Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

SEKOLAH AGAMA MENENGAH SUNGAI

MERAB LUAR

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 2 TAHUN 2022

TAJUK :
PERKEMBANGAN SISTEM PERHUBUNGAN
(TELEKOMUNIKASI) DI MALAYSIA DI TAMAN
PELANGI SEMENYIH, HULU LANGAT, SELANGOR

NAMA : MUHAMMAD IRFAN BIN MUHAMAD YASSER


KELAS : 2 SIDIQ
GURU MATAPELAJARAN : CIK NORIZAN BINTI ISMAIL
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian
4. Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Hasil Kajian
7. Rumusan
8. Rujukan
9. Lampiran
PENGHARGAAN

Pertama-tama, bersyukur ke atas hadrat ilahi kerana dengan limpah dan


kurnianya, telah mengizinkan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu, Encik
Muhammad Yasser bin Johari dan Puan Suriaty binti Mohd Yusof kerana telah
memberi sokongan sepenuhnya kepada saya ketika dalam proses menyiapkan
tugasan ini.
Disamping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengetua
sekolah, iaitu Encik Mohd Yaziz bin Kasran kerana telah memberi saya peluang
untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga, terima diucapkan kepada guru mata
pelajaran Geografi, iaitu Cik Norizan binti Ismail, kerana telah mengajarkan saya
tentang mata pelajaran Geografi dan memberi tunjuk ajar kepada saya untuk
menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan yang telah bersama-sama
dengan saya bagi menyiapkan tugasan ini, dan yang telah membantu saya sedikit
sebanyak dalam meyempurnakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada para
responden dan semua pihak yang terlibat dalam proses untuk menyiapkan tugasan
ini.

PENDAHULUAN

Saya telah diarahkan untuk membuat tajuk “ Kajian Penggunaan Sistem


Telekomunikasi di sekitar Taman Pelangi Semenyih, Hulu Langat, Selangor ”
sebagai tajuk kerja lapangan saya. Hal ini kerana penggunaan sistem telekomunikasi
dapat memberi banyak kemudahan kepada penduduk setempat.
Tempoh masa yang saya ambil untuk menyiapkan kerja lapangan ini ialah
selama dua minggu. Pengumpulan dat dan maklumat yang diperlukan dalam kerja
lapangan ini dilakukan pada minggu pertama. Manakala penulisanlaporan pula
dijalankan pada minggu kedua.

OBJEKTIF KAJIAN

Saya membuat kajian tentang Perkembangan Sistem Perhubungan


(Telekomunikasi) di Taman Pelangi Semenyih, Hulu Langat, Selangor. Objektif
kajian saya ialah :
a) Mentakrifkan dan menghuraikan konsep den jenis atau alat sistem
perhubungan (telekomunikasi)
b) Mencetak dan mentafsirkan peta kawasan kajian
c) Melukis dan membina bahan grafik berkaitan yang sesuai berkaitan
perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian
d) Menjelaskan dan menghuraikan kepentingan sistem perhubungan
(telekomunikasi) di kawasan kajian
e) Mengenalpasti dan menghuraikan kesan negatif perkembangan sistem
perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian
f) Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan negatif
perkembangan sistem perhubungan (telekomunikasi) di kawasan kajian
tersebut

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian yang saya pilih ialah Taman Pelangi Semenyih di daerah
Hulu Langat di negeri Selangor dan kedudukannya berada di 2°56'13"N 101°51'
48''E . Bandar-bandar yang terletak berhampiran dengan Taman Pelangi Semenyih
ialah antaranya Bandar Rinching yang berjarak 3 kilometer, Taman Pelangi
Semenyih 2 yang berjarak 4 kilometer dan Semenyih Parklands yang berjarak 5
kilometer.
Ciri fizikal yang terdapat di Taman Pelangi Semenyih ialah antaranya hutan,
belukar dan rumput di Taman Pelangi Semenyih. Ciri budaya di kawasan ini pula,
antaranya adalah lebuh raya, masjid, sekolah, petempatan dan sekolah. Di Bandar
Seri Putra juga terdapat restoran, sekolah, masjid, balai polis dan klinik kesihatan.
Melalui pemerhatian ini saya, saya dapati kawasan kajian saya merupakan
kawasan tanah pamah, kawasan ini sangat sesuai dibina petempatan. Selain itu
kawasan ini juga sesuai untuk membina masjid, sekolah, jalan raya balai polis dan
lain-lain. Saya memilih Taman Pelangi Semenyih sebagai kawasan kajian kerana
saya telah menetap di kawasan ini hampir 15 tahun, disebabkan itu saya lebih mudah
untuk mencari maklumat dan mengumpulkan data.

