Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

nurulhafizakamal/teksmc

bil.2/2022

SMK UNGKU AZIZ, JALAN RAJA CHULAN,


45200 SABAK BERNAM, SELANGOR

TEKS PENGACARA MAJLIS

NAMA PROGRAM :

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADAN,


MAJLIS KHATAM AL- QURAN & PENYERAHAN
SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN
2022/1443H

TEMPAT PROGRAM :

SURAU BAITUL HIKMAH

TARIKH PROGRAM :

29 APRIL 2022

HARI / MASA:

JUMAAT / 2.30 PETANG

ANJURAN :

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM,


SMK UNGKU AZIZ

1
Masa CUE ANN 1

2.40 Ucapan Pembuka Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi


petang Majlis oleh wabarakatuh.
Pengacara Majlis
Dimulakan majlis dengan menyebut nama Allah Yang Maha
Esa, dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang
diberi. Diucapkan segala puji- pujian kepada Allah Rabbul
’Izzati dan diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang
amat tinggi, selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi
Muhammad SAW, keluarga baginda serta sahabat-
sahabat baginda.

Yang Berusaha,
Tn Hj Yusaini bin Salleh,
Pengetua SMK Ungku Aziz

Tn. Hj Azman bin Ali,


Penolong Kanan Pentadbiran SMK Ungku Aziz,

Tn. Hj Rosli bin Othman,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Ungku Aziz,

Tn. Hj Ismail bin Kosman,


Penolong Kanan Kokurikulum SMK Ungku Aziz,

Tn. Hj Muhammad Azmi bin Mohd Yusof


Penolong Kanan Petang SMK Ungku Aziz

Pn. Adreen Azmeen binti Abd Wahab,


Pembantu kepada Penolong Kanan Petang SMK Ungku
Aziz

Seterusnya, guru-guru SMK Ungku Aziz, jawatankuasa


pelaksana, dan tidak lupa juga kepada pelajar- pelajar yang
dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, seiringan kita menadah tangan menzahirkan


rasa kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya, dapat kita dipertemukan
bersama dalam ”MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM IHYA’
RAMADAN, MAJLIS KHATAM AL- QURAN &
PENYERAHAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI
TAHUN 2022/1443H” bersempena program Ihya’
Ramadan Tahun 2022 anjuran Panitia Pendidikan Islam
SMK Ungku Aziz.

Buat pengetahuan semua, antara objektif diadakan majllis

2
ini adalah bagi menyemai rasa kecintaan yang mendalam
terhadap Kalam Allah dan seterusnya mengangkat
martabat Al-Quran ke tahap yang lebih tinggi dan dijadikan
petunjuk utama dalam melahirkan pelajar dan insan yang
cemerlang di dunia dan akhirat sesuai dengan firman Allah
yang bermaksud :

”Sesungguhnya Al- Quran ini memberi petunjuk ke jalan


yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita
yang menggembirakan orang- orang yang beriman yang
mengerjakan amal- amal soleh, bahawa mereka beroleh
pahala yang besar”. (surah al- Isra’ : ayat 9)

Hinggap di pohon mencari bunga,


Indah bunga berseri warna,
Al- Quran jangan sekadar dibaca,
Tunaikan juga perintah ayat Nya.

Masa CUE ANN 2

3
2.50 Bacaan Doa Hadirin yang dimuliakan,
petang
Bagi memberkati majlis pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh : saudara
Muhammad Isma Daniel Bin Mohamad Zulhisam (2
KRK)

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********

Amin… Amin… Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara


Muhammad Isma Daniel Bin Mohamad Zulhisam atas
bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita diberkati dan
berjalan dengan lancar

4
Masa CUE ANN 3

3.00 Khatam Al- Quran Bunga telur cantik di mata,


petang Disusun hadapan penyeri anjung,
Al- Quran bagaikan intan permata,
Al- Quran dijunjung umat disanjung.

Guru- guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Tanpa melengahkan masa, kita akan teruskan acara pada


hari ini dengan Majlis Khatam Al- Quran. Justeru itu, saya
menjemput peserta – peserta khatam Al- Quran bagi
membacakan ayat- ayat suci Al- Quran bermula daripada
surah Ad- Dhuha sehingga surah An- Nas serta doa
khatam Al- Quran.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


*pelajar- pelajar lain digalakkan untuk bersama- sama
mengikuti bacaan ayat- ayat suci al-quran dengan melihat
paparan pada skrin di hadapan.

…………………….. (*pelajar membaca Al- Quran)

Majlis merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan


tahniah di atas kejayaan pelajar- pelajar dalam meneruskan
usaha memartabatkan dan memuliakan Al- Quran. Semoga
mendapat keberkatan dan ganjaran pahala di sisi Allah
SWT. Rasulullah SAW bersabda “Barang siapa membaca
satu huruf dari Al- Quran, maka ia mendapat satu kebaikan
dan satu kebaikan sama dengan sepuluh kali ganda.”
Amatlah rugi jika kita tidak merebut peluang dan
melapangkan masa untuk membaca Kalam Allah yang
mempunyai susunan perkataan dan gaya bahasa yang
sangat indah ini.

Buat pengetahuan semua, alunan bacaan ayat- ayat suci


Al- Quranul Karim itu tadi terdiri daripada 16. orang murid
daripada tingkatan 2 dan tingkatan 3 Pelajar- pelajar ini
adalah di bawah bimbingan Ustaz Zulkifli dan Usatazah
Maznah. Terima kasih diucapkan.

