Geo Last

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

PENGHARGAAN

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi , iaitu Cikgu
Jennifer kerana telah mengajar dan membimbing saya menyiapkan kerja lapangan ini.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua , Puan Mary

kerana membenarkan saya menjalankan kajian lapangan Geografi .

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih diucapkan kepada rakan sekelas saya
kerana sering membantu saya dalam kerja lapangan ini .

Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya kerana
member sokongan kepada saya. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu proses menyiapkan kerja lapangan geografi ini.

1
PENDAHULUAN

Saya Tristan Chan merupakan pelajar Tingkatan 2 Compassion, Maktab Nasional. Saya memilih
tajuk Pengangkutan Awam di Taman Kingfisher,Kuala Inanam,Kota Kinabalu, Sabah kerana
saya belajar di kawasan itu . Selain itu, kawasan kajian saya merupakan tempat laluan utama
pengangkutan awam. Tajuk ini memudahkan saya membuat pemerhatian dan membuat rujukan.

Saya telah menetapkan menetapkan Lima objektif dan tiga kaedah kajian. Saya menggunakan
tiga kaedah kajian adalah pemerhatian, soal selidik dan rujukan.

2
JADUAL KERJA

Tarikh Akitiviti Catatan


5 OCT 2023 Saya mendengar taklimat dan PDPN
(P7-P8) mengadakan
(Khamis) perbincangan di dalam kelas
mengenai tajuk
kerja lapangan geografi.
Tajuk yang dipersetujui ialah
Pengangkutan Awam di
Kingfisher
8 OCT 2023 Saya melayari Internet untuk PDPN
(P6-P7) mendapat peta kawasan
(Ahad) kajian dan mencetak peta
yang dipilih
9 OCT 2023 Saya membuat pemerhatian PEPN
(P8-P9) di kawasan kajian
(Isnin)
10 OCT 2023 Saya melukis kawasan kajian PDPN
(P5-P6) dan menghabiskan lukisan
(Jumaat) kawasan kajian
12 Oct 2023 Saya membuat borang kaji PDPN
(P9-P10) selidik dan menyedarkan
(Khamis) borang kepada 10 orang
untuk menjawap soalan
selidik
13 Oct 2023 Saya membuat esei tafsiran PEPN
(P4-P6) peta lakar

3
(Khamis)
18 Oct 2023 Saya mula menulis hasil PDPN
(P6-P7) kajian saya
(Rabu)
26 Oct 2023 Saya telah membuat PDPN
(P6-P8) pembetulan dan
(Khamis) menyemaskinikan kerja
lapang geografi.
01 Nov 2023 Saya menghantar laporan PDPN
(P6-P9) kajian lapangan geografi
(Selasa) kepada guru saya.

4
OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Kingfisher ,Kuala Inanam , Kota Kinabalu bertujuan
untuk

A) Mentaksir dan menghuraikan konsep pengangkutan awam.

B) Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan awam.

C) Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian.

D) Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian.

E) Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan


kajian.

5
KAEDAH KAJIAN

Saya telah memilik 3 kaedah untuk merndapatkan maklumat bagi menyiapkan kerja lapangan
geografi saya.

A) Permerhatian

Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis pengangkutan awam di kawasan kajian.

B) Soal Selidik

Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui kepentingan pengangkutan awam di


kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk mengetahui masalah pengangkutan awam
dan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam.

C) Rujukan

Saya merujuk kepada buku, laman web, majalah dan keratan akhbar digunakan untuk
mengetahui konsep pengangkutan awam.

6
7.0 HASIL KAJIAN
7.1 Konsep Pengangkutan Awam:

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan
bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang boleh digunakan oleh orang ramai di
kawasan tertentu dengan kadar tambang yang ditetapkan.

Pengangkutan awam biasanya menawarkan perkhidmatan berjadual dengan laluan yang


tetap.Kebanyakan penumpang bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan kediaman
mereka dengan sekolah, tempat kerja dan hospital.

7.2 Jenis- jenis Pengangkutan Awam

Setelah membuat pemerhatian dan mendapat maklumat melalui borang kaji selidik yang
diedarkan kepada 10 orang responden, jenis-jenis pengangkutan awam di Taman
Kingfisher , Kuala Inanam , Kota Kinabalu Sabah ialah e-hailing , iaitu Grab dan Maxim,
teksi dan bas.

