Laporan Lali

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

D18311430

UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH

FAKULTI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

MY GROUP INTERNATIONAL

NUR SHAFIQAH NAZRAH BINTI MOHD TARMIZI


SESI 2021/2022

D18311430

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT


LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

Laporan ini dimajukan kepada

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat

Universiti Sultan Azlan Shah

sebagai memenuhi syarat pengurniaan

Diploma Teknologi Maklumat

Semester 1 Sesi 2021/202


DEKLARASI

Laporan ini telah saya sediakan kecuali nukilan dan ringkasan setiap satunya telah saya
jelaskan sumbernya demi memenuhi keperluan latihan industri. Laporan ini dimajukan
sebagai memenuhi syarat keperluan pengurniaan Diploma Teknologi Maklumat
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Saya bersetuju untuk membenarkan pihak Perpustakaan Universiti Sultan Azlan Shah
mempamerkan buku laporan ini sebagai bahan rujukan umum. Sebarang bentuk salinan
dan cetakan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran bertulis daripada penulis adalah
dilarang sama sekali. Saya juga bersetuju bahawa sebarang bentuk salinan yang
bertujuan akademik sama ada secara keseluruhan atau secara sebahagian daripada buku
laporan ini, mestilah mendapat kebenaran daripada Dekan Fakulti Pengurusan dan
Teknologi Maklumat dan My Group International.

i
PENGESAHAN

Laporan latihan industri ini telah diterima sebagai memenuhi syarat pengurniaan
Diploma Teknologi Maklumat Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

……………………………

DR. SAMIRAH NASUHA BINTI MOHD RAZALI

Penyelia Akademik

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat

Universiti Sultan Azlan Shah

……………………….....

PROFESOR MADYA DR. MOHMAD AMIN BIN MAD IDRIS

Dekan

Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat

Universiti Sultan Azlan Shah

Tarikh: ………………………….

ii
PENGHARGAAN

Segala pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke
hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, laporan akhir latihan industri ini
dapat disempurnakan dengan keizinanNya. Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak
universiti, saya telah sempurnakan program latihan industri ini dalam tempoh yang telah
ditetapkan iaitu sepanjang 14 minggu bermula 13 September 2021 sehingga 17
Disember 2021 bagi Semester 1 sesi 2021/2022.Saya Nur Shafiqah Nazrah Binti Mohd
Tarmizi dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak yang
mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat telah menyelesaikan program latihan
industri di My Group International (MGI) dengan jayanya. Banyak pengalaman dan
pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh 14 minggu berada di My Group
International ini.

Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak My Group
International terutama kepada Cik Zarifah Binti Zainun selaku penyelia industri kerana
sudi menerima saya untuk menjalani program latihan industri di sini. Terima kasih
diucapkan kepada Hong kin Hsung selaku wakil yang memberi tugasan dan
membimbing saya serta staf-staf di sini yang sudah menganggap saya sebagai rakan
sekerja dan banyak membantu saya dalam menjayakan program latihan industri ini.
Segala ilmu yang saya peroleh di sini tidak akan saya sia-siakan walaupun di luar
bidang saya kerana mungkin di luar sana pelbagai bidang yang boleh saya ceburi.

Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan tidak lupa juga kepada
rakan-rakan di Universiti Sultan Azlan Shah di atas tunjuk ajar dan panduan yang
diberikan oleh mereka dalam menyediakan laporan akhir latihan industri. Tanpa
kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan
buku laporan industri saya ini. Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan ini. Sekian, terima kasih.

iii
KANDUNGAN LAPORAN

DEKLARASI.....................................................................................................................i
PENGESAHAN................................................................................................................ii
PENGHARGAAN...........................................................................................................iii
KANDUNGAN LAPORAN............................................................................................iv
SENARAI JADUAL.........................................................................................................v
SENARAI RAJAH...........................................................................................................vi
SENARAI SINGKATAN...............................................................................................vii

BAB 1 PENGENALAN....................................................................................................1
1.1 PENDAHULUAN..............................................................................................1
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI...................................................................1
1.3 HASIL PELAJARAN.........................................................................................3

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI.................................................................4


2.1 PENGENALAN ORGANISASI........................................................................4
2.1.1 Bahagian-bahagian Kecil Syarikat MGI.....................................................4
2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI.....................................5
2.2.1 Lokasi..........................................................................................................6
2.2.2 Visi, Misi dan Coral Value..........................................................................7
2.2.3 Biodata Pengarah MGI................................................................................7
2.2.4 Waktu Bekerja Pekerja Syarikat..................................................................8
2.3 AKTIVITI ORGANISASI..................................................................................9
2.3.1 UFO Holdings Sdn. Bhd.............................................................................9
2.4 CARTA ORGANISASI....................................................................................12
2.4.1 Fungsi Unit................................................................................................12

BAB 3 TUGASAN LATIHAN ORGANISASI..............................................................14


3.1 TUGASAN DAN OBJEKTIF..........................................................................14
3.1.1 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri................................................................14
3.2 PROSEDUR TUGASAN.................................................................................21
3.3 APLIKASI BIDANG ILMU PENGETAHUAN..............................................21
3.4 SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI......................................................22

