Screenshot 2022-10-25 at 4.33.11 PM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

e-PRAKTIS

SOALAN ESEI

Jawab semua soalan.

1 Banyak modal insan Malaysia yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi (brain
drain) berhijrah ke negara lain. Sekiranya fenomena ini dibiarkan, maka ini akan
menjejaskan ekonomi negara. Bincangkan.

2 Ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti amat dituntut untuk menjamin kecemerlangan


tadbir urus dalam perkhidmatan awam. Jelaskan.

3 Pemerkasaan golongan muda tidak hanya tertumpu dalam bidang akademik semata-
mata, sebaliknya pemerkasaan tersebut haruslah bersifat menyeluruh. Bincangkan.

4 Penjagaan kesihatan diakui sangat penting, namun masih timbul persoalan mengapa
masalah ini masih meningkat. Bincangkan.

5 Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan wajar dimartabatkan. Bincangkan


kepentingan bahasa Melayu dari segi sosiobudaya serta langkah memartabatkan dan
mendaulatkannya.

6 Pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan merupakan suatu cabaran di sebalik


kemajuan negara. Bincangkan faktor terjadinya masalah tersebut dan langkah yang
boleh dilakukan untuk mengatasinya.

7 Pelancongan kesihatan merupakan jenis produk pelancongan yang mendatangkan


manfaat kepada pembangunan negara. Oleh itu, usaha untuk memajukannya perlu
ditingkatkan. Bincangkan penyataan tersebut.

8 Kita hendaklah sentiasa berwaspada terhadap ancaman ketenteraan dan juga ancaman
lain yang boleh menjejaskan keutuhan negara pada sebarang masa. Bincangkan
pelbagai bentuk cabaran tersebut.

9 Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang diwujudkan selepas tahun 1970
untuk membentuk perpaduan dan ketenteraman negara. Bincangkan.

10 “Bersatu teguh, bercerai roboh.” Bincangkan rasional peribahasa tersebut dalam


konteks matlamat memupuk semangat cinta akan negara dan langkah-langkah untuk
mewujudkan perpaduan.

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
RANGKA JAWAPAN
Soalan 1
Pengenalan
Penghijrahan modal insan profesional rakyat tempatan ke luar negara merupakan cabaran
yang dihadapi oleh negara. Dalam jangka panjang, gejala ini akan merugikan negara.

Bahagian A: Sebab berlaku penghijrahan


Idea 1: Gaji tinggi/pendapatan lumayan
• Gaji yang ditawarkan di negara asing adalah tinggi berbanding dengan dalam negara
• Nilai mata wang asing yang tinggi berbanding dengan mata wang tempatan semakin
menggalakkan
• Kuasa beli bertambah tinggi serta tabungan juga bertambah besar
Idea 2: Peluang pekerjaan yang banyak
• Banyak peluang pekerjaan ditawarkan dalam pelbagai bidang di luar negara
• Sesuai dengan pertumbuhan dan kerancakan sektor tertentu di luar negara
• Banyak tawaran di luar negara menggalakkan penghijrahan untuk mengelakkan
pengangguran
Idea 3: Persekitaran pekerjaan yang positif
• Persekitaran fizikal alam pekerjaan yang menarik di luar negara
• Suasana yang nyaman dan persekitaran yang berbeza dengan Malaysia
• Budaya kerja dan polisi pekerjaan yang mungkin berbeza dengan Malaysia
• Penghargaan dan kebebasan bekerja juga menjadi sebab penghijrahan
Idea 4: Meningkatkan kemahiran dan kepakaran
• Jurutera yang menamatkan pelajaran di negara asing mungkin berminat bekerja di
Jerman atau di Jepun
• Doktor yang menamatkan pelajaran di England atau Ireland mungkin berminat
meningkatkan kemahiran di sana
• Peluang memperoleh kemahiran yang baik mungkin terbatas di Malaysia

Bahagian B: Kesan negatif


Idea 5: Kerugian pelaburan kewangan
• Penaja di Malaysia akan mengalami kerugian
• Jabatan Perkhidmatan Awam dan pelbagai penaja lain akan kehilangan tenaga pakar
• Penaja menanggung perbelanjaan dan kerugian ratusan ribu Ringgit
Idea 6: Pembangunan terjejas
• Kemahiran dan kepakaran rakyat tempatan tidak dinikmati oleh Malaysia
• Kreativiti dan inovasi yang dihasilkan oleh rakyat tempatan hanya menguntungkan
negara asing

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Idea 7: Kerugian kepada pendapatan negara
• Pendapatan individu dikenakan cukai di negara asing
• Hasilan kerja yang sepatutnya boleh meningkatkan perolehan negara tidak berlaku
• Inovasi yang dihasilkan menjadi hak negara asing

Kesimpulan
Kerajaan perlu berusaha untuk mengurangkan penghijrahan ini dengan menyediakan
insentif tertentu. Tenaga profesional ini pula perlu mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi.

Kombinasi Idea: 2 + 3 atau 3 + 2

Soalan 2
Pengenalan
Seseorang pemimpin dalam sesebuah organisasi yang berjaya lazimnya mempunyai ciri
kepimpinan yang berkualiti. Adunan nilai positif dalaman seseorang pemimpin organisasi
dan persekitarannya akan membentuk kecemerlangan.

