Azizah BT Ibrahim V Sufian Bin Che Mud (2012) 4 SHLR 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

JOBNAME: No Job Name PAGE: 1 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012

//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 1

A Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud

SHARIAH HIGH COURT (KUALA TERENGGANU) — CIVIL CASE


NO 11100–028–0309 OF 2010
B
ROSDI HARUN SHHCJ
27 MAY 2012

C Islamic Law — Custody — Claim — Welfare of child — Defendant never visited


his child after divorce with plaintiff — Defendant never provided maintainance
for his child — Who should be given rights of custody — Administration of Islamic
Family Law 1985 ss 80 & 82 — Shariah Court Civil Procedure Enactment
(Terengganu) 2001 s 121(1)(b)
D
Islamic Law — Appearance before court — Defendant’s failure to attend
proceedings — Whether case proceed without defendant’s presence — Whether
defendant’s failure to present himself to court prevented court from making decision
— Istizhar oath — Shariah Court Civil Procedure (Terengganu) Enactment 2001
E
s 121 (1)(b) — Practice Direction No 1 Year 2003

Islamic Law — Shariah Court — Jurisdiction — Shariah High Court — Custody


— Claim — Whether Shariah High Court competent and had jurisdiction to hear
F and determine claims of child care or child custody claim — Shariah Court
(Terengganu) Enactment 2001 ss 11(3)(b)(iii) & 12(2) — Practice Direction No
2 Year 2002

The plaintiff and defendant were married on 24 November 2007 and had a
G son, Ahmad Ibrahim Adham bin Sufyan. At the date this judgment was
delivered, he was 2 years and 9 months old. The plaintiff was divorced from the
defendant on 26 January 2010. In the statement of claim, the plaintiff was
demanding that the custody rights of the child be given to her as the biological
mother. In this case, the plaintiff did not claim maintenance for the child. Since
H birth, the child had been under the care of the plaintiff. At the time of the
claim, the plaintiff was employed as a teacher while the defendant’s
whereabouts was unknown. Initially, the case was referred to the Majlis Sulh
(‘Conciliation Council’) which had met on 19 September and 6 October 2010.
The Conciliation Council failed because the defendant did not turn up on the
I above two dates. As the summons and statement of claim could not be served
personally on the defendant, the court had ordered that the said documents be
delivered to the respondent by substituted service vide an advertisement in a
local Malay newspaper. During the trial, the defendant failed to appear in
court. The ‘fact in issue’ in this case were as follows: (i) whether the court may
JOBNAME: No Job Name PAGE: 2 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

2 Shariah Law Reports [2012] 4 ShLR

hear and determine the claim without the presence of the defendant, and (ii) A
who has better right to the custody of the child.

Held, approving the plaintiff ’s claim for the custody of the child:
(1) The plaintiff is the biological mother of the child and she was the most B
appropriate person entitled to the custody of the child who was still of
tender age according to the hierarchy of persons pursuant to s 80 of the
Administration of Islamic Family Law (Terengganu) Enactment 1985
(‘Enactment’) (see para 37).
(2) The plaintiff also met the requirements as a haadin or guardian. The C
plaintiff was a sane Muslim, of full age, of good character and has not
been convicted of any criminal offence. She was currently employed as
a teacher with an income of RM3,500 per month. Further, the plaintiff
and the child lived with her mother, who was also the grandmother of
the child in the Kuala Terengganu. The house has seven bedrooms and D
four bathrooms with close proximity with other houses in the
neighborhood, a safe and secure place to live in. When the plaintiff was
at work, the child would be placed under the care of a nanny, the
plaintiff ’s cousin (see para 40).
E
(3) There are no reasons or circumstances that could cause the plaintiff to
lose her eligibility as a haadinah. The plaintiff did not fall within the
five situations outlined in s 82 of the Enactment. Further, the plaintiff,
since her divorce with the defendant, had not remarried. Even if the
plaintiff was married, her custodial right would not be relinquished if F
the welfare of the child would be well served by giving the custody to
the plaintiff (see para 42).

[Bahasa Malaysia summary


Plaintif dan defendan telah berkahwin pada 24 November 2007 dan hasil G
perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Ibrahim
Adham bin Sufian, yang mana semasa penghakiman ini dibuat, berumur 2
tahun 9 bulan. Plaintif telah bercerai dengan defendan pada 26 Januari 2010.
Dalam penyataan tuntutan, plaintif hanya menuntut supaya anak tersebut
diberikan hak jagaannya sebagai ibu kandung. Dalam kes ini, plaintif tidak H
menuntut nafkah bagi anak tersebut. Anak tersebut sejak dilahirkan berada
dalam jagaan plaintif. Plaintif pada masa tuntutan ini bekerja sebagai guru
manakala defendan pada tuntuan ini berjalan tidak dapat diketahui berada di
mana. Pada awalnya kes ini dirujuk ke Majlis Sulh yang mana Majlis Sulh telah
bersidang pada 19 September dan 6 Oktober 2010. Majlis Sulh tersebut gagal I
kerana defendan gagal menghadirkan diri pada kedua-dua tarikh. Oleh kerana
saman dan pernyataan tuntutan tidak dapat diserahkan secara kediri defendan,
mahkamah telah memerintahkan agar saman dan pernyataan tuntutan
diserahkan kepada responden secara penyampaian ganti dengan mengiklankan
JOBNAME: No Job Name PAGE: 3 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 3

A kedua-duanya di dalam salah satu akhbar tempatan berbahasa Melayu.


