Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

`BAHAGIAN A

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang mempunyai ____________ prinsip.

A. 4
B. 5
C. 6
D. 7

2. Prinsip Rukun Negara yang kedua ialah Kesetian kepada ____________ dan ____________.

A. Raja, Negara
B. Ibu, Bapa
C. Menteri Besar , Guru
D. Polis, Bomba

3. Murid yang bersikap ____________ akan mempunyai tingkah laku yang baik dan terpuji.

A. pemarah
B. periang
C. positif
D. negatif

4. Prinsip Rukun Negara yang kelima ialah ____________ dan ____________.

A. Kesopanan, Keceriaan
B. Kesopanan, Kerajinan
C. Kesopanan, Keharmonian
D. Kesopanan, Kesusilaan

5. Perlembagaan Malaysia ialah undang-undang ____________negara.

A. terendah
B. pertengahan
C. tertinggi
D. sederhana

6. Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS merupakan sejenis
penyakit serius disebabkan oleh virus ____________.

A. Denggi
B. HIV
C. Malaria
D. H1N1
1
7. HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui.

A. Penerimaan darah yang tercemar dengan kuman HIV.


B. Dari ibu ke anak semasa mengandung atau kelahiran.
C. Berkongsi pinggan dan sudu.
D. Berkongsi jarum suntikan dadah.

8. Kita hendaklah sentiasa memberikan sokongan kepada pesakit AIDS dengan :

I. Fahami perasaan penghidap HIV/AIDS dan hormati mereka.


II. Beri harapan kepada pengidap HIV/AIDS untuk meneruskan kehidupan.
III. Tidak berasa takut untuk bersalaman dengan pengidap HIV/AIDS.
IV. Menghulurkan derma sempena Hari AIDS Sedunia.

A. I, II, III dan IV


B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

9. Amalan berhemah tinggi dapat ________.

A. menyusahkan hidup anggota masyarakat


B. mewujudkan masyarakat yang senang dibuli
C. melahirkan masyarakat yang sejahtera
D. melahirkan masyarakat yang gagah.

10. Pilih perlakuan yang menunjukkan amalan berhemah tinggi.

I. Membongkokkan sedikit badan ketika lalu di depan orang yang lebih tua.
II. Memohon maaf apabila melakukan kesalahan.
III. Bertegur sapa apabila bertemu dengan rakan.
IV. Memotong perbualan ibu bapa dengan tetamu.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II, III dan IV

2
11. Kesan daripada sifat buruk sangka adalah ___________________________.

A. memberikan persaingan yang sihat.


B. dibenci oleh rakan-rakan.
C. mengeratkan hubungan kekeluargaan.
D. meningkatkan prestasi pelajaran.

12. Berikut merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat Melayu kecuali
____________________.

A.Hari Raya Aidilfitri


B. Maal Hijrah
C. Hari Gawai
D. Aidil Adha

13. Makanan yang haram bagi orang Islam adalah.

A. daging lembu.
B. daging khinzir.
C. air soya
D. kacang hijau.

14. Pilih rangkai kata yang menunjukkan amalan hemah tinggi.

I. Sayang menyayangi bertegur sapa.


II. Pergaulan sihat peribadi ceria.
III. Mencurah bakti tak minta dibalas.
IV. Budi bahasa budaya kita.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. I, II, III dan IV

15. Yang manakah antara berikut bukan merupakan kebudayaan kaum Melayu?

A. Bermain wau, congkak dan sepak raga.


B. Memakai baju kurung dan baju melayu.
C. Meraikan pesta tanglung.
D. Mewarisi tarian joget, inang dan zapin.

3
16. Andaikan datuk kamu sakit, ibu terpaksa menjaga datuk di wad. Apakah yang patut kamu lakukan
untuk meringankan beban ibu?

A. Turut sama menemani datuk di hospital


B. Membantu ibu dengan menguruskan keperluan di rumah.
C. Mengharapkan adik beradik yang lain pulang meguruskan rumah
D. Mengambil peluang itu untuk pulang lewat ke rumah.