5
Masa CUE ANN 4

3.30 Tazkirah Syawal & Hadirin yang dikasihi sekalian,


petang Kuiz
Kita teruskan majlis dengan mendengar Tazkirah Syawal
yang akan disampaikan oleh Ustaz Zulkifli bin Kassim
Mari sama- sama kita dengarkan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

……………………..(tazkirah)

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zulkifli diatas


penyampaian tazkirah Syawal sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Ustazah Raudhatul Jannah


binti Amir bagi menyempurnakan slot kuiz. Dipersilakan.

……………………..(kuiz)

Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Raudhatul


Jannah diatas pengendalian kuiz itu tadi.

6
Masa CUE ANN 5

4.00 Penyampaian Hadirin sekalian,


petang cenderahati
kepada: Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati
kepada peserta Khatam Al- Quran, penyerahan sumbangan
hari raya kepada anak yatim dan dari keluarga yang kurang
berkemampuan serta penyerahan sumbangan kepada
anak- anak asnaf zakat.

16 orang peserta Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Yang Berusaha, Tn


khatam Al- Quran Hj Muhamad Azmi bin Mohd Yusof untuk berada di
hadapan bagi menyampaikan cenderahati kepada 16 orang
peserta khatam Al- Quran. Dipersilakan.

................................. (*rujuk senarai nama : 16 orang


peserta khatam Al- Quran)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha,


______________________________ di atas kesudian
menyampaikan cenderahati sebentar tadi.

Peserta tadarus Seterusnya, saya menjemput _______________________


Tingkatan 5 untuk menyampaikan cenderahati kepada peserta tadarus
Tingkatan 5. Dipersilakan.

................................. (*rujuk senarai nama peserta tadarus


Al-Quran)

Terima kasih saya ucapkan atas penyampaian sebentar


tadi.

Daie Muda Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada


Daie Muda di Channel Mubarak. Untuk itu dijemput
___________________ untuk menyampaikan cenderahati.

................................. (*rujuk senarai nama peserta)

Terima kasih saya ucapkan atas penyampaian cenderahati


sebentar tadi.

Pemenang kuiz
Ramadan Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pemenang Kuiz
Ramadan anjuran Pusat Sumber Sekolah dengan
kerjasama Panitia Pendidikan Islam. Saya menjemput
________________ untuk menyampaikan hadiah.

................................. (*rujuk senarai nama pemenang)

7
Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian menyampaikan
hadiah sebentar tadi.

Penyerahan Seterusnya, saya menjemput _______________________


sumbangan hari untuk menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan hari
raya kepada anak raya kepada anak yatim dan dari keluarga yang kurang
yatim dan dari berkemampuan. Dipersilakan.
keluarga yang
kurang ............................(*rujuk senarai nama penerima. x perlu
berkemampuan
sebut nama.hanya sebut tingkatan. Penerima akan masuk
berjalan untuk ambil sumbangan)

Terima kasih diucapkan kepada


______________________di atas kesudian menyampaikan
sumbangan raya sebentar tadi.

Sumbangan Baiklah, seterusnya saya menjemput


kepada anak- anak __________________________ bagi menyempurnakan
asnaf zakat majlis penyerahan sumbangan khusus untuk anak- anak
asnaf zakat. Dipersilakan.

.......................... (*rujuk senarai nama penerima


sumbangan)

Terima kasih diucapkan kepada _________________ di


atas kesudian menyampaikan sumbangan sebentar tadi.

8
Masa CUE ANN 6

4.20 Ucapan Perasmian Hadirin sekalian,


petang Majlis Penutupan
Program Ihya’ Majlis diteruskan dengan mendengar ucapan Perasmian
Ramadan
Majlis Penutup Program Ihya’ Ramadan 2022 bersamaan
2022/1443H oleh
Pengetua 1443 Hijrah daripada Tn. Hj Muhamad Azmi bin Mohd
Yusof, Penolong Kanan Petang SMK Ungku Aziz .
(Tn Hj Yusaini bin
Salleh) Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********** (Ucapan Penutupan Program Ihya’ Ramadan


2022 bersamaan 1443 Hijrah daripada Pengetua SMK
Ungku Aziz)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Tn. Hj


Muhamad Azmi bin Mohd Yusof, di atas kesudian
menyampaikan ucapan perasmian Majlis Penutup Program
Ihya’ Ramadan 2022 bersamaan 1443 Hijrah yang
disampaikan sebentar tadi.

MASA CUE ANN 7

4.35 Majlis Tamat Tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Saya bagi pihak
petang jawatankuasa pelaksana ingin memohon kemaafan jika ada
tersalah bicara sepanjang mengendalikan majlis. Yang baik
itu datangnya daripada Allah Rabbul ’Izzati, dan segala
kelemahan adalah daripada kekurangan diri saya sendiri.

Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-


guru serta para pelajar yang terlibat dalam menjayakan
majlis khatam al-quran dan penyerahan sumbangan hari
raya. Semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu
dengan ramadhan yang seterusnya. In sha Allah.

Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi,


disini, saya, wakil guru dan jawatankuasa pelaksana ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari
Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat hadirin yang
dikasihi. Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya nanti.

Sekian sahaja daripada saya. Terima kasih,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

9
*Mohon perhatian semua pelajar, selepas ini kita akan
melaksanakan solat Asar secara berjemaah. Selesai
solat Asar, sebelum pulang, akan diadakan pengagihan
bubur lambuk di pintu keluar Surau Baitul Hikmah.
Pastikan pelajar mengambil bubur lambuk sebelum
pulang. Terima kasih.

Bersempena syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi,


eloklah kiranya kita bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Secara tidak langsung hal ini akan merapatkan lagi ikatan
silaturrahim kekeluargaan antara kita.

10

You might also like