Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

TUGASAN

HBQE2103
AL-TAJWID
SEMESTER MEI 2023
___________________________________________________________________________

Pengenalan

BismillahirRahmanirRahim,

Membaca Al-Quran adalah suatu bentuk tuntutan, manakala membacanya pula adalah
suatu bentuk kewajiban. Malahan terdapat fatwa sesebahagian ulama mewajibkan untuk
mentadabburi Al-Quran. Menurut Syeikh Syamsuddin Al-Jazary Asy-Syafi'I di dalam
kitabnya “Matan Al-Jazariyah (‫”)متن الجزرية‬, Konsep Tajwid secara umum adalah:

Dengan kata lain, beliau mengingatkan kita bahawa Tajwid adalah “Tanggungjawab
seseorang unutk meletakkan (memelihara) huruf-huruf daripada perubahan yang
berpotensi mengubah ayat dan struktur ayat sekaligus boleh mengubah makna
termasuklah hal yang berkaitan selain daripada penjagaan huruf seperti Idgham, Izhar, Iqlab
dan lain-lain. Sesebahagian ulama mengatakan bahawa “…Meraikan kaedah-kaedah Tajwid
(Makhraj huruf dan Sifat Huruf)”.
Berbeza dengan pendapat kebanyakan ulama’ yang menyatakan bahawa hukum mempelajari
Ilmu Tajiwid adalah Fardu Kifayah, beliau (Syeikh Syamsuddin Al-Jazary) berpegang
bahawa mempelajari Ilmu Tajwid adalah wajib secara Qot’ie. Oleh kerana beliau juga
merupakan ulama bermazhab Fiqh Syafieyah, beliau juga berpegang pada kaedah usul fiqh:

Qias daripada kaedah ini adalah, oleh sebab “…Membaca Al-Quran secara bertajwid
adalah wajib, maka mempelajari Ilmu Tajwid adalah wajib…”.

Objektif Tugasan ini menzahirkan kefahaman individu dalam memahami hukum-hakam


Tajwid dan sifat huruf serta sudut perawakan Imam Hafs bin Sulaiman dalam dunia
pengajian Al-Quran. Untuk mengartikulasikan matlamat ini, kita membuat gambaran secara
umum berkenaan aspek ketokohan beliau disertakan dengan maklumat penting mengenai
beliau.

Membaca kesemua himpunan Manaqib (Biografi) dan kronologi hidup seorang A’lim
adalah prosedur penting sebelum membuat sebarang penghuraian literal dan detail terhadap
beliau. Seandainya amalan itu tidak memungkankan, minimal kenali aspek ketokohan
peribadi ilmuwan kerana tujuan utama mengenali manaqib ulama adalah memupuk rasa
cinta terhadapnya serta membina jati diri atas pengajaran yang pembaca telah fahami. Oleh
kerana itu, pada isi kandungan pertama adalah mengetahui aspek-aspek ketokohan Imam
Hafs bin Sulaiman rahimahu taa’la (r.m.h) dalam pengajian dan Pendidikan Al-Quran beserta
rincian dan huraian.

Pada isi kandungan yang kedua akan membahaskan pendapat ulama tentang sifat huruf.
Di bahagian ini, kita akan mengenali dan memahami beberapa pendapat penting tentangnya
kerana “Sifat Huruf” memainkan peranan yang amat penting Khusunya pemantapan dan
pemeliharan keindahan serta kejelasan bacaan Al-Quran bagi setiap individu. Pandangan
ulama akan diambil daripada Ibrah/Ibarah (Quotes) daripada beberapa kitab demi
menjaga keaslian kalam dan pendapat ulama daripada diselewangkan serta mengelakkan
perbezaan pemahaman pembaca terhadap Pendapat ulama tersebut. Huraian tersebut akan
disertakan contoh bagi pemahaman yang lebih jelas.

