Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PUSAT KOKURIKULUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

VKMB1011
PEMBANGUNAN MASYARAKAT

TAJUK TUGASAN
PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN KOMUNITI:
KESEIMBANGAN PEKERJAAN DAN KEHIDUPAN

DISEDIAKAN UNTUK
DR. SAZALI BIN SAAD

DISEDIAKAN OLEH

BIL. NAMA NOMBOR MATRIK

1.

2. NURUL BASHIRAH BINTI ZAKARIA 296067

3. NUR AQILA ADRIANA BINTI AZMAN 294833

4. FARAH HANI BINTI MUHAMMAD TAJUL 292443


ANUAR

5. WAN IMANI ANIS BT WAN MOHAMAD ZAHAD 293446

TARIKH
10 JUN 2023
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN …………………………………………………………………………… 1


2.0 KONSEP…………………………………………………………………………………… 2
3.0 MASALAH…………………………………………………………………………………. 3
4.0 HALANGAN……………………………………………………………………………….. 4
5.0 CABARAN…………………………………………………………………………………. 5
6.0 CADANGAN……………………………………………………………………………….. 6-7
7.0 LAIN-LAIN…………………………………………………………………………………. 8
8.0 KESIMPULAN………………………………………………………………………………9
9.0 RUJUKAN…………………………………………………………………………………..10
1.0 PENGENALAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menjelaskan konsep, mengenalpasti


masalah, halangan dan cabaran serta membuat cadangan berkaitan keseimbangan
pekerjaan dan kehidupan dalam konteks pembangunan dan kesejahteraan komuniti di
Malaysia. Pembangunan dan kesejahteraan komuniti di Malaysia merujuk kepada usaha
untuk meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan serta kualiti hidup komuniti setempat.
Usaha untuk meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup komuniti setempat ini boleh
dilaksanakan oleh komuniati sendiri atau kerjasama daripada agen-agen pembangunan
samaada dari pihak kerajaan ataupun bukan kerajaan. Ia juga melibatkan pelbagai usaha
untuk memperbaiki infrastruktur fizikal, menyediakan akses kepada perkhidmatan penting,
meningkatkan taraf pendidikan, memperkuatkan institusi sosial, dan menyokong
pembangunan ekonomi.

Selain itu, pengenalan untuk pembangunan dan kesejahteraan komuniti ini perlu
memberikan tumpuan kepada aspek kelestarian. Ia bermaksud pembangunan yang
dijalankan haruslah mempertimbangkan impak jangka panjang terhadap alam sekitar,
ekonomi, dan sosial. Pembangunan yang mampan memastikan bahawa keperluan
generaasi masa hadapan tidak dikorbankan dan sumber daya yang ada digunakan dengan
bijak. Selaras dengan itu, pemerkasaan komuniti juga menjadi aspek penting dalam
pengenalan ini. Ia melibatkan komuniti untuk mengambil bahagian aktif dalam proses
pembangunan mereka sendiri. Perkara ini boleh dilakukan melalui pembangunan
kemahiran, peningkatan kesedaran, pemerkasaan wanita, sokongan kewangan dan
penglibatan aktif dalam membuat keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka.

Secara keseluruhannya, pengenalan untuk pembangunan dan kesejahteraan komuniti


ini melibatkan pendekatan yang menyeluruh, holistik dan mampan dalam meningkatkan
kualiti hidup dan keadaan sosio ekonomi komuniti. Ia berlandaskan kerjasama, kelestarian,
pemerkasaan, dan penilaian berterusan untuk mencapai pembangunan yang berkesan dan
mampan.
2.0 KONSEP

Kesimbangan pekerjaan dan kehidupan dapat dilihat apabila seseorang individu


mampu mengatur dan membahagikan masa diantara tanggungjawab semasa bekerja dan
tanggungjawab semasa bersama keluarga agar tidak berlaku konflik dalam menjalankan
kehidupan seharian. Selain itu, menurut Kamus Cambridge, keseimbangan kehidupan-kerja
ialah “jumlah masa yang anda habiskan untuk melakukan kerja anda berbanding jumlah
masa yang anda luangkan bersama keluarga anda dan melakukan perkara yang anda
sukai”. Konsep ini adalah untuk mencapai keharmonian antara kedua-dua bidang ini iaitu
pekerjaan dan kehidupan, sehingga seseorang dapat merasa puas secara profesional dan
peribadi.