BAB 4 PENUTUP...........................................................................................................24

iv
4.1 KEKUATAN DAN KELEMAHAN INDUSTRI............................................24
4.2 CADANGAN KEPADA INDUSTRI...............................................................25

BIBILIOGRAFI..............................................................................................................27
LAMPIRAN....................................................................................................................28

v
SENARAI JADUAL

Jadual Tajuk Muka Surat

2.1 Waktu Bekerja dan Rehat 17

2.2 Jenis Servis dan Penerangan 18

2.3 Fungsi-Fungsi Unit 20

3.1 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 23

vi
SENARAI RAJAH

Rajah Tajuk Muka Surat

2.1 Bangunan Syarikat MGI 12

2.2 Bahagian Kecil Syarikat MGI 13

2.3 Logo Syarikat MGI 14

2.4 Lokasi Pejabat MGI 15

2.5 Lim Kee Siang 16

2.6 Logo UFO Holdings Sdn. Bhd 18

2.7 Carta Organisasi 20

3.1 Proposal UFO Food 31

3.2 UFONU Super App 31

vii
SENARAI SINGKATAN

LALI Laporan Akhir Latihan Industri

USAS Universiti Sultan Azlan Shah

FPTM Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat

MGI My Group International Sdn. Bhd.

UFO UFO Holdings Sdn. Bhd.

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SDN Sendirian

BHD Berhad

FYP Final Year Projek

viii
BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Latihan Industri (LI) merupakan satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap
pelajar Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah
(USAS). Setiap pelajar disyaratkan untuk lulus latihan industri sebelum diperakukan
untuk penganugerahan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di USAS. Setiap pelajar perlu
menjalani latihan industri dengan jayanya tanpa melanggar sebarang peraturan untuk
melayakkan diri bagi sesi pengajian semester berikutnya. Bagi pelajar yang gagal
berbuat sedemikian, mereka perlu mengulang latihan industri untuk melayakkan diri
bagi sesi pengajian semester seterusnya. Latihan industri ini juga merupakan satu sesi
dimana pelajar perlu menjalani latihan praktikal di firma swasta atau jabatan kerajaan.

Sebelum memilih atau memohon tempat latihan industri, pelajar haruslah


memastikan tempat latihan industri itu bersesuaian dengan bidang yang diceburi di
universiti. Semasa menjalani latihan industri pelajar akan didedahkan kepada suasana
pekerjaan yang sebenar dan tempoh latihan yang ditetapkan oleh pihak universiti iaitu
14 minggu (13 September 2021 hingga 17 Disember 2021).

Latihan industri bagi pelajar kursus Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah
pada setiap akhir semester iaitu semester ketujuh. Pelajar perlu memenuhi syarat-syarat
sebelum penempatan dilakukan seperti telah mengambil subjek ‘Final Year Projek’
(FYP) satu dan dua. Justeru, latihan industri memberi banyak pengalaman dan dapat
meningkatkan tenaga mahir pelajar dengan hasrat dapat melahirkan graduan yang
berdisiplin dan berkemahiran untuk membangunkan negara.
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan industri telah diwajibkan untuk semua pelajar sebelum diberi Diploma atau
Ijazah Sarjana Muda dan mesti lulus latihan sebelum tamat diploma atau ijazah.
Sekiranya tidak berjaya, pelajar dikehendaki mengulangi latihan ini. Jika mereka gagal
lagi, mereka tidak boleh mendapat sijil diploma atau ijazah.

Objektif latihan adalah seperti berikut:

i. Membina personaliti individu

Latihan industri dapat membina keyakinan diri pelajar. Pelbagai situasi dan ragam
manusia perlu dihadapi oleh pelajar, malah skop tugasan adalah lebih luas berbanding
dengan sesi pembelajaran di dalam kelas. Sedikit sebanyak, pola pemikiran pelajar
dapat digubal dan perasaan malu bertanya dengan masyarakat dapat di atasi oleh
pelajar, secara tidak langsung dapat membina personaliti individu yang berjaya.

ii. Berkomunikasi dengan berkesan

Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dua hala dari pelbagai pihak iaitu
antara pelajar dengan majikan, rakan sekerja, pelanggan dan pihak lain. Pelajar perlu
bersedia menghadapi pelbagai situasi dan berkomunikasi dengan baik supaya maklumat
yang tepat dapat disampaikan dan diterima dengan jelas.

iii. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik

Setiap organisasi mempunyai etika dan peraturan tersendiri. Pelajar harus melaksanakan
tugasan dengan sempurna dan mengikut masa yang telah ditetapkan berdasarkan
peraturan kerja yang telah ditetapkan. Pelajar mestilah bersedia menerima arahan dari
semasa ke semasa.

iv. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan

Melalui latihan industri, pelajar dapat merasai dan memahami situasi alam pekerjaan
yang sebenar. Pelbagai pengalaman dapat ditimba untuk manfaat pekerjaan di masa
hadapan pelajar.

