Soalan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

542 542

Pendidikan Jasmani dan


Pendidikan Kesihatan
November
2023
1 jam 15 minit

MAKTAB RENDAH SAINS MARA


PEPERIKSAAN SEMESTER II 2023

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


TINGKATAN 5
1 Jam 15minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 50 soalan.

Bahagian A : Pendidikan Jasmani


Bahagian B : Pendidikan Kesihatan

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda
pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika hendak menukar sesuatu jawapan,
padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan pilihan
anda yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 15 halaman bercetak termasuk muka hadapan

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

Hak Cipta Terpelihara (2023) BPM, MARA

1
BAHAGIAN A: PENDIDIKAN JASMANI

1. Tarian Bhangra merupakan tarian yang diiringi dengan muzik dalam komuniti….

A. Orang Asli
B. Khadazan
C. Sikh
D. Bugis

2. Apakah instrumen utama dalam tarian Bhangra?

A. Rebana
B. Dhol
C. Sitar
D. Gitar

1. Gerakan dimulakan dengan mengangkat kedua-


dua tangan pada aras bahu dengan fleksi siku ke
sisi sambil mengangkat kaki kanan pada aras 90°.
2. Jari dikedua-dua belah tangan dirapatkan.
3. Bahu dan kedua-dua tangan murid digerakkan
mengikut rentak muzik sementara kaki kanan
diturunkan berselang-seli secara menyilang
sehingga menyentuh lantai.
4. Pergerakan ini perlu dilakukan dengan pantas,
tersusun dan diselang-seli dengan kaki kiri dan
kanan.

Rajah 1

3. Gambar serta pernyataan dalam Rajah 1 di atas adalah merujuk kepada salah satu
kemahiran asas Tarian Bhangra iaitu pergerakan …………….

A. Punjab
B. Single Dhammal
C. Single Chaffa
D. Dhammal Snaps

4. Tarian Farapeirra merupakan tarian tradisional yang ditarikan oleh masyarakat


berketurunan Portugis di negeri …

A. Perak
B. Melaka
C. Selangor
D. Terengganu

2
Rajah 2

5. Pergerakan yang terdapat dalam Rajah 2 berikut dinamakan….

A. Vira (Putaran)
B. Berskip
C. Scallop
D. Double Scallop

1. Murid menghadap ke hadapan dengan tangan kiri diangkat ke atas dan


tangan kanan menyilang di aras dada (keadaan tangan menggenggam)
2. Mula pusingan badan ke sebelah kanan dengan menggerakkan kaki kiri ke
kanan
3. Teruskan satu pusingan lengkap, iaitu 360° mengikut arah lawan jam
sehingga kembali ke hadapan sambil digerakkan kedua-dua bahagian
pergelangan tangan

6. Pernyataan di atas adalah merujuk kepada salah satu kemahiran asas Tarian
Farapeirra iaitu Pergerakan …………….

A. Vira (Putaran)
B. Berskip
C. Scallop
D. Double Scallop

7. Apakah peranan sweeper dalam permainan hoki?

A. Pemain tengah yang berperanan membaca serangan lawan dan memintas bola
daripada kawasan bahaya.
B. Pemain pertahanan freeman dan lastman yang berperanan membaca serangan
lawan dan memintas bola daripada kawasan bahaya.
C. Pemain sayap kiri yang berperanan membaca serangan lawan dan memintas
bola daripada kawasan bahaya.
D. Pemain sayap kanan yang berperanan membaca serangan lawan dan memintas
bola daripada kawasan bahaya.

3
8. Pukulan bervariasi (Indirect Hit) dalam permainan hoki biasanya melibatkan
beberapa set-piece dengan tujuan mengelirukan penjaga gol dan pertahanan lawan
semasa sudut penalti. Apakah kemahiran yang terdapat dalam set-piece pukulan
sudut pendek?

I Pukulan dari sebelah kiri tiang gol


II Pukulan dari sebelah kanan tiang gol
III Pukulan dari tengah titik penalti strok
IV Pukulan dari kawasan D

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II, dan III
D. II, III dan IV

Kemahiran ini dilakukan apabila pusher menolak bola kepada stopper untuk
pemain yang melakukan ____________ mendorong bola ke dalam kawasan
D, dengan merendahkan badannya untuk melakukan sungkitan ke arah
gawang gol.

