Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KOLEJ VOKASIONAL KLANG


NOTA KULIAH 1
SEMESTER SEMESTER 1DVM SESI 2018/2020

JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN


JABATAN
ELEKTRONIK

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK / DVM

KOD/KURSUS DEB 1133 BASIC VIDEO EQUIPMENT

01 MAINTAIN CABLE AND TERMINAL OF ELECTRICAL AND


KOMPETENSI
ELECTRONIC

1.1 Explain the electrical and electronic cable and terminal


1.2 Describe electrical and electronic cable and terminal

KOMPETENSI UNIT 1.3 Identify of electrical and electronic cable and terminal
1.4 Demonstrate electrical and electronic cable and terminal
1.5 Perform electrical and electronic cable and terminal

Trainee must be able to:

KOMPETENSI 1. Recognize cable, terminal and Video Display Unit (VDU) according to VDU
PEMBELAJARAN requirement. (C1, PLO2)

ETN5024/K 01/NK 01-03


NO KOD
EDISI 1/JAN 2018
MUKA : 01 DARIPADA 10
NO KOD JPK

TAJUK: KABEL DAN PENGALIR

Tujuan:
1. Pelajar boleh memahami mengenai kabel dan penggunaannya.

2. Pelajar memahami tentang jenis-jeis kabel

PENERANGAN

Kabel terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:

a. Pengalir (conductor)

b. Penebat (insulation)

c. Perlindungan mekanikal (mechanical protection)

Bahagian-bahagian kabel

M e c hanic al P ro te c tio n

Ins ulatio n C o nd uc to r

a) Pengalir

Bahagian kabel yang terdiri daripada dawai atau kumpulan dawai yaIg bersentuhan satu
sama lain. Pengalir adalah bahan yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya seperti
emas,kuprum,perak,aluminium dan semua bahan logam dalam apa bentuk sekalipun.

b) Penebat

Penebat mekanikal bagi kabel ialah kaedah bagi melindungi pengalir iaitu untuk
mencegah arus bocor keluar daripada pengalir.Penebat ialah bahan yang tidak membenarkan
arus elektrik mengalir melaluinya seperti getah,plastic,silicon dan sebahagiannya.

c) Pelindung Mekanikal

Pelindung mekanikal bagi kabel adalah bertujuan untuk melindungi kabel daripada
kerosakkan mekanikal iaitu kerosakkan dari luar seperti terhimpit, terpijak dan sebagainya.
Terdapat 2 jenis perlindungan mekanikal iaitu :

I. Kabel berperisai

II. Kabel tidak berperisai ( Non-Armoured Cable)

Kabel Berperisai.

Kabel berperisai ialah kabel yang mempunyai dawai-dawai atau sarung logam yang
keras yang dipasang diluar lapisan penebat kabel untuk melindungi kabel dari kerosakan
mekanikal. Logam yang biasa digunakan untuk perisai ialah besi galvanic atau pita keluli.Ia
dibuat dalam bentuk dawai atau pita keluli atau kelongsong.Kabel jenis berperisai dawai
digunakan untuk kabel bawah tanah pada tanah-tanah lembut yang kemungkinan mendap.
Kabel jenis ini berperisai pita keluli pula biasa digunakan pada tanah yang berisiko kerosakkan
mekanikal yang tinggi seperti keadaan berbatu -batu yang keras atau terdedah
pada alat-alat tukang.

Kabel tidak berperisai Dawai.

Kabel tidak berperisai adalah kabel yang tidak mempunyai sebarang balutan perisai.Ia
hanya mengandungi perlindungan mekanikal yang lembut seperti lapisan jut(guni) atau bitumen
(tar) atau balutan timah atau aluminium atau tembaga.

Jenis-jenis Kabel

Kabel biasanya dikenali melalui penebatnya atau jenis perlindungan meknikalnya atau kedua-
duanya sekali.
1. Kabel PVC

Kabel jenis ini pengalirnya adalah tembaga atau aluminium dan penebatnya adalah PVC. Ia
banyak digunakan untuk pendawainya dan kabel perkhidmatan.

2. Kabel PVC berperisai ( Armoured PVC Cable)

Kabel ini pengalirnya adalah jenis tembaga dan penebatnya adalah PVC.Disamping itu ia
mengandungi satu lagi pelindungan tambahan iaitu perisai keluli.Kabel ini biasa digunakan
untuk kabel bawah tanah.Ia boleh didapati dalam bentuk teras 3,4 dan 5.