Keseimbangan pekerjaan dan kehidupan menjadi semakin penting dalam masyarakat


modern yang cenderung mengalami masalah tekanan dan stres yang tinggi di tempat kerja.
Jika seseorang terlalu fokus kepada pekerjaan dan mengorbankan masa dan tenaga untuk
kehidupan peribadi, perkara ini akan memberi impak negatif kepada kesihatan mental dan
fizikal, hubungan peribadi, dan kebahagian secara keseluruhan. Sebaliknya, jika seseorang
terlalu fokus terhadap kehidupan peribadi maka tanggungjawab individu itu terhadap
pekerjaannya juga akan terjejas dan akan mendatangkan ketidakseimbangan dalam
kehidupan dan pekerjaan.

Menurut kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih 50
peratus pekerja di Malaysia mengalami masalah tekanan kerja dan hampir 25 peratus
daripada mereka mengalami tekanan kerja yang tinggi. Perkara ini amat membimbangkan
kerana masyarakat tidak dapat seimbangkan kerja dan kehidupan seharian mereka dengan
baik yang akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan mental seperti kemurungan.
Seterusnya, menurut kajian oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pula, menyatakan
bahawa keseimbangan kerja dan kehidupan dapat meningkatkan dan memperbaiki
kesejahteraan pekerja, dengan memberikan ruang dan masa yang mencukupi kepada
pekerja untuk mereka berehat dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Oleh itu,
peranan majikan juga amatlah penting untuk memastikan kebajikan pekerja sentiasa dijaga
seterusnya dapat mengurangkan tekanan kerja serta dapat mewujudkan suasana kerja yang
harmoni.
3.0 MASALAH

Masalah keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan telah menjadi isu yang
semakin serius dan penting dalam era perkembangan pesat ini. Terdapat beberapa masalah
yang timbul mengenai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan.

Kurangnya pengiktirafan dan ganjaran merupakan salah satu masalah yang sering
terjadi di tempat kerja. Keadaan ini menyebabkan pekerja tidak berpuas hati akan
pengiktirafan yang tidak memadai dan ganjaran yang tidak adil diterima mereka dalam
pekerjaan. Herzberg, F., Mausner, B., & Snyderman, B. (1959) menegaskan bahawa
pengiktirafan atau penghargaan dan ganjaran dianggap sebagai faktor motivasi yang sangat
penting dalam pekerjaan. Ketidakpuasan ini akan mempengaruhi keseimbangan antara
pekerjaan dan kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana pekerja akan kehilangan
motivasi untuk memberikan sumbangan yang maksimum dalam pekerjaan mereka.
Sumbangan kepada pekerjaan yang tidak dihargai dan ketidakadilan dari segi ganjaran
menyebabkan kekecewaan, ketidakpuasan, dan kehilangan semangat dalam menjalankan
segala tugas.

Ketidakseimbangan beban kerja berlaku apabila seseorang pekerja itu diberikan


tugasan kerja yang terlalu tinggi menyebabkan mereka bekerja berlebihan daripada biasa.
Sebagai contohnya, pekerja bekerja lebih daripada 45 jam seminggu kerana tugasan kerja
yang terlalu banyak daripada biasa. Ketidakseimbangan ini menyebabkan pekerja berasa
sangat tertekan dalam mencapai target yang tinggi sehingga menyebabkan mereka sukar
menghasilkan tugas kerja yang berkualiti. Apabila beban kerja tinggi tetapi kawalan yang
dimiliki oleh pekerja rendah, seperti dalam situasi di mana pekerja memiliki sedikit kawalan
terhadap tugas dan waktu kerja mereka, maka tingkat tekanan di tempat kerja akan
meningkat. Karasek, R. A. (1979) berpendapat bahawa apabila beban kerja tinggi tetapi
kawalan pekerja rendah, seperti dalam situasi di mana pekerja mempunyai sedikit kawalan
ke atas tugas dan masa kerja mereka maka tahap tekanan akan tinggi di tempat kerja.
Ketidakseimbangan beban kerja ini menjejaskan masalah kesihatan pekerja seperti pekerja
berasa kelelahan dan stres yang melampau sehingga mengganggu aktiviti harian.Kesannya
kualiti kerja dan produktiviti pekerja akan merosot.

