Minit Mesyuarat KKB Bil 3

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BIL 3/2023

Tarikh : 28 JULAI 2023

Masa : 8.30 PAGI

Tempat : Bilik Mesyuarat Pengurusan


Mahkamah Kuala Kubu Bharu

KEHADIRAN :

1. Puan Siti Fatimah Binti Talib - Pengerusi


Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu
Ketua Pusat Kos

2. Puan Nurul Mardhiah Binti Mohammed Redza


Hakim Mahkamah Sesyen & Majistret Kuala Kubu Bharu - Naib
Pengerusi

3. Tuan Mohamad Azrul bin Muhd Sobri - Setiausaha


Penolong Pendaftar

4. Puan Ithaya Malar Krishna Moorthy - Tidak hadir


Pembantu Tadbir N22 dengan maaf

5. Tamilarasi a/p Ganesan


Jurubahasa L29

6. Puan Suzita binti Abdullah


Pembantu Tadbir Undang-Undang L22

7. Puan Azlina binti Raatu


Pembantu Tadbir (P/O) N19

8. Puan Noraini binti Mohd Razali


Pembantu Tadbir (P/O) N19

9. Puan Nor Hanis binti Mohd Rathi


Pembantu Tadbir (Kew) W19

10. Encik Pravinthiran a/l Gagahtharam


Jurubahasa LA19

11. Encik Yafet a/l Bah Uda Aman


Jurubahasa LA19

12. Puan Noor Asfizatul Ain binti Jamalludin


Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

13. Encik Mohamed Syahmi bin Zainudin


Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

14. Encik Nor Azrol bin Che Senan - Tidak Hadir dengan
Pembantu Operasi N11 maaf

15. Encik Muhammad Khalid bin Meri


Pembantu Operasi N11

16. Cik Nur Hidayah Salam Binti Hussain


Jurubahasa My-Step - Tidak Hadir dengan
maaf

1. UCAPAN ALUAN TUAN PENGERUSI

1.1. Puan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan


terima kasih kepada semua pegawai yang hadir di mesyuarat pada hari
ini.

1.2. Puan Pengerusi juga mengucapkan selamat kembali bertugas di


Mahkamah Kuala Kubu Bharu kepada Puan Nurul Mardhiah Binti
Mohammed Redza, Hakim Mahkamah Sesyen

1.3. Puan Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada pelajar


internship dari Universiti Islam Antarabangsa dan mengingatkan semua
kakitangan Mahkamah dapat memberi kerjasama dengan pelajar
internship sepanjang berada di Mahkamah Kuala Kubu Bharu.

1.4. Puan Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada


kakitangan yang terlibat dalam deco raya baru-baru ini diperingkat Pusat
Tanggungjawab Mahkamah Negeri Selangor sempena Hari Raya
AidilFitri 2023.

1.5. Puan Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Encik Yafet A/L Bah Uda
Aman yang menerima Anugerah Pekerja Cemerlang tahun 2022.
1.6 Puan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Biro Integriti
yang mengadakan urine test daripada AADK Hulu Selangor dan hasil
keputusan semua kakitangan negatif sebarang jenis dadah.

1.7 Puan Pengerusi mengucapkan tahniah kepada biro-biro yang aktif dan
Puan Pengerusi juga mengekalkan biro-biro yang dilantik oleh Tuan
Mohd Kafli Bin Che Ali iaitu bekas Tuan Pengerusi sebelum ini.

2. PERKARA-PERKARA YANG DIBANGKITKAN

2.1. Hari Bertemu Pelanggan

2.1.1. Hari Bertemu Pelanggan akan diadakan pada 8 Ogos 2023 jam
8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

2.1.2 Puan Noraini memaklumkan bahawa Ybhg. Dato Anita Harun


(Pengarah Mahkamah Negeri Selangor) akan hadir bersama 15
orang dari Pusat Tanggungjawab Mahkamah Negeri Selangor.

2.2 Mesyuarat Empat Serangkai

2.2.1 Puan Pengerusi telah hadir ke Mesyuarat Empat Serangkai dan


mengingatkan mengenai etika pakaian sopan bagi orang awam
seperti selipar jepun tidak dibenarkan dan meminta anggota
RELA membuat teguran secara berhemah.