Sepanjang tempoh perbicaraan defendan gagal hadir ke mahkamah. Perkara
yang menjadi ‘fakta persoalan’ di dalam kes ini ialah: (i) sama ada mahkamah
boleh mendengar dan memutuskan tuntutan ini tanpa kehadiran defendan;
dan (ii) siapakah hak penjagaan kanak-kanak itu patut diserahkan.
B
Diputuskan, meluluskan tuntutan plaintif untuk hak jagaan anak:
(1) Plaintif adalah merupakan ibu kandung anak tersebut dan beliau
adalah orang yang paling berhak menjaga anak tersebut yang masih
C kecil sebagaimana hiraki kedudukan yang telah ditetapkan s 80
Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu)
1985 (‘Enakmen’) (lihat perenggan 37).
(2) Plaintif juga telah memenuhi syarat-syarat sebagai seorang haadin atau
D penjaga. Plaintif merupakan seorang Muslimah yang berakal, cukup
umur, berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan apa-apa
kesalahan jenayah. Plaintif sekarang ini seorang guru dengan
pendapatan sebanyak RM3,500 sebulan. Plaintif dan anak tersebut
tinggal bersama ibunya yang juga nenek kepada anak tersebut di Kuala
E Terengganu. Rumah tersebut mempunyai tujuh bilik tidur dan empat
bilik air dan berhampiran dengan kawasan orang ramai serta selamat
untuk didiami. Semasa plaintif bekerja anak tersebut akan diletakkan
di bawah jagaan sepupu plaintif yang bekerja sebagai pengasuh (lihat
perenggan 40).
F
(3) Tidak ada sebab atau keadaan yang menyebabkan plaintif hilang
kelayakan sebagai seorang haadinah. Tiada satu sebab daripada lima
sebab atau situasi yang digariskan dalam s 82 Enakmen wujud pada
plaintif. Plaintif dalam kes ini belum berkahwin lagi setelah bercerai
G dengan defendan. Sekalipun plaintif berkahwin, hak jagaaan masih
belum gugur sekiranya kemaslahatan anak tersebut lebih terpelihara di
bawah jagaan plaintif (lihat perenggan 42).]

Notes
H
For cases on jurisdiction, see 8(1) Mallal’s Digest (4th Ed, 2011 Reissue) paras
766–773.

Cases referred to
I Halimah lwn Mohamad Nasir [JH Jld II Bhg I dan II (1402/1981–1982)] 292
(refd)
Mohamad Salleh lwn Azizah (1984) 4 JH 212 (refd)
Noor Liza Abdul Latif lwn Mohammad Asri Ismail [Laporan Syariah 2007] 478,
Shariah High Court Pulau Pinang (refd)
JOBNAME: No Job Name PAGE: 4 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

4 Shariah Law Reports [2012] 4 ShLR

Legislation referred to A
Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 ss 11(3), 12(2), 11(3)(b)(iii)
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 ss 54,
121(1)(b)
Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 ss
47, 80, 80(2), 81, 82, 85(2) B

Book referred to
Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu by Dr Wahbah al-Zuhaili, Juz 7, (3rd Ed),
1409H/1989M, pp 726–729
Fiqh al-Sunnah by Sayed Sabiq, Vol 8 C
I’aanah al-Talibin by Al-Sayyid al-Bakri Ibn al-Sayyid Muhammad Shatho
al-Dimyaatti, Darul Fikr, Beirut, Labenon, (1st Ed), 1418H/ 1997M, Juz
IV, p 238
Mughni al-Muhtaj by As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Vol 3,
Juz3, Darul Fikir, p 425 D
Nizaam al-Qada’ fi al-Shari’ah al-Islamiyyah by Dr Abdul Karim Zaidan,
Muassah al-Risalah, Beirut, Lebanon, (3rd Ed), 1418H/1997M, p 39
Sunan Abi Daud, Juz 2, Kitab Al-Talaq, Hadith 2276, p 283
Salwa bt Mansor (Ahmad Shabuddin & Co) for the plaintiff. E
Defendant not present.

Rosdi Harun ShHCJ:

F
[1] Atas tuntutan plaintif, tuntutan ini dipanggil untuk perbicaraan di
dalam mahkamah terbuka, dengan kehadiran plaintif, Azizah bt Ibrahim yang
diwakili oleh peguam syarienya, Puan Salwa bt Mansor dari Tetuan Ahmad
Shahabuddin & Co di alamat No 304 & 305 Tingkat 3, Wisma Kokitab, Jalan
Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu. Manakala defendan, G
Sufian bin Che Mud tidak hadir. maka pada hari ini yang arif hakim telah
membuat penghakiman seperti berikut:

[2] Kes dihadapan saya ini adalah suatu tuntutan untuk mensabitkan hak
jagaan anak di bawah s 80 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga H
Islam (Terengganu) 1985 yang difailkan oleh Azizah bt Ibrahim, No KP:
750119–11–5650, plaintif terhadap Sufian bin Che Mud, No KP:
710811–03–5191, defendan yang juga bekas suaminya.

[3] Fakta bahawa Azizah bt Ibrahim, plaintif telah melangsungkan I


perkahwinan dengan Sufian bin Che Mud, Defendan pada 24/11/2007 di
rumah ibu bapa plaintif di No 18 Kg Mengabang Tengah, Jalan Budiman Batu
Burok. Plaintif telah bercerai kali pertama raj‘ie dengan defendan pada 26
Januari 2010 melalui kes Saman No: 11500–057–0289 Tahun 2009,
JOBNAME: No Job Name PAGE: 5 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 5

A Permohonan Perceraian di bawah ta’liq berdasarkan s 47 Enakmen


Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 di
Mahkamah Rendah Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Hasil
perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang mana
keterangannya seperti berikut:
B
Nama : Ahmad Ibrahim Adham bin Sufian
No. Sijil Kelahiran : CD 60485
No. Mykid : 090808–11–0133
Tarikh Lahir : 08/08/2009
C
(‘Anak Tersebut’)

