Buku Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

1. Nama Guru
Pengurusan Bilik Darjah dan
2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
Tingkah Laku
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pengarang : Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel


Penerbit : Oxford Fajar
Jumlah muka surat : 249 Halaman
Tahun Terbitan : 2009

Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran merupakan tempat
yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama dalam kerjaya
seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus
kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) memerlukan pelbagai pengetahuan,
kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Pengurusan bilik darjah yang berkesan dan berimpak
akan membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

i. Membentuk suasana pembelajaran yang positif dan berkesan.


ii. Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.
iii. Mengurangkan masalah disiplin.
iv. Pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.
v. Murid dapat belajar untuk mengawal dan menguruskan diri sendiri.
vi. Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dan murid.
vii. Menggunakan masa optimum yang diperuntukkan untuk pembelajaran

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Rutin bilik darjah yang sistematik dapat mengelakkan sebarang gangguan di dalam bilik darjah
seperti berikut:
1. Meringankan suasana tegang dan menyediakan murid-murid persekitaran untuk menduga
apa yang berlaku dan kelakuan yang diterima.
2. Membenarkan murid-murid untuk menyediakan tugasan harian mereka.
3. Menyempurnakan tugasan dengan lancar dengan peluang-peluang gangguan yang kurang.
4. Melaksanakan tugas-tugas yang diagihkan kepada mereka dengan bertanggungjawab.
5. Meninggikan lagi sikap positif dan kemahiran sosial murid-murid melalui interaksi sosial dan
kerja kumpulan murid-murid dan,
6. Memberi kesan kepada guru-guru untuk berfokus pada arahan dan pencapaian matlamat
pembelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

You might also like