangsa
• Memberikan pandangan peribadi berkenaan dengan kepentingan pemeliharaan
kedaulatan negara bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan negara dalam kalangan
generasi muda

Kaedah Kajian
• Penggunaan bahan ilmiah seperti buku teks
• Melayari laman web yang berkaitan dengan topik kajian kes di Internet
• Merujuk contoh kajian kes yang telah diberikan oleh guru subjek Sejarah

3
Pengenalan

Waris bagi Kesultanan Melayu Melaka telah mengasaskan Kesultanan Johor Riau. Pelbagai
perkara telah diwarisi oleh Kesultanan Johor Riau daripada Kesultanan Melayu Melaka iaitu
system pemerintahan dan pentadbiran, wilayah jajahan takluk serta naungan. Kesultanan ini
telah menyambung tradisi kegemilangan dan keagungan kerajaan awal di Alam Melayu.

Kajian kes ini dilaksanakan bagi subjek Sejarah, bab 6 iaitu topik tentang Kesultanan Johor
Riau . Kajian ini telah dilaksanakan secara online. Saya telah mencari maklumat untuk folio
ini dengan menggunakan pelbagai platform. Tempoh kajian adalah selama beberapa minggu
untuk memberi masa yang cukup kepada ahli kelab untuk melengkapkan folio kajian.

Folio ini dilaksanakan untuk mendedahkan lebih banyak ilmu pengetahuan


tentang Kesultanan Johor Riau. Folio ini merangkumi pelbagai informasi tentang Kesultanan
Johor Riau seperti pengasasan kerajaan, aspek kegemilangan kerajaan dari segi pusat
perdagangan, pengurusan pelabuhan dan persuratan. Di akhir folio, langkah-langkah untuk
memartabatkan karya persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa dan pandangan tentang
kepentingan pemeliharaan kedaulatan negara bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan
negara dalam kalangan generasi muda juga turut dibincangkan.

4
Pengasasan Kesultanan Johor Riau
Pengasas Kerajaan Johor Riau ialah Sultan Alauddin Riayat Shah I atau nama sebenar
baginda iaitu, Raja Ali. Baginda merupakan cahaya mata kepada Sultan Mahmud Shah dan
Tun Fatimah. Baginda mula memerintah Johor Riau pada tahun 1528 sehingga tahun 1564.
Pada ketika ini, Bendahara Seri Nara Diraja atau Tun Ali yang merupakan Bendahara Melaka
yang ke-4 telah dititahkan untuk menghimpunkan rakyat bagi pembukaan negeri di pesisir
Sungai Johor.

Pusat pemerintahan yang pertama telah dibina pada tahun 1528 di Kota Kara, Pekan Tua.
Pemilihan Kota Kara sebagai pusat pemerintahan adalah kerana lokasinya yang berdekatan
dengan sungai yang lebar. Hal ini akan menyebabkan kapal dapat keluar dan masuk dengan
mudah. Selain itu, Kota Kara juga menjadi benteng pertahanan ancaman luar disebabkan oleh
kawasan yang berbukit-bakau di sekitarnya.

Walaupun begitu, pada tahun 1535, serangan daripada Portugis telah dilancarkan ke Kota
Kara dan mengakibatkan ia musnah. Maka, pembukaan pusat pemerintahan baharu oleh
Sultan Alauddin Riayat Shah I di Kota Sayong pun bermula. Dikatakan bahawa kawasan ini
lebih selamat kerana kapal perang musuh akan menghadapi kesukaran untuk melintasi sungai
yang sempit.Pemindahan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor Lama yang juga dikenali
sebagai Tanjung Batu berlaku atas sebab kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang
lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.

Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan ini dalam mengekalkan kegemilangannya ialah
Persaingan Johor-Acheh-Portugis atau Perang Segi Tiga iaitu peperangan antara tiga kuasa
untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Peperangan ini berakhir apabila Johor
menawarkan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis dan kuasai Melaka pada
tahun 1641. Perang Johor-Jambi berlaku dari tahun 1659 hingga tahun 1679. Dalam perang
ini, Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa kerajaan Johor Riau yang bertempat di Riau.
Konflik pembesar ialah konflik di antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan
Laksamana Tun Abdul Jamil untuk kuasai pemerintahan kerajaan ini. Ia berakhir dengan
pengunduran Tun Abdul Jamil ke Terengganu. Ancaman Raja Kechil pada tahun 1719 bagi
penuntutan takhta kerajaan Johor telah menyebabkan Raja Sulaiman meminta bantuan
daripada Opu Bugis Lima Bersaudara.Akhirnya, Raja Kechil berjaya dikalahkan pada 4
Oktober 1722.