Ciri-ciri kepimpinan berkualiti


Idea 1: Mengutamakan kecemerlangan
• Mempunyai matlamat dan harapan yang tinggi
• Sentiasa komited mahukan kecemerlangan kepada organisasi
• Menunjukkan komitmen kepada kecemerlangan dari aspek wawasan dan pekerjaan
Idea 2: Tahap akhlak/moral yang tinggi
• Menunjukkan nilai-nilai mulia sebagai pemimpin organisasi
• Tahap disiplin yang tinggi
• Menjauhi amalan-amalan buruk yang boleh dipertikai oleh pihak lain
Idea 3: Pemikiran yang kritis dan kreatif
• Pemimpin mesti bertindak secara proaktif
• Mempunyai seni pengurusan dari aspek kreativiti pembuatan keputusan
• Berkemampuan untuk mengurus masalah dan cabaran dalam organisasi
Idea 4: Bersikap matang dan terbuka terhadap pandangan
• Bersedia untuk menerima maklum balas, kritikan dan cadangan
• Menerima kegagalan namun mempunyai strategi penyelesaian
• Sentiasa menerima pandangan yang berbeza atas niat untuk memajukan organisasi
Idea 5: Ketelusan
• Bekerja atas sifat amanah dan jujur kepada masyarakat
• Mengelakkan sikap mementingkan diri, keluarga atau kroni
• Telus dalam proses kerja dan dalam pembuatan keputusan
• Mematuhi prosedur kerja

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3
Idea 6: Menghargai prestasi
• Menghargai kakitangan dan menyayangi mereka
• Berkongsi kegembiraan bersama kakitangan
• Memberikan penghargaan dan memelihara kebajikan kakitangan
• Menggalakkan kemajuan modal insan dalam organisasi
Idea 7: Kebertanggungjawaban
• Bertindak sebagai pemimpin yang bertanggungjawab
• Mempercayai orang bawahan
• Sanggup memikul kesan kegagalan jika berlaku

Kesimpulan
Kecemerlangan tadbir urus dalam perkhidmatan awam banyak bergantung pada bentuk
kepimpinan ketua-ketua. Oleh itu, gaya kepimpinan yang positif akan dapat memajukan
organisasi.

Kombinasi Idea: 5 + 0

Soalan 3
Pengenalan
Secara umumnya, golongan muda merupakan generasi yang mempunyai tenaga fizikal dan
fikiran yang sedang berkembang. Kejayaan negara pada masa hadapan banyak dipengaruhi
oleh mereka. Hal ini menuntut supaya golongan muda perlu sentiasa dinamik.

Bahagian A: Bidang akademik (idea wajib)


Idea 1: Pembangunan pendidikan
• Peningkatan jumlah golongan muda yang berada di institusi pendidikan merupakan
petanda positif kepada kemajuan yang dikecap oleh Malaysia
• Pendidikan merupakan aset terpenting kepada anak-anak muda tempatan bagi
meningkatkan pengetahuan mereka
• Kerajaan sentiasa memperkasa golongan ini dengan pelaksanaan pelbagai dasar pendidikan
seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan menambahkan
peruntukan pendidikan melalui pembentangan belanjawan pada setiap tahun

Bahagian B: Bidang-bidang lain


Idea 2: Pembangunan sukan
• Golongan muda perlu sentiasa berada dalam keadaan cergas termasuk memiliki
ketahanan mental yang kuat
• Melalui penglibatan atlet-atlet seperti Datuk Nicol Ann David dalam sukan skuasy
dan Datuk Lee Chong Wei dalam sukan badminton, secara tidak langsung berupaya
membantu meningkatkan nama negara di persada dunia
• Aktiviti memperkasa sumbangan golongan muda dalam bidang sukan dilakukan oleh
pihak kerajaan melalui penyediaan pelbagai prasarana dan peruntukan kewangan yang
cukup

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


4 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Idea 3: Pembangunan kemasyarakatan
• Pemerkasaan golongan muda boleh dilakukan melalui penglibatan mereka dalam aktiviti
sosial dan kemasyarakatan
• Golongan muda perlu berkomunikasi dengan anggota masyarakat pelbagai peringkat
umur
• Segelintirnya tidak menghormati orang yang lebih tua daripada mereka dan segelintirnya
pula berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sopan
• Perlu menggalakkan golongan muda menyertai rukun tetangga dan rakan masjid
• Penglibatan dengan banyak pihak akan menjadikan golongan muda semakin matang dan
berdaya saing
Idea 4: Pembangunan semangat nasionalisme
• Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), IM4U, Parlimen Belia, dan
seumpamanya merupakan langkah menanam semangat nasionalisme yang utuh
• Melalui program atau aktiviti ini, pendedahan tentang sejarah dan kenegaraan Malaysia
akan membangkitkan semangat menyayangi negara
• Apabila semangat dan kesedaran ini wujud dalam jiwa golongan muda, mereka sedia
berkorban untuk negara serta berani berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara
Idea 5: Pembangunan kerohanian
• Golongan muda yang mempunyai nilai keagamaan dan moral serta akhlak yang baik
lazimnya dididik secara formal di sekolah dan didikan melalui keluarga
• Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa pembinaan suatu tamadun yang hebat,
puncanya bermula daripada pendidikan di rumah
• Golongan muda akan membentuk nilai-nilai baik apabila bekerja
• Mereka tidak terlibat dengan jenayah fizikal dan jenayah ekonomi seperti tidak melakukan
rasuah

Kesimpulan
Usaha memperkasa golongan muda perlu kerjasama semua pihak, iaitu pihak berkuasa
dengan pihak anggota masyarakat sendiri.

