Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

4D Ulang Kaji 1 Julai 2021

Morfologi

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata
terbitan. Kemudian, anda dikehendaki untuk membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukar imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Ramai yang tidak pernah menyusuri keindahan sawah padi. Namun, mereka akan
terpegun apabila mereka berdiri di tengah sawah padi yang luas terbentang. Tiada sesiapa
pun yang tidak akan terpukau oleh kecantikan pemandangan sawah padi yang sedang
menguning. Ketika itu, sawah padi seolah-olah lautan yang kekuning-kuningan di bawah
sinaran matahari.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Fail Pengarang’
oleh Abdul Ghalib bin Yunus

[8 markah]

Dua kata ganda Dua kata nama terbitan


seolah-olah keindahan
kekuning-kuningan terpukau

Ayat daripada kata ganda


1.

2.

Ayat daripada kata terbitan


1.

2.
4D Ulang Kaji 1 Julai 2021

Penyuntingan

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan bahasa itu. Bagi setiap
petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan
dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1
Sejak zaman-berzaman, generasi tua terasuh dengan budaya dan adat sopan yang
menitikberatkan nilai-nilai budi di dalam setiap perbuatan dan perbualan. Mereka sentiasa
meletakkan budi bahasa sebagai kelengkapan kehidupan berhemah. Budi bahasa lazimnya
merujuk pada tutur kata, kelakuan dan sopan santun yang meliputi akhlak mulia. Untuk
menyuburkan amalan yang mulia ini, kerajaan melancarkan kempen budi bahasa. Justeru,
kesedaran sivik masyarakat umum mestilah ditingkatkan oleh semua pihak-pihak untuk
melahirkan warga negara yang berhemah tinggi.
[6 markah]

Salah Betul
di dalam dalam
kelengkapan pelengkap
pada kepada
kempen budi bahasa kempen budi bahasa
semua pihak-pihak semua pihak / pihak-pihak
warga negara warganegara

Petikan 2
Faris : Aiman, pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan bagi seseorang murid
dengan menempuh alam pekerjaan?
Aiman : Pada pendapat saya, antara persediaan-persediaan untuk menempuh alam
pekerjaan ialah seseorang murid memerlukan kelayakan akademik yang tertinggi
sekali.
Faris : Betul. Kelayakan akademik menjadi pra syarat bagi membuat persediaan awal.
Azri : Tahap pelajaran yang diperlukan berbeza-beza berdasarkan pekerjaan tertentu.
[5 markah]

Salah Betul
dengan untuk
antara persediaan-persediaan antara persediaan / persediaan-persediaan
yang tertinggi sekali yang tertinggi
pra syarat prabayar
pelajaran akademik
4D Ulang Kaji 1 Julai 2021

Bahasa Melayu Standard

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun
menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang
Melayu bernama Hulu Balang Ratu Melaka.”

Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun
terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini
habis kubinasakan?”
[6 markah]

Ibunya menangis dengan sedih selepas mendengar kata-kata anaknya. Sambil


menangis, ibunya mengatakan bahawa suaminya sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu
yang bernama Hulu Balang Ratu Melaka.

Kertala Sari sangat marah selepas mendengar kata-kata ibunya. Dia menyoal emaknya
tentang orang yang menyuruh bapanya dibunuh agar negeri Majapahit dapat dibinasakan
olehnya.

Peribahasa

Nyatakan peribahasa yang sama maksudnya dengan peribahasa yang dinyatakan di bawah
ini.

1. Pucuk dicita ulam mendatang.


2. Masuk kandang kambing mengembek masuk kandang kerbau menguak.
3. Bagaimana gendang begitulah tarinya.
[6 markah]

1 Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal


2 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
3 Bagaimana tepuk begitulah tarinya

You might also like