Rajah 3

9. Kemahiran ini terdapat dalam permainan hoki. Apakah kemahiran yang dinyatakan
di Rajah 3 atas?

A. Direct Hit
B. Indirect Hit
C. Drag Flick
D. Hitter

10. Strategi ini sering digunakan dalam permainan hoki oleh pasukan yang mempunyai
tahap kecergasan yang tinggi. Setiap pemain akan mengawal seorang penyerang
pasukan lawan dan mengehadkan pergerakan pemain pasukan lawan. Nyatakan
strategi bertahan tersebut.

A. Satu lawan Satu


B. Sistem larian 2-2
C. Sistem larian 1-3
D. Kawalan zon

4
• Apabila bola ditolak oleh pusher, pemain pertahanan P1 akan memecut ke
arah stopper dan hitter bagi menghalang sebarang percubaan ke arah gol.
• Pemain Pertahanan P2 berlari ke arah kanan dan bertindak untuk
menghalang jika bola di hantar ke kanan atau balik kepada pusher.
• Kedua-dua post-man akan bergerak ke titik penalti strok di kiri dan kanan
penjaga gol.
• Post-man akan mengawal bola dari dihantar ke arah kiri dan kanan
penjaga gol bagi membolehkan pukulan bervariasi biasan dari kedua-dua
sudut tersebut dilakukan.

Rajah 4
11. Rajah 4 diatas adalah pernyataan strategi Pertahanan Sudut Penalti dalam
permainan hoki. Nyatakan sistem larian yang digunakan dalam strategi ini.

A. Sistem Larian 2 - 2
B. Sistem Larian 3 - 1
C. Sistem Larian 1 - 3
D. Sistem Larian 1 - 2

12. Dalam pukulan sudut penalti permainan hoki, terdapat beberapa situasi yang akan
menyebabkan jaringan tidak dikira oleh pengadil. Situasi yang manakah yang
menyebabkan jaringan tidak dikira oleh pengadil?

A. Bola dijaringkan di sudut kanan atas gawang menerusi direct hit


B. Bola dijaringkan di sudut kiri sebelah atas gawang menerusi drag flick
C. Bola dijaringkan melalui pukulan variasi dengan biasan di sebelah kiri
tiang gol
D. Bola dijaringkan melalui pukulan variasi dengan biasan di sebelah kanan
tiang gol

13. Berapakah kiraan mata dalam menentukan kemenangan pasukan badminton?

A. 25 mata
B. 21 mata
C. 24 mata
D. 30 mata

14. Berikut adalah kemahiran asas badminton yang dipelajari KECUALI

A. Servis
B. Smesy
C. Pukulan Lob
D. Pukulan pepat

5
15. Apakah tujuan pukulan lob dalam asas kemahiran badminton?

A. Mempercepatkan tempoh permainan


B. Memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang dan menyukarkan
untuk menyerang.
C. Membawa pihak lawan dekat kepada jaring dan mematikan pukulan
D. Membuat hantaran jauh ke sisi jaring bagi mengelirukan pihak lawan

16. Pilih kenyataan yang SALAH berkaitan kemahiran badminton?

A. Strategi serangan yang berkesan mestilah dilakukan oleh pemain supaya


pemain lawan mudah melakukan kesilapan dalam proses membalas balik
dalam serangan balas pukulan semasa perlawanan.
B. Pukulan Lob adalah memukul bulu tangkis tinggi dari kawasan belakang
gelanggang ke belakang gelanggang pihak lawan.
C. Lifting ialah memukul bulu tangkis yang dihantar tinggi oleh pihak
lawan dan serang balas dengan pukulan rendah berhampiran jaring.
D. Pemain perlu bijak memilih sasaran ketika melakukan smesy dengan
mengambil kira kelemahan pihak lawan dan ruang yang sukar
dikembalikan.

Tandakan (A) pada pernyataan yang BETUL dan (B) pada pernyataan yang SALAH.

