Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Institute of Teacher Education Malaysia


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tel : 03-8312 6666
Ministry of Education Malaysia
Faks : 03-8312 6655
ARAS 1 - 3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR

Ruj. Kami : KPM.IPGM.S.800-1/1/1.Jld 5 (92)- KMA3001/PDPP/10-23/DINK/0536)


Tarikh : 8 SEPTEMBER 2023
NAMA : MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM BIN AMRAN MUHAMAD HASNI
NO. KAD PENGENALAN: 990611106361
BAHAGIAN/AGENSI : AGENSI LUAR - JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH

Saudara/ Saudari,

TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) AMBILAN OKTOBER 2023 DI INSTITUT PENDIDIKAN
GURU (IPG), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti program di atas berdasarkan butiran berikut:

BIDANG PENGKHUSUSAN : DINI


TAHAP (MENENGAH/ RENDAH) : MENENGAH
TARIKH PENDAFTARAN : 4 OKTOBER 2023
MASA PENDAFTARAN : 08:00 PAGI
TEMPOH PENGAJIAN : 1 TAHUN
PELAKSANAAN KURSUS : KURSUS DALAM CUTI (KDC)
TEMPAT PENGAJIAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
JLN KUALA KETIL
08000
KEDAH

2.Tawaran ini akan TERBATAL dengan sendirinya jika:


a) gagal memenuhi syarat-syarat dan kelayakan kemasukan;
b) gagal melaporkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh diterima oleh pihak yang berkenaan;
c) gagal memberikan maklumat sebenar termasuk maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan program tersebut;
d) gagal mengemukakan dokumen asal yang diperlukan dan keputusan peperiksaan kesihatan dari hospital kerajaan atau swasta yang berdaftar
dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tempoh melapor diri;
e) disahkan oleh pegawai perubatan atau ahli kimia bahawa telah menyalahgunakan dadah seperti mana diperuntukkan di bawah Akta Dadah
Berbahaya 1952 [ Akta 234] walaupun pengesahan tersebut diterima selepas melapor diri atau sedang dalam Tempoh Program;
f) disahkan mengalami masalah kesihatan berpunca dari kemalangan atau penyakit yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang sehingga
menghalang dari mengikuti kursus dengan jayanya;
g) pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.

3.Penetapan bidang dan tempat pengajian adalah muktamad dan anda tidak dibenarkan memohon pertukaran bidang dan tempat pengajian yang
telah ditawarkan.

4.Walau apa pun peruntukan dalam Surat Tawaran ini, KERAJAAN berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat asal program ini pada bila-bila masa
sahaja tanpa sebarang pemberitahuan serta anda tertakluk kepada pindaan tersebut. KERAJAAN juga berhak menarik balik tawaran ini
sekiranya terdapat sebarang ketidakakuran kepada syarat permohonan ini tanpa memberikan sebarang sebab.

5.Setelah tamat pengajian, anda dikehendaki merujuk semula Bahagian / Agensi masing-masing bagi tujuan penempatan. IPGM tidak
terikat untuk menawarkan penempatan atau peluang pekerjaan kepada anda.

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(DR. ROSLI BIN YACOB)


Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like