2
v. Menghasilkan laporan latihan industri

Penyediaan laporan latihan industri ini dapat melatih pelajar menulis laporan teknikal
yang lengkap dan teratur.

vi. Kepentingan Latihan Industri kepada Pelajar

Latihan industri bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami lebih baik
tentang persekitaran kerja yang sebenar. Pelajar diberi peluang untuk menerapkan
pengetahuan yang mereka pelajari dalam universiti ketika menjalani latihan
perindustrian mereka. Teori dan amalan adalah dua perkara yang sama penting untuk
dipraktikkan. Para pelajar akan mampu berfikir di luar kotak di mana teori tidak sama
apabila kita cuba mengamalkannya. Dalam perkataan lain apa yang kita pelajari tidak
sama apabila kita menghadapi persekitaran kerja.

1.3 HASIL PELAJARAN

i. Pelajar boleh melakukan persekitaran kerja sebenar dan mendapat lebih banyak
pengalaman.
ii. Pelajar dilatih untuk mengikuti peraturan dan peraturan syarikat yang
dilaksanakan oleh syarikat.
iii. Pelajar akan mengetahui masalah yang perlu mereka hadapi dan mereka mencari
jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
iv. Pelajar juga boleh mendapatkan lebih banyak pengalaman tentang pengajuan
yang berminat dan membuat diri mereka lebih baik dalam bidang itu.
v. Pelajar boleh membuat diri mereka lebih selesa untuk bersosial dengan orang
apabila mereka cenderung bergaul dengan pekerja syarikat.

3
BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Rajah 2.1: Bangunan Syarikat MGI

My Group International Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 2007. Di bawah


pimpinan Encik Lim Kee Siang, ia berkembang secara besar-besaran dan secara
berterusan ke arah hab perniagaan pelbagai budaya. Selepas bertahun-tahun bekerja-
keras, My Group International menjalankan 5 skop berbeza perniagaan, dengan
sejumlah 26 syarikat. Pekerja dan kakitangan juga telah meningkat secara meluas,
membentuk satu rombongan profesional.

4
2.1.1 Bahagian-bahagian Kecil Syarikat MGI

Rajah 2.2: Bahagian Kecil Syarikat MGI

My Group International adalah syarikat utama dan anak-anak syarikatnya ialah My


Group Education Sdn. Bhd., My Group Development Services, My Group Technology,
Million Group International Travel Sdn. Bhd., My Adventure, UFO Holdings Sdn. Bhd.,
UFO Pay Sdn. Bhd., B & L Corporate Holdings, B and L Express, B and L Express
Holdings Sdn. Bhd., Pusat Tuisyen Ace dan MYPAY Fintech.

5
2.2 LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

Rajah 2.3: Logo Syarikat

Nama Syarikat : MY Group International Sdn. Bhd.

No. Pendaftaran Syarikat : 201101000171 (928305 – V)

Tahun Pertubuhan : 1 Januari 2011

Alamat : 34A, Laluan Lapangan Siber 1, Bandar Siber, 31350,

Ipoh, Perak.

No. Telefon : 017-577 7776

Email : mygroupint@gmail.com

Bilangan Pekerja : 21 Orang (Bekerja di pejabat)

6
2.2.1 Lokasi

Lokasi My Group International Sdn. Bhd. terletak di Bandar Cyber, Ipoh, Perak. Ia juga
berdekatan dengan Hartamas Animal Medical Centre dan Inn Bakery.

Rajah 2.4: Lokasi Pejabat MGI

2.2.2 Visi, Misi dan Coral Value

i. Visi

Menjadi syarikat berbilang perniagaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang


menyediakan perkhidmatan terbaik di seluruh dunia.

ii. Misi

Kami ahli “MY” perlu memastikan pertumbuhan yang menguntungkan bagi syarikat
dan kami komited untuk memberikan yang terbaik sahaja.

iii. Coral Value


i. Pentadbiran v. Tanggungjawab
ii. Pelanggan No.1 vi. Bagaimana Disiplin Diri
iii. Sumbangan vii. Kesetiaan
iv. Integriti viii. Menghormati

7
2.2.3 Biodata Pengarah MGI

Rajah 2.5: Lim Kee Siang


CEO & CO-FOUNDER

i. Pengarah My Group Internation Sdn. Bhd. (2011 – Kini)


ii. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UTMSPACE Kampar Sentral (2020 – Kini)
iii. Penasihat Konsortium Universiti Malaysia (2019 – Kini)
iv. Naib Pengerusi Persatuan Kebajikan Prihatin Sosial Negeri Perak (2018 – Kini)
v. Pengerusi Persatuan Pengusaha Hotel Perak (PHA) (2015 – Kini)
vi. Piagam Presiden untuk Kiwanis Gopeng
vii. Pengerusi Persatuan Kebajikan My, Perak (2013 – Kini)
viii. Pengerusi Koperasi Usahawan Wawasan Perak Berhad (2011- Kini)
ix. Pengerusi My Adventure Club, Ipoh, Perak (2009 – Kini)
x. Naib Presiden Persatuan Kedai Kopi Perak (2014 – Kini)
xi. Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak – Persatuan Usahawan Maju
Malaysia (PUMM) (2014 – 2018)
xii. Ahli Jawatankuasa Malaysia Chinese Travel Agent (MCTA)

8
2.2.4 Waktu Bekerja Pekerja Syarikat

Jadual di bawah menunjukkan masa bekerja bagi My Group International Sdn.Bhd

Jadual 2.1: Waktu Bekerja dan Rehat

WAKTU
HARI 8.30 a.m. – 5.30 p.m.

