Soalan Latihan Pra Ups 2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SOALAN LATIHAN PRA UPS 2

(BAB 5 DAN BAB 6)

1. Berikut adalah fungsi pasaran kewangan, KECUALI ?


A. Kecairan.
B. Mengintegrasi maklumat pasaran.
C. Pengurusan Kredit.
D. Pertukaran risiko.

2. Badan Kawal Selia yang terdapat di Malaysia adalah seperti berikut, KECUALI ?
A. Bank Pusat.
B. Bank Pelaburan.
C. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
D. Bursa Malaysia.

3. Apakah yang ditakrifkan dengan Pasaran Wang.


A. Pasaran untuk memperolehi instrumen kewangan jangka panjang.
B. Pasaran di mana berlakunya urusniaga mata wang asing.
C. Pasaran instrumen pasaran hadapan.
D. Pasaran di mana instrumen kewangan jangka pendek diurusniagakan.

4. Pasaran berlakunya pemindahan sekuriti jangka panjang yang diterbitkan kerajaan dan
badan perdagangan swasta kepada pelabur. Kenalpasti pasaran tersebut.
A. Pasaran Wang.
B. Pasaran Modal.
C. Pasaran Pertukaran Mata Wang Asing.
D. Pasaran Derivatif.

5. Berikut sumber pembiayaan jangka panjang KECUALI ?


A. Kertas komersil.
B. Saham Biasa.
C. Bon.
D. Saham keutamaan.

6. Berikut merupakan ciri-ciri saham keutamaan KECUALI?


A. Saham keutamaan boleh ditukar kepada saham biasa.
B. Keutamaan diberi kepada pemegang saham untuk membuat tuntutan.
C. Pemegang saham keutamaan tidak berhak untuk mengundi.
D. Pemegang saham keutamaan merupakan pemilik sesebuah syarikat.
7. Manakah di antara berikut merupakan sumber pembiayaan jangka pendek yang tidak
melibatkan pemberian dana secara langsung kepada syarikat peminjam untuk membiayai
operasi perniagaannya?
A. Kredit Perdagangan.
B. Pinjaman Jangka Pendek.
C. Overdraf.
D. Kertas perdagangan.

8. “Kemudahan kredit yang diberikan oleh bank perdagangan kepada pemegang akaun
semasa untuk mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaunnya setakat
had yang ditetapkan”.
Apakah sumber pembiayaan yang sesuai dengan penyataan di atas.
A. Kredit perdagangan.
B. Overdraf.
C. Pembiayaan jangka pendek.
D. Kertas komersil.

9. Kos yang terlibat dalam sesuatu terbitan sekuriti baharu yang meliputi kos penaja
pelaburan,percetakan, undang-undang dan perakaunan dikenali sebagai ?
A. Kadar faedah.
B. Kos pengapungan.
C. Duti setem.
D. Kos sekuriti.

10. Keperibadian pelanggan dalam menunaikan janji untuk membayar hutang dalam
tempoh masa yang dijanjikan”.
Berdasarkan maklumat di atas nyatakan prinsip pengurusan kredit yang tepat
A. Modal.
B. Perwatakan.
C. Suasana.
D. Keupayaan.

11. “Pihak yang melihat perkembangan firma dari semasa ke semasa untuk mengetahui
pencapaian syarikat dan mengkaji keupayaan, kelemahan dan peluang sesebuah firma.”
Kenalpasti pihak berkepentingan tersebut:
A. Pelabur.
B. Pesaing.
C. Pembekal.
D. Pembiaya.
12. Apakah penyata kewangan yang menunjukkan ringkasan hasil, perbelanjaan serta
untung rugi sesebuah perniagaan?
A. Penyata kedudukan kewangan.
B. Penyata Pendapatan Komprehensif.
C. Penyata aliran tunai.
D. Belanjawan tunai.

13. Berikut adalah maklumat kewangan bagi Syarikat Sri Bayu Sdn .
 Tunai RM 130 000
 Inventori RM 100 000
 Hutang Jangka Pendek RM 90 000

Berdasarkan maklumat yang diberi hitungkan Modal Kerja Bersih.

A. RM 90 000.
B. RM 130 000.
C. RM 140 000.
D. RM 230 000.

14. Nisbah Semasa firma yang kurang daripada 1 menunjukkan bahawa :


A. Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek.
B. Firma mampu membayar balik hutang jangka panjang.
C. Firma tidak mampu membayar balik hutang jangka panjang.
D. Firma tidak mampu membayar balik hutang jangka pendek.

