Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PROGRAM PERKHIDMATAN JOB COACH

PROJECT TO SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES [PHASE I] merupakan projek


kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Japan International Cooperation Agency
Japan (JICA) yang bermula pada 1 September 2009 hingga 31 Ogos 2012. Perjanjian persefahaman ini
telah ditandatangani pada 4 Mac 2009. Fasa ini memberi fokus kepada Sokongan Pekerjaan “Job
Coach” dan Disability Equality Training (DET). Tujuan projek ini adalah untuk menggalakkan penyertaan
OKU di dalam masyarakat melalui Sokongan Pekerjaan. Fasa ini merupakan fasa pembangunan dengan
memberi kesedaran dan kefahaman kepada agensi dan kakitangan di sekitar Lembah Klang mengenai
ketidakupayaan dan sokongan pekerjaan kepada OKU. Disamping memberi kesedaran kepada
masyarakat, fasa ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan modul-modul latihan, melahirkan
jurulatih-jurulatih DET dan Job Coach untuk melahirkan lebih ramai advocator dan Job Coach di seluruh
Malaysia.

Melihat kepada keperluan, projek kerjasama ini diteruskan dengan projek yang sama iaitu PROJECT TO
SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES [PHASE II] pada 1 September 2012 hingga 31
Ogos 2015. Fasa kedua merupakan fasa pelaksanaan dengan memperluaskan kesedaran mengenai
ketidakupayaan dan sokongan pekerjaan di seluruh Malaysia. Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC)
telah diperkenalkan yang bertujuan untuk menggalakkan pekerjaan yang berkekalan kepada OKU di
pasaran pekerjaan terbuka. Job Coach adalah individu yang dilatih mempunyai berpengalaman dan
profesional dalam memberi sokongan kepada OKU. Job Coach menjadi penghubung antara OKU dan
majikan dengan menyediakan sokongan untuk kedua-dua belah pihak seperti berikut:

i. Penilaian OKU: Membuat penilaian dan memahami keadaan OKU

ii. Penilaian Tempat Kerja: Membuat penilaian persekitaran tempat kerja

iii. Job Matching: Mengubah keadaan kerja dan menyusun semula tugas-tugas yang bersesuaian dengan
OKU atas kebenaran majikan

iv. Sokongan Intensif: Menyediakan sokongan untuk OKU dan majikan di tempat kerja

v. Natural Support: Mewujudkan sokongan rakan sekerja OKU untuk mengurangkan sokongan Job Coach
secara beransur- ansur.

vi. Follow-up: Sokongan berkala untuk mengekalkan OKU dalam pekerjaan.

PPJC menyediakan elaun sebanyak RM 15.00 sejam kepada Job Coach yang memberi sokongan
pekerjaan kepada OKU. Jumlah maksima yang boleh dituntut oleh setiap OKU yang disokong adalah
sebanyak RM 900.00.
Perkhidmatan Job Coach yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 melalui kerjasama antara Jabatan
Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) adalah yang merupakan
inisiatif untuk memberi sokongan pekerjaan kepada OKU. Bagi tempoh ini, seramai :

i. 1,397 orang OKU telah mendapat pekerjaan melalui perkhidmatan Job Coach (2012-2020).

ii. 770 majikan yang telah menggajikan OKU melalui perkhidmatan Job Coach (2012-2020).

iii. 49 orang Job Coach Trainer yang terdiri daripada pelbagai agensi termasuk sektor awam, swasta dan
NGO (2010-2020).

iv. 2,773 orang Job Coach yang telah dilatih melalui kursus Job Coach di bawah Jabatan Kebajikan
Masyarakat (2010-2020).

v. 4,002 orang OKU telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam (Sumber Jabatan Perkhidmatan
Awam, Disember 2019).

vi. 15,326 orang OKU telah bekerja di


Sektor Swasta (sumber Kementerian
Sumber Manusia, Jun 2020). Program
Perkhidmatan Job Coach
 Utama
Perkhidmatan