Kombinasi idea: 1 + 4
Idea pertama (wajib) dan 4 idea lain

Soalan 4
Pengenalan
Setiap individu mengakui bahawa kesihatan diri perlu dipelihara. Walau bagaimanapun,
berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan berlaku
peningkatan bilangan pesakit terutamanya penyakit yang berbahaya seperti masalah
jantung, darah tinggi, sakit buah pinggang dan kencing manis.

Bahagian A: Kepentingan penjagaan kesihatan


Idea 1: Kesihatan untuk pembangunan negara
• Penjagaan kesihatan mempunyai hubung kait dengan pembangunan negara

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 5
• Rakyat merupakan aset utama dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara
• Rakyat yang sentiasa berada dalam keadaan sihat akan berkemampuan untuk
menumpukan perhatian terhadap tanggungjawab dalam meningkatkan produktiviti bagi
membantu organisasi memperoleh keuntungan maksimum
• Hal ini secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada pertumbuhan ekonomi
negara
Idea 2: Mengurangkan kos penjagaan kesihatan
• Tahap kesihatan yang baik akan dapat mengurangkan kos penjagaan kesihatan
• Sebagai contoh, kos mendapatkan rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN)
memerlukan kos sehingga puluhan ribu Ringgit dan akan menambahkan bebanan
individu dan keluarga yang terpaksa menanggung kos yang tinggi
• Kos rawatan yang tinggi akan memberikan tekanan yang besar terutamanya kepada
golongan yang berpendapatan rendah
• Pihak kerajaan dapat menjimatkan peruntukan yang besar, iaitu dengan mengurangkan
perbelanjaan rawatan dan memberikan keutamaan kepada perbelanjaan lain
Idea 3: Menikmati kehidupan yang bahagia
• Kesihatan yang baik juga penting untuk kebahagiaan dan keharmonian keluarga
• Seseorang individu yang dapat menikmati kehidupan yang bahagia akan dapat menikmati
semua nikmat pemberian Tuhan
• Sesetengah individu mungkin mengalami masalah kemurungan dan kesedihan yang
melampau apabila mengetahui mereka menghidapi penyakit kronik
• Untuk golongan yang berada dalam keadaan sihat pula, mereka dapat menjalani
kehidupan bersama keluarga dengan bahagia
• Kehidupan seperti ini sentiasa menjadi impian semua anggota masyarakat

Bahagian B: Punca masalah kesihatan


Idea 4: Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat
• Sesetengah anggota masyarakat tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan
melakukan aktiviti riadah secara tidak konsisten seperti bersenam pada masa dan waktu
tertentu sahaja
• Secara relatifnya, apabila seseorang individu tidak melakukan senaman, kandungan
lemak akan tertepu di dalam badan
• Apabila seseorang individu tidak melakukan senaman dalam tempoh yang lama, sistem
badan akan terganggu
• Lemak akan terkumpul dalam badan dan menyumbat saluran darah sehingga boleh
menyebabkan masalah jantung dan peningkatan kolesterol dalam badan
• Individu yang terlibat akan berisiko tinggi untuk menghidapi pelbagai jenis penyakit
seperti sakit jantung dan darah tinggi
Idea 5: Pemakanan tidak seimbang
• Sikap tidak mengambil berat pemakanan seimbang juga merupakan salah satu faktor
dijangkiti penyakit
• Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mewah dengan makanan dan turut
dipengaruhi oleh kepelbagaian makanan mengikut budaya

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


6 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Kebanyakan mereka mengambil makanan tanpa mengikut sukatan dan susunan yang
betul seperti mengambil karbohidrat atau gula secara berlebihan
• Kepelbagaian makanan yang diambil secara berlebihan akan menyebabkan sistem badan
terjejas
• Sebagai contoh, apabila badan menerima gula berlebihan, pankreas tubuh tidak mampu
untuk mengeluarkan insulin lalu menyebabkan gula dalam darah berlebihan sehingga
berlaku penyakit diabetes

Kesimpulan
Penjagaan kesihatan merupakan aspek terpenting dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Oleh itu, setiap anggota masyarakat perlu mendalami ilmu kesihatan dari semasa ke semasa
dan mengamalkan cara hidup yang sihat mengikut kaedah yang disarankan oleh pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kombinasi idea: 2 + 3 atau 3 + 2

Soalan 5
Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan wajar dimartabatkan. Bahasa Melayu
mempunyai pengaruh terhadap sosiobudaya bangsa Malaysia.

