Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

5.

0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan tentang pengaruh persekitaran umum perniagaan kepada


operasi Syarikat McDonald’s di Malaysia , dan menjelaskan peranan internet dalam
meluaskan peluang perniagaan Syarikat McDonald’s di Malaysia dari aspek e-dagang, e-
pemasaran, dan e-recruitment.

5.1 Pengaruh persekitaran umum perniagaan kepada operasi Syarikat McDonald’s

Menurut Mokhtar Pet (2018), persekitaran umum merujuk kepada unsur-unsur


persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan mempengaruhi persekitaran
tugas perniagaan, operasi, serta prestasi perniagaan. Persekitaran umum ini juga membawa
maksud satu set elemen yang mampu mempengaruhi sistem perniagaan walaupun elemen-
elemen ini bukan di bawah kawalan perniagaan. Terdapat pelbagai pengaruh persekitaran
umum perniagaan. Antaranya adalah persekitaran persaingan dan jaringan, persekitaran
teknologi, persekitaran ekonomi, persekitaran sosiobudaya, dan persekitaran politik dan
perundangan.

5.1.1 Persekitaran ekonomi

Persekitaran ekonomi merujuk kepada situasi ekonomi dalam dan luar negara, sistem
ekonomi, pasaran wang dan kadar bunga. Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting
di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaburan. Hal ini melingkari kesemua produk dan
penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan, dan penggunaan. Setiap usahawan perlu
menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional, dan tempatan dimana operasi
perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain
di dalam tiga tahap pada persekitaran ekonomi.

Pada masa ini, harga barangan mentah di pasaran meningkat secara mendadak akibat
ekonomi negara yang tidak stabil. Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi global
yang menyebabkan berlakunya kenaikkan harga barang ( Astro Awani, 2022). Ekonomi yang
meleset ini telah menyebabkan operasi syarikat McDonald’s bercadang untuk menaikkan
harga menu yang telah sedia ada. Salah satu syarikat McDonald’s di Indonesia telah
menaikkan harga menu untuk mengimbangi lonjakan kos komoditi dan modal insan ( First
State Future, 2023). Kenaikkan harga menu ini telah menyebabkan ramai pelanggan
merungut. Hal ini dikatakan demikian kerana segelintir golongan yang kurang
berkemampuan ataupun b40 tidak dapat membeli makanan yang terdapat di restoran
McDonald’s seperti yang sebelumnya. Oleh itu, operasi syarikat McDonald’s haruslah
mengeluarkan menu mampu milik seperti menu rahmah.

5.1.2 Persekitaran politik dan perundangan

Persekitaran poltik merujuk kepada keadaan sesebuah negara yang dipengaruhi


fahaman parti politik yang memerintah (Mokhtar Pet, 2018). Sistem politik yang wujud
adalah seperti demokrasi, komunis, dan laissez-faire. Persekitaran politik ini juga merujuk
kepada keadaan politik yang dapat mempengaruhi sesebuah perniagaan. Seterusnya,
perundangan pula merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
terhadap perniagaan (Mokhtar Pet, 2018). Tujuan perundangan dilaksanakan adalah untuk
melindungi pekerja, pengguna, alam sekitar, dan pengeluar.

Sebelum ini, waktu operasi Syarikat McDonald’s beroperasi selama 24 jam namun
waktu operasi ini terpaksa dipendekkan akibat peraturan baharu yang dikeluarkan oleh pihak
kerajaan iaitu perintah kawalan pergerakkan. Tindakan ini diambil oleh pihak kerajaan bagi
membendung wabak Covid-19 yang sedang menular pada masa itu. Hal ini menyebabkan
syarikat McDonald’s hanya boleh beroperasi selama 16 jam sahaja iaitu dari pukul 6:30 pagi
sehingga 10:00 malam. Menurut Kekanda (2022), kebanyakkan outlet Mcdonald’s di seluruh
Malaysia dibuka selama 24 jam tetapi kini ianya tidak lagi beroperasi sedemikian. Ini
disebabkan bagi mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh pihak
kerajaan dimana waktu pengoperasiaan selama 24 jam bagi kedai, restoran atau kedai-kedai
makan adalah tidak dibenaran disebabkan pandemik Covid-19 yang masih belum reda.

Peraturan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan tersebut telah memberi kesan
terhadap operasi syarikat McDonald’s dari segi hasil jualan. Hal ini dikatakan demikian
kerana waktu operasi mereka dipendekkan jadi hasil jualan mereka tidak sama seperti
sebelum itu. Menurut Intraday (2020), penjualan syarikat McDonald’s mencatatkan
penurunan untung secara mendadak disebabkan oleh penularan wabak coronavirus yang
mengakibatkan operasi syarikat McDonald’s terpaksa dihentikan seketika ketika perintah
berkurung dilaksanakan.

5.1.3 Persekitaran teknologi

Menurut Mokhtar Pet (2018), persekitaran teknologi merujuk kepada kaedah baharu
untuk melakukan sesuatu kerja. Persekitaran teknologi sering dikaitkan dengan penciptaan
kaedah baharu melalui kegiatan dikaitkan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Penggunaan teknologi baharu dapat membantu meningkatkan produktiviti, menjimatkan
masa dan mengurangkan perniagaan.

Teknologi ini turut digunakan oleh operasi Syarikat McDonald’s dimana mereka
menciptakan satu aplikasi syarikat mereka sendiri. Penciptaan aplikasi ini telah memudahkan
pelanggan untuk membuat pesanan melalui dalam talian sahaja. Menurut Ayu Arjuna ( 2022),
semuanya menjadi mudah diuruskan sekiranya menggunakan teknologi. Hanya dengan
memuat turun aplikasi McDonald’s dan seterusnya membuat pesanan menggunakan ciri
Order & Collect pesanan yang dibuat menjadi mudah dan pantas. Menurut Hajar Umira Md
Zaki (2022), dengan ciri baharu Order & Collect pelanggan tidak perlu lagi bersusah-payah
beratur dan menggu untuk membuat pesanan. Selain itu, operasi syarikat McDonald’s turut
menyediakan mesin layan diri atau Self Ordering Kiosk bagi memudahkan lagi operasi
syarikat McDonald’s dalam memudahkan pelanggan membuat pesanan di restoran.
Kemudahan teknologi ini telah menjimatkan masa pelanggan dalam membuat pesanan
sekaligus dapat mengelakkan pelanggan daripada beratur panjang.

Kewujudan teknologi ini telah memberikan kesan yang positif kepada operasi syarikat
McDonald’s. Hal ini dikatakan demikian kerana kewujudan teknologi ini dapat melatih modal
insan menjadi lebih berkesan dalam pekerjaan mereka. Menurut Abangnara (2019), inovatis
teknologi baharu telah membantu pekerja lebih selesa dan cekap.

You might also like