Seterusnya, isi kandungan ketiga akan menjelaskan hukum-hukum tajwid yang


terkandung dalam Surah Al-Imran; ayat 1 dan 2. Pada bahagian ini juga akan diberi rincian
yang lebih jelas sesuai dengan keperluan seorang Tholibul Ilmi (‫ )طلب العلم‬dalam kajian Ilmu
At-Tajwid.

Pada bahagian Terakhir, pembaca dihadirkan dengan kesimpulan yang menyeluruh oleh
penulis berkenanan dan penambahan buah fikiran berkenaan kajian dan kerja kursus ini
supaya ia menjadi suluhan buat pembaca khususnya penulis sebagai sebuah intropeksi diri
dalam mencintai Al-Quran dan agamanya.

Bahagian 1

1) Aspek ketokohan Imam Hafs bin Sulaiman dalam pengajian dan Pendidikan Al-
Quran:

Aspek ketokohan adalah sudut perawakan. Tetapi apabila melibatkan lafaz


“ketokohan”, maka secara istilah kita ketahui bahawa perawakan berbentuk jasa dan
kebaikan. Berikut merupakan beberapa aspek ketokohan Imam Hafs bin Sulaiman
berdasarkan kesimpulan sebahagian manaqib beliau dalam pengajian Al-Quran di
“Kitab Ma‘rifat al-qurrā’ al-kibār ‘alá al-ṭabaqāt wa-al-a‘ṣār” karangan Imam
Syamsuddin Abu Abdillah Muhammad Az-Zahabi:

Imam Hafs memiliki Sanad Tilawah


Hampir dengan Rasullah

Imam Hafs: Ahli Qiraat yang Tsiqah,


Dhabt & Dhobit

Imam Hafs Mahir Tentang Bacaan Imam


A'sim

1)
1) Imam Hafs memiliki Sanad Tilawah Hampir dengan Rasullah

Imam Hafs bin Sulaiman merupakan salah seorang anak murid kepada Imam A’sim bin Abi
Bakar Al-Kufi, seorang ulama qurra yang masyhur di Kuffah. Nukilan dari Kitab Ma‘rifat al-
Qurrā’ al-Kibār ‘alá al-Tabaqāt wa al-A‘ṣār karangan Imam Az-Zahabi bahawa Imam A’sim
memiliki Sanad tilawah al-Quran sehingga jarak antara beliau dengan Rasullah s.a.w di
dalam sanadnya hanyalah 2 orang sahabat iaitu Saiyidina Abū ‘Abd al-Raḥmān ‘Abd Allāh
ibn Ḥabīb ibn Rabī‘ah al-Sulamī dan Saiyidina Ali bin Abdul Mutallib. Berikut sanad
tilawatul Quran Imam Hafs bin Sulaiman yang hanya menjarakkan beliau dengan Rasullah
hanyalah 2 sahabat dan seorang Tabi”in:

Imam Hafs bin Imam A’sim bin Abi Imam Abū ‘Abd al- Saiyidina Ali bin Rasullah S.A.W
Sulaiman Bakar Al-Kufi Raḥmān al-Sulamī Abdul Mutallib

mengambil sanad Sohibul Hadis,


mengambil sanad mengambil sanad mengambil sanad daripada gurunya, mempelajari qiraat
daripada daripada gurunya, daripada gurunya, Sohibul Barakah, & tilawahtul Quran
gurunya,Imam Imam Abū ‘Abd al- Saiyidina Ali serta Rasullah s.a.w daripada gurunya,
A'sim Raḥmān al-Sulamī ayahnya, Ḥabīb ibn Malaikat Jibri a.s
Rabī‘ah As-Sulamī

Sanad hadis merupakan di antara Kriteria penting dalam memelihara keautentikan dan kualiti
suatu hadis seperti gaya bacaan al-Quran Imam Hafs bin Sulaiman serta orang semisalnya
(yakni perawi-perawi dalam sanad) mestilah sama dengan gaya bacaan Al-quran daripada
Rasullah s.a.w..