[4] Dalam penyataan tuntutan, plaintif hanya menuntut supaya anak


D tersebut diberikan hak jagaannya sebagai ibu kandung. Dalam kes ini, plaintif
tidak menuntut nafkah bagi anak tersebut. Anak tersebut sejak dilahirkan
berada dalam jagaan plaintif. Plaintif sekarang tinggal di No 421-C, Lorong
Budiman, Mengabang Tengah, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu bersama
anak tersebut dan ibunya. Plaintif pada masa tuntutan ini bekerja sebagai guru
E
di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Payung, Marang, Terengganu dengan
pendapatan sebanyak RM3,500 sebulan. Manakala defendan pada tuntutan
ini berjalan tidak dapat diketahui berada di mana. Beliau berasal dari Lot 818,
Kampung Kor Beta, 15100 Kota Bharu, Kelantan.
F
[5] Permohonan Penyampaian Saman di Luar Bidangkuasa berdasarkan s 54
Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah dibuat
oleh plaintif melalui peguam syarienya oleh kerana defendan yang juga bekas
suaminya berada di Lot 818, Kampung Kor Beta, 15100 Kota Bharu, Kelantan
G dan perintah tersebut telah diluluskan oleh mahkamah pada 1 September
2010. Namun, penyampaian saman telah dilaksanakan secara gantian kepada
adik defendan yang bernama Sarwati bt Che Mud, No KP: 780609–03–5458
berdasarkan Laporan Affidavit Penghantar Notis/Saman Negeri Kelantan,
Muhammad Kassim bin Abdullah. Menurut adik defendan, defendan tinggal
H di tempat lain. Kes ini pada awalnya dirujuk ke Majlis Sulh yang mana Majlis
Sulh telah bersidang pada 19 September dan 6 Oktober 2010. Pegawai Sulh
yang mengendalikan kes ini ialah Puan Nurul Huda bt Abdul Rahman.
Menurut laporan Majlis Sulh, Majlis Sulh tersebut gagal kerana defendan gagal
menghadirkan diri pada kedua-dua tarikh.
I
[6] Oleh kerana saman dan pernyataan tuntutan tidak dapat diserahkan
secara ke diri defendan, pada 9 Oktober 2011, mahkamah memerintahkan
supaya saman bertarikh 20 Disember 2011 dan pernyataan tuntutan bertarikh
7 September 2010 diserahkan kepada responden secara penyampaian ganti
JOBNAME: No Job Name PAGE: 6 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

6 Shariah Law Reports [2012] 4 ShLR

dengan mengiklankan kedua-duanya di dalam salah satu akhbar tempatan A


berbahasa Melayu. Mahkamah memerintahkan juga bahawa penyampaian
tersebut dianggap baik dan sempurna tujuh hari dari tarikh pengiklanan.

[7] Saman terhadap defendan telah dilaksanakan secara penyampaian ganti


dengan mengiklankan di surat khabar Harian Metro pada Selasa, 6 Disember B
2011. Dalam notis tersebut defendan diminta hadir ke Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Terengganu pada 20 Disember 2011 jam 9.00 pagi bagi
perbicaraan tuntutan hadhanah yang difailkan oleh plaintif.
C
[8] Sepanjang tempoh perbicaraan defendan gagal hadir ke mahkamah.
Mahkamah yang mulia telah menggunakan kuasa yang diperuntukkan di
bawah s 121(1)(b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu)
2001. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada
pihak peguam yang telah memberi sumbangan dan buah fikiran bagi
D
membantu menyelesaikankan kes ini. Mahkamah berpuas hati bahawa perkara
yang menjadi ‘fakta persoalan’ di dalam kes ini ialah;
(a) Bidang kuasa mahkamah;
(b) Penghakiman tanpa kehadiran defendan; dan
E
(c) Hak penjagaan anak tersebut.

[9] Di dalam tuntutan hadhanah ini, Mahkamah Tinggi Syariah


berbidangkuasa mendengar dan memutuskan kes hadhanah ini berdasarkan s
11(3)(b)(iii) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 iaitu: F

Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah —

(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan


yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di G
bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain
yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan
terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa
hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan
H
(b) dalam bidangkuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding jika semua pihak dalam tindakan atau
prosiding itu adalah orang Islam dan tindakan atau prosiding itu
adalah berhubungan dengan —
I
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran
perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman
(faraq) atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan
perhubungan antara suami isteri;
JOBNAME: No Job Name PAGE: 7 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 7

A (ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit


daripada mana-mana perkara yang dinyatakan dalam
subperenggan (i);

(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan


B atau jagaan (hadhanah) budak-budak;

(iv) pembahagian atau tuntutan harta sepencarian;

(v) wasiat atau alang semasa marad-al-maut;


C

(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa


balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang, oleh
seorang orang Islam;
D
(vii) wakaf atau nazar;

(viii) pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau tak


berwasiat;
E
(ix) penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta
pusaka seseorang si mati yang beragama Islam atau
bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu
berhak;
F
(x) pengisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi orang Islam;

(xi) pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah


G seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya; dan

(xii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa


diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

H [10] Subseksyen 12(2) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001


pula memperuntukkan:
Mahkamah Rendah Syariah hendaklah —

I
(a) dalam bidangkuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan
yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di
bawah Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain
yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun
agama Islam yang baginya hukuman maksimun yang diperuntukkan
JOBNAME: No Job Name PAGE: 8 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

8 Shariah Law Reports [2012] 4 ShLR

oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak A


melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh dua
tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana
hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua B


tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa
untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal
perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit
atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan
hadhanah atau harta sepencarian). C

[11] Juga sebagaimana Arahan Amalan No 2 Tahun 2002 yang berbunyi:

… kes–kes yang melibatkan tuntutan Hadhanah, Harta Sepencarian tak alih dan D
permohonan ex-parte hendaklah dimulakan prosiding di Mahkamah Tinggi
Syariah.

