Petikan di bawah mengandungi 20 kesalahan bahasa atau ejaan.
Kenal pasti kesalahan
tersebut dan berikan jawapan yang betul. Anda tidak perlu menyalin semula ayat tersebut. Pelaburan tidak terhad di dalam bentok kewangan semata-mata, bahkan meliputikan aspek yang luas. Sebagai contoh, ibu bapa bergolok mengadai untuk memberikan peluang didikan yang terbaik kepada anak-anak demi masa depan yang cerah. Pelaboran adalah tindakan menangguh menggunakan wang pada masa sekarang demi untuk mendapat keuntungan pada masa akan datang. Pelaburan wang berbeza dari simpanan wang. Bagi pelabur wang, mereka tidak boleh mengeluarkan wang sesuka hati sebab wang yang dilabur mempunyai tempoh tertentu untuk mencapai kematangan pelaburan. Dalam pelaburan, para pelabur diberi ganjaran dalam bentuk keuntungan atau pulangan pelaburan. Jumlah keuntungan wang pula bergantung kepada jumlah wang yang telah dilaburkan oleh mereka. Walaubagaimanapun, para pelabur perlu sedar bahawa pelaburan berkaitrapat dengan risiko. Pelabur wang berisiko tinggi kerana pelaburan wang bergantung pada keadaan ekonomi semasa. Pelabur wang boleh mengalami kerugian pada bila-bila masa atau mendapat durian runtuh hasil daripada pulangan pelaburan mereka. Bagi penyimpan wang pula, mereka boleh mengeluarkan wang daripada akaun simpanan pada bila bila masa sahaja. Hal ini demikian kerana tahap pencairan wang dalam akaun simpanan adalah tinggi. Ganjaran yang diperoleh oleh penyimpan wang dinamakan faedah atau dividen berdasarkan jumlah simpanan wang yang terkumpul dalam akaun masing. Seperkara lagi, penyimpan wang berisiko rendah untuk mengalami kerugian kerana simpanan wang tidak bergantung pada keadaan ekunomi semasa. Kesimpulannya, dalam aktiviti pelaburan wang, lebih tinggi risiko yang perlu anda hadapi, lebih tinggilah juga pulangan pelaburan yang anda akan nikmati. Oleh hal yang demikian, anda mempunyai pilihan sama ada untuk menyimpan atau melabur. Pilihan di tangan anda. Tepuk dada tanya selera.
Dipetik dan diubah suai daripada “Melabur atau Menyimpan”
Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Buku Teks Tingkatan Dua