Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

UNIVERSITI MELAKA

IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING (KEPUJIAN) DAN


PENTADBIRAN PERNIAGAAN DAN KEWANGAN
SESI 1 2023/2024

SUBJEK:
INTEGRITI DAN RASUAH (MUT 3063)

TAJUK TUGASAN:
PENULISAN ULASAN FILEM RAID (2018)

NAMA PENSYARAH:
ABD AZIZ A’ZMI

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM SEMESTER
NUR SYAFIQAH ATHIRAH BINTI B2120044 SMK 4
AIDIE
NOR SYAFIQA AZWA BINTI FaDZIL B2120007 SMK 4
NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD B2120067 SMK 4
ATIRAH BINTI SHAMSUL B2120013 SMK 4
NUR BALQIZE IZZATI BINTI B2120049 SMK 4
NORIZAMMUDIN
NUR SAFINAH BINTI IBRAHIM B1920047 BBAF 8
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN


1 Pengenalan 1

2 Sinopsis 1-3

3 Isu Salah Laku Dalam Filem Raid 3

4 Penerangan Isu Integriti Dalam Filem Raid 4-7

5 Rumusan 7-8

6 Rujukan 8

7 Lampiran 9
PENGENALAN

Isu integriti dan isu salah laku bukanlah suatu isu baru di Malaysia malah semakin
mendatangkan kebimbangan dan kerisauan. Saban hari isu tersebut sering menjadi isu utama
di surat khabar, majalah, buku dan bahan bacaan. Isu integriti ini selalu dikaitkan dengan
pegawai atau anggota awam yang lemah integriti ataupun berkenaan dengan orang kenamaan
politik. Integriti ini boleh didefinisikan sebagai kejujuran dan ketelusan, kesempurnaan atau
keutuhan. Skop integriti ini sangatlah luas yang merangkumi amalan kehidupan seharian,
budaya kerja dan tadbir urus dalam sesebuah organisasi atau jabatan. Jika ia tidak
dititikberatkan, mudahlah membuka ruang dan peluang untuk terjadinya isu-isu integriti dan
salah laku.

Antara isu yang melibatkan integriti iaitu perlakuan jenayah rasuah sama ada perbuatan
menerima rasuah, perbuatan memberi rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta salah guna
jawatan. Tambahan itu, isu salah laku pula melibatkan perbuatan jenayah pecah amanah,
penyelewangan, penipuan, pengubahan wang hasil kegiatan haram dan sebagainya. Menurut
kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Berita Harian mendapati sepanjang tempoh
tahun 2018 hingga tahun 2022, penjawat awam merupakan kumpulan paling ramai ditahan oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Selangor mengenai kes siasatan kes
rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Melalui kenyataan tersebut, isu integriti dan
salah laku ini tidak boleh dipandang ringan dan dibiarkan berleluasa. Dalam penulisan
seterusnya, akan mengupas isu integriti dan isu salah laku yang telah dirakamkan melalui filem
Tamil bertajuk ‘RAID’ yang ditayangkan pada tahun 2018.

SINOPSIS

Jenayah rasuah yang paling tinggi pernah tergempar di negera india yang berkaitan
dengan pemungutan cukai. Pegawai kerajaan pemungut cukai yang sering ditransfer 2 bulan
sekali iaitu amay patnaik ke lucknow sebagai wakil pegawai kerajaan dalam bahagian
pemungutan cukai yang hidup bahagia bersama si isteri iaitu malini. suatu hari, beliau
menerima duit tips yang bersamaan dengan duit suapan yang diberikan oleh rameshwar sigh
iaitu seorang ahli politik, amay patnaik dan timnya merancang untuk pergi ke sitagarh, disana
beliau menghadapi permusuhan ketat dengan keluarga ahli politik itu tetapi ia tetap bersikap
profesional.

1
Rameshwar sigh merupakan ahli politik yang berpengaruh sehingga mempunyai kuasa
untuk mengawal kerajaan, menukar dan memecat pegawai sesukahati sehingga membahayakan
nyawa dan keluarga. Rameshwar sigh juga dikenali sebagai individu yang terkecuali dalam
membayar cukai kerana alasanya duit cukai itu dia berikan kepada orang miskin, yakni orang
yang lebih memerlukan.

Pada sutu hari, amay patnaik mendapat panggilan telefon dari orang yang tidak
dikenali, beliau telah diberikan informasi tentang duit duit cukai yang disimpan oleh
rameshwar sigh tersebut. Dia mencari d setiap sudut rumah dengan timya untuk mencari
dimana letaknya semua duit duit cukai yang disimpan oleh ahli politik tersebut, tetapi tidak
berhasil ditemukan. Setelah beberapa jam, ketika semua harapan hilang, amay patnaik
menerima surat dari orang yang sama, yang mana disitu tertulis peta dan alamat dimana duit
duit itu dsembunyikan.

