Teks Ucapan Perasmian Hari Apresiasi Kecemerlangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teks Ucapan Perasmian Hari Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi

Tahun 6 2022 SK Methodist ACS

Salam sejahtera, salam Melaka Maju Jaya.

Terima kasih pengerusi majlis.

Yang Berusaha Puan Asnah binti Hamid,


Guru Besar SK Methodist ACS
Yang Berbahagia En. Arunasalam Pillay a/p Pillay, Yang Dipertua PIBG
SK Methodist ACS
Yang Dihormati Puan Safina binti Sulaiman
Penolong Kanan Kurikulum dan Pentadbiran,
En. Francis Wong Kar Yin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Lee Wee Kiat, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan guru dan ibu bapa yang budiman
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih


kepada pihak Sekolah Kebangsaan Methodist ACS kerana sudi
mengundang saya ke Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Tahun
6 ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah
menunjukkan komitmen yang tinggi dengan hadir ke majlis ini. Terima
kasih dan tahniah kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan
profesion perguruan sehingga mampu melahirkan modal insan yang
berkualiti ini. Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan
paradigma menjana modal insan yang terbilang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Sebenarnya, kejayaan seorang murid bukan hanya terletak pada


usaha dan kesungguhan guru semata-mata. Selain guru yang
diumpamakan lilin membakar diri ini, ibu bapa juga perlu mencorakkan
masa depan anak-anak mereka. Malah tuan-tuan dan puan-puan, bagi
saya faktor yang paling utama kejayaan terletak pada diri murid itu
sendiri, agar sentiasa mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai
kejayaan.

Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada


murid-murid agar dapat membuktikan bahawa anda mampu meneruskan
kejayaan yang lebih gemilang. Berusahalah dengan lebih gigih
berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru untuk memperoleh
kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.

Hadirin sekalian,

Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat memberi
dorongan dan memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai
kecemerlangan dalam semua bidang. Diharapkan semoga program seperti
ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja untuk
murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada
peningkatan atau kemajuan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya


mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid atas kejayaan
anda. Saya mendoakan kepada semua guru, murid dan warga SK
Methodist ACS agar sentiasa beroleh kejayaan yang cemerlang dalam
semua bidang yang diceburi. Akhir kata, dengan rasa berbesar hati saya
merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi Tahun 6
Sekolah Kebangsaan Methodist ACS.

Sekian, terima kasih.

You might also like