Strategi kerajaan Johor Riau dalam mengekalkan kegemilangannya terbahagi kepada tiga.
Antaranya ialah pemindahan pusat pemerintahan yang sebahagian besarnya terletak di
sepanjang pesisir Sungai Johor ke Kepulauan Riau Lingga semasa pemerintahan Sultan
Ibrahim bagi keperluan strategi ketenteraan dan muslihat pertahanan. Selain itu, kota
pertahanan juga turut dibina mengikut lokasi pusat pemerintahan dan setiap satunya
mempunyai reka bentuk dan ciri yang tersendiri. Pada tahun 1602, perjalinan hubungan
Johor-Belanda bermula. Perjanjian ini telah membantu Johor untuk menewakan Portugis.
Johor telah memberikan bantuan seperti membuat tapak meriam, menggali parit kubu dan
lain-lainnya dalam perang Belanda-Portugis. Kesultanan Johor Riau telah berkembang dan
diperintah oleh sultan daripada dua keturunan iaitu waris berketurunan Kesultanan Melayu
Melaka dan sultan berketurunan Bendahara Johor.

5
Kegemilangan Kesultanan Johor Riau
Kemunculan Kesultanan Johor Riau sebagai pusat perdagangan yang menjadi tarikan para
pedagang di seluruh dunia pada abad ke-16 dan abad ke-17 merupakan salah satu daripada
aspek kegemilangan kesultanan ini. Johor telah menjadi pusat perdagangan yang unggul
disebabkan oleh beberapa kelebihan iaitu kedudukannya yang strategik, kesibukan
pelabuhan, tumpuan para pedagang dan sebagai pusat pengumpulan serta pengedaran
pelbagai barang dagangan.

Kedudukan strategik Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor memberikan
kemudahan kepada kapal besar untuk bermudik kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam.
Lalu lintas kapal dari arah Timur dan Barat juga boleh dikawal kerana lokasinya yang berada
di selatan Selat Melaka. Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim
yang strategik menarik minat para pedagang luar untuk berurus niaga. Pusat perdagangan
Johor telah menjadi tumpuan para pedagang dari China, Gujerat, Belanda, Inggeris malah
pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu. Disebabkan
oleh perasaan kurang tertarik dengan Portugis, pedagang Jawa memilih Johor sebagai tempat
perdagangan. Di samping itu, hasil pertanian seperti beras turut dipasarkan oleh pedagang
Siam.

Pelabuhan Johor Riau bertanggungjawab sebagai pusat pertukaran barangan keluaran


tempatan dan Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab. Lada hitam, bijih
timah dan emas merupakan antara barang dagangan dari tanah jajahan dan naungan Johor.
Barang dagangan seperti bijih timah ini diperoleh dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam
serta Pulau Bangka, Sumatera. Jambi dan Inderagiri pula telah membekalkan lada hitam dan
emas. China telah menjadikan Pelabuhan Batu Sawar sebagai pusat perdagangan barangan
tempatannya. Antaranya ialah benang emas, kain sutera putih, barang tembikar, seramik,
kuali besi, teh dan juga tembaga. Beras pula dibawa oleh pedagang Siam dan Jawa untuk
bekalan beras Johor. Pedagang Gujerat pula memperdagangkan kain, wanigan dan manik.

Pelabuhan Johor Riau begitu sesak memandangkan terdapat 500 hingga 600 buah kapal
dagang daripada pelbagai negara dan bangsa telah berlabuh di pelabuhan Johor khususnya
pelabuhan Riau. Kapal Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu merupakan
sebahagian daripada kapal-kapal dagang yang berlabuh di situ.

Pengurusan pelabuhan yang cekap, pantas dan efisien telah menjadikan Kesultanan Johor
Riau sebuah kerajaan yang gemilang dan unggul. Selain itu, kebolehannya untuk
membekalkan kapal dengan cepat murah telah menjadikan ia sebuah pelabuhan entrepot.
Terdapat pelbagai kemudahan pelabuhan yang telah dibina di Pelabuhan Johor iaitu gudang
bawah tanah bagi tujuan penyimpanan barangan untuk menghindari kebakaran. Pegawai yang
professional juga turut dipertanggungjawabkan bagi pengurusan hal ehwal perdagangan.
Barang yang diperlukan oleh pedagang juga turut dibekalkan seperti rempah-ratus dan lada
hitam.

Urusan jual beli dalam perdagangan di Johor dijalankan melalui sistem barter atau pertukaran
barang dan penggunaan mata wang seperti wang emas yang dipanggil mas, wang perak
sebagai kupang dan katun iaitu gelaran bagi wang timah. Mata wang ini diasaskan oleh
Sultan Alauddin Riayat Shah I. Mata wang asing juga turut digunakan pada akhir abad ke-18
iaitu Dolar Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda.

