Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KOLEJ VOKASIONAL TANAH MERAH

1 SVM MTK

MTK 1043
SHIELDED METAL ARC WELDING PROCESS 1
( MENGHURAIKAN SEJARAH KIMPALAN )

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD RAFIQ BIN MOHD RODZI


050102-03-074

DISEDIAKAN UNTUK :

EN.RAHIMY B. YAAKUB

PENGHARGAAN
Assalamualaikum, Alhamdullilah syukur ke hadrat
Ilahi kerana izin Nya saya dapat menyiapkan kerja
atau tugasan ini dengan sempurna. Saya juga ingin
mengucapakan terima kasih kepada guru kimpalan
Kolej Vokesional Tanah Merah iaitu Encik Rahimy
Bin Yaakob kerana membantu saya menyiapkan
tugasan yang diberi olehnya. Beliau juga banyak
memberi bimbingan, nasihat, dan panduan semasa
menjalankan kajian ini. Di samping itu, terima kasih
kepada rakan-rakan saya kerana menolong dan
banyak memberi dorongan dan sokongan kepada
saya sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga
kepada ibu-bapa saya yang banyak membantu saya
untuk menyiapkan kajian ini dengan sempurna.
BI ISI KANDUNGAN M/S
L
1 PENGENALAN
2  MENERANGKAN PROSES KIMPALAN
1. Proses kimpalan
2. Tahun
3. Tokoh yang mencipta proses kimpalan
4. Sumbangan kepada industri
3  TEKNOLOGI KIMPALAN
1. Proses kimpalan arka logam berperisai SMAW
2. Proses Mengimpal SMAW
3. Kelengkapan proses SMAW
4. Kepentingan proses SMAW dalam industry
pembinaan
4 PENUTUP
5 RUJUKAN
PENGENALAN KEPADA KIMPALAN

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan


dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas,
contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini
melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk
menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur
dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di
samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza
dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan
(pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu
sendiri.
Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah.
Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan
dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan
tinggi, sinaran laser, tembakan elektron, kimpalan geseran
dan ultrabunyi. Sungguhpun ia sering merupakan proses
pengilangan, kimpalan boleh dilakukan dipersekitaran yang
berbeza, termasuk kawasan terbuka, bawah air dan di angkasa
lepas. Kimpalan merupakan usaha yang berpotensi merbahaya
dan langkas keselamatan diperlukan bagi mengelakkan terbakar,
renjatan eletrik, kerosakan penglihatan, menghidu gas dan asap
beracun, dan dedahan pada radisai lampau ungu.
KIMPALAN ARKA

Sehingga akhir kurun ke-19, satu-satunya proses kimpalan adalan


kimpalan tempa, di maka tukang besi telah gunakan selama
berabad lamanya bagi menyambung besi dan keluli dengan
memanaskan dan menempa. Kimpalan gerbang dan kimpalan gas
merupakan proses terawal yang dikembangkan pada akhir abad
ke 19 dan kimpalan eletrik tidak lama kemudian. Teknologi
kimpalan berkembang dengan pantas pada awal kurun ke-20
ketika PerangDunia Pertama dan Perang Dunia Kedua mendorong
permintaan bagi kaedah sambungan yang mudah dan boleh
diharap. Selepas perang, beberapa teknik kimpalan moden
dibangunkan termasuk kaedah insani seperti kimpalan gerbang
logam perisai ("shielded metal arc welding"), kini salah satu
kaedah kimpalan yang paling popular, termasuk proses separa
automatik dan automatik seperti kimpalan gerbang logam gas,
kimpalan gerbang bawah air, kimpalan gerbang teras flux dan
kimplan elektroslag. Perkembangan berterusan dengan ciptaan
kimpalan laser, kimpalan elektron, kimpalan denyutan magnetik
dan kimpalan putaran geseran ("friction stir welding") pada
bahagian akhir kurun. Kini, sains terus berkembang. Kimpalan
robot adalah biasa pada persekitaran pengilangan, dan
penyelidikan berterusan membangunkan kaedah kimpalan baru
dan lebih mengetahui mengenai kualiti kimpalan.
MENERANGKAN PROSES KIMPALAN

 PROSES KIMPALAN

Proses ini menggunakan bekalan kuasa kimpalan bagi mencipta dari


mengekalkan arka elektrik antara elektrod dan bahan asas bagi
mencairkan logam pada titik kimpalan. Ia boleh menggunakan arus
langsung atau arus ulang-alik dan elektrod habis atau kekal. Kawasan
kimpalan kadang-kala dilindungi oleh sejenis gas lengau atau separa
lengai, dikenali sebagai gas pelindung, dan bahan pengisi kadang-kala
turut digunakan.

