Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

0 Pengenalan

Seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada subjek yang saya perlu ambil
bagi semester ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya SDP menekankan sesuatu
yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah
elemen seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Elemen-elemen ini akan
menjadikan sesuatu pembelajaran menyeronokkan yang akan membuatkan murid-murid
mempunyai minat yang tinggi untuk menuntut ilmu. Sepanjang penghasilan tugasan
ini,pelbagai ilmu baru telah saya perolehi. Antaranya, pembelajaran yang berkesan
bukanhanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata, bahkan perlu mempunyai
elemen seni agar penerimaan ilmu dikalangan murid menjadi lebih jitu dan mampan. Dalam
subjek ini, kami telah ditugaskan untuk menghasilkan satu kit pembelajaran,.kit
pembelajaran yang dihasilkan mesti merangkumi dan mempunyai ketiga –tiga elemen
penting dalam seni dalam pendidikan (SDP) iaitu elemen seni visual, elemen muzik dan
elemen pergerakan.

2.0 Refleksi

Saya telah menghasilkan satu kit pembelajaran yang berteraskan kepada subjek
bahasa Melayu di bawah tajuk simpulan bahasa. Objektif yang telah saya letak dalam
penghasilan kit pembelajaran ini ialah pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran,
murid-murid dapat mengenali bentuk-bentuk simpulan bahasa dan pada akhir pengajaran
dan pembelajaran ini murid dapat menghafal dan mengetahui beberapa simpulan bahasa
yang telah ditunjukkan ketika proses pengajaran dan pembelajaran denagn menggunakan
kit pembelajaran yang telah dibina.selain itu, di akhir pengajaran dan pembelajaran ini juga
murid-murid dapat menulis satu simpulan bahasa dengan betul dan boleh menggunakannya
di dalam ayat mudah.

Berdasarkan kepada penghasilan kit tersebut, saya menggunakan beberapa bahan


yang mudah dan senang dicari di mana- mana kedai pun. Antara bahan yang saya gunakan
dalam kit saya ialah ‘mounting board’ dan kertas lut sinar. Yang mana bahan – bahan ini
boleh didapati di kedai buku mahupun pasar raya dan dengan kos yang rendah. Dengan
bahan-bahan yang murah dan didapati, jadi penghasilan kit ini menjadi lebih mudah dan
boleh dihasilkan oleh guru-guru lain yang ingin mengajar tentang simpulan bahasa.

Kit pembelajaran ini sudah saya uji bersama dengan beberapa orang murid-murid
dari Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru. Saya memilih beberapa orang murid
yang ada di sekitar kawasan sekolah untuk mencuba dan mengunakan kit pembelajaran
saya. Murid-murid tersebut sangat berminat untuk menggunakan kit pembelajaran tersebut

1
kerana terdapat komponen-komponen yang jaarang mereka temui di dalam kelas biasa.
mereka tertarik dengan QR kod yang telah diletakkan pada kit pembelajaran tersebut. Selain
itu, murid-murid tersebut juga teruja keran dapat belajar di luar kawasan kelas. Murid-murid
menjadi lebih bersemangat untuk belajar dengan persekitaran di luar bilik darjah. Terdapat
bebrapa orang murid yang berjaya mencapai objektif pembelajaran yang telah saya
tetapkan namun ada beberapa orang murid yang tidak mencapai objektif tersebut.

Antara kekuatan yang dapat saya dapat dilihat pada kit pembelajaran ini ialah pada
aktiviti menulis di atas kertas putih yang boleh dipadam semula kerana dapat menarik
perhatian murid-murid untuk menjawab soalan tersebut dengan bersemangat kerana ingin
mencuba alat yang baru pada kit pembelajaran tersebut. Selain itu, pada kit pembelajaran
ini juga telah diletakkan dan menggunakan QR kod ketika proses penerangan dan ketika
menerangkan konsep kepada murid-murid. QR adalah singkatan untuk Quick Response
ataupun respon dan maklumbalas yang pantas. Dengan menggunakan aplikasi tertentu di
telefon bimbit anda, anda dapat mengimbas kod QR tersebut dan mendapat respon tertentu.
Dengan penggunaan QR kod ini di dalam kit tersebut, guru hanya perlu imbas kod tersebut
dan guru tersebut dapat terus akses ke bahan media yang telah disediakan. Kaedah ini
mempercepat proses pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, berdasarkan kepada pelaksaan kit pembelajaran ini kepada murid-murid
terdapat beberapa kekurangan dalam penghasilan dan pelaksaan kit ini iaitu antaranya ialah
kit pembelajaran yang telah saya lakukan ini tidak mempunyai satu hala tuju pengajaran dan
pembelajaran yang mantap dan jitu. Hal ini kerana, terdapat segelintir murid-murid yang
kurang memahami dengan apa yang ingin disampaikan oleh guru yang menyebabkan
ketidak fahaman kepada murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran
berkenaan tajuk simulan bahasa ini. Seterusnya, kit pembelajaran yang telah dihasilkan
tidak berjalan dengan lancar kerana terdapat seorang pelajar tidak menggunakan kit dengan
baik yang menyebabkan kit ini kelihatan comot dan berminyak. Selain itu, saiz kit
pembelajaran yang dihasilkan bersaiz agak kecil yang menyebabkan terbatasnya soalan
dan aktiviti yang boleh dilakukan bersama murid-murid tersebut. Di samping itu, kelemahan
kit pembelajaran ini juga ialah kit pembelajaran ini tidak kukuh kerana menggunakan bahan-
bahan yang berunsurkan kertas. Hal ini menyebabkan kit pembelajaran ini tidak dapat
bertahan lama.

2
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kit pembelajaran yang dihasilkan secara tidak langsung banyak


membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian serta membantu
guru untuk menarik perhatian murid untuk menyertai proses pengajaran dan pembelajaran
itu. Selain itu, tugasan ini secara tidak langsung telah membuka mata dan minda saya
bahawa seni pada hari ini bukan hanya menjurus kepada hiburan sahaja, malahan mampu
untuk menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih hidup dan menarik.

You might also like