[12] Mengikut hukum syarak, sebagaimana yang dijelaskan dalam Kitab


E
Nizaam al-Qada’ fi al-Shari’ah al-Islamiyyah, oleh Dr Abdul Karim Zaidan,
terbitan Muassah al-Risalah, Beirut, Lebanon, cetakan ketiga, 1418H/1997M,
ms 39, menyebut:
Maksudnya:
F
Dan apabila khalifah menentukan seorang qadi dengan had-had tertentu seperti
had tempat atau masa atau jenis kes pertikaian atau jenis pihak-pihak bertikai,
maka taqlid kehakiman bagi hakim tersebut adalah taqlid khas.

G
[13] Bidang kuasa al-taqlid al-khas ini bertepatan sebagaimana sub-s 11(3)
Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 telah memperuntukkan
bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Mengikut hukum syarak peruntukan
undang-undang yang berjalan kuat kuasanya di dalam negeri ini pada masa
sekarang, saya berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu H
adalah mahkamah yang berkompeten dan mempunyai bidang kuasa
mendengar dan memutuskan tuntutan penjagaan kanak-kanak atau tuntutan
hadhanah dan lain-lain tuntutan yang terbit daripadanya.

[14] Setelah jelas persoalan mengenai bidang kuasa, sekarang timbul pula isu I
mengenai adakah mahkamah ini boleh mendengar dan memutuskan tuntutan
ini tanpa kehadiran defendan?. Defendan dalam kes ini tidak pernah hadir
sejak bermulanya prosiding mahkamah pada 19 September 2010 sehinggalah
keputusan diputuskan pada 27 Mei 2012. Ketidakhadiran defendan
JOBNAME: No Job Name PAGE: 9 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 9

A menyebabkan kes ini berlanjutan masa hampir setahun setengah untuk


diselesaikan selain daripada menghabiskan masa mahkamah dan pihak
plaintif.

[15] Saman telah dibuat kepada defendan berdasarkan alamat terakhirnya di


B Lot 818, Kampung Kor Beta, 15100 Kota Bharu, Kelantan Namun,
Penyampaian Saman telah dilaksanakan secara gantian kepada adik defendan
yang bernama Sarwati bt Che Mud, No KP: 780609–03–5458 berdasarkan
Laporan Affidavit Penghantar Notis/Saman Negeri Kelantan, Muhammad
Kassim bin Abdullah pada 19 September 2010. Penyampaian ini tidak
C dianggap sempurna kerana saman tersebut tidak sampai ke diri defendan. Ini
sebagaimana s 41(1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu)
2001:
(1) Tertakluk kepada Bahagian ini, sesuatu saman atau dokumen lain hendaklah
D disampaikan ke diri, dan hendaklah dilaksanakan dengan menyerahkan saman
atau dokumen lain itu, atau dengan mengemukakannya untuk diperiksa dan
menyerahkan suatu salinan saman atau dokumen lain itu, kepada orang yang
kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan

E [16] Kemudiannya, saman terhadap defendan telah dilaksanakan secara


penyampaian ganti dengan mengiklankan di surat khabar Harian Metro pada
Selasa, 6 Disember 2011 dengan defendan diminta hadir ke Mahkamah Tinggi
Syariah Negeri Terengganu pada 20 Disember 2011 jam 9.00 pagi bagi
perbicaraan tuntutan hadhanah yang difailkan oleh plaintif. Mengenai
F penyampaian ganti ini, mahkamah bertindak sebagaimana peruntukan s 48,
Enakmen yang sama yang berbunyi:

(1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-apa alasan yang
G mencukupi saman atau dokumen lain itu tidak dapat disampaikan
dengan cara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman
atau dokumen lain itu disampaikan dengan cara menampalkan
suatu salinannya di papan kenyataan Mahkamah dan juga di suatu
tempat yang mudah dilihat dan di bangunan tempat orang yang
kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan terakhir
H diketahui tinggal, atau mengikut apa-apa cara lain yang difikirkan
patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh juga, dalam mana-mana hal yang termasuk dalam
subseksyen (1), membuat perintah supaya penyampaian dibuat
I melalui iklan dalam mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang
difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3) Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti


penyampaian ke diri.
JOBNAME: No Job Name PAGE: 10 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

10 Shariah Law Reports [2012] 4 ShLR

(4) Dalam hal penyampaian ganti, Mahkamah hendaklah, jika perlu, A


menetapkan masa bagi pihak yang berkenaan itu hadir di
Mahkamah.

(5) Tiada perintah bagi penyampaian ganti boleh dibuat berkenaan


dengan — B

(a) sesuatu sepina; atau

(b) apa-apa dokumen yang memulakan prosiding bagi C


penangkapan atau pengkomitan mana-mana orang.

(6) Apa-apa permohonan bagi mendapatkan perintah di bawah seksyen


ini hendaklah disokong dengan afidavit yang menyatakan fakta yang
menjadi asas permohonan itu. D

[17] Berbalik kepada persoalan bolehkah kes ini diteruskan tanpa kehadiran
defendan, mahkamah merujuk kepada s 121(1)(b) Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 membenarkan pendengaran dan E
penghakiman walaupun tanpa kehadiran defendan setelah penyampaian
saman dibuat kepada defendan dan meminta supaya plaintif mengangkat
sumpah istizhar.

(1) Jika apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran — F

(a) …

(b) defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti G


penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu
tanpa kehadirannya; atau

(c) …
H
(2) Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman
mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (1)(b) atau tuntutan balas
defendan di bawah perenggan (1)(c), mengarahkan plaintif atau defendan,
mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.
I
[18] Manakala dari sudut hukum syarak pula, sebenarnya telah lama
disentuh oleh perundangan Islam dalam kitab-kitab ulama’. Bahkan dalam
hadith Rasulullah SAW sendiri berkaitan dengan hak jagaan anak, Rasulullah
SAW telah membuat penghakiman setelah mendengar dakwaan pengadu
JOBNAME: No Job Name PAGE: 11 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 11

A tanpa kehadiran pihak yang satu lagi. Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Amru
bin Syu‘aib daripada ayahnya yang diterima daripada datuknya, Abdullah bin
‘Amru, berbunyi:
Maksudnya:
B Bahawa Rasulullah SAW telah didatangi seorang perempuan lalu perempuan itu
mengadu kepadanya, ‘ Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini dulu dalam
perut ku dia bernaung, lambung ku ini tempat dia menyusu, dan pangkuan ku ini
tempat dia berlindung, sesungguhnya bapanya telah menceraikan ku dan dia
bermaksud merampas anak ku ini dari ku,’ lalu Rasulullah SAW bersabda kepada
C perempuan itu, ‘Engkau lebih berhak padanya selama engkau tidak bernikah lain’.

