Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Custom-made notes

Bahagian : Rumusan
PENGENALAN RUMUSAN

1 Bahagian ini diuji dalam kertas 2 Soalan 9. Markah yang diperuntukkan sebanyak 30
markah. Pembahagian markah:

 Pendahuluan : 2 markah
 Isi : 16 markah (8 isi diperlukan)
 Kesimpulan : 2 markah
 Bahasa : 10 markah

2 Bahan petikan berdasarkan bahan sumber yang mempunyai tidak kurang daripada dua
fokus.

3 Jumlah bahan yang diberikan mungkin 2 atau 3 bahan, tetapi mempunyai tema yang sama.

4 Bahan-bahan boleh terdiri daripada petikan prosa, puisi atau grafik.

5 Tugasan tidak dinyatakan dalam soalan. Jadi, murid perlu fahami petikan atau bahan yang
diberikan untuk mengenal tugasan (fokus).

6 Bilangan perkataan pula tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kenal pasti tema dan


fokus dalam bahan:
- Tema apa?
- Fokus 1?
- Fokus 2?
Baca soalan - Fokus 3? (jika ada)
Garis isi-isi penting,
Untuk mengenal iaitu
fokus untuk ditulis dalam
pasti tema dan
Langkah bentuk isi tersurat
fokus dalam bahan
Awal
Menulis
Rumusan

Menulis rumusan. Mesti ada:

- Pendahuluan (1 ayat sahaja)


Kira dan tulis patah perkataan
- Isi (8 isi) diambil daripada
bahan
Pastikan tidak melebihi 120 patah
- Kesimpulan (merangkumi
perkataan
pendapat, cadangan dan
harapan (1 ayat sahaja)

© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V)


FOKUS

Lazimnya, fokus bagi setiap bahan boleh terdiri daripada perkara berikut:
Punca/faktor/sebab

Kesan/akibat/implikasi/impak

Langkah/usaha/cara/strategi

Faedah/kebaikan/kelebihan/kepentingan/keistimewaan/manfaat

Masalah/kekangan/halangan

Peranan/tugas/tanggungjawab

Ciri-ciri/kriteria/sifat

Keburukan/kelemahan/kekurangan

Sumbangan/jasa/pengorbanan

TIP MENULIS PENDAHULUAN

Pendahuluan (Dua fokus)

Rumusan membincangkan ____________FOKUS 1_____________ dan


______________________FOKUS 2___________________.

Contoh:

Rumusan membincangkan punca-punca berlakunya vandalisme dan


langkah-langkah untuk menangani vandalisme. [2 markah]

Pendahuluan (Tiga fokus)

Rumusan membincangkan ____________FOKUS 1_____________ ,


______________________FOKUS 2___________________ dan _________
FOKUS 3_______________________.

Contoh:

Rumusan membincangkan punca-punca berlakunya vandalisme, langkah-


langkah untuk menangani vandalisme dan kesan-kesan vandalisme. [2 markah]

© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V)


TIP MENGESAN ISI PENTING

Selain itu, di samping itu, seterusnya, selanjutnya, tambahan


Pananda wacana
pula, kemudian, dan lain-lain

Hendaklah, perlulah, haruslah, mestilah, dan menggunakan


Langkah / usaha
imbuhan meN-

Kepentingan/
Dapat, mampu, boleh, berupaya
kebaikan

Kesan Kesannya, akibatnya, menyebabkan, menjadikan, mendatangkan

TIP MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP

Gunakan kata hubung yang


sesuai untuk
KESIMPULANNYA + TEMA + CADANGAN menggabungkan unsur
+ KESAN/HARAPAN tersebut. Mari kita lihat

SUBJEK
KATA (SIAPA) KATA KESAN
TEMA/ISU POSITIF/NEGATIF
BANTU Pihak yang HUBUNG (harapan)
terlibat
haruslah, Positif? OLEH supaya, Rujuk
Rujuk bahan yang mestilah, - disokong - semua agar, bagi, tema atau
diberi hendaklah, - digalakkan pihak untuk, isu dalam
Kesimpulannya, perlulah - diusahakan - pihak demi bahan
Contoh: kerajaan yang
Gejala vandalisme Negatif? - masyarakat diberi
- dielakkan - ibu bapa
- dibendung - pihak
- dikekang sekolah

Contoh penutup rumusan:

Kesimpulannya, gejala vandalisme harus dikekang agar kemakmuran negara dapat dikekalkan.

© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V)


CONTOH SOALAN

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda
sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan. Fokus 1- usaha Fokus 2: kepentingan/
kebaikan

BAHAN 1 – PETIKAN

Malaysia terkenal sebagai sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai keunikannya tersendiri.
Satu daripada keunikan tersebut adalah melalui kraf tangan. Sememangnya kraf tangan buatan Malaysia
telah menarik hati banyak pelancong asing. Menyedari hal ini, banyak pihak telah menjalankan pelbagai
usaha bagi memastikan industri ini terus berkembang. Antaranya pihak kerajaan telah menjalankan
pelbagai inisiatif termasuklah mengadakan promosi di dalam dan luar negara yang dijalankan menerusi F1B1S1
media massa dan media cetak. Hal ini penting kerana dengan adanya promosi secara terus-menerus,
F2 tentunya dapat meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, kerajaan juga mewujudkan pusat pengumpulan
F1B1S2
B1S1
barangan kraf bagi memudahkan urusan pemasaran seperti Pusat Karyaneka, Pusat Kraf Tangan Malaysia
dan Pasar Seni. Secara tidak langsung, kewujudan pusat pengumpulan barangan kraf ini berupaya
membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. F2B1S2
Dalam pada itu, untuk memastikan industri kraf tangan ini terus berkembang, kerajaan juga
F1B
1S3 memberi bantuan dari segi latihan dan modal. Penduduk tempatan akan diberi latihan dan pendedahan bagi
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan supaya kraf tangan yang dibuat selaras dengan arus pemodenan
F2B1S3
dan memenuhi cita rasa pembeli. Jadi, pendedahan ini akan dapat membentuk masyarakat yang lebih
kreatif dan inovatif. Malahan, bantuan ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan daya saing produk
F2B F1B1
1S4 kraf tempatan yang dinamik pada peringkat antarabangsa. Seterusnya, memperkenalkan teknologi baharu
S4
dalam industri kraf. Hal ini demikian kerana dengan penggunaan teknologi baharu, keluaran industri kraf
dapat ditingkatkan sekali gus harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan. F2B1S5
Di samping itu, pengusaha industri desa haruslah bijak mencari peluang dan platform dalam usaha
F1B1S5
mempromosikan atau mengkomersialkan produk kraf pada peringkat domestik mahupun global. Penerapan
elemen-elemen seni yang unik dalam kraf yang dihasilkan bukan sahaja membantu pengusaha
mempromosikan produk, bahkan dapat mengekalkan warisan dan budaya masyarakat kita. Jelaslah F2B1
bahawa, banyak usaha yang boleh dilaksanakan bagi memastikan industri kraf tangan terus maju. S6
Sememangnya industri ini memberi banyak kepentingan kepada negara dan masyarakat setempat. Dengan
adanya usaha berterusan ini juga membuktikan bahawa industri kraf tangan Malaysia tak lekang dek panas,
tak lapuk dek hujan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Industri Kraf Tangan di Malaysia’
oleh Sofea Suhaimi
Dewan Siswa, Oktober 2017

© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V)


BAHAN 2 - GRAFIK

Diskaun
diberikan
bagi setiap
pembelian
F1B2S1
RM100

Jom Beli-belah Produk Kraf Buatan Malaysia

Sebelum menulis rumusan lengkap,


murid-murid perlu memastikan
penggunaan penanda wacana atau kata
hubung yang sesuai bagi
memperlihatkan kesinambungan atau
pertautan isi.

______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V)


0
JAWAPAN LENGKAP

Rujukan:

Fokus 1 : F1 Fokus 2 : F2 Bahan 1 : B1 Bahan 2 : B2

F1
F1, B1
Rumusan membincangkan usaha-usaha untuk memajukan industri kraf tangan di

Malaysia dan kepentingan-kepentingan memajukan industri kraf tangan. F2

Usaha-usaha untuk memajukan industri kraf tangan di Malaysia termasuklah


F1,B1
mengadakan promosi di dalam dan luar negara yang dijalankan menerusi media massa dan

media cetak. Selain itu, mewujudkan pusat pengumpulan barangan kraf. Di samping itu,

memberi bantuan dari segi latihan dan modal. Seterusnya, memberi diskaun bagi Produk Kraf F1, B2
Buatan Malaysia.
F2, B1

Kepentingannya termasuklah dapat meningkatkan ekonomi negara. Selain itu,

membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping dapat membentuk

masyarakat yang lebih kreatif dan inovatif serta keluaran industri kraf dapat ditingkatkan sekali

gus harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan. Akhir sekali, dapat mengekalkan

warisan dan budaya masyarakat kita.


TEMA CADANGAN

Kesimpulannya, industri kraf tangan perlu dimajukan oleh semua pihak agar industri

ini terus berkembang maju.


KESAN / HARAPAN

(120 patah perkataan)

Menulis pendahuluan berdasarkan fokus soalan.

BAHAN 1 : Fokus 1 : faktor-faktor pemanasan global

Fokus 2 : langkah-langkah mengatasi pemanasan global

BAHAN 2 : Fokus 2 : langkah-langkah mengatasi pemanasan global

PENDAHULUAN:

Rumusan membincangkan faktor-faktor pemanasan global dan langkah-langkah mengatasi


pemanasan global.
© Alaf Sanjung Sdn. Bhd. (516756-V)

You might also like