Amay patnaik dan timnya memecahkan dinding, langit langit tangga dan gudang tua
untuk menemukan aset senilai crores itu. Kerana tidak mahu kalah, ahli politik rameshwar sigh
pun, bertemu dengan ketua menteri iaitu uttar pradesh, namun ditolak. rameshwar sigh pula
cuba menyuruh perdana menteri kewangan pusat untuk menelefon amay patnaik juga ditolak.

Tidak mengalah begitu sahaja rameshwar sigh turut berjumpa dengan perdana
menteri namun hasilnya juga ditolak. Disebabkan tiada cara lain, rameshwar sigh mengugut
perdana menteri jika tiada yang ingin menolongnya dia akan mengancam kabinet kabinet yang
lain.lalu perdana menteri pun bersetuju . kemudian perdana menteri menelefon amay patnaik
untuk berundur dari membuat tindakan penyerbuan tersebut dan menggunakan cara yang lain
untuk menyelesaikan masalah itu.

Kerana sikapnya yang akur dan taat, Amay patnaik pun bersetuju dan mengikuti
arahan itu malahan beliau menyuruh perdana menteri untuk mengfaks kan arahan itu
kepejabatnya supaya ada hitam putih dalam meerima arahan. Mengikuti kisah sebnar , semasa
erbuan ini ada yang tercedera tetapi mungkin telah diedit serbuan yang sebenar adalah dikilang
milik seoang bussinessman iaitu sarda inder sigh di kanpur pada tahun 1980.

Seramai 88 orang pegawai dariapda tim amay patnaik itu ditelanjangkan dan
dibelasah sehingga ada yang lumpuh dan cedera parah walaupun ada pegawai polis disitu,
banyak rahsia yag terungkai. sepatutnya jumlah harta haram tauji ataupun rameshwar sigh itu
adalah lebih daripada apa yang dijumpai jika mengikut dokumen tapi tidak tahu dimana lagi

2
dia simpan. Sehingga ke akhir kejadian amay patnaik menyimpan rahsia siapa yang
memberikan informasi itu kepadanya.

ISU SALAH LAKU DALAM FILEM RAID

Dalam filem RAID (2018) terdapat salah laku yang berkaitan dengan sistem percukaian
yang merugikan negara dan masyarakat. Cerita ini mengisahkan tentang Amay Patnaik,
seorang Pegawai Cukai Pendapatan yang jujur dan berani telah menyerbu rumah Rameshwar
Rajaji Singh, seorang Ahli Politik tempatan untuk menyiasat perbuatan rasuah dalam dunia
perniagaan. Salah satu contoh salah laku yang ditunjukkan dalam filem ini adalah penggelapan
cukai oleh Rameshwar Rajaji Singh yang menjadi sasaran penyiasatan Amay Patnaik.

Rajaji Singh disyaki menyembunyikan jumlah cukai yang patut dibayar kepada
kerajaan melalui manipulasi laporan kewangan dan penyalahgunaan kuasa dalam sistem
percukaian. Perbuatan rasuah ini bukan sahaja merugikan negara dari segi pendapatan cukai
yang patut diterima, malah mewujudkan ketidakadilan kepada masyarakat yang membayar
cukai dengan jujur. Ini adalah contoh salah laku yang merosakkan integriti sistem percukaian
dan mencipta diskriminasi dan ketidakadilan dalam masyarakat.

Semasa penyiasatan, Amay Patnaik dan pasukannya menghadapi pelbagai halangan


dan ancaman daripada pelaku salah laku. Mereka menghadapi ugutan, gangguan dan juga
serangan fizikal dalam usaha untuk menghentikan penyiasatan mereka. Ini menggambarkan
bagaimana pelaku salah laku menggunakan kekerasan, mengugut dan juga pengaruh mereka
untuk melindungi kepentingan diri dan menghalang penguatkuasaan undang-undang.