Jenis pengangkutan awam ini terkenal di kawasan kajian kerana terletak di kawasan yang
pesat membangun serta terdapat banyak perumahan seperti Taman Kingfisher, Taman
Ujana dan Taman Alam Mesra. Selain itu, kawasan kajian juga mempunyai pusat
pendidikan, iaitu Kompleks Pendidikan Datuk Simon Fung dan University Malaysia
Sabah.

7
7.3 Kepentingan Pengangkutan Awam di kawasan kajian

Kepentingan pengangkutan awam di Taman Kingfisher,Kuala Inanam , Kota


Kinabalu adalah seperti berikut:

7:3:1 Mengurangkan kesesakan lalu lintas

Melalui soal selidik, penggunakan pengangkutan awam dapat mengurangkaann


kesesakan lalu lintas di kawasan kajian. Penggunaan pengangkutan awam seperti e-
hailing, bas dan teksi dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya. Hal ini
dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan kajian.

7:3:2 Menjimatan Kos

Melalui penyelidikan saya, penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan kos.


Saya dapat pergi ke Taman Kingfisher dari Kolombong ( 10 KM) hanya dengan
tambang RM7.00 berbanding dengan RM10 ( RM1 / KM) dengan kenderaan sendiri.
Selain daripada kos petrol, kos tempat letak kereta dapat dikurangkan dengan
penggunaan pengangkutan awam.

7:3:3 Membawa penumpang

Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam di kawasan kajian saya sangat penting
untuk penumpang, terutamanya pelajar- pelajar yang menetap di Taman Kingfisher
menggunakan bas awam untuk ke universiti. Di kawasan kajian saya, terdapat ramai
pegawai hospital yang juga menggunakan e hailing until pergi ke hospital untuk bekerja
setiap hari.

8
7.4 Masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian

7.4.1 Pencemaran Udara

Melalui pemerhatian saya, pengangkutan awam di kawasan kajian telah menyebabkan


pencemaran udara. Tambahan pula, bas-bas yang beroperasi ini menggunakan minyak diesel
sebagai bahan api. Bas-bas ini mengeluarkan banyak asap. Pencemaran udara mendatangkan
ketidakselesaan kepada penduduk dan boleh mendatangkan penyakit.

7.4.2 Kos bahan api meningkat


Melalui rujukan, kenaikan kos bahan api telah menyebabkan tambang teksi turut meningkat.
Misalnya, pada tahun 2019 tambang teksi dari Taman Kingfisher ke Kolombong ialah RM15.00.
Namun sekerang, tambang teksi telah meningkat kepada RM20.00

7.4.3 Jangka masa lama


Berdasarkan pemerhatian, masa menunggu bas adalah lama, iaitu lebih kurang 30 minit. Hal ini
menyebaban pengguna terpaksa menunggu untuk ke sesuatu tempat.

9
7.5 Cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan
kajian

7.5.1 Menguatkuasakan undang-undang


Tindakan undang- undang patut dikenakan ke atas pemandu bas yang tidak mematuhi
peraturan jalan raya. Tindakan ini perlu untuk mendisiplinkan pemandu bas.

7.5.2 Kempen alam sekitar


Kempen alam sekitar perlu dihebahkan kepada penduduk di kawasan kajian. Bas yang
mengeluarkan asap perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar pelepasan asap.

7.5.3 Menambah bilangan bas dan bas baharu


Pihak syarikat bas hendaklah menambah bilangan bas dan menggantikan bas-bas yang lama
dengan bas-bas yang baharu. Bas yang boleh dibaiki pula hendaklah diselenggara untuk
keselesaan penumpang.

10
8.0 Rumusan

Saya berasa sangat bangga kerana telah menyiapkan tugasan Kerja Lapangan

Geografi ini dengan baik. Saya telah banyak melalui pengalaman semasa
menjalankan kerja lapangan geografi ini.

Saya juga telah menyedari bahawa Taman Kingfisher merupakan satu kawasan
yang sangat berpotensi sebagai kawasan yang sangat maju dan tangkas.

Saya berharap agar kawasan ini akan terus berkembang sebagai sebuah kawasan
yang harmoni terutama sebagai taman perumahan yang sangat selamat and

damai.

11

You might also like