3. Kabel MICC (Mineral Insulated Copper Covered)


Kabel jenis ini adalah kabel berkelongsong tembaga dan bertebat galian.Pengalirannya juga
adalah tembaga dan penebatnya diperbuat daripada serbuk magnesium oksida yang bewarna
putih yang ditekan dengan padat didalam kelongsong tembaga yang keras.

Kabel ini biasa digunakan pada tempat suhu yang tinggi sehingga 250 ⁰ C seperti rumah
dandang (boiler house) tempat pebakaran arang dan sebagainya.Ia boleh didapati dalam
bentuk teras 1,2,3 dan 4.

4. Kabel PILSA ( Paper Insulated Lead sheated Armoured )

Kabel jenis ( kabel berperisai, bersalut timah, bertebat kertas ) pengalirnya juga adalah jenis
tembaga dan penebatnya diperbuat daripada kertas berminyak, tar,lapisan jut (guni) dan
balutan timah. Kabel ini biasa digunakan untuk kabel bawah tanah pada tempat yang banyak
kemungkinan kerosakkan mekanikal seperti kawasan terlalu lembab, kawasan laluan jentera
berat dan sebagainya.

Jenis-Jenis Kabel Pengalir Kuprum Tidak Boleh Lentur.


1. Kabel penebat pvk, atau getah tanpa salut( teras tunggal)

2. Kabel penebat pvk, atau bersalut pvk./getah

3. Kabel penebat pvk berperisai

4. Kabel penebat mineral

5. Kabel penebat kertas bersalut plumbum

Jenis-jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur

1. Penebat pvk kembar selari


2. Penebat pvk kembar berpintal
3. Penebat pvk beranyam

Pemilihan Kabel

Pemilihan kabel yag hendak digunakan di dalam sesuatu sistem pendawaian adalah
berdasarkan beberapa faktor. Diantaranya adalah:

a) Penggunaan arus dalam litar atau beban.

Jika saiz kabel terlalu kecil berbanding dengan kadar arus yang mengalir melaluinya, kabel
tersebut menjadi panas. Ini akan mengakibatkan penebat bagi kabel tersebut akan cair dan
kemungkinan ‘ short circuit’ akan berlaku dalam sistem tersebut.

b) Suhu disekeliling

Suhu sekeliling dan tempat penyambung sesuatu sistem juga mempengaruhi pemilihan jenis
kabel terutamanya dari segi penebatnya.Sekiranya pendawaian sesuatu system itu ditempat
yang mempunyai suhu yang terlalu tinggi dan terlalu rendah atau pendawaian ditempat
terbuka, maka kabel yang mempunyai penebat yang tebal digunakan.Manakala kabel yang
mempunyai penebat yang nipis digunakan dalam pendawaian tertutup (contoh
casing,conduit,pvc dll).

c) Warna Kabel

Sesetengah sistem mempunyai kabel-kabel yang bewarna dalam pendawaian.Kod-kod warna


pada kabel tersebut mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu, umumnya;kabel warna biasanya
digunakan untuk kabel ‘life’ (dalam AC) atau laluan ‘positif’ ( dalam DC).

Di bawah ini disenaraikan beberapa kod warna kabel :


KOD DAN WARNA

NEGARA N
LIFE EUTRAL EARTH

ANTARABANGSA BROWN BIRU YELLOW + GREEN

GERMAN HITAM PUTIH MERAH

UNITED KINGDOM MERAH HITAM HIJAU

UNITED STATE HITAM PUTIH HIJAU

CINA & JAPAN MERAH HITAM PUTIH

ITALY MERAH PUTIH HITAM

PERATURAN I.E.E YANG BERKAITAN DENGAN KABEL

B.5 Semua kabel, termasuk kabel dan cord boleh lentur untuk kegunaan voltan rendah
hendaklah mempunyai penebat yang baik dan perlindungan tambahan diberikan jika
dikehendaki bagi memastikan tidak berlaku kebakaran pada kabel itu.