ISNIN BEKERJA

SELASA BEKERJA

RABU BEKERJA

KHAMIS BEKERJA

JUMAAT BEKERJA

SABTU CUTI UMUM


AHAD

2.3 AKTIVITI ORGANISASI

My Group International Sdn.Bhd. menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan


penghantaran barang, penghantaran makanan, pembayaran bil, tempahan tiket
pelancongan, servis e-hailing, pendidikan dan lain-lain. Syarikat MGI berusaha untuk
memenuhi segala keperluan masyarakat dari segi keperluan harian mereka. Pada masa
ini, MGI sedang membina sebuah aplikasi yang memenuhi semua keperluan dalam satu
aplikasi. Aplikasi ini dipanggil UFONU Super App yang dapat menggabungkan semua
servis ke dalam satu aplikasi seperti Shoppe, TNG E-Wallet dan lain-lain.

9
2.3.1 UFO Holdings Sdn. Bhd

Rajah 2.6: Logo UFO Holdings Sdn. Bhd.

UFO Holdings Sdn. Bhd., lazimnya dikenali sebagai UFO Holdings ialah sebuah
syarikat multinasional syarikat, ditubuhkan pada tahun 2021. UFO Holdings
melancarkan “Super App” melalui aplikasi mudah alih “UFONU” yang menawarkan
makanan, penghantaran ekspres, on-demand perkhidmatan membeli-belah dan lain-lain.
Dalam “UFONU” Super App ini mengandungi beberapa servis dan keterangan di dalam
jadual di bawah:

Jadual 2.2: Jenis Servis dan Penerangan

JENIS SERVIS PENERANGAN

Bekerjasama dengan syarikat kurier berbeza untuk


UFO Express penghantaran bungkusan pengguna. Kami juga menerima
penghantaran tempatan, antarabangsa dan penghantaran beku.

Memuaskan hati pengguna yang mengidam dan kelaparan


melalui UFO Food. Kami akan bekerjasama dengan restoran
UFO Food Delivery tempatan dalam menyediakan penghantaran perkhidmatan yang
disampaikan kepada pengguna ke depan pintu untuk
memuaskan nafsu mereka.

10
Menggunakan pelbagai jenis pengangkutan untuk memenuhi
UFO Move keperluan pengguna keperluan penghantaran. Dengan
menggunakan motosikal, kereta, van dan lori.

Membeli barang keperluan dengan barangan di UFO Mart.


Kami membuat penghantaran on-demand servis keperluan
UFO Mart
harian kepada pelanggan seperti barangan kesihatan, produk
kecantikan, hadiah dan lain-lain.

Perkhidmatan UFO Delivery menggunakan motosikal dan


kereta untuk memenuhi penghantaran pengguna dengan
UFO Delivery
menghantar bungkusan dalam masa satu hari di kawasan yang
sama.

Bekerjasama dengan pelbagai syarikat insurans sehingga


menyediakan sebut harga insurans kepada pengguna untuk
UFO Insurance
perbandingan dan dapatkan perlindungan insurans yang paling
bernilai

Pengguna kini boleh menyelesaikan semua bil pembayaran


UFO Bill Payment
melalui UFO Bill Payment dengan mudah.

Dalam aplikasi mudah alih sehenti untuk menyelesaikan semua


UFO Travel (M.A) keperluan tempahan perjalanan anda seperti hotel,
pengangkutan awam, tiket dan sebagainya.

11
2.4 CARTA ORGANISASI

Berikut merupakan carta organisasi bagi Syarikat My Group International Sdn. Bhd.
kemaskini pada 2021:

MGI Director
(Lim Kee Siang)

Human Account &


Resource Finance
Department Department

Sales &
Management
Marketing
Department
Department

Operations Administrative
Department Department

Rajah 2.7: Carta Organisasi MGI

2.4.1 Fungsi Unit

Setiap unit mempunyai fungsi masing-masing yang telah ditetapkan oleh My Group
International Sdn. Bhd. Ini sebagai panduan kepada pekerja untuk melaksanakan
tugasan harian. Apabila setiap pekerja mengetahui fungsi unit masing-masing, maka
kerja dapat dilaksanakan dengan berkesan dan teratur.

Berikut merupakan fungsi setiap jabatan di My Group International Sdn. Bhd.

Jadual 2.3: Fungsi-Fungsi Unit

JAWATAN FUNGSI UNIT


Menyelaraskan keseluruhan organisasi dan bertindak
Pengarah
sebagai pembuat keputusan akhir perniagaan

12
Untuk perniagaan peringkat permulaan, empat fungsi
asas sumber manusia adalah mengambil pekerja yang
Jabatan Sumber Manusia betul untuk tugasan yang betul, membayar gaji mereka,
mengekalkan pekerja yang berkebolehan dan
menguruskan pemberhentian pekerja.

Merangka, membuat perkiraan, merangka perbelanjaan


Jabatan Akaun & Kewangan dan belanjawan serta mengatur strategi kewangan
perniagaan secara keseluruhan.