Bahagian A: Kepentingan sosiobudaya


Idea 1: Membentuk jati diri bangsa Malaysia
• Imej/lambang sebuah negara berdaulat
• Dikenali oleh masyarakat antarabangsa
• Lambang wujudnya sebuah negara yang warisan asalnya berbangsa Melayu
Idea 2: Mewujudkan perpaduan melalui bahasa
• Melahirkan perpaduan kaum dan wilayah melalui bahasa
• Memudahkan komunikasi secara berkesan
• Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah dan IPTA
• Pelajar menggunakan bahasa Melayu untuk mempelajari kebanyakan mata pelajaran di
sekolah
Idea 3: Berkemampuan untuk memperkasakan bahasa
• Sistem bahasa yang mantap dan dinamik dapat dibentuk
• Mengelakkan pelbagai bentuk bahasa seperti bahasa slanga dan bahasa pasar atau
bahasa rojak
• Kepentingan bahasa Melayu semakin bertambah
Idea 4: Bahasa kebangsaan menjadi aset nilai pendidikan
• Universiti luar juga menawarkan kursus bahasa/kajian bahasa
• Menarik pelajar asing untuk mempelajari bahasa kebangsaan
• Bahasa Melayu dikenali pada peringkat dunia
• Setiap tahun, negara kita menganjurkan pertandingan pidato Bahasa Melayu pada
peringkat antarabangsa

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 7
Bahagian B: Langkah
Idea 5: Penguatkuasaan undang-undang
• Sebagai contoh, menetapkan supaya dokumen perjanjian jual beli rumah, kenderaan dan
lain-lain memuatkan versi bahasa Melayu
• Menetapkan penggunaan bahasa Kebangsaan di mahkamah dan Parlimen
• Pihak berkuasa tempatan mengeluarkan syarat iklan dalam bahasa Melayu
• Mengembalikan MBMMBI bagi menggantikan PPSMI
Idea 6: Pendidikan bahasa Melayu
• Pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi menawarkan kursus pengajian bahasa Melayu
• Memastikan lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu sebagai syarat
untuk memperoleh sijil peperiksaan awam
• Menggunakan medium bahasa Melayu dalam pendidikan
• Pemimpin negara perlu menggunakan bahasa Melayu semasa mengadakan sidang akhbar
Idea 7: Khidmat nasihat pakar
• Wujudkan unit bahasa di pejabat pihak berkuasa tempatan bagi membantu penghasilan
papan iklan yang menggunakan bahasa Melayu baku
• Khidmat nasihat pakar dari Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menentukan/menilai
ketepatan penggunaan bahasa Melayu
Idea 8: Pertandingan/sayembara
• Wujudkan kategori penutur jati dan penutur bukan jati
• Pertandingan menulis skrip cerpen/drama/esei
• Menawarkan hadiah lumayan
• Pertandingan akan memantapkan dan memperkaya kosa kata, ragam bahasa, dan laras
bahasa serta nilai estetika bahasa
Idea 9: Memperkukuh bahasa melalui aktiviti bernilai ekonomi
• Menyediakan sari kata bahasa Melayu dalam tayangan filem asing
• Mengalihbahasakan program luar sepenuhnya
• Menggunakan bahasa dalam ucaptama pelbagai program ekonomi seperti Majlis
Pembukaan Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN, AFTA, dan seumpamanya
Idea 10: Penerbitan buku
• Menerbitkan buku atau majalah yang berkaitan dengan negara dalam bahasa Melayu di
samping bahasa Inggeris
• Menerbitkan kamus bahasa Melayu
• Mencipta kamus elektronik bahasa Melayu

Kesimpulan
Semua pihak perlu yakin dan bertindak supaya bahasa Melayu mampu dimartabatkan
sebagai bahasa kebangsaan yang disegani.

Kombinasi idea: 2 + 3 atau 3 + 2

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


8 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Soalan 6
Pengenalan
Pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan tidak begitu serius. Walau bagaimanapun,
masalah ini perlu diatasi.

Bahagian A: Faktor
Idea 1: Keadaan kemelesetan ekonomi
• Kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan firma terpaksa ditutup dan firma membekukan
pengambilan pekerja baharu
• Firma tempatan atau firma asing yang terdapat di Malaysia turut terjejas
• Kemelesetan ekonomi di negara kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat akan
menyebabkan permintaan terhadap produk dan buruh tempatan semakin mengecil
• Firma bertindak untuk mengurangkan pekerja sedia ada
Idea 2: Penguasaan pekerja asing
• Banyak syarikat tempatan dan asing cenderung menggunakan buruh asing dari Indonesia,
Myanmar, dan warganegara Asia lain
• Majikan lebih gemar menggunakan pekerja asing disebabkan oleh kos upah buruh yang
rendah dan kegigihan mereka bekerja
• Pekerja tempatan tidak berpeluang untuk bekerja meskipun dalam bidang kerja yang rendah
• Pekerja tempatan menginginkan gaji yang tinggi disebabkan oleh keperluan dan
tanggungjawab kepada keluarga
Idea 3: Kelulusan tidak sesuai dengan pasaran kerja
• Terdapat siswazah yang mendapat kelulusan yang tidak sesuai dengan kehendak pasaran
• Terdapat siswazah yang tidak mempunyai kemahiran tertentu seperti kemahiran komputer,
grafik, dan seumpamanya
• Kelulusan pekerja mereka kurang memberangsangkan
• Majikan sukar menawarkan pekerjaan
Idea 4: Sikap memilih pekerjaan
• Terdapat segelintir siswazah/calon pekerja tempatan yang memilih pekerjaan dengan
pelbagai alasan
• Perkara utama yang menyebabkan mereka enggan menerima jawatan yang bergaji rendah
ialah tingkat gaji tersebut tidak setimpal dengan kelulusan mereka
• Rakyat tempatan lebih cenderung bekerja dalam bilik yang mempunyai penyaman udara
• Malu untuk bekerja sendiri seperti menjadi wakil insurans yang boleh menawarkan
pendapatan tanpa had