- Peta kawasan kajian Taman Pelangi Semenyih, Hulu Langat, Selangor

KAEDAH KAJIAN

Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah


kajian, iaitu :
1) Pemerhatian
- Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian bagi mendapatkan
bahan berkaitan tajuk kajian, iaitu Telekomunikasi di Taman Pelangi
Semenyih.

2) Rujukan
- Saya melayari beberapa lawan web bagi mendapatkan maklumat berkaitan
tajuk kajian, iaitu Telekomunikasi di Taman Pelangi Semenyih

HASIL KAJIAN

1) KONSEP DAN JENIS ATAU ALAT SISTEM PERHUBUNGAN


Mengikut Wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya merupakan komunikasi
elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi
menggunakan radio, televisyen, telefon dan komputer.
Banyak jenis maklumat boleh dihantar melalui sistem telekomunikasi termasuk
suara dan muzik, gambar dan video, fail komputer dan aplikasi serta data telegraf.
Pusat telekomunikasi moden dapat menghantar jumlah maklumat yang banyak
dalam jarak yang jauh tanpa mengalami kerosakan data disebabkan oleh faktor
bising dan gangguan.
Sistem telekomunikasi merupakan semua sistem atau komponen yang terlibat dalam
proses penghantaran maklumat tersebut.

Jenis alat telekomunikasi dan penggunaannya

1) Telefon Pintar
- Telefon pintar digunakan untuk mencari maklumat secara pantas di laman
sesawang dan boleh menghubungi saudara yang jauh.
2) Komputer
- Komputer dapat memudahkan pekerjaan seperti kerani dan komputer juga dapat
menjadi alat hiburan seperti bermain permainan video dan menonton filem.
3) Mesin Pencetak
- Mesin pencetak dapat mencetak maklumat untuk kegunaan kerja dan sekolah. Ia
juga dapat memudahkan kerja.

2) KEPENTINGAN SISTEM PERHUBUNGAN

Pada abad kini, perkembangan dan penumpuan industri komunikasi dan


multimedia menyebabkan pembangunan teknologi yang canggih berasaskan
teknologi maklumat. Oleh itu teknologi maklumat dan komunikasi kini di anggap
sebagai penting. Walaubagaimanapun, terdapat pengaruh dalam kehidupan rakyat
Malaysia terhadap telekomunikasi yang perlu dibendung dengan mengamalkan etika
komunikasi yang betul.
Antara kepentingan telekomunikasi ialah dapat berhubung dengan sesiapa
sahaja di seluruh dunia dengan mudah. Selain itu, pengurusan pentadbiran negara
lebih sistematik dan teratur. Segala urusan kerajaan dan swasta menjadi cepat dan
efisien. Ia juga dapat meningkatkan integrasi dan perpaduan negara Seterusnya,
peluang pendidikan lebih luas dan menjimatkan kos melalui e-pembelajaran.
Pelbagai maklumat dari seluruh dunia dapat diperoleh dengan melayari Internet.
Akhir sekali, urusan kewangan dan perkhidmatan perbankan atas talian
membolehkan kita menguruskan wang di seluruh dunia dengan lebih mudah dan
lancar. Selain itu, satelit cuaca dapat memberi data ramalan cuaca dan fenomena
alam dengan lebih tepat serta terperinci. Siaran langsung melalui aplikasi satelit
membolehkan penonton menyaksikan siaran secara langsung di televisyen.