Melaksanakan pelbagai inisiatif untuk


memperkukuhkan dan memantapkan sistem
Jabatan Pengurusan
penyampaian sedia ada serta menyokong pelaksanaan
program bahagian-bahagian lain.

Bertindak sebagai latihan untuk mempromosikan


produk yang dihasilkan oleh syarikat, mengkaji semua
Jabatan Jualan & Pemasaran
aspek cita rasa pengguna dan merumuskan matlamat
pemasaran yang berkesan.

Bertanggungjawab untuk mengatur dan mengurus


Jabatan Operasi bahagian operasi atau pengeluaran perniagaan, yang
merupakan jabatan terpenting dalam perniagaan.

Membantu dalam melaksanakan pengurus kewangan di


Jabatan Pentadbiran
samping tugas-tugas pengurusan.

13
BAB 3

TUGASAN LATIHAN ORGANISASI

3.1 TUGASAN DAN OBJEKTIF

Sepanjang menjalani latihan industri ini, saya telah didedahkan dengan perkara-
perkara dan pengalaman yang baru. Selain dari mempraktikkan apa yang telah saya
belajar di universiti, saya juga telah didedahkan bagaimana cara untuk mengikuti setiap
arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sepanjang saya menjalani latihan
industri disini. Di syarikat ini, saya telah diletakkan di Bahagian Unit Pelatih. Sepanjang
menjalani latihan industri ini saya telah bekerja pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat
dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Berikut adalah ringkasan mingguan dan
tugasan sepanjang saya menjalani latihan industri selama 14 minggu.

3.1.1 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

Berikut adalah Jadual 3.1 di mana ringkasan aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di
My Group Internation Sdn. Bhd.

Jadual 3.1: Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

TEMPOH AKTIVITI
MINGGU 1 i. Melapor diri pada pukul 8:45 pagi kepada
(13/9/2021 – 17/9/2021) majikan.
ii. Majikan memberi taklimat ringkas tentang
tugasan dan sedikit pengenalan syarikat.
iii. Majikan memberi peringatan tentang kehadiran
dan lapor diri setiap hari.
iv. Majikan memberi tugasan kepada pelajar latihan
industri berkenaan video promosi UFO Food.
v. Majikan memberi tugasan proposal kepada

14
latihan industri.

i. Majikan memberi penerangan tentang cara-cara


membuat proposal dan memberi bahan berkaitan
proposal UFO Food.
ii. Majikan memberi tugasan kepada pelajar
MINGGU 2 industri untuk melengkapkan proposal UFO
(20/9/2021 – 24/9/2021) Food.
iii. Pelajar dikehendaki menyiapkan dan menghantar
tugasan kepada majikan pada hari Khamis.
iv. Majikan memberi logo UFO Food untuk
proposal.

i. Mengadakan sesi perbincangan bersama Cik Efa


dan membincangkan tentang website
JobXSpace.
ii. Membuat ulang kaji tentang laman web dan
membuat ringkasan pelan untuk menambahkan
JobXSpace ke dalam laman web.
iii. Majikan memberikan tugasan untuk like page di
MINGGU 3 Facebook JobXSpace dan mencari kenalan
(27/9/2021 – 1/10/2021) seramai 15 orang untuk like page JobXSpace.
iv. Diberikan tugasan untuk mencari data merchant
dan senaraikan syarikat yang sedang mencari
pekerja.
v. Mencari syarikat yang sedang mencari pekerja
untuk syarikat mereka untuk mengisi maklumat
ke dalam website JobXSpace

15
i. Membuat analisa tentang laman web yang telah
dirujuk untuk mengetahui isi kandungan dan
struktur yang sesuai digunakan dalam laman web
JobXSpace.
ii. Membuat sitemap untuk beberapa jenis contoh
laman web untuk dijadikan panduan dalam
pembangunan laman web JobXSpace.
MINGGU 4 iii. Sambung membuat sitemap untuk beberapa jenis
(4/10/2021 – 8/10/2021) contoh laman web
iv. Sambung membuat sitemap untuk beberapa jenis
contoh laman web untuk dijadikan panduan
dalam pembangunan laman web JobXSpace.
v. Menyemak semula sitemap yang telah disiapkan
untuk memastikan maklumat yang dikumpul
betul atau tidak mempunyai kesilapan.

i. Melakukan pengemaskinian semula terhadap


data projek terdahulu.
ii. Belajar lebih mendalam tentang cara-cara
menggunakan Microsoft Office Excel.
MINGGU 5 iii. Menyimpan data-data kewangan syarikat ke
(11/10/2021 – 15/10/2021) dalam Microsoft Office Excel.
iv. Mencari maklumat berkaitan sistem warehouse
dan Cloud Kitchen di Malaysia.
v. Menyiapkan tugasan dan membuat penyelidikan
tentang syarikat Sankyu Malaysia.