Bahagian B: Langkah
Idea 5: Memulihkan ekonomi tempatan
• Kerajaan boleh meningkatkan perbelanjaan awam untuk mengaktifkan ekonomi
• Kerajaan membuat pelaburan dalam pelbagai projek agar lebih banyak peluang pekerjaan
diwujudkan
• Menggalakkan kemasukan pelaburan asing untuk mendirikan kilang yang dapat
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 9
Idea 6: Perubahan minda
• Graduan perlu bersedia untuk bekerja tanpa memilih jenis pekerjaan
• Jika mampu, graduan boleh bekerja sendiri seperti menjual insurans atau menjadi
usahawan termasuk petani moden
• Majikan juga perlu memberikan sokongan kepada bakal pekerja dengan memberikan
peluang bekerja walaupun tanpa pengalaman
Idea 7: Dasar kerajaan
• Mewujudkan pelbagai projek besar untuk menyediakan peluang pekerjaan
• Melatih golongan yang menganggur dengan melantik mereka ke jawatan sementara
• Menyediakan peruntukan kepada graduan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat
sarjana atau PhD
• Menyediakan kemudahan pinjaman kepada mereka yang berminat untuk menjadi
usahawan
• Menyediakan khidmat nasihat dan skim latihan tertentu kepada golongan lepasan
menengah atau universiti
Idea 8: Penguatkuasaan undang-undang
• Menentukan syarikat-syarikat mengambil pekerja tanpa syarat yang tidak sesuai
• Menggunakan akta buruh atau mahkamah perusahaan atau mahkamah buruh bagi kes
pembuangan pekerja secara salah
• Menetapkan/mengetatkan syarat pengambilan pekerja asing
• Mengenakan hukuman terhadap majikan yang mengambil pekerja asing yang tidak sah

Kesimpulan
Bakal pekerja perlu berfikir secara positif untuk memajukan diri mereka sendiri. Ilmu dan
kemahiran yang diperoleh boleh dimanfaatkan untuk memperoleh pekerjaan.

Kombinasi idea: 2 + 3 atau 3 + 2

Soalan 7
Pengenalan
Pelancongan kesihatan atau pelancongan perubatan merupakan satu daripada jenis
pelancongan. Malaysia mempunyai reputasi yang tinggi dengan adanya ramai pakar
perubatan serta peralatan perubatan yang canggih. Dengan ini, ramai pelancong asing
datang dan hal ini menguntungkan negara.

Bahagian A: Faedah
Idea 1: Mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
• Pelancong asing datang merawat penyakit kronik seperti sakit jantung
• Mereka datang dalam suatu kumpulan, dalam tempoh tertentu
• Mereka berbelanja dalam negara – banyak sektor ekonomi mendapat manfaat
• Pendapatan negara bertambah
Idea 2: Dapat mempertingkatkan prasarana atau infrastruktur kesihatan
• Kerajaan menambahkan pelbagai prasarana

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


10 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Hospital swasta turut meningkatkan mutu perkhidmatan dengan menyediakan
kemudahan, pakar, dan teknologi
• Bayaran rawatan dan perubatan boleh digunakan oleh hospital untuk meningkatkan lagi
kemudahan hospital
Idea 3: Mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor yang berkaitan dengan kesihatan
• Ramai pembantu perubatan diperlukan
• Memberikan peluang dan pengalaman serta meningkatkan kemahiran rakyat tempatan
• Rakyat tempatan boleh menjadi usahawan dengan membuka kedai farmasi atau
membekalkan peralatan kesihatan
Idea 4: Meningkatkan imej negara
• Malaysia akan dikenali sebagai pusat ketinggian teknologi perubatan
• Menjadi modal atau promosi mudah untuk meningkatkan lagi sektor kesihatan negara
• Kepakaran di Hospital Kuala Lumpur, Institut Jantung Negara, pusat perubatan swasta
seperti Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Pusat Perubatan Subang Jaya, Pusat Perubatan
Pantai, dan pelbagai pusat perubatan bertaraf Lima Bintang
• Kejayaan dalam pembedahan jantung, pemindahan hati, dan penciptaan perubatan
• Boleh menjadi hab kesihatan serantau atau hab kesihatan global

