Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TEBOK JAWA,


JALAN TEBOK JAWA,
45200 SABAK BERNAM, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BIL 01/2023

Tarikh : 16 Mac 2023 (Khamis)


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Pn Hasmimi binti Aminudin

Kehadiran : 5/5 Orang

Bil Nama Jawatan


1. Pn Sharmiah binti Hj Abas Guru Besar
2. Pn Zainon binti Dawam Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Nuji b. Hussin Penolong Kanan Kokurikulum
4. Pn Hasmimi bt Aminudin KP Sains
5. Pn Zaleha bt Jahari AJK

Tidak Hadir : -

Pencatat Minit Mesyuarat:


Pn Hasmimi binti Aminudin

Agenda Mesyuarat :

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Surah Al-Fatihah dengan harapan


mesyuarat hari ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru panitia dalam mesyuarat kali
tersebut.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan jutaan terima kasih atas komitmen yang
diberikan dalam melaksanakan PdPc Sains dan Program Panitia Sains dengan
cemerlang.
Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 En. Nuji bin Hussin mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
diterima dan disahkan
2.2 Pn Zaleha bt Jahari menyokong cadangan En. Nuji
3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / PERKARA BAHARU

4.1 Daripada Ketua Panitia

4.1.1 Pemantauan dan Pencerapan para guru Sains adalah mengikut ketetapan
yang telah dibuat oleh pihak pentadbir. Sila rujuk buku Pengurusan 2023. Pencerapan
Buku Murid juga telah ditetapkan.
Makluman

4.1.2 DSKP - Setiap guru mesti ada DSKP sebagai rujukan untuk merancang RPT.
Itu adalah sumber utama kementerian. Guru-guru perlu merancang RPT mengikut
Kalendar Akademik sekolah yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 43 minggu.
Tindakan: Guru Mata Pelajaran

4.1.3 Rancanagn Pelajaran Harian (RPH) yang disediakan perlu merangkumi


Objektif Pengajaran yang boleh diukur dan aktiviti terarah bagi mencapai OP dan KK.
Refleksi pengajaran perlu ditulis bilangan murid, boleh diukur dan boleh dijadikan
panduan untuk merancang RPH yang berikutnya. Sekurang-kurangnya terdapat 3
elemen yang ditulis di dalam RPH iaitu objektif, aktiviti dan refleksi.
Tindakan:Guru Mata Pelajaran

4.1.4 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – PBD dibuat sepanjang tahun dengan
menggunakan pelbagai kaedah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan PBD
Borang Perkembangan Murid perlu diisi dengan tulisan tangan bukan bertaip.Ia juga
perlu ada bersama RPH. Pihak pengurusan menetapkan agar perekodan di dalam
Borang Perkembangan Murid diisi sebulan sekali untuk setiap subjek. Manakala
Pelaporan Keseluruhan dibuat 2 kali setahun iaitua Pertengah dan Akhir Tahun. Slip
Pencapaian Keseluruhan setiap murid juga perlu diserahkan kepada ibubapa penjaga,
Tindakan: Guru Kelas

4.1.5 Agihan Belanja Mengurus / Kewangan Panitia – Peruntukkan Kewangan Panitia


Sains bagi tahun 2023 telah digunakan untuk barangan bilik Sains iaitu lampu suluh,
bateri, magnet butang dan polisterin .
Makluman
4.1.6 Pascanilai PBD Penggal 3/2022-2023 (CUP2)

TP BMTM MTM
JUM
KELAS MURID 1 2 3 4 5 6 BIL % BIL %

Tahun 1 24 0 2 0 13 9 0 2 8.4 22 91.6%


Tahun 2 18 0 1 0 10 7 0 1 5.5 17 94.5%
Tahun 3 24 0 2 0 13 9 0 2 8.4 22 91.6%
Tahun 4 19 0 0 0 12 7 0 0 0 19 100%
Tahun 5 25 0 0 0 19 6 0 0 0 25 100%
Tahun 6 21 0 0 0 0 13 8 0 0 21 100%

Makluman

4.1.7 Penggubalan soalan Pentaksiran Sumatif bagi mata pelajaran Sains Tahun 1 ,2
dan 4 akan dibuat oleh Cikgu Nuji manakala Tahun ,5 dan 6 dibuat oleh Cikgu
Hasmimi.

4.1.8 Program Peningkatan Akademik / Plan Intervensi bagi murid akan dijalankan
mengikut takwim dan jadual yang telah ditetapkan. Pastikan pencapaian murid
meningkat selepas program dijalankan iaitu program PINTAR dan PUPUK.
Tindakan :
Guru Matapelajaran

4.1.9 Program Peningkatan Profesionalisme bagi guru Sains juga akan dibuat
sebanyak 4 kali bagi Tahun 202 di samping PLC yang lain kertas kerja bagi setiap
Program akan disediakan - Rujuk Lampiran
Tindakan :
Cikgu Hasmimi dan Cikgu Nuji

4.1.11 Perancangan Strategi Organisasi (PSO) bagi panitia perlu dikaji semula,
Program yang mendatangkan impak tinggi akan dikekalkan dan diteruskan manakala
yang kurang memberangsangkan akan digugurkan. Laporan pencapaian akan
direkodkan di dalam borang PSO seterusnya.
Tindakan :
Cikgu Hasmimi

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Ketua Panitia menyatakan Mesyuarat Panitia akan dijalankan sekurang-


kurangnya 3 kali setahun.
Tindakan :
Cikgu Hasmimi

6. UCAPAN PENANGGUHAN

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi dengan bacaan Tasbih Kafarah dan
Surah Al-Asr.

Disediakan Oleh,

......................................
(HASMIMI BINTI AMINUDIN)
Pencatat Minit,
Mesyuarat Panitia Sains
SK Tebok Jawa,
45200 Sabak Bernam, Selangor.

You might also like