16
i. Memasang aplikasi Wampserver dalam laptop.
ii. Belajar menggunakan aplikasi Wampserver yang
sama fungsi dengan aplikasi Xampp.
iii. Belajar cara-cara format komputer melalui
internet.
iv. Membuat grafik tentang visi, misi dan objektif
MINGGU 6
syarikat menggunakan Adobe Photoshop.
(18/10/2021 – 22/10/2021)
v. Membuat grafik untuk memperkenalkan
maklumat syarikat menggunakan Adobe
Photoshop.
vi. Membuat carta organisasi tentang platform
penyelidikan syarikat menggunakan Microsoft
Office Word.

i. Diberi tugasan untuk memasukkan dan


mengemaskini data pelajar scholarship
programme (My Group Education) ke dalam
Microsoft Excel dan Microsoft Word.
ii. Megemaskini data-data pelajar scholarship
programme ke dalam Microsoft Excel dan
MINGGU 7
Microsoft Word.
(25/10/2021 – 29/10/2021)
iii. Menyambung dan meneruskan kemasukkan dan
kemaskini data pelajar scholaship programme ke
dalam Microsft Excel dan Microsoft Word.
iv. Selesai menyiapkan kemasukkan dan kemaskini
data-data pelajar scholarship programme ke
dalam Microsoft Excel dan Microsoft Word.

17
i. Belajar tentang apa itu Window Publisher.
ii. Belajar cara-cara menjalankan program sebagai
administrator dengan cepat.
MINGGU 8 iii. Dibincang bersama staff mengenai UTMSpace
(1/11/2021 – 5/11/2021) Kampar Sentral Perak untuk diminta memberi
nama setiap bilik kelas dan perumahan pelajar
tersebut.

i. Belajar tentang apa itu Windows Publisher.


ii. Ditugaskan untuk mencari dan senaraikan
restoran terkenal berdekatan kawasan rumah.
iii. Penyelia mengajar cara pengumpulan data yang
teratur. Saya juga telah membantu bagaimana
untuk mengekalkan fail dan pengkalan data.
iv. Mengemas kini rekod aktiviti pejabat, urus niaga
MINGGU 9 perniagaan dan aktiviti lain.
(8/11/2021 – 12/11/2021) v. Semak semua bil mel, kontrak, polisi, invois
untuk mengelakkan aduan seperti bil tidak
dibayar, surat jawapan dari organisasi lain.
vi. Penyelia mengajar cara membuat templat.
Templat terdiri daripada semua lokasi projek
yang telah dilakukan oleh syarikat. Kita juga
perlu memasukkan dan mengira jumlah
keuntungan dan kerugian syarikat.

18
i. Perjumpaan secara atas talian bersama dengan
CEO Syarikat My Group International.
ii. Mempelajari bagaimana laman web My Group
International dibangunkan.
iii. Memuat turun perisian yang digunakan untuk
MINGGU 10
melakukan pengekodan.
(15/11/2021 – 19/11/2021)
iv. Menghadiri perjumpaan secara atas talian untuk
mempelajari cara menggunakan Visual Code
Studio.
v. Pelajar perlu menulis pengekodan berdasarkan
fail cs cart yang diberikan.
i. Menulis pengekodan berdasarkan tugasan yang
diberi menggunakan Visual Studio Code.
ii. Menghadiri perjumpaan secara atas talian untuk
mempelajari cara membangunkan telegram bot.
iii. Membuat proposal untuk mengetahui had saiz
dan kualiti terbaik untuk logo dan gambar yang
dimuat naik di dalam web My Group
International.
MINGGU 11 iv. Membincangkan dan memeriksa isu pengguna
(22/11/2021 – 26/11/2021) yang mengalami masalah dalam mengisi alamat
negeri di dalam laman web.
v. Mencari rujukan untuk menulis proposal tentang
had saiz dan kualiti bagi logo dan gambar yang
dimuat naik di dalam laman web.
vi. Menulis dan menguji pengekodan untuk
memperbaiki isu pengguna yang mengalami
masalah dalam mengisi alamat negeri pengguna
di laman web.
MINGGU 12 i. Membantu staf menaip beberapa surat
(29/11/2021 – 3/12/2021) menggunakan Microsoft Word, emailkan surat
tersebut kepada beberapa staf yang lain dan
emailkan kepada staf di bahagian HR.

19
ii. Mengadakan sesi perbincangan bersama Mr
Thayalan dan membincangkan tentang UTM
Space, My Group Education.
iii. Perjumpaan secara virtual bersama penyelia
industri dan penyelia akademik
iv. Diberikan tugasan untuk memasukkan data
mengenai pelajar-pelajar memohon untuk
pengambilan bulan Mac, Jun dan Oktober dalam
‘Profesional MBA’ yang berkolaborasi bersama
My Group Education dan UTM Space.
i. Diminta untuk like dan share post yang ada di
laman Facebook My Group International.
ii. Memasukkan data ke dalam database syarikat.
iii. Memasukkan data pelanggan yang menghantar
barang ke dalam sistem syarikat.
MINGGU 13 iv. Diberikan tugasan baru iaitu membuat grafik
(6/12/2021 – 10/12/2021) tentang pelantar penyelidikan syarikat untuk
dimasukkan ke dalam carta organisasi syarikat
dan setelah siap dihantar kepada staff.
v. Diberikan tugasan membuat grafik poster
tentang program Penjana Kerjaya 3.0 serta
diberikan contoh poster yang dikehendaki.
i. Diberi maklumat tentang Microsoft Infopath
dan Share Point.
MINGGU 14 ii. Mempelajari dan memahami tentang
(13/12/2021 – 17/12/2021) Microsot InfoPath kepada Share Point.
iii. Mencuba membuat beberapa form soalan di
Microsoft Infopath

20
3.2 PROSEDUR TUGASAN

Prosedur tugasan ialah cara-cara tugasan itu diberikan sehingga disiapkan oleh
pelajar. Pada zaman yang berteknologi tinggi ini pelbagai media dapat digunakan untuk
berinteraksi dan digunakan untuk urusan kerja juga. Walau bagaimanapun, My Group
International Sdn. Bhd. menggunakan aplikasi Whatsapp dan juga Zoom untuk
berinteraksi dengan pelajar.