Sunan Abi Daud, Juz Kedua, Kitab Al-Talaq, Hadith 2276, ms 283.

[19] Selain daripada itu, hadith yang diriwayatkan oleh Abi Musa Asya’ri
katanya: Maksudnya:
D
Apabila dihadapkan dua orang yang bertelingkah dihadapan Baginda Rasulullah
SAW kemudian perbicaraan tersebut ditangguhkan pada keesokkan harinya, Pada
keesokkan harinya hanya satu pihak sahaja yang hadir, maka Baginda Rasulullah
terus memutuskan penghakimannya kepada yang hadir.
E
[20] Para ulama’ perundangan Islam menggariskan panduan sekiranya
defendan ghaib atau enggan hadir ke mahkamah untuk menjawab tuntutan
plaintif. Dalam Kitab I’aanah al-Talibin, oleh Al-Sayyid al-Bakri Ibn al-Sayyid
Muhammad Shatho al-Dimyaatti, (selesai karangan kitab ini pada hari Isnin,
F
23 Shawwal 1300), cetakan Darul Fikr, Beirut, Labenon, cetakan pertama
1418H/ 1997M, Juz IV, ms 238 menyatakan:
Yang beerti:
Dan penghakiman ke atas pihak yang ghaib dalam negeri sekalipun jika si ghaib itu
G berada di luar kawasan wilayah Hakim atau ghaib dari majlis penghakiman kerana
menyembunyikan diri (sebab takut) atau tidak mengendahkan panggilan hadir ke
mahkamah secara degil, maka adalah harus diteruskan dakwaan (prosiding kes)
bagi dakwaan selain hak Allah dengan syarat pihak yang menuntut itu mempunyai
hujah dan dia tidak menyatakan bahawa pihak yang dituntut mengakui terhadap
H tuntutannya bahkan pihak yang dituntut mengingkari terhadap tuntutannya.

[21] Manakala Dr Abdul Karim Zaidan menyatakan dalam kitabnya Nizam


al-Qadha fi al-Syariah al-Islamiyyah terbitan Muassah al-Risalah, Beirut,
Lebanon, cetakan ketiga, 1418H/1997M, ms 39, menyebut hlm 153:
I
Yang beerti:
Apabila pihak yang kena tuntut berterusan tidak mahu hadir, Hakim boleh
meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran pihak yang kena tuntut. Maka Hakim
akan menyoal tentang bukti dari pihak yang menuntut, sekiranya dia berkata ‘saya
JOBNAME: No Job Name PAGE: 12 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

12 Shariah Law Reports [2012] 4 ShLR

mempunyai hujah’, Hakim akan memintanya supaya menjelaskan dakwaannya A


dan mendengar keterangan daripadanya.

[22] Dalam kes Noor Liza Abdul Latif lwn Mohammad Asri Ismail, [Laporan
Syariah 2007] ms 478, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, plaintif dan
B
defendan dalam kes ini telah bercerai dan berikutnya plaintif menuntut
daripada defendan hak jagaan anak dan saraan bagi kedua anak mereka yang
masih kecil, serta nafkah iddah sebanyak RM2,500 dan muta’ah sebanyak
RM8,000. Fakta menunjukkan bahawa walaupun penyampaian
dokumen-dokumen kausa terhadapnya telah disempurnakan, defendan gagal
C
menghadirkan diri untuk perbicaraan pada tarikh yang ditetapkan. Plaintif
memohon supaya perbicaraan diteruskan tanpa kehadiran defendan.
Mahkamah memutuskan berdasarkan nas undang-undang, hukum syarak dan
fakta kes, mahkamah boleh dan harus mendengar dan memutuskan
permohonan plaintif walaupun defendan tidak hadir.
D

[23] Seterusnya mahkamah merujuk kes Halimah lwn Mohamad Nasir [JH
Jld II Bhg I dan II (1402/1981–1982)] hlm 292 berkenaan dengan tuntutan
cerai ta’liq. Mahkamah di dalam kes ini telah meneruskan prosiding walaupun
tanpa kehadiran defendan, setelah usaha untuk mengesan kedudukan E
defendan gagal sehingga menyebabkan saman gagal dan notis telah diiklankan
di akhbar. Plaintif telah mengemukakan dua orang saksi dan setelah
keterangan diberikan, mahkamah telah mengajukan pertanyaan kepada
plaintif sama ada bersedia untuk bersumpah istizhar di atas tuntutan dan
keterangan yang diberikan. Plaintif kemudiannya bersumpah istizhar, oleh itu F
mahkamah memberikan keputusan.

[24] Dalam kes ini, Sufian bin Che Mud, defendan dalam kes ini tidak
pernah hadir sejak bermulanya prosiding sehinggalah keputusan diputuskan.
Pihak plaintif boleh meneruskan kes beliau dengan mengemukan keterangan G
dan hujah terhadap tuntutannya berserta sumpah istizhar sebelum keputusan
dibuat untuk mengelakkan tohmah. Ini sebagaimana Arahan Amalan No 1
Tahun 2003 yang berbunyi:

penggunaan sumpah istizhar dalam kes Mal dengan ketidakhadiran Defendan dan H
Mahkamah setelah mendengar semua keterangan dan hujah Plaintif dan untuk
mengelakkan tohmah maka Mahkamah hendaklah sebelum membuat keputusan
bagi Plaintif memerlukan Plaintif mengangkat Sumpah Istizhar.

