NOTA

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

NOTA/MESEJ DUTA MURID

PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER


KARAMAH INSANIAH PERINGKAT TAHUN 2023

Pesanan khidmat masyarakat berkaitan Gangguan Seksual.

1.Dalam masyarakat kita,gangguan seksual adalah satu realiti yang tidak


boleh diabaikan.Setiap individu berhak merasa selamat dan dihormati,tanpa
menghadapi ancaman atauperlakuan seksual yang tidak diingini. Gangguan
seksual merosakkan kepercayaan diri,menjejaskan kesihatan mental dan
boleh membawa kepada trauma seumur hidup. (BERNARD TIEU GUI LIN)

2. Kita perlu bersama-sama membentuk masyarakat yang mengutamakan


keadilan dan keselamatan. Oleh itu, mari kita tingkatkan kesedaran tentang
isu gangguan seksual danberikan sokongan kepada mangsa untuk
melaporkan kes tersebut. Hal ini, menjadi tanggungjawab kita bersama-
sama untuk menjauhkan diri daripada budaya yang membenarkan
gangguan seksual. (BERNICE TIEU YEE TING)

3. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa


gangguan seksual, jangan berdiam diri. Minta bantuan dari pihak berkuasa
terutama PDRM, organisasi sokongan atau keluarga.Kita semua boleh
berperanan untuk menghentikan gangguan seksual dan membina
masyarakat yang selamat dan berkeadilan. Sehubungan dengan itu,mari

bersama-sama melindungi hak asasi setiap individu. (BONG JING HENG)


Pesanan khidmat masyarakat berkaitan Buli.

1. Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah serius dalam


masyarakat kita? Buli tidak hanya merosakkan individu yang terlibat,
tetapi juga memberi impak negatif kepada masyarakat secara

keseluruhan. (Jason)

Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam pada mangsa,


meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan
peningkatan kadar ketidakhadiran ke sekolah. (Darshana)

2. Kita semua memiliki tanggungjawab untuk menghentikan buli. (CHONG


MIN LE)

Mari kita bersama-sama membentuk masyarakat yang menggalakkan


kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama
insan.
( JEFF GOH WEI BING)

3.Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli


di sekolah atau asrama,jangan berdiam diri. (Marsya)

Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantumangsa


dengan memberikan sokongan moral. ( CHAN SIN QI)

4. Oleh itu, mari kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang
prihatin supaya kitabebas daripada buli. (CHONG JIA LE)

Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terus berleluasa.


(NG YONG JIE)

Hentikan buli sekarang! (CJL & NYJ)


(sao)
杜绝霸凌,向性骚扰说不

You might also like