Berikut merupakan prosedur tugasan oleh My Group International Sdn. Bhd.:

i. Majikan mengumumkan tugasan di dalam group Whatsapp.


ii. Membuat perjumpaan atas talian untuk mengetahui perkembangan tugasan.
iii. Memberi contoh proposal yang sudah dibuat untuk dibuat rujukan kepada
pelajar.
iv. Pelajar menanyakan soalan berkaitan tugasan jika tidak faham berkenaan
tugasan yang diberikan.
v. Pelajar perlu membuat semakan yang terakhir sebelum menghantar.
vi. Pelajar menghantar tugasan kepada majikan melalui aplikasi Whatsapp.

3.3 APLIKASI BIDANG ILMU PENGETAHUAN

Pelajar telah menggunakan hampir kesemua teori pembelajaran dan kemahiran yang
telah dipelajari ketika Semester 1 sehingga Semester 6 adalah:

i. Pembangunan Sistem Pengkalan Data

Semasa menjalani latihan industri, pelajar dapat mengaplikasikan subjek pembangunan


sistem pangkalan data yang dipelajari di dalam kelas dengan memilih sistem pangkalan
data yang boleh menampung keperluan pangkalan data bagi laman web yang akan
dibangunkan. Selain itu, menguji pangkalan data bagi memastikan isu-isu seperti
integriti data dan integriti rujukan memenuhi tuntutan pangkalan data,kawalan
keselamatan, dan salinan pendua tidak berlaku. Pelajar juga dapat mempelajari ilmu
baru yang tidak dipelajari di dalam kelas iaitu pengeditan pangkalan data menggunakan
XAMPP. XAMPP merupakan satu platform untuk pengeditan pangkalan data yang
lebih mudah difahami.

21
ii. Internet dan Web

Semasa menjalani latihan industri, pelajar dapat mengaplikasikan subjek Internet dan
web dalam pembangunan laman web bagi Syarikat My Group International.
Berdasarkan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas, pelajar perlu mengenalpasti gaya
dan rekabentuk hendaklah bersesuaian dan dapat menarik minat pengguna semasa
melayari laman web Syarikat My Group International yang akan dibangunkan, dan
elemen-elemen yang perlu dimasukkan seperti teks, audio, video, animasi, grafik yang
bersesuaian. Selain daripada itu, pelajar perlu mengenalpasti penyampaian sesuatu
maklumat mestilah jelas dan mudah difahami semasa pengguna melayari laman web.

iii. Pembangunan Multimedia

Semasa menjalani latihan industri, pelajar dapat mengaplikasikan subjek pembangunan


multimedia dalam penghasilan proposal bagi UFO Food di bawah Syarikat My Group
International Sdn. Bhd.. Berdasarkan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas, pelajar
dapat memperluaskan dan mempraktikkan teori pengeditan poster dari segi pemilihan
tona yang sesuai dengan objektif dan konsep aplikasi, penggunaan metafora iaitu
menggunakan imej dalam konteks yang lebih bermakna serta pemilihan susunan grafik
yang bersesuaian mengikut konsep.

3.4 SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI

Semasa menjalani latihan industri, sumbangan yang diberikan tidaklah terlalu


banyak akan tetapi sekadar membantu menyiapkan beberapa tugasan untuk
melancarkan perjalanan kerja harian di organisasi. Sebagai pelajar yang menjalani
generasi pelapis amat diperlukan dalam memberi idea baru kepada organisasi.
Sepanjang berada di My Group International Sdn. Bhd. ini, tugasan yang dijalankan
adalah dengan bersifat amanah, jujur dan teratur. Walau bagaimanapun. Komitmen
yang diberikan terhadap tugasan yang diamanahkan amat memberi nilai dan kepuasan
kerja terhadap diri pelajar. Selain itu, sumbangan yang telah diberikan sedikit sebanyak
meringankan beban kerja staf-staf syarikat dan menjadikan kerja mereka berjalan
dengan lebih lancar dan teratur.

Antara sumbangan yang dapat diberikan sepanjang menjalani latihan industri adalah
seperti berikut:

22
i. Menghasilkan proposal khas untuk UFO Food.
Proposal ini adalah berkaitan dengan pembangunan UFO Food. Kami diminta
untuk membuat proposal ini dengan kaitkan pesaing-pesaing seperti Grab,
Foodpanda, Lalamove, Borzo dan sebangainya. Kami juga mengaitkan
kerjasama syarikat UFO Holding dengan syarikat luar. Kami menyediakan
proposal ini menggunakan Microsoft Word.