[25] Berdasarkan hukum syarak dan undang-undang dan kes-kes yang telah I
diputuskan, mahkamah boleh mendengar dan memutuskan tuntutan plaintif
tanpa kehadiran defendan dan kegagalan defendan menghadirkan diri ke
mahkamah tidak menghalang mahkamah ini daripada membuat keputusan
dalam kes ini.
JOBNAME: No Job Name PAGE: 13 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 13

A [26] Dalam menganalisa fakta persoalan ketiga di dalam kes ini; iaitu hak
penjagaan kanak-kanak, mahkamah berpendapat fakta persoalan ini
mengandungi dua isu; iaitu pertamanya apakah yang dimaksudkan dengan
hak penjagaan kanak-kanak atau hadhanah (atau dalam Enakmen
Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985 dieja dengan
B hadanah)?; dan kedua, isu untuk menentukan kepada siapakah hak penjagaan
kanak-kanak itu patut diserahkan.

[27] Mahkamah merujuk apakah yang diertikan hak penjagaan


kanak-kanak atau dikenali juga dengan sebutan hadhanah mengikut hukum
C syarak dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa pada masa ini.
Mengenai peruntukan undang-undang, pada masa ini belum ada tafsiran
berkanun bagi perkataan hadhanah atau hadanah. Walaupun begitu di dalam
sub-s 11(3)(b)(iii) Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001, yang
memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidang
D kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding
jika semua pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang Islam dan
tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan dengan; antaranya
termasuklah penjagaan atau jagaan (hadhanah) budak-budak. Subseksyen
80(2) Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu)
E 1985 pula antara lain memperuntukkan hadanah sama ertinya dengan
penjagaan anak.

[28] Sehingga hari ini, masih belum ada perintah hak penjagaan
F
kanak-kanak daripada mana-mana mahkamah ke atas anak yang plaintif
tuntut hak penjagaannya ini. Plaintif menuntut hak penjagaan kanak-kanak
yang bernama Ahmad Ibrahim Adham bin Sufian, No Mykid:
090808–11–0133 hasil perkongsian hidupnya dengan defendan. Tuntutan
plaintif ini menepati takrifan hak jagaan anak atau hadhanah atau hadanah
G
sebagaimana peruntukan undang-undang di atas.

[29] Manakala mengikut hukum syarak pula, mahkamah terlebih dahulu


merujuk kepada hadith Rasulullah SAW yang telah disebutkan sebelum ini
yang mana menjadi asas kepada isu hak jagaan anak. Hadith yang diriwayatkan
H oleh ‘Amru bin Syu‘aib daripada ayahnya yang diterima daripada datuknya,
Abdullah bin ‘Amru, berbunyi:

Maksudnya:
Bahawa Rasulullah SAW telah didatangi seorang perempuan lalu perempuan itu
I mengadu kepadanya, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini dulu dalam
perut ku dia bernaung, lambung ku ini tempat dia menyusu, dan pangkuan ku ini
tempat dia berlindung, sesungguhnya bapanya telah menceraikan ku dan dia
bermaksud merampas anak ku ini dari ku,’ lalu Rasulullah SAW bersabda kepada
perempuan itu, ‘Engkau lebih berhak padanya selama engkau tidak bernikah lain’.
JOBNAME: No Job Name PAGE: 14 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

14 Shariah Law Reports [2012] 4 ShLR

Sunan Abi Daud, Juz Kedua, Kitab Al-Talaq, Hadith 2276, ms 283 A

[30] Hadith yang tersebut di atas difahami bahawa di dalam perkara


penjagaan kanak-kanak atau hadhanah, persoalan kebajikan anak itu
diutamakan. Oleh kerana hadith di atas menggambarkan kesanggupan si ibu
dalam memelihara anaknya dan dia masih belum mempunyai tanggungjawab B
lain sebagai isteri, Rasulullah telah membuat keputusan supaya anak itu kekal
di dalam jagaan ibu kanak-kanak berkenaan. Dalam kes ini, plaintif seorang
ibu kepada anak tersebut telah mengadu kepada mahkamah ini dan dalam
keterangannya mengatakan kesanggupannya untuk menjaga anak tersebut
dalam masa yang sama defendan yang juga bapa kepada anak tersebut tidak C
pernah menjenguk anak tersebut selepas mereka bercerai pada 26 Januari 2010
dan tidak pernah memberikan nafkah kepada anak tersebut.

[31] As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, (meninggal dunia


dalam tahun 977 Hijrah), di dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj, Jil Ketiga, Juz D
Ketiga, cetakan Darul Fikir, pada ms 425 ada menyebut takrifan al-hadhanah
sebagaimana berikut:
Yang beerti:
E
Hadhanah dari segi syarak bererti tanggungjawab menjaga seseorang yang tidak
mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak
mampu membuat pemilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk,
seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggung jawab
memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan
mereka berjaya menjadi manusia yang baik, serta tanggung jawab memberi makan F
minum dan seumpamanya kepada mereka.

[32] Di dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji, oleh Dr Mustofa Al-Khin dan


lain-lain, Jil Kedua, cetakan kelima, 1424H/ 2003M, Darul Qalam, Damsyek, G
Syria, ms 181 ada menyebut:
Yang beerti:
Hadhanah dari segi istilah syarak ialah menjaga seseorang yang tidak dapat
menguruskan dirinya dan mendidiknya dengan pelbagai kaedah yang
H
mendatangkan kebaikan kepadanya sesuai dengan perkembangannya. Bagi
kanak-kanak kecil hadhanahnya berakhir sehingga mencapai umur mumayyiz.
Menjaga dan mendidik kanak-kanak selepas umur mumayyiz sehingga mencapai
umur baligh, tidak dinamakan hadhanah tetapi dinamakan kafalah.
I
[33] Dalam kes ini, anak tersebut, Ahmad Ibrahim Adham bin Sufian, No
Mykid: 090808–11–0133 adalah seorang yang masih belum mampu
menguruskan dirinya sendiri kerana semasa penghakiman ini dibuat berumur
2 tahun 9 bulan lebih dan penjagaannya diserahkan kepada penjaganya yang
JOBNAME: No Job Name PAGE: 15 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 15

A akan ditentukan oleh mahkamah. Oleh yang demikian isu pengertian


hadhanah atau hak penjagaan kanak-kanak telah terjawab.