Soalan Pernyataan Jawapan


17. Badminton adalah permainan kategori jaring dan
boleh dimainkan secara berpasangan atau secara
perseorangan.

18. Berikut adalah strategi bertahan bagi permainan badminton secara


perseorangan KECUALI

A. Penguasaan dan kawalan gelanggang yang kemas merupakan strategi


bertahan yang berkesan
B. Seorang pemain perlu melakukan smesy untuk apabila mendapat
hantaran tinggi daripada pihak lawan.
C. Pemain yang bertahan hendaklah bergerak pantas ke arah bulu tangkis
untuk memastikan pemain lebih bersedia mengawal permainan
D. Pemain perlu membuat tindak balas segera memukul bulu tangkis
serta-merta apabila mendapat peluang bagi mengejutkan dan
mengganggu pergerakan pemain lawan

6
19. Berapakah bilangan pemain utama dalam suatu perlawanan permainan sofbol
bagi setiap pasukan ?

A. 8
B. 9
C. 10
D. 11

Rajah 5

20. Rajah 5 diatas menunjukkan seorang pemain sofbol, apakah posisi yang
beliau mainkan?

A. Pitcher
B. Catcher
C. Umpire
D. First Base

21. Bilakah pasukan pemukul akan tamat giliran memukul semasa permainan
sofbol?

A. Selepas masa tamat.


B. Jika terdapat pemukul yang menarik diri
C. Menangkap bola yang dipukul oleh pemain lawan
D. Jika terdapat 3 pemukul yang terkeluar ataupun “mati”

7
22. Apakah strategi utama untuk pasukan pemadang bagi posisi pemain catcher,
first base player, second base player dan third base player dalam permainan
sofbol?

A. Menangkap bola yang dipukul oleh pemain lawan.


B. Mematikan larian pasukan pemukul sebelum sampai ke base.
C. Melempar bola kearah pemain lawan
D. Semua diatas.

23. Berikut merupakan posisi pemain semasa memadang dalam permainan


sofbol KECUALI,

A. Posisi Terbuka (Open Position)


B. Posisi Dalam (Deep Position)
C. Posisi Tertutup (Close Position)
D. Posisi Pertengahan (Middle Position)

 Kedudukan pemadang dalam posisi ini adalah hampir memenuhi semua


kawasan permainan terutamanya di bahagian hujung kawasan
permainan.
 Pasukan pemadang menggunakan posisi ini apabila mereka mengetahui
pemukul mempunyai kemahiran memukul bola dengan kuat dan laju.

Rajah 6

24. Berdasarkan pernyataan diatas, ia adalah antara kriteria posisi pemain sofbol
semasa memadang dalam strategi bertahan kawalan zon. Apakah posisi
tersebut?

A. Posisi Dalam
B. Posisi Tertutup
C. Posisi Terbuka
D. Posisi Pertengahan

8
25. Apakah yang dimaksudkan dengan kapasiti aerobik?

A. Keupayaan maksimal kandungan oksigen dalam darah yang


dikeluarkan oleh paru-paru ke seluruh anggota dan kumpulan otot-otot
besar badan.
B. Keupayaan maksimal kandungan oksigen dalam darah yang dipam
oleh jantung ke seluruh anggota dan kumpulan otot-otot besar badan.
C. Keupayaan minimal kandungan oksigen dalam darah yang dipam oleh
jantung ke seluruh anggota dan kumpulan otot-otot besar badan.
D. Keupayaan minimal kandungan oksigen dalam darah yang dikeluarkan
oleh paru-paru ke seluruh anggota dan kumpulan otot-otot besar badan.

26. Aktiviti ‘striding’ dan ‘jogging’ merupakan contoh aktiviti meningkatkan


kapasiti aerobik. Apakah perbezaan di antara kedua-duanya?

A. Langkah larian
B. Jarak larian
C. Masa larian
D. Langkah dan kelajuan

27. Aktiviti ‘Half Squat’ dengan bola boleh meningkatkan

A. Kapasiti Aerobik
B. Kekuatan Otot
C. Daya tahan Otot
D. Kelenturan

28. Daya tahan otot ialah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti secara berulang
kali dalam jangka masa yang lama. Antara berikut yang manakah aktiviti
senaman daya tahan otot?

I 1 minit tekan tubi


II 1 minit ringkuk tubi
III Clap push up
IV Alternate Sit-up

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. semua di atas

9
29. Mengukur lilitan pinggul dan pinggang merupakan satu kaedah bagi
mengetahui komposisi badan seseorang. Bagaimanakah cara untuk mengukur
lilitan pinggang?

