Tok Janggut PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

TOK


JANGGUT
YOKO TV

MUHAMMAD AQIL AZMI


BIN MOHD FAUZI

TOK JANGGUT

AHLI KUMPULAN
YOKO TV

AIDIL FARHAN
BIN ZAMRI

TOK JANGGUT

AHLI KUMPULAN
YOKO TV

AIMAN NAJMI BIN


MOHD ZAINI

TOK JANGGUT

AHLI KUMPULAN
MIMOPTV
Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).
Sumbangan: pejuang kebebasan Kelantan.
Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut
sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang
pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang
menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

TOK JANGGUT

LATAR BELAKANG
MIMOPTV

Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba
dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan
perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.Inggeris benar-benar mahu
memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok
Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat,
maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang ‘pintar’ akan terjejas.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV
Walaupun usahanya menentang dan mengusir penjajah dari bumi Melayu tidak
kesampaian, semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang tertanam
kukuh di jiwa tokoh itu masih kekal disanjung sehingga kini.Kesedaran Mat Hassan
terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Beliau dilahirkan di
Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850. Berikutan ayahandanya
berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku
Seri Maharaja Jeram.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV

Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah,
Patani dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya
berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu. Ketika itu,
Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur
Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan


Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris
manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.Kehadiran Inggeris di
Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang
diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV
Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu
tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar
Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.Mat Hassan juga
berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan
Datuk Bahaman.Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya
Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914. Kerajaan Kelantan yang berada dalam
keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan
bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.
TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV
Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Turki Uthmaniah dalam Perang Dunia
Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam,
Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan
sekutunya.Penindasan menerusi kutipan cukai yang tinggi menyemarakkan lagi kemarahan
orang Melayu. Pada mulanya Tok Janggut dan pengikut turut membayar cukai walaupun tidak
berpuas hati.Kekacauan bermula apabila pejabat jajahan mengambil masa tiga hari untuk
mengutip hasil kerana hanya ada seorang petugas hingga menyukarkan orang kampung.
Berikutan itu, Mat Hassan memutuskan tidak membayar cukai dan memulakan kempen
penentangan.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV
Disebabkan tidak sanggup menahan derita, ramai penduduk menyebelahi Tok Janggut dan
kesedaran membela agama, bangsa dan tanah air itulah menjadi prolog kisah
perjuangannya.Pada 29 April 1915, Mat Hassan bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah
Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menentang Inggeris dan memutuskan
mengambil alih pemerintahan di Pasir Puteh dan mengisytiharkan jajahan itu
merdeka.Bagaimanapun mesyuarat sulit itu diketahui Pegawai Jajahan Pasir Puteh yang
berasal dari Singapura iaitu Latiff, yang kemudian mengeluarkan waran kepada Ketua Balai
Polis, Sarjan Che Wan Sulaiman, untuk menangkap Mat Hassan.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV
Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29
April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang
berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata.Tok Janggut
bersetuju mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberi penjelasan mengenai tindakannya.
Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak setuju
polis berjalan di belakangnya kerana kelihatan seolah-olah mereka mengawal tindakannya
daripada melarikan diri dan mahu polis berjalan seiring atau di hadapannya.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV
Bagaimanapun polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan
dengan kerisnya sehingga mati. Itulah permulaan peperangan antara Tok Janggut dengan
Inggeris.Tok janggut dan pengikutnya bergerak ke Pasir Puteh menyebabkan pegawai Inggeris
di jajahan itu melarikan diri menggunakan bot ke Kota Bharu. Tok Janggut berjaya menawan
Pasir Puteh dan menubuhkan pentadbiran sendiri dan beliau diisytihar Ketua Menteri dan
Ungku Besar Jeram sebagai Raja.Perkembangan di Pasir Puteh membimbangkan pihak istana
di Kota Bharu kerana sebelum ini sultan sudah memberi jaminan bertulis kepada Inggeris akan
memastikan kekacauan tidak berlaku di Kelantan.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV
Sejurus selepas berunding dengan Langham-Carter, Sultan Muhammad ke-IV mengarahkan Datuk Menteri
Mohd Hassan Ismail dan Datuk Bentara Setia Nik Mahmud Ismail bertolak ke Pasir Puteh untuk berunding dan
mereka meminta bantuan Datuk Imam Lebai Kadir.Ungku Besar dan Tok Janggut menjelaskan kepada Datuk
Imam Lebai Kadir bahawa beliau dan pengikutnya tidak berniat menderhaka tetapi bertujuan menghalau Latiff
yang dianggap sebagai penindas.Atas cadangan Penasihat British dan sokongan Datuk Bentara Setia dan
Datuk Menteri, Sultan Muhammad ke-IV memutuskan menangkap Tok Janggut dan pengikutnya atas kesalahan
menderhaka.Malah, satu tawaran turut dihebahkan kepada masyarakat bahawa sesiapa yang berjaya
menangkap Tok Janggut dan 21 pengikut kanannya akan menerima ganjaran.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV
Langham-Carter tidak yakin dengan kemampuan Sultan menghadapi kebangkitan Tok Janggut, selain
mengesyaki baginda dan beberapa pembesar seperti Tengku Chik Penambang bersimpati dengan Tok
Janggut.Beliau meminta Gabenor menghantar bantuan tentera ke Kelantan dan seramai 239 askar Inggeris
dihantar ke negeri itu pada 3 Mei 1915. Bagaimanapun pengikut Tok Janggut mengambil keputusan bijak
dengan tidak berdepan pasukan Inggeris yang mempunyai kelengkapan senjata itu. Sebaliknya, mereka
bersembunyi dan selepas seminggu, tentera Inggeris terpaksa kembali ke Singapura.Selepas mendapat tahu
kumpulan Tok Janggut akan kembali menguasai Pasir Puteh, Inggeris kembali membawa masuk tentera Sikh
untuk membakar rumah penduduk kampung. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Tok Janggut dan
menyerang khemah tentera di Pasir Puteh pada jam 3 pagi, 24 Mei 1915.

TOK JANGGUT

PERJUANGAN TOK JANGGUT


MIMOPTV

TOKOH SEJARAH
TOK JANGGUT
TOK JANGGUT

GAMBAR-GAMBAR TOK JANGGUT


SEKIAN

TERIMA
KASIH

You might also like