Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

Nyatakan 3 ciri Negara (3m)


- Mempunyai penduduk yang mendiami sesuatu wilayah secara
tetap
- Mempunyai sempadan yang jelas
- Mempunyai kerajaan yang sistematik dan teratur

2. Huraikan 2 ciri negara berdaulat (4m)


- Berwibawa .Diiktiraf oleh negara lain dan mempunyai hubungan
dengan luar negara
- Merdeka. Tidak dijajah oleh kuasa asing atau negara luar
- Beridentiti. Mempunyai ideologi sendiri dalam mencorak politik
dan sosial negara
- Berkuasa sendiri. Berkeupayaan untuk mengawal hal ehwal dalam
negara tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing

3. Huraikan 3 tanggungjawab kerajaan (6m)


- Menentukan arah pentadbiran Negara. Merancang dan
menyelaraskan pentadbiran Negara
- Menjaga keamanan Negara. Menguatkuasakan undang-undang
- Mengusahakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Menyediakan
pelbagai bentuk perkhidmatan kepada rakyat.
4. Nyatakan 3 tujuan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Mlaysia
(JPPM) (3m)
- - Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia
- - Mengumpulkan sambutan mereka terhdap Malaysia
- - Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan
Malaysia

5. Nyatakan 4 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya


Cobbold (4m)
- Bahasa Melayu akan dijadikan Bahasa Kebangsaan
- Negara baru yang dibentuk akan dinamakan Malaysia
- Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa untuk penentuan dasar
imigresennya
- Perlembagaa baru Malaysia hendaklah berasaskan Perlembagaan
Tanah Melayu

6. Nyatakan 3 ciri negara demokrasi berparlimen (3m)


- Kerajaan atau pemerintah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
- Parti politik yang menang majoriti dalam pilihan raya berhak
membentuk kerajaan
- Rakyat mempunyai perwakilan di Parlimen melalui wakil rakyat
yang dipilih melalui pilihan raya yang diadakan 5 tahun sekali
7. Huraikan 2 perbezaan antara sistem kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Kesatuan (4m)
- Pengaungan negeri. Kerajaan Persekutuan wujudnya
pembahagian kuasa antara gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan
Negeri manakala Kerajaan Kesatuan merupakan gabungan beberapa
buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa
pemerintahan
- Kuasa. Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kuasa mutlak
manakala Kerajaan Kesatuan berkuasa untuk membatalkan undang-
undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri

8. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan konsep negara


yang berdaulatan?
I. Rakyat bebas memilih Ketua Negara
II. Rakyat diwajibkan mengundi
III. Rakyat memilih wakil ke Parlimen
IV. Rakyat berhak menukar kerajaan melalui pilihan raya
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
9. Yang manakah ciri-ciri asas bagi sebuah negara berdaulat?
I. Tidak dijajah oleh kuasa luar
II. Diterajui oleh parti politik tertentu
III. Berupaya menjalin hubungan diplomatic
IV. Diperkukuh oleh system ekonomi yang baik
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

10. Situasi yang manakah yang menjejaskan Malaysia sebagai sebuah


negara yang berdaulat?
I. Kebanjiran pekerja asing tanpa izin dalam negara
II. Percanggahan pendapat antara pemimpin negara
III. Tindakan rakyat yang mengkritik kerajaan
IV. Pencerobohan sempadan perairan negara
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

You might also like