3) KESAN – KESAN NEGATIF PERHUBUNGAN


(TELEKOMUNIKASI)
Salah satu impak negatif ialah menjejaskan tahap kesihatan remaja. Hal ini berlaku
kerana gelombang elektromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila
terkena pada sel-sel otak untuk masa yang berlarutan akan menyebabkan mutasi
genetik terhadap sel-sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser otak.
Kesan yang kedua ialah pembaziran masa dan kos. Tanpa perancangan dan kawalan
yang baik, akan berlaku penyalahgunaan internet untuk tujuan yang tidak berfaedah.
Golongan pelajar yang sepatutnya mencari ilmu untuk meningkatkan pengetahuan
sering menyalahgunakan internet untuk bermain ‘games online’ atau ‘bersembang
di kotak sembang’ berjam-jam lamanya. Akibatnya berlaku pembaziran dari segi
masa dan kos juga kerana bil elektrik dan bil internet juga meningkat.
Kesan yang seterusnya ialah pencemaran bahasa. Bahasa ’chatting’ yang sering
digunakan oleh pengguna internet telah menguasai dan menjadi bahasa utama dalam
penulisan di blog-blog dan laman sosial di alam maya. Keadaan ini merupakan
situasi tidak sihat terutamanya kepada pelajar kerana terpengaruh dalam penulisan
mereka di sekolah dan juga dalam kehidupan mereka.

4) CADANGAN LANGKAH–LANGKAH MENGURANGKAN KESAN-


KESAN PERHUBUNGAN SISTEM PERHUBUNGAN
(TELEKOMUNIKASI)
Langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perkembangan sistem perhubungan
ialah penguatkuasaan undang-undang. Masalah cetak rompak yang dilakukan oleh
pihak tertentu boleh dikurangkan melalui tindakan tegas oleh pihak berkuasa seperti
polis, Kementerian Perdagangan dan Pengguna serta Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT).
Langkah yang kedua ialah peranan dan pemantauan oleh PBT. Melalui
penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan oleh PBT berupaya mengurangkan
bahan cetak rompak di pasaran.
Langkah yang seterusnya ialah peranan dan pemantauan oleh ibu bapa. Ibu bapa
boleh memantau laman-laman internet yang dilayari oleh anak-anak mereka dengan
meletakkan sekatan ’parent guide’ di komputer di rumah.
Langkah yang terakhir ialah melakukan kempen kesedaran. Melalui bahan media
seperti surat khabar, radio dan televisyen telah menjalankan kempen kesedaran
supaya hanya melayari laman web yang berfaedah.Ini bertujuan supaya tidak
berlaku pembaziran masa dan kos.

RUMUSAN
Sebagai rumusan, terdapat banyak alat telekomunikasi seperti telefon pintar yang
digunakan oleh orang ramai khususnya di kawasan kajian saya. Alat telekomunikasi
ini mempunyai banyak kepentingan, antaranya ialah meningkatkan integrasi dan
perpaduan negara, mengeratkan silaturrahim daan pengurusan dan pentadbiran
negara lebih sistematik dan teratur.
Seterusnya, perkembangan sistem telekomunikasi telah memberi banyak kesan
positif seperti e-perbankan, e-dagang dan e-kerajaan. Walau bagaimanapun, terdapat
juga kesan negatif terhadap perkembangan sistem telekomunikasi ini seperti
menungkatkan kos hidup remaja, hilang fokus ketika sesi pembelajaran dan
menjejaskan kesihatan remaja.
Sama-samalah kita berusaha untuk menggunakan pelbagai alat telekomunikasi
dengan betul dan elakkan menyebar berita atau maklumat tidak tepat kepada orang
ramai.

RUJUKAN

1. BUKU
- ZULKIPLI BIN ISMAIL, RAJANDERAM SUBARMANIAM DAN KANG
CHAI YEONG 2017, GEOGRAFI TINGKATAN 2, JOHOR BAHRU :
DMS BOOK TRADING SDN.BHD

2. INTERNET
- WIKIPEDIA
https://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama
https://prpm.dbp.gov.my/cari1
https://www.hmetro.com.my/

LAMPIRAN
- Mesin Teleks

- Mesin Faks
- Telefon Bimbit

- Telefon Pintar
- Telefon Talian Tetap

- Telegraf

You might also like