Di samping itu, kurangnya peluang untuk mengembangkan kerjaya merupakan


masalah kepada pekerja. Maslow, A. H. (1954) berpendapat bahawa keperluan untuk
pembangunan diri merupakan salah satu keperluan manusia yang paling tinggi dan penting
untuk mencapai kesejahteraan dan kepuasan hidup. Apabila pekerja tidak berpeluang untuk
mengembangkan kerjaya mereka, maka mereka tidak bermotivasi untuk meneruskan
komitmen bekerja sumbangan mereka. Hal ini menyebabkan pekerja berasa kurang minat
akan sesuatu kerja, dan lebih teruk lagi apabila mereka cepat berputus asa kerana tidak
berpeluang untuk memajukan diri. Kesannya, pekerja kurang kemahiran dan latihan untuk
meningkatkan kualiti kerja mereka.

4.0 HALANGAN
Konsep keseimbangan pekerjaan dan kehidupan (work-life balance) merujuk kepada
upaya mencapai keseimbangan yang baik antara waktu, tenaga, dan perhatian yang
dibahagikan untuk pekerjaan dan aspek-aspek kehidupan peribadi yang lain. Dalam konteks
pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di Malaysia, konsep ini menjadi penting dalam
mempromosikan kesejahteraan individu, keluarga, dan masyarakat secara keseluruhan.
Namun, sudah semestinya terdapat cabaran dan halangan dalam mencapai keseimbangan
pekerjaan dan kehidupan.
Konsep keseimbangan kerja dan kehidupan adalah tujuan yang diinginkan oleh
banyak individu dan komuniti dalam mencapai kesejahteraan holistik. Namun, ada beberapa
halangan yang dapat menghalangi pencapaian keseimbangan tersebut. Antaranya ialah
budaya kerja yang intensif iaitu berdasarkan ekspektesi yang tinggi terhadap dedikasi dan
pekerjaan berlebihan yang konsisten menyebabkan orang lain bergantung harap serta
meningkatkan beban kerja sedia ada. Budaya kerja sebegini memang wujud di alam
pekerjaan Malaysia tambahan pula terhadap pekerja baru.
Seterusnya, kurangnya sokongan syarikat dan rakan kerja juga merupakan halangan
buat individu dalam mencapai ‘work-life balance’. Contohnya, mempunyai rakan kerja yang
suka membuli rakan kerja lain seperti memberi kerja berlebihan sehingga tiada rehat bahkan
tiada masa untuk diri sendiri.
Selain itu, kurangnya pengetahuan tentang pembahagian masa yang efektif juga
merupakan halangan bagi seseorang individu dalam mencapai keseimbangan pekerjaan
dan kehidupan. Contohnya, ketidakmampuan untuk membahagikan dan mengutamakan
tugas-tugas penting dan sulit mengatur waktu dengan baik. Pembahagian masa yang baik
sangat memainkan peranan yang penting untuk individu mencapai keseimbangan pekerjaan
dan kehidupan.
Pelbagai langkah dapat diambil oleh setiap pihak dalam mencapai keseimbangan
pekerjaan dan kehidupan di Malaysia ini. Langkah-langkah ini perlulah dirancang dan
diambil dengan baik melibatkan individu, keluarga, syarikat pekerjaan dan masyarakat.
Orang ramai perlu membukan mata dan mendapatkan kesedaran tentang pentingnya
mempunyai kehidupan yang seimbang ini. Keupayaan untuk mengatasi cabaran dan
halangan dalam menggapai keseimbangan pekerjaan dan kehidupan dapat membantu
mencapai pembangunan dan kesejahteraan masyarakat yang lebih seimbang di Malaysia