3
PENERANGAN ISU INTEGRITI DALAM FILEM RAID

Integriti secara umumnya bermaksud kualiti unggul yang wujud di kalangan individu
dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan
bermoral tinggi. Di peringkat organisasi, integriti dicerminkan dengan perumusan dan
pelaksanaan kod etika, piagam, undang-undang atau sistem dan proses kerja serta pematuhan
kepada amalan kerja terbaik. Bagi individu yang memegang amanah sebagai penjawat awam,
integriti bermaksud melakukan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut
kepentingan umum. Malah, sebagai penjawat awam juga mereka tidak boleh menyalahgunakan
kuasanya untuk kepentingan diri mahupun keluarga. Ketiadaan sikap integriti di dalam
penjawat awam boleh menjejaskan kepercayaan umum terhadap penjawat awam (Dr. Junaida
Ismail, 2022). Integriti memerlukan setiap individu bertindak secara jujur dan amanah
mengikut bidang kuasa dan tugasnya, telus, berwibawa, akauntabiliti serta patuh kepada segala
peraturan dan undang-undang (Dr. Junaida Ismail, 2022) Integriti juga turut mempunyai
perkaitan dengan etika yang berdasarkan tindakan seharian. Ia ditafsirkan sebagai
pembudayaan kerja berintegriti seperti ketepatan masa, penyampaian maklumat, penyampaian
perkhidmatan, serta perhubungan dengan ketua jabatan, rakan sekerja, masyarakat dan
kakitangan sokongan (Dr. Junaida Ismail, 2022).

Filem di bawah arahan Raj Kumar Gupta iaitu Raid (2018) mengisahkan tentang sebuah
perjalanan ahli politik masa kini yang terlibat dalam salah laku integriti seperti salah laku
rasuah dan pecah amanah. Filem ini diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku pada tahun
1981 di sebuah kota Lucknow, India. Filem ini dibintangi oleh Ajay Devgn (Amay Patnaik)
iaitu sebagai pegawai cukai dan Saurabh Shukla (Rameshwar Singh) sebagai ahli politik.
Rameshwar Singh ialah seorang ahli politik yang ternama dan disantuni oleh rakyat di kota
Lucknow. Beliau telah disenaraikan sebagai golongan yang tidak membayar cukai di bawah
kerajaan tersebut. Perkara ini diketahui oleh beliau apabila beliau dihubungi oleh salah seorang
ahli Jabatan Percukaian iaitu Amay Patnaik. Menurut Rameshwar Singh, sebab mengapa beliau
tidak membayar cukai adalah kerana beliau menggunakan wang cukai tersebut untuk
membantu rakyatnya. Sebaliknya, beliau sengaja menggunakan alasan tersebut bagi
mengelakkan dirinya daripada membayar cukai. Malah, beliau beranggapan bahawa membantu
rakyat itu adalah perkara yang boleh mengecualikan diri beliau daripada turut sama membayar
cukai. Selain itu, hasil kekayaan yang dimiliki oleh Rameshwar Singh dan keluarga adalah
hasil daripada cukai yang telah dibayar oleh rakyat.

4
Umum mengetahui bahawa, cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang penting
dalam usaha mencapai ke arah negara yang membangun. Tujuannya adalah untuk membiayai
perbelanjaan pentadbiran negara seperti pembangunan infrastruktur awam serta pembangunan
ekonomi dan sosial. Misalnya, pusat pendidikan, hospital, jalan raya dan klinik kesihatan. Di
samping itu, cukai adalah tanggungjawab bersama, semua pihak dipertanggungjawabkan untuk
membayar cukai termasuk parti dan ahli politik. Kenyataan ini bertepatan dengan situasi di
mana, Rameshwar Singh telah melaburkan hasil bayaran cukai rakyat sebagai harta
persendirian beliau. Buktinya, apabila Amay Patnaik dan pasukan mula menjalankan serbuan
di kediaman Rameshwar Singh, Amay Patnaik mendapati bahawa wang haram dan aset yang
dicari masih disembunyikan oleh beliau. Hal ini dikatakan demikian kerana, Amay Patnaik dan
pasukan masih gagal dalam menemukan wang haram milik Rameshwar Singh. Usaha
pencarian masih diteruskan sehingga Amay Patnaik dan pasukan berjaya menemukan wang
tunai, resit, dokumen dan emas yang telah disembunyikan di sebalik tembok kediaman serta
kawasan bawah tanah kediaman. Isu ini disifatkan sebagai isu pecah amanah kerana, beliau
telah merampas sebahagian daripada bayaran yang diamanahkan oleh rakyat sebagai harta
beliau dan keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana, rakyat mengharapkan bayaran cukai
tersebut dapat memulihkan ekonomi serta dapat membangunkan inisiatif ekonomi yang lain.
Namun sebaliknya, beliau menyalahgunakan wang bayaran tersebut sebagai satu kepuasan
hidup.