[34] Sekarang timbul pula isu kedua dalam fakta persoalan ketiga; iaitu
menentukan kepada siapakah hak penjagaan kanak-kanak patut diserahkan?
B Telah dikanunkan dalam Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga
Islam (Terengganu) 1985, s 80 berkaitan orang-orang yang berhak menjaga
kanak-kanak:
(1) Tertakluk kepada seksyen 81, ibu adalah yang paling berhak dari segala orang
C bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga
selepas perkahwinannya dibubarkan.
(2) Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu adalah hilang kelayakan di bawah
Hukum Syara’ dari mempunyai hak terhadap hadanah atau penjagaan anaknya,
maka hak itu, tertakluk kepada subseksyen (3), hendaklah berpindah kepada salah
D seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;

(b) bapa;
E
(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;

(d) saudara perempuan seibu sebapa;


F
(e) saudara perempuan seibu;

(f ) saudara perempuan sebapa;

G (g) emak saudara sebelah ibu;

[35] Mengikut hukum syarak pula, di dalam Kitab Al-Umm oleh Imam
Shafie, (150 hingga 204 Hijriah), Jil Ketiga, Juz Kelima, cetakan Darul
H Mukrifah, Beirut, Lebanon, di ms 92 ada disebut:
Maksudnya:
Al-Shafie berkata,‘Apabila berpisah kedua ibu bapa dan kedua-dua nya berada di
dalam satu qaryah, maka ibu adalah lebih berhak terhadap anaknya selama dia
I belum berkahwin lain dan semasa anak itu masih kecil. Sekiranya anak itu
mencapai umur tujuh tahun atau lapan tahun dan dia mempunyai kesempurnaan
akal, anak itu disuruh membuat pilihan penjaganya diantara bapanya atau ibunya
dan anak itu hendaklah bersama dengan penjaga pilihannya itu, sekiranya dia
memilih ibunya maka tanggungjawab nafkah ke atas bapanya dan bapa tidak boleh
dihalang daripada mendidiknya’
JOBNAME: No Job Name PAGE: 16 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

16 Shariah Law Reports [2012] 4 ShLR

[36] Di dalam Kitab Kifayatul al-Akhyar, karangan Al-Imam Taqiyuddin A


Abi Bakar bin Muhammad, (ulama pengikut Mazhab Shafie kurun kesembilan
Hijrah), Juz 2, ms 93, cetakan Sulaiman Marie, Singapura, ada menyebut:
Yang beerti:
Hadhanah adalah sejenis kuasa, kecuali atas sebab-sebab yang tertentu, diberi B
kepada perempuan kerana mereka lebih menaruh kasih sayang kepada
kanak-kanak, lebih tepat untuk mendidiknya, lebih sabar dalam melaksanakan
tugas memelihara kanak-kanak dan perempuan juga sentiasa lebih banyak bergaul
dengan kanak-kanak. Pembiayaan hadhanah tertanggung ke atas bapa kerana
pembiayaan hadonah itu adalah diperlukan sama seperti nafkah. Apabila seseorang C
lelaki bercerai dengan isterinya, ibu (isteri itu) adalah lebih berhak mendapat hak
hadonah anak pasangan itu daripada bapa anak itu, dan daripada wanita-wanita
yang lain dengan beberapa syarat.

[37] Dalam kes ini, Azizah bt Ibrahim, plaintif adalah merupakan ibu D
kandung kepada Ahmad Ibrahim Adham bin Sufian, anak tersebut.
Kedudukan plaintif sebagai ibu adalah orang yang paling berhak menjaga anak
tersebut yang masih kecil iaitu berumur 2 tahun 9 bulan lebih sebagaimana
hirarki kedudukan yang telah ditetapkan s 80 Enakmen Undang-Undang
Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985. E

[38] Mengenai syarat-syarat hadinah, diperuntukkan di dalam s 81,


Enakmen yang sama memperuntukkan:

Hadinah, iaitu, perempuan yang mempunyai hak mendidik kanak-kanak, adalah F


berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika —

(a) dia adalah seorang Islam;


G
(b) dia adalah sempurna akal;

(c) dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu
jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak
itu; H

(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan

(e) dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin I


menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

[39] Syarat-syarat penjaga atau haadin atau haadinah mengikut hukum


syarak, sebagai mana pendapat Mazhab Shafie yang disebut di dalam Kitab
JOBNAME: No Job Name PAGE: 17 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 17

A Al-Fiqhul Islami wa-Adillatuhu, oleh Dr Wahbah Al-Zuhaili, Juz Ketujuh,


cetakan ketiga, 1409H/1989M, ms 726–729:
Syarat-syarat umum haadin (pihak yang diberi hak penjagaan anak) ialah;

B 1) dia cukup umur, kanak-kanak tidak berhak menjadi haadin;

2) dia adalah sempurna akal;

C 3) dia berkeupayaan mendidik kanak-kanak;

4) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah; dan

5) dia adalah seorang Islam.


D
Manakala syarat-syarat khas haadinah pula ialah:

1) dia masih belum berkahwin dengan lelaki lain yang tidak ada
hubungan waris dengan si anak;
E
2) dia adalah terdiri daripada kerabat terdekat kepada anak; dan

3) dia boleh menyusukan anak.

