Tugasan Sistem Ejaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bincangkan dengan memberikan bukti yang sesuai sebab peralihan sistem tulisan

bahasa Melayu daripada sistem tulisan palawa sehingga ke sistem tulisan jawi.

Sistem tulisan bahasa Melayu merupakan sistem yang bermula dari sistem
tulisan palawa dan sistem tulisan jawi.Sistem tulisan palawa merupakan tulisan yang
berasal dari Indo-Aryan Lembah Indus-Kush.Tulisan ini dikatakan biasa digunakan
untuk menulis sesetengah bahasa Dravidia di India Selatan dan Sri Lanka.Tulisan ini
merupakan satu sistem tulisan yang terawal pernah digunakan di Kepulauan Melayu
dan seterusnya mula bertapak di Pulau Jawa sebagai tulisan untuk menulis dalam
bahasa Sanskrit.Bagi tulisan Jawi pula ialah merupakan antara tulisan yang terawal
ditemui dan dikatakan telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai lalu
seterusnya tersebar ke Kerajaan Melaka,Kerajaan Johor serta Aceh pada abad ke-
17.Penemuan tulisan ini dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 702H atau 1303M.Untuk maklumat tambahan,tulisan Jawi merupakan tulisan
rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada zaman pemerintahan
British.Walaubagaimanapun,kedua-dua sistem tulisan ini telah beralih kepada satu
sistem tulisan yang baru iaitu sistem tulisan bahasa Melayu.Peralihan sistem tulisan ini
telah disertakan dengan beberapa bukti yang terdapat dari hasil penyelidikan.

Pada zaman Melayu Kuno,bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa pentadbiran


dan ilmu pengetahuan.Tulisan dan bahasa Hindu ini dikatakan hanya terhad dalam
golongan istana dan bangsawan kerana tiada kemudahan asas yang boleh digunakan
untuk mengajar dan menulis kepada golongan masyarakat.Penggunaan tulisan Palava
dibuktikan terdapat pada yupa,iaitu tiang batu persembahan atau dikenali sebagai
prasasti di daerah Muara Kaman.Terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa
bahasa Sanskrit pada masa itu digelar sebagai bahasa ‘atas’ atau merupakan bahasa
sarjana.Beberapa prefix dan sufiks dalam bahasa Melayu moden dipercayai telah
menambah ‘-ku’ pada akhir perkataan untuk menunjukkan kepunyaan
(‘keretaku’=kereta saya,’buahku’=buah saya,dll) ditambah dengan awalan lain seperti
‘ber-‘ dan ‘di-‘, walaupun ejaan mereka berbeza di Melayu Purba (masing-masing ‘mar’
dan ‘ni-‘).

Setelah beberapa abad berlalu,terdapat perubahan yang berlaku pada sistem


tulisan palawa dimana masuknya pedagang Arab untuk berdagang di kepulauan
Melayu.Pedagang Arab tersebut bukan sahaja membawa barang yang hendak
didagang.Namun,mereka turut membawa kepada penyebaran agama Islam serta skrip
jawi ke tempat atau kawasan perdagangan.Jawi dikatakan menjadi popular sejak
bermulanya abad ke-13.Akan tetapi,skrip Jawi yang berasal dari Arab mempunyai
sedikit perbezaan.Sebagai contohnya,skrip jawi yang berasal dari Arab mempunyai
enam aksara tambahan yang ditambah untuk mewakili bunyi dalam bahasa
Melayu,iaitu /c/ , /ng/ , /v /, /g/ , /ny/ dan /p/.Dengan pengenalan kepada tulisan Jawi
dan bantuan perbendaharaan kata bahasa Arab dan Parsi mendorong kepada
perubahan dari Melayu Purba menjadi Melayu Klasik.Bentuk bahasa Melayu ini dilihat
berbeza dari bahasa Melayu terdahulu seperti kalimat yang Panjang,lebih
rumit,penggunaan ‘pun’ dan ‘lah’,perubahan dalam tatabahasa serta gaya kalimat yang
dipengaruhi Arab.

Sistem tulisan bahasa Melayu yang digunakan hari ini dapat disimpulkan bahawa
merupakan impak daripada dua sistem tersebut.Dua sistem tersebut telah
menyumbang banyak perubahan yang baik terhadap perkembangan bahasa
Melayu.Sebagai bukti yang kukuh terhadap kewujudan dua sistem tulisan yang terawal
tersebut,segala prasasti atau batu bersurat dan skrip lama yang bertulisan Jawi perlu
disimpan dan dijaga dengan baik supaya dapat dilihat oleh generasi yang akan datang.
RUJUKAN:

Adi Putri. (2022, July 19). Sejarah Bahasa Melayu: Dari Pallava ke Jawi, kepada Bahasa

Melayu yang dikenali sekarang | SOSCILI. SOSCILI | Luar Sensasi, Dalam Berisi.

Retrieved September 6, 2022, from https://soscili.my/sejarah-bahasa-melayu-dari-

pallava-ke-jawi-kepada-bahasa-melayu-yang-dikenali-sekarang/

Siti Hajar Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu I. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tugasan BMMB 1074 E-PORTFOLIO. (n.d.). Anyflip. Retrieved September 6, 2022, from

https://online.anyflip.com/eqavw/bcls/mobile/

You might also like