Sanad Bacaan dan Qiroat Imam Hafs bin Sulaiman berada di kategori Hadis Sohih Lidzathi.
Di dalam Ilmu Mustolah Hadis, perkara yang datang daripada Rasullah lalu disampaikan
kepada orang seterusnya lalu seterusnya mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut agar
kebeneran hadis tersebut adalah autentik dan selamat adalah:

i) Ittisolus Sanad (bersambung matan sanad) yakni perawi mendengar daripada perawi
sebelumnya hinggalah sampai kepada sumber.

ii) Ia selamat daripada syaz dan mu’al (cacat) kerana ia boleh menggugat status Hadis.

iii) Perawi-perawi mestilah memiliki sifat A’dalah

iv) Perawi-perawi mestilah memiliki sifat Dhabt.

v) Penukilan dan sifat dhabt perawi adalah terpercaya.

2)
2) Imam Hafs: Ahli Qiraat yang Tsiqah, Dhabt & Dhobit

A) Beliau seorang ahli Qiraat

Imam az-Zahabi memetic di dalam Kitabnya “Ma‘rifat al-qurrā’ al-kibār ‘alá al-ṭabaqāt wa-
al-a‘ṣār”:
Seperti yang telah kita jelaskan pada bahagian “Sanad” di atas, Ilmu Qiraatul Quran diajarkan
kepada Rasullah Ketika Al-Quran diturunkan kepadanya lalu Baginda mengajarkan Bacaan
Qiraat tersebut sebagaimana Al-Quran diturunkan kepada Baginda.

Periwayatan Qiraat tilawatul Quran mestilah secara bertalaqqi dan musofahah. Kesannya,
akan berlaku pemeliharaan Qiraat yang Mutawattir. Malahan Riwayat daripada Imam
Hafs bin Sulaiman adalah Riwayat yang paling sohih dan masyhur. Bagi keadaan Imam Hafs,
beliau menerimanya daripada gurunya, Imam A’sim dengan memenuhi 3 syarat yang telah
ditetapkan oleh para ulama:

i) Sanad Sohih dan Riwayat mutawattir.


ii) Sesuai dengan Bahasa Arab meskipun “bi wajhain” (satu wajah).
iii) Sesuai dengan mushaf Utsmani meskipun hanya secara “ihtimal”.

Jika salah satu daripada 3 syarat ini tidak terpenuhi, maka Sanad tersebut dihukumkan Syadz.
Kata Imam munada berkenaan Qiroat Imam Hafs:

B) Beliau seorang Tsiqoh, Dhabt dan Dhobit

Di dalam Matan al-Baiquniah karangan Imam Umar al-Baiquni:

Dalam suatu Riwayat, Imam az-Zahabi meriwayatkan bahawa beliau memuju Imam Hafs
ialah seorang ahli qiraat yang terpercaya sanad keilmuannya. Seorang Rijal (Perawi Hadis)
akan dikira Tsiqoh (berwibawa/terpercaya) apabila beliau memenuihi beberapa syarat Tsiqoh.

i) Memiliki sifat A’dalah

Sifat A’dalah amatlah penting dalam kriteria seorang perawi dalam suatu sanad.
Seandainya ia gugur, ia akan menyebabkan status hadis menjadi Dhoif.

Oleh kerana Imam Hafs hidup di era Tabi’ Tabi’in, hampir seluruh hidupnya
dikelilingi para ulama dan orang-orang yang soleh. Hatta masyarakat Ketika itu
menilai perbuatan menaburkan pasir di atas kepala kucing boleh di anggap fasik
dan merosakkan maru’ah dan kredibiliti individu apatah lagi seorang alim dan
Rijal.

ii) Dhabt dan Dhabit

Lafaz “Dhabt” adalah bentuk isim Masdar beerti “Persis”, manakala lafaz “Dhabit”
adalah bentuk isim Fael (pelaku).

Dhabit bermaksud seorang perawi mestilah memiliki sifat dhabt.