15. Nisbah ini mengukur keupayaan tunai dan aset hampir tunai tanpa inventori untuk
menampung liabiliti semasa. Pernyataan ini merujuk kepada nisbah ?
A. Nisbah Semasa.
B. Nisbah Cepat.
C. Tempoh Purata Kutipan.
D. Pusing Ganti Inventori.

16. Berikut adalah maklumat kewangan dari Syarikat Mega Mendung Sdn Bhd.Nisbah
hutang atas aset adalah 40 %,Jumlah liabiliti syarikat adalah RM1 juta.Hitungkan jumlah
aset syarikat.
A. RM 2.0 juta.
B. RM 2.5 juta.
C. RM 2.6 juta.
D RM 2.8 juta.
17. Manakah di antara berikut merupakan formula Pulangan Atas Aset.

A. (Jualan / Aset) X 100.


B. (Untung Bersih / Aset) X 100.
C. (Jualan / Aset Semasa) X 100.
D. (Untung Bersih / Aset Tetap) X 100.

18. Tempoh purata kutipan Syarikat Mewah Berhad ialah 36 hari. Apakah kesimpulan
yang boleh dibuat berdasarkan penyataan tersebut.
A. Tempoh selama 36 hari adalah mencukupi bagi membolehkan pelanggan
menjelaskan hutang mereka.
B Syarikat Mewah Berhad menetapkan tempoh untuk mengutip hutang
daripada pelanggan selama 36 hari.
C Syarikat Mewah Berhad mengambil masa selama 36 hari untuk mengutip hutang
daripada pelanggannya.
D. Pelanggan Syarikat Mewah Berhad wajib membayar hutangnya dalam
tempoh 36 hari.

19. Kegunaan nisbah ini adalah untuk mengukur sejauh mana keberkesanan syarikat dalam
menggunakan aset – aset dalam operasinya. Apakah nisbah kewangan tersebut?
A. Nisbah Kecairan.
B. Nisbah Hutang.
C. Nisbah Keuntungan.
D. Nisbah Aktiviti.

20. Berdasarkan rajah di bawah, pilih kenyataan yang BENAR :


Nisbah Kewangan Syarikat Rangers Bhd

Nisbah Hutang Atas Aset 35%

A. 35% daripada aset yang dimiliki Syarikat Rangers dibeli secara hutang.
B. 65% dari aset yang dimiliki Syarikat Rangers dibeli secara hutang.
C. Pihak pembiaya tidak yakin untuk memberikan pembiayaan kepada syarikat
Rangers.
D. Pihak pelabur akan melepaskan pegangan saham syarikat.

21. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat sekiranya Margin Untung Bersih syarikat ialah
16 % ?
A. Setiap RM0.16 jualan menyumbangkan keuntungan bersih sebanyak RM1.
B. Setiap RM1 jualan menyumbangkan keuntungan bersih sebanyak RM16.
C. Setiap RM1 jualan menyumbangkan keuntungan bersih sebanyak RM0.16.
D. Setiap RM1 jualan menyumbangkan keuntungan bersih sebanyak RM1.60.
22. Jualan bagi Syarikat Mekar Technologi Sdn Bhd berjumlah RM9 000 000, manakala
inventori RM 3 600 000. Hitungkan pusing ganti inventori.
A. 0.4 Kali.
B. 2.2 Kali.
C. 2.3 Kali.
D. 2.5 Kali.

23. Berikut adalah maklumat kewangan Syarikat Gempak Bhd.


Untung Kasar RM 3.5 Juta.
Untung Operasi RM 2.75 juta.
Untung Bersih RM 2 juta.
Bilangan unit saham keutamaan 1.5 juta.
Bilangan unit saham biasa 5.1 juta unit.

Hitung Pendapatan Sesaham Syarikat Gempak Bhd.

A. RM 0.39.
B. RM 0.54.
C. RM 0.69.
D. RM 1.33.

24. Belanjawan tunai terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu;


A. Penerimaan Tunai, Pembayaran Tunai dan Perubahan Tunai.
B. Penerimaan Tunai, Perubahan Tunai Bersih dan Pembiayaan yang diperlukan.
C. Penerimaan Tunai, Pembayaran Tunai dan Perubahan Tunai Bersih.
D. Penerimaan Tunai, Pembayaran Tunai, Perubahan Tunai Bersih dan Pembiayaan
yang diperlukan.

25. Apakah komponen belanjawan tunai yang menunjukkan jumlah wang yang diperlukan
oleh firma untuk menampung kekurangan tunai yang wujud dalam sesebuah perniagaan.?

A. Penerimaan Tunai.
B. Pembayaran Tunai.
C. Pembiayaan yang diperlukan.
D. Perubahan Bersih Tunai.

You might also like