Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK NALAPAK RANAU
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
Beg Berkunci No. 8
89300 Ranau, Sabah.
_____________________________________________________________________________
RUJ: SKNK.700-7/3/(23/1)
TARIKH : 15 SEPTEMBER 2023
Tuan Ketua Polis Daerah
Ibu Peabat Polis Daerah(IPD) Ranau
89300 Ranau, Sabah.

Tuan,
JEMPUTAN CERAMAH KEPADA MURID SEKOLAH: “ANCAMAN GEJALA SOSIAL
MEDIA MASA KINI DAN BULI SERTA LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
JENAYAH”

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

02. Untuk makluman pihak tuan, Unit Disiplin sekolah bercadang menjemput pihak tuan untuk
menyampaikan ceramah dalam pencegahan jenayah untuk murid-murid sekolah rendah.

03. Ceramah ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai kes-
kes jenayah terutamanya kes buli dan pengaruh media sosial yang memberi kesan negatif dan
sering berlaku disekeliling kawasan sekolah.

04. Bagi mencapai objektif di atas pihak tuan dengah hormatnya adalah dijemput untuk memberikan
ceramah pada ketetapan berikut:
Tarikh :21 September 2023
Hari :Khamis
Tempat :Dewan Sk Nalapak
Jam :8.30pagi
05. bagi urusan selanjutnya, pihak tuan boleh berhubung dengan PK HEM SK Nalapak iaitu
En.Md.Suffian Bin Samsir di nombor 013-8754488.

Sekian dan Terima Kasih

“MALAYSIA MADANI”
‘UNGGUL, KONSISTEN DAN LESTARI KE ARAH KECEMERLANGAN’

Saya Yang Menjalankan Amanah;

..........................................
En Jaipin @Josly Bin Kimburon
Guru Besar
Sk. Nalapak Ranau.

Sk.
- Fail Unit Disiplin

You might also like