Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KURSUS PENGESANAN ISU-ISU ETNIK KERJASAMA UPNM-JPNIN

CADANGAN TAJUK-TAJUK UNTUK PERBINCANGAN

1. TEMA: POLITIK DAN AGAMA

Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) Kelantan yang telah diluluskan di


peringkat Dewan Undangan Negeri Kelantan serta dalam proses untuk
dibentangkan di Dewan Rakyat telah hampir berjaya menyatukan dua parti
dominan orang Melayu, iaitu UMNO dan PAS. Walau bagaimanapun, kanun
tersebut telah ditolak oleh dua parti dominan orang Cina, iaitu MCA dan DAP.
MCA telah mengugut rakan komponennya dalam BN, iaitu UMNO dan DAP
telah menyerang PAS yang merupakan sekutunya (ketika itu) dalam Pakatan
Rakyat. PAS tetap dengan pendirian mereka mahu melaksanakan hukum hudud
di Kelantan, manakala DAP berkeras bahawa ia tidak selari dengan
perlembagaan negara. Perkara ini turut berlaku semasa usaha membentangkan
Rang Undang-undang 355 (RUU 355). Parti komponen BN (MCA dan
Gerakan) amat menentang usaha tersebut.

Situasi ini dilihat jika berterusan boleh membawa kepada ketegangan


dalam hubungan etnik di negara ini dan seterusnya menggugat keamanan
negara. Bincangkan.
2. TEMA: EKONOMI, SOSIAL DAN BUDAYA

Pada awal Mac 2001 satu peristiwa pergaduhan beramai-ramai telah terjadi di
kawasan Petaling Jaya Selatan (PJS), Selangor iaitu di kawasan PJS4, PJS5,
PJS 6 dan PJS7. Oleh kerana pergaduhan ini melibatkan dua kumpulan etnik
utama di Malaysia -Melayu (dan sekumpulan pendatang/pekerja asing
Indonesia) dengan India. Kejadian ini berlaku di satu kawasan petempatan yang
mempunyai penduduk berbilang etnik, berbilang kelas, dan mempunyai latar
belakang sosio-ekonomi yang berbeza, maka peristiwa ini telah mencetuskan
beberapa persoalan persoalan besar, iaitu:

Pertama, adakah pergaduhan ini boleh dianggap sebagai ulangan 'pergaduhan


kaum' yang pemah berlaku pada 13 Mei, 1969?
Kedua, adakah, setelah masyarakat Malaysia berjaya mempertahankan
kestabilan sosialnya selama lebih tiga puluh tahun, situasi hubungan kaum di
Malaysia tiba-tiba mulai tergugat?
Ketiga, tanpa kawalan yang pantas dan tegas oleh pihak yang berkuasa, adakah
kemungkinan bahawa peristiwa ini boleh merebak ke seluruh negara?

Bincangkan secara kritis tentang peristiwa ini dan langkah-langkah


mengelakkan salah faham sebegini daripada berulang.
3. TEMA: AGAMA DAN BUDAYA

Alvin Tan (Tan Jye Yee) dan Vivien Lee (Lee May Ling) merupakan dua orang
pelajar Malaysia yang pernah menggemparkan negara kerana merakamkan aksi
porno dan menyebarkannya kepada umum semasa menuntut di sebuah institusi
pengajian tinggi di Singapura. Mereka sekali lagi menggemparkan masyarakat
negara ini kerana menyiarkan gambar dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa
(with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising)' dalam laman facebook.
Mereka ini kemudiannya dipertuduhkan di bawah Akta Hasutan, tetapi
pertuduhan tersebut digugurkan oleh Mahkamah Persekutuan. Alvin
kemudiannya melarikan diri ke Amerika Syarikat dan berterusan mengapi-
apikan rakyat negara ini dengan pelbagai provokasi dan yang terkini
mempermainkan azan melalui video terbaharunya 'Muslim Call to Prayer -
Azan (R&B cover)' sekitar bulan April 2015.

Kes ini berhubungkait dengan sensitiviti agama dan budaya di negara ini.
Sejauhmanakah situasi sebegini mampu menggugat keharmonian
hubungan etnik yang pelbagai di negara ini?
4. TEMA: AGAMA DAN BUDAYA

Kempen sentuh anjing atau I want to touch a dog yang dianjurkan oleh Syed
Azmi al Habshi bersama Norhayati Ismail telah menimbulkan perdebatan dalam
masyarakat Islam negara ini. Ini disebabkan oleh agama dan budaya
terutamanya masyarakat Islam negara ini yang kebanyakkannya bertaklid
kepada Mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi. Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) mendakwa kempen sentuh anjing "I Want to Touch a Dog'
dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah
cuba mencipta budaya baharu dalam masyarakat di negara ini.