 TAHUN

Contoh kimpalan paling awal berasal dari Zaman Gangsa. Kotak bulat
emas kecil dibuat oleh sendi putaran kimpalan ditekan Bersama-sama.
Dianggarkan bahawa kotak-kotak ini dibuat lebih dari 2,000 tahun yang
lalu tetapi beberapa jalan awal untuk pengelasan tradisional berlaku
seawal tahun 1800. Pada awal tahun itu, Sir Humphry Davy
menghasilkan arka elektrik pertama antara dua elektrod karbon melalui
penggunaan bateri.

 TOKOH YANG MENCIPTA PROSES KIMPALAN

Kimpalan pertama kali dikembangkan Ketika Nikolai benardos


menunjukkkan pengelasan busur logam menggunakan elektrod karbon di
Pameran Elektrik Antarabangsa, Paris pada tahun 1881, yang dipatenkan
Bersama dengan Stanislaw Olszewski pada tahun 1887.

 SUMBANGAN KEPADA INDUSTRI

Kimpalan adalah komponen penting bagi banyak industry seperti industry


automotive, industry pembinaan, industry penerbangan, dan banyak lagi.
Tanpa bentuk logam seperti ini, begitu banyak perkara termasuk banyak
bangunan, gerbang dan kenderaan tidak akan ada.

 PROSES KIMPALAN ARKA LOGAM BERPERISAI


(SMAW)

Salutan elektrod akan terbakar dan mengeluarkan gas-gas dimana ia


melindungi kimpalan daripada udara luar. Ia juga menutupi permukaan
atas sehingga sejuk dimana dikenali sebagai terak (slag).


 PROSES KIMPALAN SMAW

 Proses kimpalan arka SMAW bermula apabila arus elektrik


dislaurkan dari mesin kimpal melalui sentuhan elektrod yang
berada pada satu pol (terminal) yang lain. Rintangan yang terwujud
semasa pengaliran elektrod (elektrik) melalui jarak elektrod
menghasilkan arka yang tinggi (5000 C). Haba panas akan terus
melebur hujung elektrod dan logam asas lalu Bersatu sebagai batas
kimpalan. Semakin tinggi rintangan, semakin besar haba yang
terjadi.

 KELENGKAPAN PROSES SMAW


-Dalam proses kimpalan SMAW peralatan yang perlu ada seperti berikut;

1. Alat Ubah (Transformer)


2. Alaterus (Reactifier)
3. Jana Kuasa (Generator)

 KEPENTINGAN PROSES SMAW

SMAW adalah standard di kebanyakan industry kerana mempunyai


banyak kelebihan berbanding jenis pengelasan lain. Beberapa faedah ini
merangkumi;

1. SMAW tidak sensitive terhadap angin


2. Tidak ada syarat untuk perlindungan gas yang berasingan
3. Alat ini dapat digunakan diberbagai lingkungan, di kedai fabrikasi,
atau di luar rumah, di tapak pembinaan, bahkan di kapal.
4. Ia memiliki kemampuan daya yang berbeza, gas, diesel, dan
elektrik
5. Ia boleh digunakan dengan banyak logam yang berbeza. Sesuai
untuk digunakan di pelbagai bidang.
PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh saya adalah mengenai aktiviti


sebelum, semasa dan selepas kimpalan. Kaedah kimpalan dapat
membantu mengatasi masalah yang dialami oleh pengguna. Setiap yang
lemah mesti aka nada cara penyelesaiannya. Kimpalan juga dapat
menjimatkan kos penghapusan besi atau logam sekiranya besi atau logam
tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya, jika terdapat rak
diperbuat daripada besiatau logam telah tertanggal atau rosak. Dengan
mengaplikasikan kaedah kimpalan, rak tersebut akan dapat digunakan
dengan membuat kimpalan di bahagian yang rosak atau tetanggal
tersebut. Malah pihak university telah memberikan kemudahan yang
terbaik untuk pelajar-pelajarnya. Dengan kemudahan yang disediakan
akan mendidik pelajar di dalam situasi yang sebenar. Pengalaman dalam
situasi yang sebenar dengan hanya belajar teori sangat berbeza. Pelajar
harus mempunyai pengalaman dalam membuat dan menggunakan
peralatan kimpalan untuk memudahkan pelajar mengingati dan
memahirkan pelajar sebelum mengajar di sekolah. Hasil kimpalan
daripada saya menunjukkan bahawa saya juga mempunyai kemahiran
walaupun tidak terlalu tinggi kemahiran kimpalan tersebut

RUJUKAN

1. http://kimpalanarka.blogspot.com/2015/02/kimpalan-arka.html
2. http://chekguzaidi.blogspot.com/2011/09/kimpalan-arka-logam-
berperisai.html
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/kimpalan 

You might also like