6
Pembesar yang berperanan dalam mengurus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan
ialah Syahbandar. Cukai pelabuhan yang ditetapkan berpatutan dan ukuran serta berat
timbangan barangan juga ditetapkan oleh Syahbandar. Bendahara, Laksamana, Temenggung
dan Raja Indera Bongsu boleh memberikan naungan kepada pedagang melalui sistem
naungan. Sistem Naungan akan membenarkan orang yang memberikan naungan memperoleh
sebahagian daripada hasil keuntungan dalam bentuk cukai perdagangan. Melalui sistem ini,
pedagang mudah mendapat surat kebenaran daripada Belanda dan boleh belayar tanpa
sebarang gangguan di Selat Melaka.

Peranan Orang Laut adalah untuk bertindak sebagai pengawal pelabuhan, penunda kapal
dagang, petunjuk arah kepada para pedagang dan pengawal keselamatan perairan Johor dan
Kesultanan Johor Riau dengan bantuan daripada angkatan tentera laut. Khidmat membaiki
dan pembinaan kapal bersaiz kecil juga terdapat di pelabuhan ini. Pekerjaan ini merupakan
kemahiran Orang Laut dan ia telah memajukan kerajaan ini. Mereka membina kapal pesisir
pantai seperti kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang.

Batu Sawar dan Pulau Penyengat, Riau memainkan peranan penting dalam perkembangan
penulisan karya persuratan berkaitan Kerajaan Melayu. Karya agung ialah karya yang tertulis
dalam Bahasa Melayu yang mampu menimbulkan unsur pemikiran, sistem nilai dan
kepercayaan, pandangan atau falsafah hidup bangsa Melayu. Ia juga melambangkan
pemikiran dan pandangan hidup bangsa Melayu. Karya Sulalatus Salatin yang bermaksud
Salasilah Raja-Raja atau Peraturan Segala Raja-Raja telah disusun semula daripada nama
asalnya Hikayat Melayu oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612. Karya ini merangkumi asal
usul keturunan raja-raja, sejarah dan adat istiadat Kesultanan Melayu Melaka.

Hikayat Hang Tuah juga merupakan antara karya agung yang terkenal. Karya ini
mengisahkan tentang sebuah epik kepahlawanan yang telah merentas sepanjang zaman
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Karya ini mencerminkan kesetiaan dan ketaatan
seorang rakyat kepada rajanya iaitu Hang Tuah yang merupakan seorang Laksamana yang
disanjung pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Menurut ahli sejarawan, penulis naskhah
ini ialah seorang pengarang dari Johor selepas kekalahan Portugis di Melaka pada tahun
1641. Kedua-dua karya ini telah diiktiraf sebagai hasil kesusasteraan klasik dan epik Melayu
tradisional oleh UNESCO dalam Daftar Ingatan Dunia (The Memory of the World Register).

Tokoh persuratan yang paling dikenali ramai ialah Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya
Tun Muhammad bin Tun Ahmad Paduka Raja yang dilahirkan pada tahun 1565 di Bukit
Selayut, Kota Tinggi. Beliau telah menjadi seorang Bendahara Johor pada zaman
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah II. Penulisan dan penyusunan semula naskhah
Sulalatus Salatin oleh beliau telah dilaksanakan di bawah titah adinda Sultan Alauddin Riayat
Shah II, Raja Abdullah. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai penasihat Sultan
Iskandar Muda, Acheh dan Raja Uleebalang di Samarlanga.

Karya agung yang lain seperti Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja telah ditulis oleh
Bukhari al-Jauhari dan karya ini merupakan antara karya persuratan yang tersohor pada
zaman Kesultanan Johor Riau. Raja Ali Haji telah mengarang empat naskhah karya agung
iaitu Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu, Bugis dan Gurindam Dua Belas. Hikayat Anak
Panah Sedasa pula telah dikarang oleh Tun Hisap Misai. Raja Ahmad pula telah menulis
Syair Ungku Puteri.

7
Langkah-langkah untuk memartabatkan karya
persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa.
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi memartabatkan karya persuratan Melayu ke
peringkat antarabangsa adalah dengan mendedahkan karya-karya agung tersebut di dalam
dan luar negara. Pendedahan boleh dilakukan melalui aplikasi digital kerana satu per tiga
daripada penduduk dunia menjalankan rutin harian memggunakan teknologi. Pendedahan
boleh dilakukan melalui medium hiburan seperti drama, lagu, dan aplikasi sosial seperti
Tiktok dan Instagram. Selain itu, pihak Non-Governmental Organisation (NGO) juga perlu
gigih mempromosikan karya-karya agung Melayu melalui kerjasama antarabangsa,
persidangan dan lain-lain.