Maksud Dhabt dalam Mustolah hadis adalah seseorang kuat hafalan serta mampu
menyampaikannya bila-bila masa yang dia kehendaki. Tambahan, individu tersebut
menyampaikan sesuatu persis sebagaimana beliau mendengarnya, memberi
kefahaman sebagaimana seseuatu tersebut wajar dan sesuai yang difahami dan
berusaha memastikan sesuatu itu terpelihara.

Seandainya Dhabt dalam Mushaf Madinah, maka ia adalah sutu tanda baca.

Imam Hafs diiktiraf oleh ramai sekali ulama sezaman dengannya serta ulama setelah
beliau sebagai seorang yang amat Dhabt. Berdasarkan kalam Imam Munada:

Berdasarkan kalam di atas, Imam A’sim memperdengarkan hafalan dan bacaan Al-
Quran Imam Hafs secara ‘aradh dan talqin dalam majlis Talaqqi sehingga Imam
A’sim mengiktiraf kualiti hafalan Imam Hafs.

Talaqqi dan musyafahah ada 3 macam:

i) Sama’ – Guru membaca, anak murid mendengar

ii) A’radh – Anak murid membaca, guru menyemak

iii) Talqin - Guru membaca dan anak murid mendengar, kemudian Anak
murid membaca, guru menyemak

Maka apabila Imam az-Zahabi memuji Imam Hafs seorang yang Dhabit (bentuk isim Fael
(pelaku)), maka beliau mentaukidkannya untuk menunjukkan kepada kita bahawa Imam Hafs
seorang yang benar-benar memiliki hafalan yang bagus serta baik dalam menyampaikannya
Kembali sebagaimana beliau menghafal.
2) Penerangan Pendapat ulama tentang Sifat Huruf.

Sifat huruf secara lughah adalah keadaan yang menetap pada Sesuatu yang lain.

Manakala Secara istilah adalah suatu keadaan yang baru mendatang berlaku ke atas suatu
huruf Ketika ia dibaca tepat keluar dari tempat makhrajnya.

Jadual di bawah adalah beberapa khilaf ulama dalam perbahasan sifat Huruf.

Perbezaan Pendapat Ulama Tentang Sifat Huruf

4) Imam Abu
5)
Muhammad
1) Imam Ibnu 2) Imam as- 3) Imam al- Sesebahagian
Makki Ibn
al-Jazari Syatibi Farra' Ulama
Abi Talib al-
berpendapat berpendapat berpendapat berpendapat
Qaisi
bahawa bahawa bahawa bahawa
berpendapat
bilangan sifat bilangan sifat bilangan sifat jumlah
bahawa
huruf adalah huruf adalah huruf adalah bilangan sifat
bilangan sifat
17. 16. 14. huruf adalah
huruf adalah
20.
44.

1) Imam Ibnu al-Jazari berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah 17.

Di dalam Kitab Mandzumah al-Muqaddimah fima Yajibu Ala Qari' al-Qur'an an Ya'lamah
karangan Imam Ibnu al-Jazari, belaiu membahaskan tentang “Sifat Huruf” di bab Sifat.

Menurut beliau, sifat huruf ada 17 sifat. Pandagan ini kemudian menjadi jumhur ulama
tentang jumlah bilangan sifat-sifat huruf.
Tambah beliau, daripada sejumlah 17 sifat huruf, ia terbahagi menjadi 2:

i) 10 sifat yang berlawanan/ 5 pasang sifat yang berlawanan (Sifat Lazimah).


ii) 7 sifat yang tunggal (Sifat A’ridhah).

