Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SIMPANG

BELURU,
33600, ENGGOR, KUALA KANGSAR
PERAK DARUL RIDZUAN
KOD SEKOLAH : AEA4086

Tel : 05-7731131
Fax : 05-7731132

___________________________________________________________________________

RUJ. TUAN:
RUJ. KAMI :
TARIKH :7. 11. 2019

Kepada:

Pegawai Memerintah
Batalion Kedua puluh Tiga
Rejimen Askar Melayu Diraja
Kem Gua Permai
30350 Ipoh
Perak.

(UP: Leftenan Kolonel Samsul Asmadi bin Mohamed Amin)

Tuan,

PERMOHONAN MENDAPATKAN BANTUAN ANGGOTA UNIT 23 RAMD MEMBANTU


PROGRAMME SURVIVAL( AKTIVITI SELEPAS PT3) DAN HIPS (HIGHLY IMMERSIVE
PROGRAMME) ANJURAN PANITIA BAHASA INGGERIS SMK SIMPANG BELURU,
ENGGOR,PERAK.

Sukacita ingin saya menarik perhatian tuan, berhubung dengan perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah memohon akan mengadakan program


Programme Survival dan HIPS pada 12-13 November 2019 melibatkan murid seramai 120
orang dan 6 orang guru bertempat di SMK Simpang Beluru, Enggor Perak.

3. Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon jasa baik dan pertimbangan daripada
pihak tuan untuk membantu pihak kami mendapatkan khidmat bantuan anggota seramai 5
orang bagi membantu guru mengendalikan aktiviti-aktiviti tersebut.Pihak tuan boleh merujuk
terus kepada Pn. Zuraidah binti Abdullah (Ketua Panitia Bahasa Inggeris) di talian 012-9242734
atau Cik Nurul Faznur binti Mohamad Husaini (Penyelaras Matapelajaran Bahasa
Inggeris Tingkatan 3) di talian 011- 24040294 atau berhubung dengan pihak sekolah di talian
057731131. Sesalinan aktiviti juga dilampirkan bersama surat ini.

4. Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan, saya bagi pihak sekolah ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................

(ABDULLAH SANI BIN MAJIN)

Pengetua
SMK Simpang Beluru,
Enggor,
Perak

MENUJU PANGKOR PULAU BEBAS CUKAI 2020

SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN

Saya yang menjalankan amanah,

....................................................

(ABDULLAH SANI BIN MAJIN)

Pengetua
SMK Simpang Beluru,
Enggor,
Perak

You might also like