F
[40] Mahkamah juga berpuas hati bahawa plaintif memenuhi syarat-syarat
sebagai seorang haadin atau penjaga. Plaintif merupakan seorang muslimah
yang berakal, cukup umur, berkelakuan baik dan tidak pernah disabitkan
apa-apa kesalahan jenayah. Plaintif sekarang ini seorang guru di SMK Seri
G Payung, Marang, Terengganu dengan pendapatan sebanyak RM3,500 sebulan.
Plaintif dan anak tersebut tinggal bersama ibunya yang juga nenek kepada anak
tersebut di No 421-C, Lorong Budiman, Mengabang Tengah, 20400 Kuala
Terengganu, Terengganu. Rumah tersebut mempunyai tujuh bilik tidur dan
empat bilik air dan berhampiran dengan kawasan orang ramai serta selamat
H untuk didiami. Semasa plaintif bekerja anak tersebut akan diletakkan di bawah
jagaan sepupu plaintif yang bekerja sebagai pengasuh.

[41] Timbul pula isu adakah plaintif termasuk dalam mereka yang telah
hilang kelayakkan dalam menjaga anak tersebut?. Seksyen 82 Enakmen yang
I sama pula memperuntukkan hak seseorang perempuan terhadap hadanah
adalah hilang:
JOBNAME: No Job Name PAGE: 18 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

18 Shariah Law Reports [2012] 4 ShLR

a) jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak A


mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu dalam mana orang
lelaki itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, tetapi adalah
kembali semula apabila perkahwinan itu dibubarkan;

b) jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan B


terbuka;

c) jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan


untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan
pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa C
seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke
tempat lahir isteri itu;

d) jika perempuan itu murtad;


D
e) jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

[42] Mahkamah juga mendapati tidak ada sebab atau keadaan yang
menyebabkan plaintif hilang kelayakan sebagai seorang haadinah. Tiada satu E
sebab daripada lima sebab atau situasi yang digariskan dalam undang-undang
di atas wujud pada plaintif. Plaintif dalam kes ini belum berkahwin lagi setelah
bercerai dengan defendan. Sekalipun plaintif berkahwin, hak jagaaan masih
belum gugur sekiranya kemaslahatan anak tersebut lebih terpelihara di bawah
jagaan plaintif. Ini adalah konsep hadhanah yang mana dijelaskan oleh Sayed F
Sabiq dalam Kitabnya Fiqh al-Sunnah, Jil 8:
Yang beerti:
Sesungguhnya setiap yang menjaga dan yang dijaga (anak) mempunyai hak di
dalam hal pemeliharaan tetapi hak yang yang dijaga(anak) lebih kuat daripada hak G
yang menjaga.

[43] Konsep ini bertepatan dengan s 85(2) yang menggariskan kepada


mahkamah dalam memutuskan hak jagaan anak. Peruntukan tersebut
H
berbunyi:
(2) Untuk memutuskan dalam jagaan siapakah seseorang kanak-kanak patut
diletakkan, pertimbangan yang utama ialah kebajikan kanak-kanak itu dan,
tertakluk kepada pertimbangan itu, Mahkamah hendaklah memberi perhatian
kepada— I
(a) kemahuan-kemahuan ibubapa kanak-kanak itu; dan
(b) kemahuan-kemahuan kanak-kanak itu, jika dia telah meningkat umur dapat
menyatakan sesuatu pendapatannya sendiri.
JOBNAME: No Job Name PAGE: 19 SESS: 1 OUTPUT: Fri Nov 9 12:44:18 2012
//caseml/case/shlr/2012_004_shlr_1

Azizah bt Ibrahim v Sufian bin Che Mud


[2012] 4 ShLR (Rosdi Harun ShHCJ) 19

A [44] Merujuk kepada kes Mohamad Salleh lwn Azizah (1984) 4 JH 212,
hakim di dalam kes ini melihat tiada bukti bahawa ibu ini tidak berkelayakan
memelihara anak iaitu dari segi akal, fikiran, keagamaan, keharmonian,
amanah, kepercayaan dan mahkamah mendapati pihak ibu bermukim di
tempat yang tetap baginya dan belum lagi bersuami lain. Oleh itu, mahkamah
B memutuskan anak-anak dipelihara oleh ibu. Rayuan dibuat ke Mahkamah
Rayuan. Walau bagaimanapun rayuan tersebut ditolak.

[45] Berdasarkan fakta hukum syarak, fakta undang-undang dan fakta


mengenai kes, sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, mahkamah
C memutuskan penjagaan atas diri anak tersebut iaitu Ahmad Ibrahim Adham
bin Sufian adalah terhak kepada ibunya, Azizah bt Ibrahim, No KP:
750119–11–5650, iaitu plaintif di dalam kes ini.

[46] Atas tuntutan plaintif, tuntutan ini dipanggil untuk perbicaraan di


D dalam mahkamah terbuka, dengan kehadiran plaintif, Azizah bt Ibrahim yang
diwakili oleh peguam syarienya, Puan Salwa bt Mansor dari Tetuan Ahmad
Shahabuddin & Co di alamat No 304 & 305 Tingkat 3, Wisma Kokitab, Jalan
Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu. Manakala defendan,
Sufian bin Che Mud tidak hadir. Maka pada hari ini yang arif hakim telah
E membuat perintah-perintah seperti berikut:
(a) Saya luluskan tuntutan hak jagaan anak oleh, Azizah bt Ibrahim, No
KP: 750119–11–5650, plaintif.
(b) Saya perintah hak jagaan kekal seorang anak yang bernama:
F
i. Ahmad Ibrahim Adham
bin Sufian
ii. No. Sijil Kelahiran : CD 60485
iii. No. Mykid : 090808-11-0133
G iv. Tarikh Lahir : 08/08/2009
diletakkan di bawah jagaan plaintif, Azizah bt Ibrahim, No KP:
750119–11–5650 sebagai ibu kandung.
(c) Saya perintahkan kos ditanggung oleh pihak plaintif dan defendan
H masing-masing.

Plaintiff ’s claim for custody of child approved.

I Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

You might also like