 Berikut merupakan jadual sifat berlawanan:

Nama Sifat Huruf & Huruf & Contoh Lawan Sifatnya & Huruf & Contoh
keadaannya Dari Surah Al-Fatihah, keadaannya Dari Surah Al-Fatihah,
At-Tin, As-Syams At-Tin, As-Syams
Sifat Hams, ‫َفحثه شخص سكت‬ Sifat Jahr, Selain huruf Hams
keluar nafas tidak keluar nafas
“… ‫”…الَّرْح ٰم ِن الَّر ِح ْيِۙم‬ “… ‫”…َر ِّب اْلٰع َلِم ْيَۙن‬

Sifat Syiddah, ‫أجد قط بكت‬ Sifat rakhawah, Selain huruf syiddah


suara tertekan suara terlepas
“…‫”…َاْلَحْم ُد‬ “… ‫”…َغْيِر اْلَم ْغ ُضْو ِب‬

Sifat isti’la, ‫خص ضغط قع‬ Sifat istifal, Selain huruf isti’la
lidah naik ke langit- lidah turun
langit “… ‫”…ِصَر اَط اَّلِذ ْيَن‬ “… ‫”…َاْنَعْم َت َع َلْيِه ْم‬

Sifat ithbaq, ‫صضطظ‬ Sifat infitah, Selain huruf ithbaaq


lidah lengket dengan lidah terpisah dari
langit-langit “… ‫”…َو اَل الَّض ۤا ِّلْيَن‬ langit-langit “… ‫ِاَّياَك َنْعُبُد َو ِاَّياَك‬
‫”…َنْسَتِع ْيُۗن‬
Sifat idzlaq, ‫فر من لب‬ Sifat ishmat, Selain huruf idzlaq
mengeluarkan huruf mengeluarkan huruf
dengan cepat dan “… ‫”…ٰم ِلِك‬ dengan tertahan/susah “… ‫”…َو ُطْو ِر ِس ْيِنْيَۙن‬
mudah

 Sifat Huruf ‘Aridhah adalah Ciri yang berubah-ubah yang ada pada suatu huruf,
Misalnya keadaan tarqiq (tipis), tafkhim (tebal), ghunnah (dengung), idgham
(meleburkan huruf), atau ikhfa'(menyamarkan huruf)’, termasuklah keadaan yang
panjang atau pendek dan seumpama yang disebut. Berikut merupakan jadual sifat
‘Aridhah:

Nama Sifat Huruf & Huruf & Contoh


keadaannya
Sifat shofar, ‫زسص‬
Keluar mirip bunyi unggas
“… ‫”…َو الَّز ْيُتْو ِۙن‬

Sifat qolqolah, ‫قطب جد‬


Suara memantul/bergetar
“…‫”…ُع ْقٰب َها‬

Sifat liin, ‫وي‬


Mengeluarkan suara dengan
lembut “… ‫”…ِاَّياَك‬

Sifat inhiraf ‫لر‬


Miringnya lidah
“… ‫”…ِاْهِد َنا الِّص َر اَط اْلُم ْسَتِقْيَم‬

Sifat takriir ‫ر‬


Bergetarnya ujung lidah
“… ‫”…الَّرْح ٰم ِن الَّر ِح ْيِۙم‬

Sifat tafassyyi ‫ش‬


Menyebarnya angin di mulut
“…‫”…َو الَّشْم ِس‬

Sifat isthithaalah ‫ض‬


Memanjangkan suara
“… ‫”…َو اَل الَّض ۤا ِّلْيَن‬

2) Imam as-Syatibi berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah 16

Melalui Thoriq As-Syatibiah, Imam as-Syatibi berpendapat bahawa bilangan sifat huruf
adalah 16 dengan tidak mengambil sifat Al-Izlaq dan sifat Al-Ismat ke dalam senarai, tetapi
beliau menambah satu sifat, iaitu sifat Al-Hawa’ie

3) Imam al-Farra' berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah 14.

Imam al-Farra' berpendapat bahawa bilangan sifat huruf adalah 14 dengan tidak mengambil
sifat Al-Izlaq, sifat Al-Ismat, Sifat Inhiraj dan Sifat Lin ke dalam senarai sifat huruf tetapi
beliau menambah satu sifat iaitu sifat Al-Ghunnah.