B.6 Jenis penebat dan penutup perlindungan , jika ada bagi setiap kabel untuk pemasangan
tetap mestilah dipilih supaya memenuhi kehendak pemilihan kabel di bahagian ini , iaitu
daripada segi penjagaannya dan kerosakan mekanikal ( peraturan B.25-31), kerosakan oleh
kepanasan (peraturan B.34-38),kerosakan oleh kebakaran atau letupan ( peraturan B.39 ) dan
bahaya lembapan dan kekaratan ( peraturan B.41-44 )

B.7 Kabel bertebat atau bersalut p.v.k. untuk kegunaan umum,mestilah tidak digunakan pada
kawasan yang dingin atau ditempat-tempat yang suhunya sentiasa berada di bawah 0 ⁰ C.

B.13 Kabel dan cord boleh lentur yang digunakan di tempat yang terdedah kepada bahaya
mekanikal mestilah sekurang-kurangnya daripada jenis yang bersalut dengan getah atau p.v.k.
dan jika difikirkan perlu, eloklah dipisahkan.

B.16 Kabel atau cord boleh lentur yang terdedah kepada sentuhan minyak atau petrol,
hendaklah di saluti dengan perintang minyak.

B.19 Kadaran voltan bagi setiap kabel (E./E) mestilah tidak kurang daripada voltan litar biasa
yang digunakan.

B.28 Kabel yang tidak bersalut hendaklah dilindungi dengan tutupan dalam conduit, sesalur
atau salur.

HERNESSING CABLE
Hernessing Cable bermaksud menyusun atur lembaran-lembaran kabel dan membentuknya
supaya menjadi satu susunan kabel yang kemas dan tersusun.Ianya kerap digunakan pada
pemasangan pendawaian papan litar dan sebarang pendawaian yang memerlukan kekemasan.

Hernessing cable ini terbahagi kepada 3 jenis;

a) Lacing Cable

b) Sleeving Cable

c) Straps dan Clips Cable

a) Lacing Cable

Lacing cable adalah satu proses dimana kabel-kabel yang disusun atau didawaikan pada papan
litar akan diikat dengan tali nylon disepanjang kabel yang disusun.Kaedah bagi mengikatnya
adalah dari permukaan kabel yang disusun hingga ke penghujung kabel.Cara-cara bagi
mengikat kabel adalah seperti gambarajah dibawah.

b) Sleeving Cable
‘ Sleeving cable’ adalah satu proses dimana kabel-kabel akan disusun dan dimasukkan
kedalam satu kabel (‘shrinkable tubing’ atau’ spiral cabal wrapping’ ) agar kelihatan kemas dan
tersusun. Bagi penggunaan wire dressing dari jenis heat shrinkable,ia memerlukan haba yang
panas untuk mengecutkannya mengikut saiz kabel.

Cara-cara ‘sleeving’ ditunjukkan pada gambarajah di bawah;

Custom cable sleeving

Fiberglass Cable Sleeves

c)’ Straps and clips cable’

Straps and clips cable bermaksud mengumpul kabel-kabel dan mengikatnya dengan
menggunakan ‘wire dressing’ yang bersesuaian seperti ‘surface wiring cable clips’, ‘clips’,’clips-
plastic’,’fixing clipsmetal’ dan sebagainya. Gambarajah di bawah menunjukkan cara-cara straps
and clips cable.

Termination Cable ( Penamatan Kabel)


Termination cable ialah satu proses yang digunakan pada penghujung kabel sebelum dipasang
atau disambungkan kepada terminal atau punca pemasangan. Pada kebiasaannya penghujung
kabel yang akan dipasang dengan alat-alat wire dressing dari jenis termination seperti bootlace,
ferrules,solder teg, push-on-line receptacles, uninsulate terminal dan lain-lain lagi.

Heat Shrink LV Cable


Termination

HT Cable Termination

Marking Cable

Marking cable adalah satu kaedah bagi menanda kabel semasa sistem pemasangan kabel
dijalankan.Tujuan membuat penandaan pada kabel adalah bertujuan untuk;

a) Mengelakkan dari kesilapan semasa menyambung akhir pada sistem

b) Memudahkan membuat pembetulan pendawaian jika berlakunya kesilapan pendawaian.

c) Memudahkan untuk membuat pengujian litar.

Menanda kabel hendaklah menggunakan alat-alat penanda kabel seperti cable marker books,
cable marker books, cable marker cards, cable marker, marker pen,marking tape dan
sebagainya.

You might also like