Berikutan daripada itu, sebelum serbuan bermula Lallan Sudhir iaitu salah seorang
kakitangan kepada Amay Patnaik telah melakukan perbuatan yang membelakangi Amay
Patnaik serta kakitangan yang lain iaitu apabila Lallan Sudhir memberitahu Rameshwar Singh
bahawa akan ada serbuan dan penggeledahan yang akan dijalankan oleh pasukan mereka di
kediaman beliau. Oleh itu, Rameshwar Singh menggunakan peluang tersebut untuk
menyembunyikan harta beliau di kawasan yang sukar ditemukan. Situasi ini memperlihatkan
tingkah laku tidak kongruen Lallan Sudhir kerana membelakangi pihak jabatannya.
Seharusnya, perkara ini di bawah sudut kerahsiaan pasukan dan jabatan. Walau bagaimanapun,
Lallan Sudhir akhirnya sedar terhadap perbuatannya itu apabila melihat kesungguhan Amay
Patnaik dan pasukan dalam misi pembongkaran wang haram Rameshwar Singh.

Lain daripada itu, Rameshwar Singh turut melakukan cubaan suapan terhadap Amay
Patnaik dan Menteri Kewangan. Cubaan ini adalah langkah beliau dalam menghentikan
serbuan yang dijalankan oleh Amay Patnaik di kediamannya bahkan, membebaskan dirinya
daripada pertuduhan tersebut. Cubaan pertama apabila Rameshwar Singh menawarkan jumlah

5
wang sebanyak dua kali ganda kepada Amay Patnaik untuk menghentikan tindakan
penggeledahan di rumahnya. Pertama sekali Rameshwar Singh menawarkan wang bernilai
sebanyak 500.000 rupees secara tunai untuk diberikan kepada Amay Patnaik selepas beliau
berjaya menemukan wang haram yang berasal dari tembok perhiasan rumah Rameshwar Singh
sebagai syarat Amay Patnaik menghentikan penggeledahan di rumah tersebut. Akan tetapi,
Amay Patnaik tetap dengan pendiriannya untuk tidak termakan dengan tawaran itu. Seterusnya,
tawaran yang kedua diberikan kepada Amay Patnaik ialah jumlah wang bernilai sebanyak
500.000 dolar yang digandakan oleh Rameshwar Singh daripada jumlah wang asal dengan
harapan Amay Patnaik menghentikan langkah terakhir penggeledahan aset dan wang haram di
rumahnya akan tetapi, tidak berhasil juga kerana Amay Patnaik seorang yang berpegang teguh
kepada nilai integriti.

Cubaan kedua apabila Rameshwar Singh bertemu Menteri Kewangan Lucknow. Di saat
perbincangan kedua-dua pihak tersebut, terdapat beberapa permintaan daripada Rameshwar
Singh terhadap Menteri Kewangan. Antaranya ialah, membebaskan beliau daripada
pertuduhan cukai dan memaksa Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan terhadap tindakan
penggeledahan Amay Patnaik dan pasukan di kediaman Rameshwar Singh. Malah, Rameshwar
Singh turut menyatakan mengenai pemberian (suapan) yang pernah diberikan oleh beliau
kepadanya sebelum ini. Misalnya, kesenangan dan wang. Akan tetapi, pujukan tersebut gagal
diterima olehnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, Menteri Kewangan merasakan bahawa
kes ini bukan berada di bawah bidang kuasanya bahkan, berada di luar kemampuannya.
Menurutnya, kes ini perlu dirunding secara langsung bersama Perdana Menteri tanpa
melibatkan ‘orang dalam’ dan cubaan merasuah. Rameshwar Singh akur akan kata-kata
sahabatnya itu untuk bertemu Perdana Menteri.

Begitu juga dengan situasi di mana, tingkah laku tidak profesional Perdana Menteri
dalam penyampaian maklumat. Hal ini dikatakan demikian kerana, Perdana Menteri enggan
mengeluarkan kenyataan rasmi seperti kenyataan bertulis atau salinan hitam putih sebagai bukti
dan kenyataan beliau terhadap tindakan penggeledahan yang dijalankan oleh Amay Patnaik di
kediaman Rameshwar Singh. Sebaliknya, beliau mengeluarkan kenyataan tersebut melalui
panggilan telefon Amay Patnaik. Walau bagaimanapun, Amay Patnaik tidak bersetuju untuk
mengikut kenyataan tersebut kerana menurutnya, beliau tidak dapat memastikan bahawa
panggilan tersebut benar-benar daripada Perdana Menteri atau individu lain. Oleh hal yang
demikian, kaedah saluran dan penyampaian maklumat haruslah bertepatan dengan profesion
sebagai seorang Perdana Menteri. Misalnya, membuat perbincangan, tinjauan, pengesahan, dan