2.2.2 Puan Pengerusi juga turut mengingatkan supaya makanan dan


minuman dari waris OKT di dalam lokap juga tidak dibenarkan.

2.2.3 Puan Pengerusi juga maklumkan untuk kakitangan yang


membuat kerja sambilan di luar waktu pejabat perlu
mendapatkan kebenaran dari PTJ Mahkamah Negeri Selangor
terlebih dahulu.

2.3.4 Puan Pengerusi menegaskan semua kakitangan Mahkamah


perlu bertanggungjawab atas punch card dan meminta agar
semua mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA.

2.3.5 Puan Pengerusi juga mengingatkan kesemua kakitangan perlu


hadir kursus dan latihan selama 4 hari.

2.3.6 Puan Pengerusi mengingatkan mengenai kontrak pembersihan


dan anggota RELA perlu dikemaskini sebelum 6 bulan tamat.
2.3.7 Puan Pengerusi mengingatkan kepada semua kakitangan
mengenai Cuti Kecemasan adalah digunakan dalam keadaan
kecemasan dan kegunaan mendesak sahaja dan perlu
mempunyai baki cuti yang mencukupi. Cuti ganti perlu
mendapatkan penyata cuti ganti daripada Puan Noraini.

2.3.8 Puan Pengerusi maklumkan mengenai bailiff tuntutan perlu


diteruskan dan mengikut arahan dari PTJ Mahkamah Negeri
Selangor. Deposit Mahkamah sejumlah RM75K perlu
bertanggungjawab untuk segera hubungi peguam ambil tindakan
peguam berkaitan.

2.3.9 Puan Pengerusi menegaskan kakitangan yang tidak menghantar


Sasaran Kerja Utama (SKU) perlu disegerakan tindakan.

2.3.10 Puan Pengerusi memaklumkan untuk draf kertas kerja


lawatan ke Penjara disediakn dan dihantar untuk semakan pada
atau sebelum 15.8.2023.

2.3.11 Puan Pengerusi maklumkan etika berpakaian pejabat dengan


lengkap dan kemas sebagai penjawat awam sama ada semasa
di dalam pejabat atau menjalankan ketika tugasan di luar pejabat.

2.3 Puan Suzita Binti Abdullah

2.3.1 Puan Suzita telah bangkitkan isu kaunter.

2.3.2 Puan Pengerusi mengambil maklum dan telah menubuhkan satu


jadual kaunter dan Mahkamah Syariah bagi penugasan
Pembantu Awam dan Encik Syahmi dari Pembantu Tadbir
Undang-Undang yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2023. Sila
rujuk struktur penugasan Mahkamah Kuala Kubu Bharu.

Berhenti semula dan sambung semula pada jam 2.45 petang

3. PEMBENTANGAN BIRO

3.1 BIRO KESELAMATAN

3.1.1 Biro ini telah menghantar latihan kebakaran BOMBA dan telah
hubungi Jabatan BOMBA untuk bertanya status permohonan
kemudian BOMBA telah terima permohonan tersebut akan
membalas surat permohonan dengan segera.
Tindakan : Puan Pengerusi
cadangkan agar latihan
tersebut pada 8 Sept
2023
3.1.2 Biro ini melakukan pantauan anggota RELA waktu malam dan
telah menubuhkan satu buku rondaan kakitangan Mahkamah
atas pantauan RELA
Tindakan : Puan Pengerusi ucap
tahniah atas
penubuhan buku
tersebut.
3.1.3 Biro ini telah mewujudkan PROGRAM SEMPENA
KEMERDEKAAN 2023 & HARI MALAYSIA dengan
mencadangkan empat permainan tradisional mengikut ahli kelab
sedia ada iaitu permainan congkak, tudung tin, batu seremban,
dam haji dan kemudian best match permainan ting-ting.

Tindakan : Puan Pengerusi


meluluskan cadangan ini
3.2 BIRO DISIPLIN DAN INTEGRITI

3.2.1 Peti aduan – kesimpulan ada maklum balas yang baik

Tindakan : Puan Pengerusi


mengambil maklum
3.2.2 Pemeriksaan urine test kesemua kakitangan Mahkamah negative.

Tindakan : Puan Pengerusi


mengucapkan tahniah.