17. Pilih perlakuan yang menunjukkan sikap amanah.

A. Raj menggunakan pensil rakan tanpa kebenaran.


B. Siva selalu menyelongkar beg sekolah rakannya untuk mencuri makanan.
C. Sharifah menyerahkan wang yang dijumpainya kepada guru kelas.
D. Salman gemar menconteng dan mengoyakkan buku teks sekolah.

18. Apakah barang yang sesuai didermakan kepada mangsa kebakaran.

I. Makanan.
II. Perakam Video.
III. Pakaian.
IV. Set permainan komputer.

A. I, III
B. I, II
C. I sahaja
D. I, II, III dan IV

19. Malaysia mengamalkan sistem ___________ di bawah pentadbiran raja berperlembagaan.

A. demokrasi berparlimen
B. kepimpinan bertauladan
C. komunisme
D. kapitalis

20. Antara agensi swasta yang berperanan menjaga alam sekitar ialah________.

I. Jabatan alam Sekitar.


II. Alam Flora.
III. Indah Water Konsortium Sdn Bhd.
IV. Set permainan komputer.

A. I, II
B. II, III
C. I sahaja
D. I, II, III dan IV (20 Markah)

4
BAHAGIAN B

Tulis WAJAR atau TIDAK WAJAR pada pernyataan yang berikut.

1. Shanti menegur anak jirannya yang sedang bermain mercun.

2. Rose sentiasa bersabar dengan sikap rakannya yang suka meninggikan suara.
3. John makan di hadapan Roslan yang sedang berpuasa.

4. Shanti sengaja menguatkan bunyi radio ketika azan sedang berkumandang.

5. Siew Lin membantu seorang makcik untuk menyeberangi jalan.

6. Roy selalu menunggang motosikal dengan laju apabila melalui jalan raya yang
lengang.
7. Amir tetap berkawan dengan Rosli walaupun mengetahui Rosli mengidap penyakit
AIDS akibat perangainya dahulu yang gemar menagih dadah

8. Cikgu Razman sering menasihati pelajarnya supaya menjauhi para pesakit AIDS
untuk mengelakkan diri daripadi dijangkiti.

9. Raj menyokong penuh semua usaha yang telah dibuat oleh kerajaan untuk
memajukan negara.
10. Setelah tamat peperiksaan UPSR Kamal memonteng sekolah dan keluar ke pusat
membeli belah .

(10 Markah)

5
BAHAGIAN C

Nyatakan nilai yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah ini.

 Kasih Sayang Kerajinan Harga Diri

 Kepercayaan Kepada Tuhan

 Toleransi Dalam Masyarakat

 Kebersihan dan Keindahan Persekitaran

 Hemah Tinggi

1. Antara anugerah Tuhan kepada kita termasuklah menciptakan bumi dan alam yang indah.

Nilai : _________________________________________

2. Rosni menyapu daun-daun kering di halaman rumahnya pada setiap petang.

Nilai : _________________________________________

3. Orang yang menyayangi dan menghormati keluarga akan mendapat berkat dan kebahagiaan
hidup.

Nilai : _________________________________________

4. Sikap memahami dan menghormati perbezaan amalan budaya setiap kaum dapat mewujudkan
kehidupan yang harmoni.

Nilai : _________________________________________

5. Aznie telah membuat laporan kepada pihak Jabatan Alam Sekitar mengenai sebuah kilang yang
mengalirkan sisa toksik ke sungai berhampiran.

Nilai : _________________________________________ (10 Markah)

6
Bahagian D: Lengkapkan jadual dengan pilihan jawapan yang sesuai.

• Menjaga kedaulatan • Menjaga imej negara • Melahirkan rasa syukur


negara

• Mewujudkan keamanan Mewujudkan sifat jati diri cintakan negara


dan kemakmuran
negara

CARA-CARA MENGHORMATI NEGARA KEPENTINGAN MENGHORMATI


NEGARA
1. 1.

2. 2.

3.

(10 Markah)

---------------Soalan Tamat------------

7
8

You might also like