5.0 CABARAN
Mewujudkan keseimbangan pekerjaan dan kehidupan bagi setiap orang merupakan
rintangan yang dihadapi oleh berbagai pihak. Antara cabaran yang sering dialami dalam
upaya mencapai keseimbangan pekerjaan dan kehidupan bagi seseorang individu ialah
beban kerja yang tinggi menyebabkan seseorang merasakan sulit untuk menyeimbangkan
waktu kerja dan kehidupan peribadi. Kurangnya kebijaksanaan dalam pembahagian waktu
juga merupakan cabaran bagi individu kerana seseorang itu akan menghadapi kesukaran
membahagikan masa yang memadai antara bekerja dan masa untuk kehidupan peribadi.
Selain itu, tuntutan keluarga iaitu tanggungjawab mencari nafkah kepada keluarga
juga merupakan cabaran dalam mencapai keseimbangan pekerjaan dan kehidupan.
Contohnya, merawat anak-anak, mengurus anggota keluarga yang sakit dan menjaga
hubungan yang sihat dengan pasangan juga dapat mempengaruhi waktu dan tenaga yang
patut dibahagikan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi. Ekspektasi sosial yang
berhubungan dengan peran gender atau tanggung jawab sosial tertentu juga dapat
mempengaruhi persepsi individu terhadap keseimbangan pekerjaan dan kehidupan pribadi.
Tambahan pula, di era globalisasi dengan kemajuan teknologi yang terus meningkat
ini juga antara cabaran buat mana-mana pihak terlibat. Dengan kemajuan teknologi ini,
pekerja dapat melakukan kerja mereka atas talian dimana sahaja mereka berada. Ini dapat
mengganggu masa mereka walaupun di rumah. Sifat digital dunia kerja ini sering kali
menyebabkan informasi berlebihan, dengan notifikasi dan email yang terus masuk tidak kira
masa.
Untuk mengatasi cabaran ini, penting untuk mengadopsi pendekatan yang holistik,
seperti mengembangkan keterampilan pembahagian waktu yang baik, berkomunikasi
secara terbuka dengan keluarga dan atasan mengenai kehidupan pribadi, serta menghargai
pentingnya waktu untuk berehat dan masa untuk diri sendiri dan keluarga.
6.0 CADANGAN

Untuk mencapai keadaan keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi, seseorang
perlu mengamalkan pemikiran tertentu dan mengambil langkah konkrit. Berikut ialah
beberapa petua untuk memastikan anda menuju ke arah yang betul ke arah mencapai
keseimbangan kesejahteraan dan produktiviti dalam pasukan.

1) Mengutamakan nilai kerjaya

Adalah menarik untuk diperhatikan bahawa sebahagian besar individu mengutamakan


keseimbangan kerja-kehidupan. Malah, satu kajian mendedahkan bahawa ramai pekerja
sanggup menerima gaji yang lebih rendah jika ia bermakna mereka boleh bekerja untuk
organisasi yang lebih belas kasihan. Ini adalah konsesi yang penting untuk dibuat, tanpa
mengira keadaan peribadi. Namun begitu, ia menyerlahkan anjakan minda di mana orang
tidak lagi melihat kerja sebagai tujuan tunggal mereka dalam hidup, sebaliknya sebagai satu
cara untuk mencapai kehidupan yang memuaskan. Oleh itu, adalah penting bagi individu
untuk mengutamakan kesihatan dan kebahagiaan mereka sendiri di tempat kerja dan dalam
kehidupan peribadi mereka.