3.2.3 Kad perakam waktu – tanggungjawab individu dan buat masa


sekarang ini masih ada individu membantu punch card kepada
orang lain.
Tindakan : Puan Pengerusi
mengambil maklum dan
tindakan sewajarnya akan
diambil.
3.2.4 Tuntutan palsu mesti dielakkan.
Tindakan : Semua kakitangan

3.2.5 Keluar waktu pejabat perlu mendapatkan kebenaran.


Tindakan : Semua kakitangan.
3.2.6 Sarapan pagi sehingga jam 8.30 pagi dan waktu rehat perlu
dipatuhi
Tindakan : Semua kakitangan
3.2.7 Biro ini mencadangkan laman hijau integriti. Mengikut kreativiti
masing-masing bermula dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember
2023. Mengikut ahli kumpulan kelab dan cabutan lokasi akan dibuat
untuk empat kumpulan.
Tindakan : Semua kakitangan

3.3 BIRO PERHUBUNGAN AWAM (PRO)

3.3.1 Gambar profile akan dikemaskini pada bulan Ogos.

Tindakan : Semua kakitangan

3.3.2 Baju korporat dan t-shirt akan disebut harga.


Tindakan : Semua kakitangan

3.3.3 Lawatan penjara akan disegerakan.


Tindakan : Puan Pengerusi telah
memberi tarikh siap kertas
kerja pada 15 Ogos 2023.

3.4 BIRO KEBERSIHAN, KEAGAMAAN DAN KAUNSELING

3.4.1 Biro ini telah cadangkan Program Bubuk Asyuara sempena bulan
muharram pada 9 Ogos 2023 dengan modal RM300 dengan 70 bekas
diedarkan semua agensi jabatan daerah Hulu Selangor

Tindakan : Cadangan diluluskan.

3.4.2 Biro ini cadangkan bacaan yasin sebulan sekali pada hari Jumaat.

Tindakan : Cadangan diluluskan.

3.5 BIRO KEBERSIHAN DAN EKSA

3.5.1 Biro ini telah mengemaskini aktiviti.

Tindakan : Puan Pengerusi memohon


agar penggantian segera
diambil
3.5.2 Biro ini cadangkan 5s pada 17 Ogos 2023. Puan Pengerusi
memaklumkan sekiranya tempat kerja di pejabat tidak terurus akan di
denda dan tempat yang terurus akan mendapatkan hadiah.

Tindakan : Semua kakitangan.

3.5.3 Biro ini mencadangkan frame sejarah gambar hakim-hakim akan


dicadangkan.
Tindakan : Puan Pengerusi arahkan
untuk sebut harga frame

3.6 BIRO REKREASI DAN SUKAN

3.6.1 Biro ini mencadangkan leisure trip ke Singapura pada 27 October 2023
seramai 9 orang

Tindakan : Puan Pengerusi


mengambil maklum

3.6.2 Biro ini cadangkan permainan bowling pada 9 September 2023

Tindakan : Puan Pengerusi


mengambil maklum.

4. PEMBENTANGAN BENDAHARI

4.1 Puan Nor Hanis (Bendahari) telah maklumkan duit kelab setakat ini
adalah sebanyak RM2810.00 dan perbelanjaan RM2109.00. Jumlah
baki sejumlah RM700.00 lebih
Tindakan : Puan Pengerusi
mengambil maklum.

4.2 Biro ekonomi akan ditubuhkan dengan melantik secara automatik


bendahari dan setiausaha.

Tindakan : Puan Pengerusi ambil


maklum

4.3 Cadangan untuk chiller dan frezzer untuk projek jualan di Mahkamah
ini. Puan Pengerusi memohon agar bendahari check bill elektrik
bulanan untuk memastikan tarif bill tidak terlalu tinggi dan hasil jualan
akan dibayar sekiranya terdapat kadar bill elektrik yang terlalu tinggi
selepas adanya penggunaan chiller dan freezer.
5. PENUTUP

4.1. Ucapan terima kasih daripada Tuan Pengerusi; dan

4.2. Mesyuarat diakhiri dan mesyuarat tangguh jam 4.55 petang

Disediakan oleh : Tuan Mohamad Azrul Bin Muhd Sobri

______________________
Diluluskan oleh : Puan Siti Fatimah Binti Talib

You might also like