A. Ukuran dilakukan pada bahagian pinggang


B. Ukuran dilakukan pada bahagian punggung
C. Ukuran dilakukan pada bahagian pusat
D. Ukuran dilakukan pada bahagian punggung paling menonjol

30. Analisis komposisi badan dengan menggunakan rintangan bioelektikal


(Bioelectrical Impedance Analysis- BIA) memberikan gambaran yang lebih
tepat kandungan yang terdapat dalam tubuh badan seseorang. Pengunaan BIA
dapat menunjukkan kandungan

I Jisim otot
II Jisim lemak
III Peratusan lemak badan
IV Air

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan III

BAHAGIAN B: PENDIDIKAN KESIHATAN

31. Apakah penyumbang UTAMA kepada tingkah laku antisosial?

A. Masalah kewangan
B. Pergaulan bebas dalam masyarakat
C. Kecanggihan teknologi di abad ke-21
D. Tekanan disebabkan musim peperiksaan

32. Antara berikut merupakan cara menangani masalah antisosial KECUALI

A. Membuang sikap ego dalam diri sendiri


B. Mendekatkan diri dengan hal keagamaan
C. Melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan
D. Sering membalas komen-komen rakan di media sosial

10
33. Jika seseorang individu berasa dirinya ada simptom-simptom tingkah laku
antisosial, bagaimanakah cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah
antisosial tersebut

I Merancang tugasan harian bersistematik


II Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
III Melibatkan diri dengan aktiviti riadah bersama rakan
IV Meluangkan masa bersama ahli keluarga di hujung minggu

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

34. Seseorang yang dijangkiti penyakit ini akan mengalami gejala seperti hilang
selera makan, loya, muntah sakit sendi, ruam serta kekuningan mata. Penyakit
ini dikenali sebagai

A. Sifilis
B. Klamidia
C. Hepatitis B
D. HIV

35. Sejenis ulser yang tidak sakit tetapi kemerahan boleh dilihat pada vagina,
dubur, zakar, dan mulut. Masalah ini adalah disebabkan oleh penyakit

A. Gonorea
B. Klamidia
C. Hepatitis B
D. Sifilis

36. Bagaimanakah media massa dapat membantu dalam pencegahan jangkitan


seksual ini?

I Media massa berperanan sebagai agen penyampai maklumat gaya


hidup sihat dalam kalangan remaja
II Penggunaan aplikasi terkini seperti WhatsApp, Twitter dan Telegram
dalam menyebarkan maklumat sihat dengan lebih berkesan
III Penyebaran maklumat yang kurang tepat di media massa dengan
tujuan menakutkan masyarakat lebih berkesan
IV Penggunaan media massa dapat mengurangkan kadar jangkitan
penyakit

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. Semua di atas

11
37. Kesan penyakit jangkitan seksual boleh membawa kemudaratan dan
meninggalkan kesan buruk terhadap individu seperti berikut KECUALI

A. Kerosakan mata
B. Kerosakan otak
C. Jantung berlubang
D. Sistem saraf

38. Apakah yang dimaksudkan dengan buli siber?

A. Tingkah laku berulang mengancam atau memalukan orang lain


B. Tingkah laku secara berterusan memalukan dan menakutkan seseorang
C. Tingkah laku melalui media elektronik dengan mesej bermusuhan atau
agresif
D. Tingkah laku secara agresif memarahi dan mengancam seseorang
secara tanpa sedar

39. Siapakah yang boleh dirujuk untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
keselamatan internet?

A. Selebriti di media sosial


B. Pegawai telekomunikasi di TM point
C. Program Klik Dengan Bijak oleh MCMC
D. Rakan-rakan dalam kumpulan Facebook

40. Seseorang yang tidak dikenali telah menyapa Hana melalui Facebook
Messenger dengan memuji gambar-gambar yang telah dimuatnaiknya ke laman
sosial tersebut. Apakah yang perlu Hana lakukan?

A. Terus mengabaikan mesej sapaan tersebut


B. Terus menyekat akaun tersebut tanpa ragu-ragu
C. Membalas sapaan tersebut untuk mengenali dengan lebih rapat.
D. Melaporkan kepada pihak tertentu jika sapaan tersebut membuatkan
dirinya tidak selesa dan merasa terancam.

41. Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan diet seimbang?

A. Amalan pemakanan seseorang individu mengikut Indeks Jisim Badan


Tubuh (BMI)
B. Amalan pemakanan seseorang remaja berdasarkan peringkat umur dan
aktiviti harian
C. Amalan pemakanan yang sesuai dengan keperluan diri di dalam
Piramid Makanan Malaysia
D. Amalan pemakanan yang sesuai bagi seseorang individu yang
mengalami masalah obesiti dan ingin mengurangkan berat badan

12
42. Apakah tujuan pengurusan diet seimbang dan sihat sepanjang hayat?

I Tumbesaran yang tidak setara


II Mengelakkan masalah obesiti
III Mempunyai mental yang cerdas
IV Mendapat sumber vitamin yang mencukupi

A. I, II & III
B. I, II & IV
C. II, III & IV
D. I, II, III & IV

43. Nutrien merupakan unsur-unsur yang terdapat dalam makanan dan diperlukan
oleh tubuh untuk pelbagai keperluan. Antara berikut, apakah faktor yang
mempengaruhi pengambilan kadar nutrien bagi seseorang?

A. Jantina
B. Ketinggian
C. Berat badan
D. Body Mass Index (BMI)

 Kekurangan zat makanan boleh menyebabkan mental seseorang itu


tidak cukup cerdas dan mudah letih.
 Keadaan ini akan membuatkan remaja tidak dapat berfikir dengan
rasional.
 Pemakanan seimbang mempengaruhi aspek mental seseorang.

44. Berdasarkan penyataan di atas, kepentingan pemilihan diet seimbang ini


adalah berkaitan dengan

A. Meningkatkan imuniti tubuh badan.


B. Perkembangan mental.
C. Mengawal berat badan.
D. Masalah obesiti.

13
45. Jadual 1 di bawah menunjukkan contoh pengambilan makanan yang sesuai
berdasarkan keperluan dan aktiviti harian serta umur bagi remaja lelaki dan
perempuan.

Jadual 1
Remaja PEREMPUAN
Tahap Kurang Sederhana Sangat
Aktif
Aktiviti Aktif Aktif Aktif
Umur
10 – 12 1500 1710 1920 2140
tahun
Umur
13 – 15 1580 1810 2040 X
tahun
Umur
16 – 18 1660 1890 2130 2370
tahun

Fatimah ialah seorang remaja yang berusia 15 tahun. Dia seorang yang sangat aktif
dalam aktiviti bersukan. Berapakah keperluan kalori seharian yang diperlukan oleh
Fatimah?
A. 2160
B. 2180
C. 2260
D. 2340

46. Apakah situasi berisiko yang dihadapi oleh mangsa bencana alam?
A. Kemalangan kenderaan
B. Penyakit berjangkit
C. Kemudahan sistem perparitan
D. Kemudahan jalan raya

47. Berikut merupakan situasi bencana alam KECUALI


A. Banjir
B. Covid 19
C. Tanah runtuh
D. Tsunami

48. Penyakit berjangkit ketika bencana alam ialah laptospirosis, malaria, demam
denggi dan denggi berdarah yang diwartakan di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit iaitu….

A. Akta 564
B. Akta 345
C. Akta 342
D. Akta 588

14
49. Seseorang yang mengalami trauma mungkin akan merasa bimbang atau
ketakutan dan boleh membawa kepada penyakit….

A. Distress
B. Nyctophobia
C. Claustrophobia
D. Post Traumatic Stress Disorder

50. Apabila berlaku sesuatu bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan tanah
runtuh matlamat utama adalah untuk menyelamatkan mangsa. Namun begitu,
prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi oleh setiap individu bagi
memastikan operasi menyelamat berjalan lancar. Berikut adalah prosedur
R.I.C.E kepada mangsa yang mengalami kecederaan lebam di bahagian tisu
lembut KECUALI

I Mangsa terlibat dibenarkan bergerak


II Pastikan pengudaraan sekitar yang cukup dan selesa
III Merawat mangsa di kawasan kemalangan berlaku
IV Merehatkan bahagian yang cedera

A. I dan II
B. III dan IV
C. II dan IV
D. I dan III

- SOALAN TAMAT -

15

You might also like