Kes ini menyentuh sensitiviti agama dan bertentangan dengan budaya di


negara ini. Bincangkan bagaimana situasi sebegini mampu menggugat
keharmonian hubungan etnik yang pelbagai di negara ini?
5. TEMA: EKONOMI

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau Goods and Service Tax
oleh kerajaan telah bermula pada 1 April 2015. Perkara ini mula diperdebatkan
semenjak perkara ini disebutkan semasa Belanjawan 2013. Ini menimbulkan
pelbagai spekulasi daripada rakyat dan telah dijadikan modal kempen oleh parti-
parti politik dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil (PRK). Terdapat beberapa
situasi yang mengaitkannya dengan perkauman seperti dalam kempen PRK
Permatang Pauh pada 7 Mei 2015 yang mengaitkan Ketua Wanita MCA, Datuk
Heng Seai Kie tetapi dinafikan oleh beliau serta memberi amaran kepada PKR
dan DAP supaya tidak membangkitkan isu perkauman susulan kenyataannya
berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam laporan China
Press.

Bincangkan secara kritis tentang isu ini dan impaknya terhadap hubungan
etnik.
6. TEMA: AGAMA DAN INSTITUSI BERAJA

Kebelakangan ini banyak laman sesawang yang digunakan oleh pihak-pihak


berkepentingan politik untuk menghasut dan menggugat keharmonian hubungan
etnik di Malaysia. Pelbagai laporan mengenai kes-kes menghina Islam dan
institusi beraja di negara ini. Situasi ini jika dibiarkan mampu menimbulkan
ketegangan serta mengeruhkan hubungan di antara pelbagai kaum.

Kes-kes sebegini mampu menjurus kepada situasi pergaduhan di antara


kaum. Huraikan langkah-langkah perlu bagi mengatasinya.
7. TEMA: AGAMA DAN PERLEMBAGAAN

Isu gereja tanpa permit menaikkan salib besar di Taman Medan, Petaling Jaya
pada 19 April 2015 telah mendapat reaksi yang tidak menyenangkan daripada
segelintir rakyat Malaysia. Beberapa penduduk sekitar telah berdemonstrasi
bagi menyatakan bantahan dan ketidakpuasan hati mereka. Demonstrasi ini
diadakan bagi mendesak pemilik premis agar menurunkan salib tersebut.

Isu agama merupakan isu yang amat sensitif dalam masyarakat pelbagai
etnik di Malaysia. Bincangkan peranan pihak-pihak yang sepatutnya
bertanggungjawab.
8. TEMA: POLITIK

Kemunculan semula Tun Dr. Mahathir (mantan Perdana Menteri ke-4) ke


persada politik semasa telah mencorakkan semula landskap politik tanahair.
Bahang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) yang semakin rancak telah
menimbulkan pelbagai spekulasi.

Sebagai pemimpin utama pihak pembangkang sudah umumnya dapat diterima


oleh penentang BN walaupun ada kalangan pendokong Reformasi berasa
kedudukan mereka menjadi pelik. Mereka menyertai Reformasi dan PKR untuk
menentang Tun Mahathir tetapi buat masa ini mereka diketuai pula oleh bekas
perdana menteri itu. Di kalangan pendokong DAP juga ada yang tidak dapat
menerima kepimpinan Dr Mahathir. Dasar beliau terhadap hubungan kaum
sepanjang hayatnya banyak tidak disenangi oleh penyokong DAP. Tetapi
umumnya mereka dapat diyakinkan oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang
bahawa menyokong Dr Mahathir adalah perlu buat masa ini kerana beliau kini
menentang BN.

Perkiraan politik negara mungkin mengalami perubahan besar. Seandainya BN


tidak memperolehi majoriti 2/3 atau mengalami kekalahan, kemungkinan akan
berlaku huru-hara perlu diambil perhatian. Begitu juga sekiranya Pakatan
Harapan menang, adakah mereka boleh bersatu dalam kepelbagaian fahaman
politik.

Sebagai Pegawai Perpaduan, apakah langkah-langkah yang perlu sebagai


persiapan bagi menghadapi situasi sebegini?

You might also like