 Orang Kurang Upaya
 Program Perkhidmatan Job Coach
PROGRAM PERKHIDMATAN JOB COACH

PROJECT TO SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES [PHASE


I] merupakan projek kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Japan
International Cooperation Agency Japan (JICA) yang bermula pada 1 September 2009 hingga 31
Ogos 2012. Perjanjian persefahaman ini telah ditandatangani pada 4 Mac 2009. Fasa ini
memberi fokus kepada Sokongan Pekerjaan “Job Coach” dan Disability Equality
Training (DET). Tujuan projek ini adalah untuk menggalakkan penyertaan OKU di dalam
masyarakat melalui Sokongan Pekerjaan. Fasa ini merupakan fasa pembangunan dengan
memberi kesedaran dan kefahaman kepada agensi dan kakitangan di sekitar Lembah Klang
mengenai ketidakupayaan dan sokongan pekerjaan kepada OKU. Disamping memberi kesedaran
kepada masyarakat, fasa ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan modul-modul latihan,
melahirkan jurulatih-jurulatih DET dan Job Coach untuk melahirkan lebih ramai advocator
dan Job Coach di seluruh Malaysia.

Melihat kepada keperluan, projek kerjasama ini diteruskan dengan projek yang sama
iaitu PROJECT TO SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES
[PHASE II] pada 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2015. Fasa kedua merupakan fasa
pelaksanaan dengan memperluaskan kesedaran mengenai ketidakupayaan dan sokongan
pekerjaan di seluruh Malaysia. Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC) telah diperkenalkan
yang bertujuan untuk menggalakkan pekerjaan yang berkekalan kepada OKU di
pasaran pekerjaan terbuka. Job Coach adalah individu yang dilatih mempunyai berpengalaman
dan profesional dalam memberi sokongan kepada OKU. Job Coach menjadi penghubung antara
OKU dan majikan dengan menyediakan sokongan untuk kedua-dua belah pihak seperti berikut:

i. Penilaian OKU: Membuat penilaian dan memahami keadaan OKU


ii. Penilaian Tempat Kerja: Membuat penilaian persekitaran tempat kerja
iii. Job Matching: Mengubah keadaan kerja dan menyusun semula tugas-tugas yang bersesuaian
dengan OKU atas kebenaran majikan
iv. Sokongan Intensif: Menyediakan sokongan untuk OKU dan majikan di tempat kerja
v. Natural Support: Mewujudkan sokongan rakan sekerja OKU untuk mengurangkan sokongan
Job Coach secara beransur- ansur.
vi. Follow-up: Sokongan berkala untuk mengekalkan OKU dalam pekerjaan.
PPJC menyediakan elaun sebanyak RM 15.00 sejam kepada Job Coach yang memberi sokongan
pekerjaan kepada OKU. Jumlah maksima yang boleh dituntut oleh setiap OKU yang disokong
adalah sebanyak RM 900.00.

Perkhidmatan Job Coach yang telah diperkenalkan pada tahun 2012 melalui kerjasama antara
Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Japan International Cooperation Agency (JICA) adalah
yang merupakan inisiatif untuk memberi sokongan pekerjaan kepada OKU. Bagi tempoh ini,
seramai :

i. 1,397 orang OKU telah mendapat pekerjaan melalui perkhidmatan Job Coach (2012-2020).

ii. 770 majikan yang telah menggajikan OKU melalui perkhidmatan Job Coach (2012-2020).

iii. 49 orang Job Coach Trainer yang terdiri daripada pelbagai agensi termasuk sektor awam,
swasta dan NGO (2010-2020).
iv. 2,773 orang Job Coach yang telah dilatih melalui kursus Job Coach di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat (2010-2020).

v. 4,002 orang OKU telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam (Sumber Jabatan
Perkhidmatan Awam, Disember 2019).

vi. 15,326 orang OKU telah bekerja di Sektor Swasta (sumber Kementerian Sumber Manusia,
Jun 2020).

You might also like