Bahagian B: Langkah-langkah
Idea 5: Menyediakan kumpulan tenaga pakar dalam bidang perubatan
• Menyediakan tenaga pakar tempatan dalam pelbagai bidang seperti pakar jantung, pakar
sakit puan, dan pakar bedah
• Menggalakkan doktor Malaysia yang berhijrah/berkhidmat di luar negara kembali
semula dan berkhidmat di tanah air
• Kerajaan memberikan beberapa keistimewaan dan insentif kepada pakar perubatan
Idea 6: Kempen dan promosi
• Pelbagai kempen dan promosi dilaksanakan di luar negara
• Testimonial kejayaan pakar perubatan tempatan merawat pesakit perlu digembar-
gemburkan
• Menyediakan pakej istimewa seperti bayaran konsultasi dan rawatan serta pakej
penginapan dengan harga yang berpatutan
• Memberikan sumbangan melalui seminar antarabangsa atau menerbitkan makalah
perubatan dapat mempromosikan pakar perubatan, hospital, dan negara
Idea 7: Langkah meningkatkan bidang penyelidikan dan pembangunan perubatan
• Pakar tempatan bekerjasama dengan pakar asing untuk menghasilkan produk dan
teknologi perubatan yang baharu
• Boleh menambah nilai dengan meningkatkan sumbangan perubatan berasaskan herba
dan perubatan alternatif
• Dengan penyelidikan, status perubatan negara mampu ditingkatkan dan menggalakkan
kemasukan pelancong kesihatan
Idea 8: Menyediakan prasarana kesihatan yang berkualiti
• Menyediakan bilangan katil hospital yang mencukupi

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 11
• Menyediakan pangkalan data dan maklumat kesihatan yang tepat
• Menyediakan khidmat pengurusan seperti tempahan yang tepat
• Menyediakan kemudahan penginapan seperti hotel atau apartmen supaya mereka boleh
datang sekeluarga sambil melawat keindahan alam semula jadi negara

Kesimpulan
Pelancongan kesihatan mempunyai potensi untuk berkembang di negara ini. Kerajaan dan
pihak hospital sama ada hospital kerajaan atau pusat perubatan swasta perlu berusaha
untuk memajukan bidang perubatan negara.

Kombinasi idea: 2 + 3 atau 3 + 2

Soalan 8
Pengenalan
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia bukan lagi semata-mata dari segi serangan fizikal atau
serangan musuh dari luar secara ketenteraan. Serangan juga boleh disebabkan pihak luar
mahupun dari kalangan penduduk sendiri.

Pelbagai bentuk cabaran


Idea 1: Serangan ketenteraan (Idea wajib)
• Keadaan keselamatan boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa
• Keselamatan negara boleh terjejas akibat tindakan pihak lain
• Malaysia menerima kesan lanjutan daripada pertikaian ketenteraan pihak lain
• Pertikaian merebut kepulauan bertindih Spratly antara Filipina, Vietnam dan China
boleh mencetuskan ancaman
• Perebutan antara Malaysia dengan Indonesia terhadap Pulau Ligitan dan Sipadan (telah
diselesaikan melalui Mahkamah Antarabangsa) sebelum ini pernah mencetus ketegangan
• Tindakan sesetengah negara jiran yang memberi kebenaran kuasa tentera asing
berpangkalan di negara mereka boleh mencetuskan cemburu musuh
• Oleh itu, Malaysia sentiasa meningkatkan kekuatan ketenteraannya
Idea 2: Ancaman dadah
• Dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara selepas ketiadaan ancaman komunis
• Dadah boleh menghancurkan generasi dan negara
• Iktibar daripada Perang Candu di China pada abad ke-19, China terpaksa menyerahkan
Hong Kong kepada Inggeris
• Pihak berkuasa berjaya memintas transaksi dadah antarabangsa di pintu sempadan
negara
• Negara terpaksa berbelanja besar bagi menangani masalah ini
Idea 3: Jenayah berat
• Pelbagai jenayah sering didedahkan oleh media seperti kes bunuh, rompak, penculikan,
dan seumpamanya dan kadangkala mangsanya melibatkan warga asing
• Kegiatan pelacuran yang juga dilakukan oleh wanita warga asing dari pelbagai negara
• Jenayah boleh menjejaskan imej dan kemasukan pelabur asing

