Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PERTANDINGAN SENI, BUDAYA DAN WARISAN DALAM TALIAN:

PERTANDINGAN PENULISAN ESEI JAWI ANJURAN


JABATAN WARISAN NEGARA

TEMA ESEI :

i. TULISAN JAWI SEBAGAI WAHANA PERSURATAN


ii. MEMARTABATKAN TULISAN JAWI
iii. TULISAN JAWI SEBAGAI IDENTITI NEGARA

OBJEKTIF

i. Melestarikan tulisan jawi yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di


bawah Akta Warisan Kebangsaan (Akta 645) pada tahun 2009.

ii. Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap penggunaan tulisan Jawi


dalam penulisan dan berkarya.

iii. Menyediakan platform bagi peserta menyerlahkan bakat dan idea melalui
penulisan.

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun keatas.

2. Penyertaan adalah PERCUMA. Setiap penyertaan mestilah menggunakan


borang penyertaan rasmi yang boleh dimuat turun dari portal Jabatan Warisan
Negara.

3. Penyertaan hendaklah dibuat secara individu.

4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.

5. Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu serta menggunakan tulisan Jawi di
atas kertas A4 dan dihantar bersama borang penyertaan.

6. Kandungan esei mestilah bebas daripada isu sensitif seperti perkauman,


kebencian, percanggahan agama, pelagaan politik, bahasa kesat dan apa juga
isi kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia dan tidak serasi dengan
adat resam tempatan.
7. Esei yang dihantar mestilah merupakan karya asli. Pihak penganjur berhak
menolak esei yang diciplak, plagiat atau karya terjemahan.

8. Pihak penganjur tidak bertanggung jawab di atas kehilangan dan kerosakan


karya yang dikirim.

9. Semua karya penyertaan yang diterima adalah menjadi hakmilik Jabatan


Warisan Negara dan boleh menggunakan bahan-bahan penyertaan tersebut
untuk apa-apa tujuan.

PENILAIAN JURI

1. Setiap karya akan melalui proses penilaian oleh juri profesional yang dilantik oleh
pihak penganjur.

2. Penekanan penilaian adalah berdasarkan kandungan karya, kemasan dan


kreativiti karya.

3. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan atau bantahan
tidak akan dipertimbangkan.

4. Pemenang akan dimaklumkan melalui emel dan panggilan telefon. Hadiah akan
disampaikan kepada pemenang pada masa sesuai, yang mana akan ditetapkan
oleh pihak penganjur kelak dan akan dimaklumkan kepada pemenang dari
semasa ke semasa.

5. Esei hendaklah dihantar dalam bentuk hardcopy ke alamat berikut:

Pertandingan Penulisan Esei Tulisan Jawi,


Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara,
Blok B, Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Raja, 50050, Kuala Lumpur

FORMAT PENULISAN

1. Panjang esei hendaklah antara 1200 – 1500 patah perkataan.

2. Esei hendaklah ditulis menggunakan tulisan tangan dalam tulisan Jawi d atas
kertas saiz A4.kertas saiz A4.
KRITERIA PEMARKAHAN

Penilaian Bahasa (50%) Penilaian Isi ( 50 % )

 Tatabahasa (Hukum, 30 markah  Pendahuluan 5 markah


Ejaan dan kaedah
jawi)  Isi (pernyataan, 35 markah
15 markah huraian, contoh)
 Gaya bahasa
 Pertautan isi 5 markah
 Kemahiran menulis 5 markah
jawi / kekemasan  Penutup / Kesimpulan 5 markah

HADIAH PERTANDINGAN

Tawaran hadiah yang menarik kepada tiga (3) pemenang utama dan lima (5)
pemenang saguhati dalam bentuk wang tunai.
____________________________________________________________________

PERTANYAAN

Untuk pertanyaan/keterangan lanjut, sila hubungi:

En. Muhammad Hafiezie bin Mat – 019 5567701

Email: hafiezie@heritage.gov.my

You might also like