6
seterusnya salinan rasmi. Ini kerana, bagi mengelakkan daripada berlakunya penerimaan
sumber yang salah dan tidak tepat seperti yang berlaku pada Amay Patnaik dan Perdana
Menteri.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, filem Raid ini membuka mata kita bahawasanya tidak semua
masyarakat memiliki sifat ataupun sikap integriti. Lebih menyedihkan lagi apabila sifat
integriti tidak diterapkan dalam kalangan individu yang penting contohnya seperti golongan
professional atau pemimpin. Perkara ini akan menyebabkan beberapa perkara yang
berunsurkan jenayah berlaku dengan mudah terutama sekali jenayah rasuah atau menerima
suapan. Hal ini dikatakan demikian kerana, golongan professional memiliki pangkat dan kuasa
yang dapat mempengaruhi masyarakat dan orang lain. Terutama sekali, yang memiliki kuasa
seperti para anggota dan pemerintah di sebuah kawasan tersebut. Melalui perkara itu juga,
mereka akan melakukan apa sahaja demi kepentingan sendiri. Contohnya seperti, mengambil
harta rakyat, tidak adil, dan melakukan perkara-perkara yang menguntungkan diri sendiri.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa perbuatan sebegini adalah satu kesalahan yang besar kerana
mengambil hak orang lain serta tidak amanah dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Sehubungan itu, dalam filem ini juga kita perlu mencontohi sikap Amay Patnaik iaitu
pemungut cukai yang bersifat jujur dalam melakukan pekerjaan. Beliau menolak sekeras-
kerasnya terhadap suapan ataupun rasuah. Wujudnya, individu seperti akan membantu sedikit
sebanyak menyelamatkan negara terutama sekali dari segi ekonomi. Kita perlu menyadari
bahawa, rasuah memberi kesan yang buruk terhadap organisasi, ekonomi dan negara.

Kesan buruk yang akan dihadapi oleh organisasi ialah, perkhidmatan sesebuah
organisasi menjadi tidak cekap. Hal ini kerana rasuah memerlukan penggunaan sumber-sumber
yang tidak sesuai yang boleh menjejaskan kecekapan organisasi. Sumber-sumber yang
sepatutnya digunakan dalam melaksanakan operasi yang penting hanya digunakan dalam fungsi
yang tidak berkaitan atau tidak produktif. Seterusnya, kesan buruk terhadap ekonomi pula ialah
meluaskan jurang perbezaan kaya dan miskin. Perkara ini terjadi apabila berlakunya rasuah,
individu atau golongan tertentu sahaja yang akan memonopoli kekayaan dalam sesebuah negara
kerana tidak memberi peluang pada individu atau golongan lain untuk menikmati kekayaan
tersebut. Secara tidak langsung wujud situasi atau keadaan orang yang miskin akan tetap miskin,
dan orang yang kaya akan tetap kaya. Seterusnya ialah, rasuah akan menyebabkan keselamatan

7
negara terjejas. Hal ini dikatakan demikian kerana, kegiatan melindungi penjenayah oleh
pegawai penguatkuasaan menyebabkan penjenayah berkenaan bebas untuk menjalankan
kegiatan mereka tanpa rasa takut dan di mana-mana sahaja. Perkara ini akan mengancam
keselamatan negara sekaligus akan menjejaskan keharmonian negara kerana sudah dicemari oleh
jenayah yang berleluasa.

Oleh yang demikian, sebagai warganegara yang berintegriti kita hendaklah


menghindarkan diri daripada terlibat dengan jenayah terutama sekali jenayah rasuah. Kita juga
perlu sentiasa waspada dengan kegiatan ini kerana ia sangat mudah berlaku di sekeliling kita
tanpa kita sedari. Oleh itu, kita hendaklah berganding bahu membanteras jenayah rasuah dengan
melaporkan isu rasuah kepada pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan
jangan hanya berdiam diri. Hal ini dikatakan demikian kerana ia rasuah ibarat racun, jika terlalu
lama dibiarkan.

RUJUKAN

Filem Raid. Tarikh Tayangan: 16 Mac 2018. Pengarah: Raj Kumar Gupta. Dibintangi
Oleh Ajay Devgn, IIeana D`Cruz, Saurabh Shukla, Negara India.

Muhammad Ariff Asyrul Adnan Dan Haris Zuan. 19 Mac 2022. Pengurusan integriti
di Malaysia: Cabaran dan saranan. Sinar Harian.

Ilah Hafiz Aziz. 11 November 2022. PRU15: SPRM terima empat laporan salah laku
rasuah. Berita Harian.

8
LAMPIRAN

You might also like