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


12 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Jenayah boleh menjejaskan keselamatan negara
• Kedaulatan negara juga terjejas apabila ada pihak yang mempertikaikan keupayaan
kawalan keselamatan negara
Idea 4: Masalah sikap rakyat tempatan
• Wujudnya usaha untuk mempertikaikan sistem pentadbiran kerajaan
• Wujud cubaan untuk merosakkan kedamaian negara
• Ada pihak yang mempertikaikan semangat perlembagaan dengan mengungkit isu-isu
sensitif
• Wujud cubaan untuk merenggangkan hubungan antara kaum dan wilayah yang bergerak
atas nama demokrasi
Idea 5: Masalah ekonomi
• Masalah kemelesetan ekonomi yang dihadapi oleh negara boleh menjatuhkan ekonomi
sesebuah negara
• Negara boleh mengalami kemiskinan akibat kejatuhan nilai mata wang
• Banyak syarikat mengurangkan pekerja dan boleh memburukkan masalah pengangguran
• Amat membimbangkan jika negara terpaksa berhutang kepada dana asing dan terpaksa
tunduk dengan syarat yang sukar seperti terpaksa menyerahkan pengurusan kewangan
negara kepada IMF
• Hal ini pernah berlaku pada Indonesia dan Korea Selatan pada tahun 1997-2000
Idea 6: Ancaman teknologi maklumat
• Terdapat media asing yang membuat tohmahan yang tidak benar tentang negara kita
• Terdapat juga pengendali blog yang melakukan perkara yang sama
• Wujud perbalahan melalui media sosial yang boleh mencetuskan pergaduhan atau
perkauman
• Terdapat kalangan rakyat Malaysia sendiri yang melakukan tohmahan dan tuduhan yang
tidak benar dan didedahkan melalui Internet
• Ancaman pemikiran ini boleh melemahkan jati diri rakyat tempatan
Idea 7: Masalah perpaduan kaum dan integrasi wilayah
• Terdapat pihak tertentu yang mempersoalkan atau mempertahankan dengan cara yang
berlebihan secara berterusan tentang hak-hak keistimewaan raja Melayu, kedudukan
istimewa Melayu dan Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
• Masalah ini dibangkitkan oleh pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan
• Jika satu pihak membangkitkan aspek ini, maka pihak yang satu lagi bakal bertindak
balas
• Hal ini boleh mewujudkan perang saudara atau keutuhan kerajaan akan terjejas
Idea 8: Masalah penyeludupan/kemasukan/pemerdagangan manusia
• Masalah ini boleh menjejaskan kedaulatan negara
• Mereka mungkin menyebarkan diayah ideologi atau melatih kumpulan tertentu untuk
melakukan keganasan
• Misalnya, pihak kerajaan India, Filipina, dan Thailand mendakwa beberapa orang
individu yang dianggap petualang di negara mereka berada di negara ini
• Jika Malaysia tidak bekerjasama, negara berkenaan boleh melakukan tindak balas
diplomatik atau perdagangan yang akhirnya boleh menjejaskan kepentingan nasional

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 13
Kesimpulan
Banyak ancaman yang perlu dihadapi oleh negara. Oleh itu, kesiapsiagaan rakyat amat
dituntut agar kedaulatan negara sentiasa terpelihara.

Kombinasi idea: 1 + 4
Idea pertama (wajib) dan 4 idea lain

Soalan 9
Pengenalan
Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang
telah menyebabkan pertikaian berdarah. Rukun Negara telah dibentuk bagi mengelakkan
masalah yang sama daripada berlaku.

Bagaimana rukun negara boleh memelihara perpaduan


Idea 1: Kepercayaan kepada Tuhan
• Bangsa dan negara Malaysia telah wujud atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan
• Kepercayaan beragama membentuk bangsa dan negara berdaulat
• Perlembagaan memperuntukkan bahawa agama Islam sebagai agama rasmi,
sementara agama lain boleh diamalkan dalam kalangan pengikutnya, tiada perbuatan
membezakannya atas sebab agama
• Pegangan agama dan kepercayaan kepada Tuhan sangat penting
• Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian individu, bangsa dan negara
Idea 2: Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan
• Raja ialah ketua negeri
• Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara merupakan lambang perpaduan rakyat
• Yang di-Pertuan Agong memelihara kepentingan rakyat dan kedaulatan negara
• Rakyat wajib menghormati, taat setia, jujur, dan ikhlas kepada institusi raja
• Tindakan menghina institusi raja boleh dihukum penjara dan denda
Idea 3: Keluhuran Perlembagaan
• Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan
keluhuran dan kemuliaan Perlembagaan Persekutuan
• Perlembagaan Persekutuan merupakan sumber perundangan tertinggi negara dan
memberikan perlindungan kepada setiap rakyat
• Hak rakyat dilindungi oleh perlembagaan dan mereka berasa selamat
• Semangat Perlembagaan Persekutuan yang terhasil melalui kesediaan pemberian hak dan
tolak ansur kaum perlu dihayati dan tidak perlu dipersoalkan
• Mempersoalkan kontrak sosial merupakan suatu kesalahan yang boleh dihukum penjara
bahkan mungkin boleh dilucutkan kewarganegaraan
Idea 4: Kedaulatan Undang-undang
• Undang-undang menjamin kesamaan hak rakyat mengikut perlembagaan
• Kebebasan dan hak asasi setiap warganegara adalah terjamin

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


14 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Undang-undang negara kita digubal oleh rakyat melalui wakil mereka di Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri
• Undang-undang digunakan untuk mengawal masyarakat; tanpa undang-undang, rakyat
akan hidup dalam keadaan tidak aman
• Walau bagaimanapun, hak-hak bersama akan mengatasi hak individu. Sebagai contoh,
undang-undang boleh menyekat hak individu jika mereka melakukan gangguan kepada
anggota masyarakat lain
Idea 5: Kesopanan dan Kesusilaan
• Menekankan perkembangan tingkah laku, adab, dan personaliti seseorang warga
• Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat timur yang mementingkan nilai peribadi
• Prinsip ini bertujuan untuk membentuk warga yang sopan dan bertatasusila
• Sifat mulia ini amat berguna dalam konteks perhubungan dalam kalangan masyarakat
• Sikap bertolak ansur dapat menghilangkan sikap individualistik dan materialistik
• Sikap ini juga dapat menghilangkan sikap ego, bangga diri, angkuh yang boleh
menyinggung perasaan kaum lain
• Rakyat hidup saling bekerjasama, bersatu padu dapat mewujudkan kekuatan kepada
negara dan bangsa

Kesimpulan
Rukun Negara menggariskan lima prinsip yang amat berguna sebagai panduan hidup
bernegara. Hal ini tentunya akan membawa impak yang besar kepada perpaduan negara.