2) Menguruskan masa dan tenaga

Hari kerja biasa adalah lebih daripada sekadar duduk di meja untuk tempoh masa yang
ditetapkan. Pertimbangkan untuk menggunakan kaedah yang berbeza, seperti membuat
senarai atau menggunakan teknik pengurusan masa seperti Pomodoro, untuk mendekati
tugasan kerja dengan cara yang baharu. Pengurus harus membenarkan pasukan mereka
bereksperimen dengan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan kerja dan mengatur tugas.
Tahap tenaga setiap orang berubah-ubah sepanjang hari, jadi adalah penting untuk tidak
mengkritik rakan sekerja jika mereka tidak sentiasa berada pada tahap yang paling
produktif. Ini akan membawa kepada persekitaran kerja yang kurang tertekan dan lebih
produktiviti semasa waktu bekerja. Dropbox Capture ialah alat yang berguna untuk
memudahkan proses ini. Dropbox Capture ialah platform inovatif yang direka untuk
memudahkan rakaman video dan tangkapan skrin untuk mempamerkan sebarang idea
inovatif yang mungkin dimiliki oleh ahli pasukan. Alat ini membolehkan ahli pasukan
merakam kerja mereka mengikut keselesaan mereka, memberikan mereka keyakinan untuk
menyampaikan idea mereka secara teratur dan profesional. Setelah dirakam, video dan
tangkapan skrin boleh dikongsi dengan mudah dengan rakan sekerja, yang boleh
melihatnya pada masa mereka sendiri, mengikut kadar mereka sendiri. Ini membolehkan
lebih fleksibiliti dan kerjasama, kerana ahli pasukan boleh bekerjasama untuk memperhalusi
dan menambah baik idea mereka, walaupun mereka tidak bersama secara fizikal. Dengan
Dropbox Capture, pasukan boleh menangkap, menyimpan dan berkongsi idea mereka
dengan mudah, menjadikannya alat penting untuk mana-mana tempat kerja moden.

3) Mewujudkan persekitaran yang produktif

Adalah penting untuk mengambil kira maklumat yang kongsi sama ada bekerja dari jauh
atau di pejabat. Walaupun mungkin tidak mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas reka
bentuk ruang kerja, adalah disyorkan untuk mengekalkan kawasan yang kemas dan kemas
kerana ia boleh memberi kesan positif kepada produktiviti. Selain itu, adalah penting untuk
mewujudkan ruang di rumah yang menggalakkan kelonggaran dan meminimumkan tekanan.
Elakkan membiarkan dokumen berkaitan kerja terbuka atau pastikan e-mel kerja boleh
diakses pada telefon anda pada setiap masa. Jika seorang pekerja bebas yang bekerja dari
rumah, sebaiknya hadkan kawasan kerja kepada satu bilik atau meja yang ditetapkan
supaya boleh mematikan kerja dengan mudah pada penghujung hari.
7.0 LAIN-LAIN
Komuniti yang bijak menguruskan keseimbangan pekerjaan dan kehidupan mereka
adalah komuniti yang lebih berjaya dalam pelbagai aspek. Hal ini kerana mereka sentiasa
berusaha untuk menjalankan kehidupan mereka dengan baik dan mereka mampu
mengatasi masalah yang mereka hadapi dalam setiap pekerjaan. Terdapat pelbagai faedah
yang akan komuniti peroleh sekiranya mereka berjaya melakukan keseimbangan tersebut.
Antara kebaikannya ialah meningkatkan produktiviti diri sendiri. Perkara ini terjadi
kerana individu boleh menyediakan masa untuk diri sendiri melakukan pelbagai aktiviti lain.
Sebagai contoh, individu boleh mempunyai waktu rehat yang mencukupi dan melakukan
aktiviti riadah. Melalui aktiviti ini, individu tersebut sekaligus dapat meningkatkan produktiviti
mereka di tempat kerja kerana mereka mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta
minda yang cerdas. Keseimbangan kerja yang baik akan membolehkan komuniti
mempunyai tenaga dan tumpuan yang cukup serta motivasi yang tinggi untuk menghasilkan
kerja yang cemerlang.
Selain itu, keseimbangan pekerjaan dan kehidupan dapat mengukuhkan hubungan
antara satu sama lain tidak kiralah hubungan dalam kekeluargaan malah dapat
mengeratkan lagi hubungan antara komuniti. Setiap manusia itu mempunyai masa yang
sama dalam satu hari iaitu 24 jam tetapi pengaturan masa yang baik adalah faktor
bagaimana persamaan tersebut dapat dibezakan. Jadi, meluangkan masa yang cukup untuk
keluarga, rakan dan masyarakat di sekeliling adalah aspek penting bagi menjamin hubungan
yang sihat dan bermakna. Memiliki hubungan yang baik antara masyarakat akan memberi
lebih banyak manfaatnya yang tersendiri. Komuniti juga akan sentiasa hidup dalam keadaan
yang ceria tanpa sebarang masalah dengan orang di sekeliling. Sekiranya individu itu
melebihkan kerja mereka maka hubungan yang sihat ini mungkin tidak akan mereka miliki.
Di samping itu, keseimbangan ini juga akan menjamin kesihatan yang sempurna.
Fokus yang berlebihan kepada pekerjaan akan menyebabkan tekanan yang kronik,
keletihan dan pelbagai masalah kesihatan lain. Dengan mengekalkan keseimbangan
pekerjaan dan kehidupan, komuniti dapat mengurangkan risiko tersebut dan mengekalkan
kesihatan fizikal dan mental yang baik.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan merupakan hal
yang penting bagi kesejahteraan dan kebahagiaan seseorang. Perkara ini bukanlah satu
tugas yang mudah dan sempurna. Adakalanya kita perlu mengorbankan sesuatu perkara
untuk mencapai sesuatu perkara yang lain. Jadi, kita perlu tahu apa yang kita inginkan
dalam hidup dan elakkan dari membandingkan hidup kita dengan orang lain kerana perkara
tersebut adalah tidak bagus untuk dipraktikkan dalam kehidupan. Hal ini kerana, setiap
insan itu mempunyai kelebihan yang berlainan dan mungkin kelebihan itu tidak ada pada diri
kita. Setiap manusia telah dikurniakan kebolehannya tersendiri yang mampu membawa
mereka ke arah kejayaan dalam kehidupan. Setiap masalah dan cabaran yang dihadapi
oleh masyarakat dalam pekerjaannya pasti ada solusi yang tepat. Masyarakat mestilah bijak
mengambil peranan bagi mengatasi halangan tersebut kerana manusia yang hebat adalah
mereka yang tidak pernah mengaku kalah. Oleh itu, setiap pihak wajarlah lebih cakna dan
bertanggungjawab akan isu mengenai kehidupan dan pekerjaan bagi menjamin
pembangunan dan kesejahteraan komuniti yang hebat di Malaysia.
9.0 RUJUKAN

