Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SCRABBLE
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT DAERAH KERIAN
2023

TARIKH
23 OGOS 2023 (RABU)

MASA
8.00 PAGI – 2.00 PETANG

TEMPAT
PKG GUNUNG SEMANGGOL

PENGANJUR
SR ISLAM AL-EHYA ASSHARIFF
GUNUNG SEMANGGOL
PENDAHULUAN

Pertandingan Scrabble Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kerian merupakan satu inisiatif
yang bertujuan untuk menggalakkan kemahiran berbahasa dan berfikir kreatif di kalangan
pelajar sekolah rendah. Pertandingan ini dijalankan dengan kerjasama antara pihak sekolah-
sekolah di daerah Kerian dan bertujuan untuk mewujudkan platform pembelajaran yang
menyeronokkan dan interaktif.

MATLAMAT

Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa,


perbendaharaan kata, dan kemahiran berfikir strategik secara berkumpulan di kalangan
pelajar sekolah rendah. Pertandingan juga bertujuan untuk mendorong keaktifan pelajar
dalam melibatkan diri dalam aktiviti berbahasa Inggeris dan mengasah kemahiran aritmetik.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid.

2. Membantu pelajar memahami konsep strategi dan taktik dalam permainan.

3. Menggalakkan kerjasama dan interaksi sosial antara pelajar.

4. Memupuk minat pelajar terhadap aktiviti-aktiviti berbahasa Inggeris.

PENGANJUR

Sekolah Rendah Islam Al-Ehya Asshariff

TARIKH

Tarikh pertandingan telah ditetapkan pada 23 Ogos 2023 iaitu pada hari Rabu.

TEMPAT

Pertandingan akan diadakan di PKG Gunung Semanggol.


PLATFORM

Dijalankan secara onsite-online melalui aplikasi berasaskan web: Woogles.io

FORMAT PERTANDINGAN

7 PUSINGAN

• Dictionary: CSW21
• Challenge Rule: Void
• Masa: 15 min
• Overtime: 1min

PENYERTAAN

• Setiap sekolah dikehendaki membuat bayaran pendaftaran pertandingan sebanyak


RM50 dari sumber kewangan PIBG sekolah masing-masing.
• Membuat pendaftaran pasukan Scrabble masing-masing melalui Google Form yang
disediakan sebelum atau pada 16 Ogos 2023 (Rabu).

TENTATIF

• 8:00 pagi - Pendaftaran peserta & Kudapan pagi


• 8:30 pagi – Taklimat ringkas & persediaan peserta
• 9:00 pagi – ROUND 1
• 9:30 pagi – ROUND 2
• 10:00 pagi – ROUND 3
• 10:30 pagi – Rehat & Makan Tengahari
• 11:00 pagi – ROUND 4
• 11.30 pagi – ROUND 5
• 12:00 pagi – ROUND 6
• 12.30 pagi – ROUND 7
• 1.00 petang – Majlis Penyampaian Hadiah
• 2.00 petang – Majlis bersurai
ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN JUMLAH BIL PERBELANJAAN JUMLAH

MAKAN PESERTA & GURU


1 PEMBIMBING RM 1440
(RM10 X 48 X 3 ORANG)
MAKAN URUSETIA
2 RM 100
(RM10 X 10 ORANG)
HADIAH PESERTA
RM50 X 48 3 RM 250
(PERTAMA – KELIMA)
SEKOLAH
1 RM2400 HADIAH PESERTA
(SUMBER 4 RM 200
(KEENAM – KESEPULUH)
KEWANGAN PIBG)
CENDERAHATI URUSETIA
5 RM 50
(5 ORANG)
6 BAHAN CETAKAN RM 100
7 BANNER RM 100
PERBELANJAAN KONTINGEN
8 RM 160
KE NEGERI

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT 1 : En. Mohd Paku Razi bin Min


(Pegawai Pendidikan Daerah)
PENASIHAT 2 : En. Mohd. Azwanul Khair bin Hj Abdullah
(Pen. PPD Kerian, Unit Pembangunan Bakat Murid)
PENGERUSI : Pn. Suzaina bt Mohamad
(Guru Besar SR Islam Al-Ehya Asshariff)
NAIB PENGERUSI I : Pn. Haliza Hani bt Hamidon (PK Kokurikulum SRIES)
NAIB PENGERUSI II : Pn. Siti Faridah bt Abd Hamid (PK Pen. SRIES)
NAIB PENGERUSI III : Pn. Salwah bt Kasim (PK HEM SRIES)
PENYELARAS PERTANDINGAN : En. Darul Ridzwan bin Azhar (SRIES)
PEGAWAI TEKNIKAL DAERAH : En. Muhammad Sharizal bin Jani (SK Teluk Medan)
En. Mohamed Saharuddin bin Sabri (SK Megat Aris)
URUSETIA : Pn. Johana binti Saidin (SK Bukit Merah)
Pn. Fizarina binti Osman (SK Kampung Kedah)

AHLI JAWATANKUASA KERJA PERTANDINGAN

PENDAFTARAN : Pn. Haliza Hani binti Hamidon


En. Muhammad Ehsan Bin Abd Halim
PERSIAPAN TEMPAT : En. Ahmad Syafi Hidayatullah bin Ahmad Jihbadz Mukhlis
En. Tengku Muhammad Adam bin Tuan Azaha
Cik Syatirah Izzati binti Abd Wahab
Pn. Tuan Nurul Atikah binti Tuan Idzawi
BACAAN DOA : Ust Abdullah bin Tarmiji
BROSUR & BANNER : En. Darul Ridzwan bin Azhar
PENGACARA MAJLIS : Pn. Tuan Nurul Atikah binti Tuan Idzawi
HADIAH & CENDERAMATA : Pn.Nur Aishah bt Abd Sani
Pn. Norhawazidah bt Abd Rahim Neyu
Pn. Haslina binti Pin
MAKANAN DAN MINUMAN : En. Ahmad Zamri b Abd Ghani
En. Muhammad Nasir b Ariffin
JURUGAMBAR : En. Fareez Hakeem b Md Isa

PENUTUP

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah di Daerah
Kerian untuk mengasah kemahiran berbahasa dan berfikir melalui permainan Scrabble.
Dengan sokongan dan penyertaan semua pihak, diharapkan pertandingan ini dapat mencapai
matlamatnya dan memberi impak positif kepada perkembangan pelajar. Terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.
Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________ ____________________
(DARUL RIDZWAN BIN AZHAR) (HALIZA HANI BINTI HAMIDON)
Penyelaras Pertandingan Scrabble PK Kokurikulum
Peringkat Daerah Kerian SR Islam Al-Ehya Asshariff

Disahkan oleh:

____________________
(SUZAINA BINTI MOHAMAD)
Guru Besar
SR Islam Al-Ehya Asshariff

You might also like