Kertas Kerja Tournament Feb PBD 2021

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA DUNGUN 2021 ANJURAN PERSATUAN


BADMINTON DUNGUN (PBD)

1.0 ASAL USUL SUKAN BADMINTON

Badminton merupakan sejenis sukan menggunakan raket dan bulu tangkis


yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan)
ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah
bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh
jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan
raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan.
Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis
hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.
Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif
perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran,
yang mana setiap pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi
permainan, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang cemerlang: pemain
memerlukan stamina aerobik, ketangkasan, kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia
juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan koordinasi badan yang
baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam; sukan ini mula dimainkan
di Yunani silam dan Mesir. Di Jepun, sukan berkaitan iaitu Hanetsuki telah
dimainkan seawal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada
sebuah sukan yang dipanggil battledore and shuttlecock, yang mana dua atau lebih
pemain memukul bulu tangkis di udara menggunakan raket kecil. Sukan ini dikenali
sebagai "Poona" di India semasa abad ke-18, dan pegawai tentera British
mengaplikasikan versi India semasa kembali ke England pada 1860an, yang mana
ia dimainkan di rumah kediaman kebangsaan seperti kediaman kelas atasan. Isaac
Spratt, penjual anak patung London, menerbitkan sebuah risalah iaitu, "Badminton
Battledore - a new game" pada 1860, tetapi malangnya tiada cetakan dilakukan.
Meskipun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa
mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk
Denmark dari Eropah. Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai
pemain bertaraf-dunia secara konsisten sejak beberapa dekad yang lalu dan
mendominasi pertandingan peringkat antarabangsa, yang mana Malaysia sering
menjadi pendominasi sejak kebelakangan ini.
2.0 LATAR BELAKANG KEJOHANAN

Kejohanan yang dipertandingkan adalah acara KEJOHANAN BADMINTON


TERBUKA DUNGUN 2021 dengan anjuran PERSATUAN BADMINTON DUNGUN
(PBD). Kejohanan ini akan dianjurkan setiap tahun dan berkemungkinan akan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari peminat sukan ini.

3.0 OBJEKTIF

i. Memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sukan badminton


disamping memberi galakan kepada pemain-pemain baru beraksi di
pertandingan terbuka seperti ini.
ii. Mengeratkan silatulrahim di antara pemain-pemain Badminton seluruh
daerah Dungun disamping bertukar-tukar pandangan dan pengalaman.
iii. Seterusnya memberi pulangan kepada ekonomi penduduk di sekitar
Terengganu khusus daerah Dungun.

4.0 TENTATIF PROGRAM

Pertandingan akan berlangsung selama 1 hari iaitu :-

Tarikh : 13 FEBRUARI 2021 - ( SABTU )


Tempat : Dewan Majlis Sukan Negara, Dungun

Acara dipertandingkan : Kategori :


 Beregu Novis A & B
 Beregu Bakat Baru
 Beregu Campuran B & C

Syarat dan Kaedah Pertandingan :

i. Setiap pemain yang menyertai akan ditapis sepenuhnya mengikut


kelayakan masing-masing.
ii Syarat-syarat lain dan kaedah pelaksanaan pertandingan akan
. ditentukan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pertandingan dan
Teknikal.
5.0 SASARAN

Sasarannya adalah:

1. Sekolah yang ada di negeri Terengganu,


2. Institusi pengajian di negeri Terengganu
3. Kelab / Persatuan Badminton seluruh negeri Terengganu

6.0 HADIAH KEJOHANAN UNTUK SETIAP KATEGORI:

Johan : RM 500.00 + Medal


Naib Johan : RM 250.00 + Medal
Ke 3 & 4 : RM 100.00 + Medal

JUMLAH SEMUA KATEGORI (Wang Tunai): RM 2850.00

Cabutan bertuah : Hamper


(Hamper = RM 40 X 20 = RM 800.00)

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL PERKARA KUANTITI RM / JUMLAH
UNIT RM
Hadiah Kejohanan - Wang Tunai Dan
1. 3650.00
Hamper
2. T’Shirt FELET (Urusetia) 15 40.00 600.00

3. Makan minum

i. Urusetia

( 13.2.2021 )( Sabtu )

~ Tengahari 15 orang 8.00 120.00


~ Petang 15 orang 4.00 80.00

Bayaran Pengadil
4. 6 orang 100.00 600.00
( Makan + Minum )

5. Banner dan banting

i. Banner ( 18 kaki x 8 kaki ) 1 300.00 300.00

ii. Banner (20 kaki x 4 kaki ) 1 120.00 120.00

6. Bulu Tangkis (FELET NO. 2002) 30 75.00 2250.00


7. Sewa Dewan 1 hari 576.00 576.00
8. Perbelanjaan luar jangka - 200.00 200.00

JUMLAH KESELURUHAN RM8,496.00

8.0 ANGGARAN PULANGAN / PENDAPATAN


i. Anggaran Penyertaan adalah sebanyak 100 penyertaan.
96 penyertaan x RM 80.00 ( yuran penyertaan ) = RM 7680.00

9.0 PENUTUP

Semoga dengan adanya sukan ini dapat memberi manfaat kepada pemain –
pemain Badminton seluruh Negara dan yang menariknya sukan Badminton ini
ianya boleh dimainkan oleh seluruh lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda,
lelaki atau perempuan selain dapat memupuk minat dari kalangan pelajar sekolah.

Majulah Sukan untuk Negara

You might also like