Kombinasi idea: 5 + 0

Soalan 10
Pengenalan
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Pelbagai budaya dan
peradaban telah menjadikan negara kita terkenal di pentas dunia.

Bahagian A: Takrif peribahasa


Idea 1: Takrif peribahasa
• Sejak akhir-akhir ini, banyak isu perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
yang semakin longgar dibangkitkan. Perpaduan yang wujud pada masa ini hanyalah
manis di mulut. Hakikatnya perpaduan masih rapuh
• Bersatu akan menjadikan masyarakat utuh, berpecah akan menjadikan masyarakat
lemah
• Peribahasa “bersatu teguh, bercerai roboh” menerangkan keadaan masyarakat dan
implikasi terhadap perpaduan
• Peristiwa perpecahan pemimpin Melayu pada tahun 1800-an menyebabkan penjajah
menguasai Tanah Melayu, sesuai dengan tema syair “Jong Pecah, Yu Kenyang”

Bahagian B: Langkah
Idea 2: Perpaduan melalui pendidikan
• Menjadikan sekolah aliran perdana dengan kepelbagaian kaum

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 15
• Berinteraksi dengan menggunakan bahasa kebangsaan
• Pergaulan yang baik akan menghasilkan bibit perpaduan
• Belajar secara bersama – sukatan pelajaran, peperiksaan dan buku teks yang sama
• Langkah mewajibkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah dan menengah, mata
pelajaran Pengajian Am di peringkat STPM dan mata pelajaran Pengajian Malaysia di
institusi pengajian tinggi
Idea 3: Aktiviti bersama komuniti
• Semua aktiviti komuniti dilakukan secara bersama
• Semua kaum perlu terlibat dengan menjalani aktiviti seperti bergotong-royong,
menjalankan rondaan di taman perumahan dan aktiviti kenduri-kendara
• Kesannya dapat mengelakkan jurang pemisahan antara kaum
Idea 4: Mengurangkan jurang kemiskinan
• Kerajaan perlu melaksanakan dasar untuk membantu golongan miskin kerana mereka
yang miskin lazimnya berasa terpinggir dan kecewa
• Inti pati Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional perlu diteruskan untuk
mengurangkan jurang kemiskinan
• Anggota masyarakat juga perlu mempunyai sikap mahu membantu atau tidak membolot
kekayaan yang sepatutnya diperuntukkan kepada mereka yang miskin
• Pembangunan fizikal di kawasan luar bandar dan pedalaman akan mengurangkan
kemiskinan
Idea 5: Melalui politik
• Perpaduan boleh wujud jika pemimpin-pemimpin mempunyai keinginan berbuat
demikian
• Pemimpin politik perlu menyemai perpaduan dalam kalangan pengikut
• Pemimpin politik perlu mengelakkan penggunaan isu kaum sebagai modal politik untuk
meraih sokongan
Idea 6: Pembentukan sikap masyarakat
• Masyarakat perlu menyedari bahawa kedamaian dan keselesaan hidup datangnya
daripada sebuah negara yang stabil
• Setiap anggota masyarakat perlu menghormati anggota masyarakat yang lain
• Negara yang maju dan makmur hanya boleh dicapai apabila rakyat dapat menumpukan
perhatian untuk pembangunan
• Prasyarat utama pembangunan, kestabilan, dan keharmonian ialah perpaduan dalam
kalangan rakyat
Idea 7: Pemupukan ideologi kebangsaan
• Ideologi kebangsaan ialah Rukun Negara
• Pemahaman, penghayatan dan pelaksanaan prinsip Rukun Negara dalam diri rakyat
akan mewujudkan perpaduan
• Pemupukan semangat cinta akan negara

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


16 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
Idea 8: Penguatkuasaan undang-undang
• Perlembagaan menjamin hak-hak setiap anggota masyarakat
• Penggunaan elemen undang-undang perlu dilaksanakan bagi membendung perpecahan
dalam kalangan masyarakat
• Semua negara di dunia mempunyai undang-undang bagi membendung gejala perosak
perpaduan rakyat
• Akta Kesejahteraan Sosial, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Polis boleh digunakan untuk
membendung tingkah laku negatif masyarakat

Kesimpulan
Perpaduan dalam kalangan rakyat perlu menjadi agenda setiap anggota masyarakat. Rakyat
perlu bertolak ansur dalam usaha untuk memastikan perpaduan terpelihara. Semangat
perlembagaan perlu dijunjung agar matlamat bersatu teguh dapat dilaksanakan.

Kombinasi idea: 1 + 4
Idea pertama (wajib) dan 4 idea lain

ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 1


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 17

You might also like