Admin. (2022, November 4). Study-Work-Life Balance | Challenges and Solutions.


Westford Online. https://www.westfordonline.com/blogs/study-work-life-
balance-challenges-and-opportunities/

Greenhaus, J. H., & Powell, G. N. (2006). When work and family are allies: A theory
of work-family enrichment. Academy of Management Review, 31(1), 72-92.

Tims, M., Bakker, A. B., & Derks, D. (2013). The impact of job crafting on job
demands, job resources, and well-being. Journal of Occupational Health
Psychology, 18(2), 230–240.

Hammer, L. B., Neal, M. B., Newson, J. T., Brockwood, K. J., & Colton, C. L. (2005).
A Longitudinal Study of the Effects of Dual-Earner Couples' Utilization of
Family-Friendly Workplace Supports on Work and Family Outcomes. The
Journal of applied psychology. 90. 799-810

Herzberg, F., Mausner, B., & Snyderman, B. (1959). The Motivation to Work. New
York, NY: John Wiley & Sons.

Karasek, R. A. (1979). Job Demands and Worker Health: Main Effects and
Occupational Differences. Cincinnati, OH: Department of Health, Education,
and Welfare, Public Health Service, National Institute for Occupational Safety
and Health.

Maslow, A. H. (1954). Motivation and Personality. New York, NY: Harper & Brothers.

Sojka, L. (2020). Critical Analysis of Work-Life Balance Concept and Proposal of


Evaluation Method. Mednarodno Inovativno Poslovanje = Journal of
Innovative Business and Management, 12(2), 49–56.
https://doi.org/10.32015/jibm/2020.12.2.5.49-56

Gragnano, A., Simbula, S., & Miglioretti, M. (2020). Work–Life Balance: Weighing the
Importance of Work–Family and Work–Health Balance. International Journal
of Environmental Research and Public Health, 17(3), 907. NCBI.
https://doi.org/10.3390/ijerph17030907

You might also like