Rajah 3.1: Proposal UFO Food

ii. Menghasilkan aplikasi UFONU Super App


Kami hanya diberikan tugasan untuk membuat research berkaitan kedai yang
berada di sekitar untuk menanggar duit penghantaran ke tahap minimum dan
murah

Rajah 3.2: Aplikasi UFONU Super App

23
BAB 4

PENUTUP

4.1 KEKUATAN DAN KELEMAHAN INDUSTRI

Latihan industri merupakan salah satu landasan yang memberi peluang dan
ruang kepada para pelajar untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di universiti dalam
suasana pekerja sebenar. Pilihan universiti untuk memberi peluang kepada pelajar
menjalani latihan industri memang sangat baik. Terdapat banyak kebaikan yang dapat
dilihat dan dipelajari sama ada secara fizikal dan mental.

Selain itu, pengetahuan dan pengalaman selama praktikal juga menjadi panduan
kepada pelajar apabila menghadapi alam pekerjaan sebenar, malahan dapat juga
diaplikasikan dalam pembelajaran di dalam kelas. Namun begitu, terdapat juga masalah
yang dihadapi oleh para pelajar semasa menjalani latihan industri. Antaranya, kerja atau
tugasan yang diberikan tidak bersesuaian dengan modul yang dipelajari oleh pelajar.

Berikut adalah kekuatan dan kelemahan dalam masalah yang timbul sepanjang
menjalani latihan industri:

Kekuatan:

i. Memberi peluang kepada pelajar untuk menambah pendapatan dengan


mengasah bakat komunikasi
Staf-staf yang bekerja di syarikat ini amat ramah dan boleh membantu serta
memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya. Organisasi memberi peluang
dengan memberi tugasan untuk menarik para pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia untuk sambung belajar dengan syarat pelajar tersebut memasuki UTM
Space.

ii. Melibatkan diri dalam acara, projek dan mesyuarat yang dijalankan oleh
organisasi

24
Memberi peluang kepada pelajar praktikal untuk menyertai mesyuarat format,
membuat tugasan yang penting dan terlibat dalam program oleh Syarikat My
Group International Sdn. Bhd.

Kelemahan:

i. Persaingan yang hebat pada masa kini


Menghasilkan aplikasi UFONU yang memenuhi segala keperluan dan kehendak
pelanggan agak sukar kerana terdapat banyak persaingan yang sudah
menghasilkan aplikasi seperti itu. Namun begitu, aplikasi ini mempunyai
kelebihan tersendiri iaitu meletakkan segala keperluan harian yang diperlukan
masyarakat ke dalam satu aplikasi.

ii. Laman web yang kurang menarik


Pada masa ini, laman web organisasi kurang menarik perhatian pelanggan
kerana tidak melakukan penambahbaikan dan hanya memaparkan menu utama
sahaja. Tiada pengenalan terhadap syarikat. Hanya memaparkan isi penting
sahaja seperti lokasi, alamat, emel dan nombor telefon.

4.2 CADANGAN KEPADA INDUSTRI

Sebagaimana yang diketahui latihan industri adalah salah satu syarat bagi
penganugerahan sijil diploma kepada pelajar-pelajar universiti. Jadi sewajarnya jika
semua pelajar dapat mengetahui dan mempelajari selok-belok kerja dan mempraktikkan
segala yang telah dipelajari dahulu.

Walaubagaimanapun, di sini saya ingin memberikan beberapa cadangan yang


difikirkan wajar untuk meningkatkan mutu kerja syarikat dan kemajuan syarikat:

i. Menambahbaik laman web syarikat dari segi antaramuka pengguna dan reka
bentuk,
ii. Memberi ilmu pengetahuan yang lebih mendalam tentang bidang yang diambil
oleh pelajar supaya pengetahuan mereka berkembang.

25
iii. Perlu menyusun para pelajar industri mengikut bidang yang pelajar ambil
megikut jabatan supaya pelajar dapat mengembangkan pengetahuan mereka.

26
BIBILIOGRAFI

Laman sosial My Group International Sdn Bhd:

Facebook: https://www.facebook.com/MYGroupInternational/

Instagram: https://www.instagram.com/mygroupinternational/?hl=en

Final Report Teknologi Maklumat (LALI) https://pdfcoffee.com/final-report-teknologi-


maklumat-lali-pdf-free.html

Laporan Akhir Latihan Industri Diploma In Programing


https://badrulafifimranlalidip.blogspot.com/

http://mmaizanpbu.blogspot.com/p/komen-dan-cadangan.html

Laporan Latihan Industri Majlis Daerah Tapah, Perak


http://aamirulasyrafarizaareiys.blogspot.com/p/bab-1-pengenalan.html

Laporan Latihan Industri Politeknik Balik Pulau Final Report Teknologi Maklumat
(LALI)

Laporan Latihan Industri Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah


https://anyflip.com/bsfzw/wqir

My Group International Business Site https://my-group-international-sdn-


bhd.business.site/

27
LAMPIRAN

Meeting secara atas talian bersama Mr Thayalan serta pelajar

Dalam pembinaan kampus UTMSpace Kampar Sentral Perak

28
Membuat analisis berkaitan dengan warehouse, Sankyu Malaysia

Mempelajari cara menggunakan Visual Studio Code

29

You might also like