Pihak kerajaan juga boleh bekerjasama dengan negara-negara Nusantara seperti Indonesia,
Kemboja, Thailand dan juga Brunei. Di samping itu, ahli -ahli sejarawan juga boleh
menjalankan satu kajian secara berkumpulan tentang karya-karya agung di dunia. Kajian ini
akan melibatkan universiti dan agensi antarabangsa yang akan menarik ramai mahasiswa dan
mahasiswi khususnya bagi mereka yang mengambil jurusan sastera, falsafah, bahasa dan
sejarah. Akhir sekali, penggunaan karya-karya agung seperti syair, gurindam, sajak, pantun,
cerpen dan puisi dapat diterapkan dalam silibus pendidikan. Banyak karya agung penulis
Eropah seperti karya William Shakespeare diterapkan dalam pelajaran namun kebanyakan
karya agung Melayuhanya hanya dijadikan sebagai hiburan harian sahaja. Kerajaan perlu
mengubah corak pendidikan subjek Bahasa Melayu untuk memartabatkan karya persuratan
Melayu ke peringkat antarabangsa.

Kepentingan pemeliharaan kedaulatan negara agar


kemakmuran dan kemajuan terjamin

Generasi muda pada hari ini perlu memelihara kedaulatan negara supaya kemakmuran dan
kemajuan negara sentiasa terjamin. Pada pandangan saya, hal ini kerana apabila kemakmuran
negara terjamin, peperangan antara rakyat dengan ahli politik dan rusuhan seperti di
Afghanistan, Iraq dan Iran tidak akan berlaku. Dengan ini, rakyat juga tidak perlu berasa
risau tentang keselamatan dan keperluan asas mereka akan sentiasa lengkap serta sistem
pentadbiran negara juga akan stabil. Selain itu, ekonomi negara juga akan mencanak naik
kerana keamanan sesebuah negara itu akan menarik minat banyak ahli perniagaan dan
pelabur daripada luar dan dalam negara untuk menjalankan urus niaga dan aktiviti pelaburan.

Kedaulatan negara yang sentiasa terpelihara akan meningkatkan kualiti sistem pendidikan
sesebuah negara. Pendidikan yang berkualiti akan melahirkan pemimpin negara yang
berwibawa dan rasional. Semangat cinta akan negara dan perpaduan antara rakyat juga dapat
dipupuk. Seterusnya, maruah negara juga akan terpelihara dan negara akan disanjung tinggi
di persada dunia kerana telah berjaya mengekalkan kemakmuran dan kemajuan negara di
samping melahirkan generasi yang berkualiti. Akhir sekali, kemerdekaan negara dapat
dikekalkan dan dinikmati untuk masa yang lebih lama serta negara tidak akan lagi
menghadapi kesusahan seperti zaman sebelum kemerdekaan negara tercapai.

8
Rumusan

Setelah melakukan kajian tentang Kesultanan Johor Riau, saya mendapati bahawa
pengasasan dan kegemilangan kesultanan ini tidak dapat dicapai dengan mudah. Ramai orang
berpendapat bahawa sejarah itu sebuah subjek yang membosankan, namun banyak
pengajaran, nilai murni dan iktibar dapat diperolehi apabila mempelajari sejarah tentang
sebuah kesultanan yang gemilang dan agung.

Antara pengajaran yang telah saya perolehi ialah saya dapat memahami kegigihan dan
kesungguhan pemimpin Kesultanan Johor Riau dalam mempertahankan kedaulatan kerajaan.
Selain itu, saya juga dapat memperoleh pengetahuan tentang kegemilangan kerajaan Melayu
yang mendidik kita supaya sentiasa berbangga dengan sejarah, tradisi dan budaya bangsa di
negara kita. Di samping itu, semangat kerjasama dan saling membantu dalam mengahadapi
cabarn akan menyelesaikan sesuatu masalah. Akhir sekali, peranan golongan intelek dan
rakyat yang berilmu pengetahuan serta sanggup berkorban merupakan tiang kepada
kedaulatan sesebuah negara dan bangsa.

9
Sumber Rujukan

Bahan ilmiah atau buku:

Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul & Ishak bin
Saidoo, 2018, Sejarah Tingkatan 2, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Contoh Tugasan Sejarah PT3 2016 “Tempat Yang Bersejarah di Negeri Anda”.

Laman web:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tun_Ali
https://www.ipendidikan.my/langkah-memartabatkan-bahasa-malaysia.html
http://cetasasbuya.blogspot.com/2007/08/pengembangan-bahasa-dan-persuratan.html
http://katrinahl.blogspot.com/2014/09/langkah-langkah-untuk-memartabatkan.html

Video:
https://www.youtube.com/watch?v=ThFGEGN2PCk

10

You might also like