Menurut jumhur, Al-Ghunnah adalah salah satu huruf hijaiyah kerana asal hukum bacaan al-
Ghunnah dan Sifat al- Ghunnah adalah suatu keterikatan. Jika secara umum hukum bacaan
Ghunnah dikenali dan difahami sebagai huruf nun atau huruf mim yang bertasydid, maka
begitu juga sifat al-Ghunnah dimiliki pada setiap kondisi huruf nun dan huruf mim.
 Bacaan Ghunnah boleh jadi tebal (tafkhim) atau tipis (tarqiq) tetapi tergantung pada
huruf setelah. Seandainya huruf huruf setelah memiliki sifat Isti’la, maka terdapat
Ghunnah sebelumnya. Tetapi jika setelahnya selain huruf Isti’la maka Ghunnah
dibaca tipis. Berikut contohnya:

Ghunnah tebal Ghunnah tipis

“… ‫”… ِم ْن ِط يٍن‬ “… ‫”… َو َأْنُتْم‬


(Surah As-Soffat, ayat 11) (Surah As-Soffat, ayat 18)

 Sifat Ghunnah terletak pada Nun dan Mim bertasydid dan semua hukum bacaan yang
memunculkan dengung. Secara rinci, Ghunnah mempunyai 5 Tingkatan:

Tingkatan Ghunnah Contoh


1) Ghunnah pada huruf nun dan mim yang i) Musyahaddadah : “…‫”… ِإَّنا‬, (Al-Kautsar
bertasydid (musyaddadah) dan (hukmi). ayat 1)

ii) hukmi: “…‫”… ِإن َّنِس يَنا‬, (Al-Baqarah ayat


286)

2) Ghunnah Idgham Naqish (pada hukum i) “… ‫”… َو َم ْن َيْع َم ْل‬, (Az-Zalzalah ayat 7)
bacaan Idgham Bi Ghunnah huruf ya dan
wawu)

3) Ghunnah pada (ikhfa) dan (iqlab) i) Ghunnah pada Ikhfa’ Haqiqi:


“…‫ (”… َذ َّر ٍة َش ًّر ا‬Az-Zalzalah ayat 7)

ii) Ghunnah pada Iqlab:


“…‫( ”… ِح ٌّل ِبَٰه َذ ا‬Al-Balad ayat 2)

4) Ghunnah pada nun sukun tetapi dibaca i) “…‫”… َع ْنُه‬, (Al-Lahab ayat 2)
Izhar

5) Ghunnah pada huruf yang berharakat i) “…‫( ”… َناُر‬Al-Humazah ayat 6)

4) ) Imam Abu Muhammad Makki Ibn Abi Talib al-Qaisi berpendapat bahawa bilangan sifat
huruf adalah 44.

5) Sesebahagian Ulama berpendapat bahawa jumlah bilangan sifat huruf adalah 20.

Sesebahagian ulama membahagikan sifat-sifat huruf kepada pengkatogorian Sifat-sifat huruf


yang kuat dan lemah.
11 Sifat Kuat:
Jahr, Syiddah, Isti'la, Ithbaq, Shafir,
Qalqalah, Inhiraf, Takrir, Tafasysysi,
Istithalah, dan Ghunnah
6 Sifat Lemah:
Hams, Rakhawah, Istifal, Infitah, Lin,
dan Khafa.

3) Rajah di bawah adalah himpunan ayat 1 dan 2 dari Surah Al-Imran:

‫ِبْس ِم ِهَّللا الَّرْح َٰم ِن الَّر ِح يِم‬

1. ‫الم‬
2. ‫ُهَّللا اَل ِإَٰل َه ِإاَّل ُهَو ا َح ُّي ا َقُّيوُم‬
‫ْل‬ ‫ْل‬

Berikut merupakan penjelasan dan rincian hukum tajwid yang terdapat pada ayat 1 di
Surah Al-Imran:
Huruf-huruf Muqhotho'ah

Ayat 1 adalah himpunan huruf Alif (‫ (ا‬Lam ,)‫ (ل‬Mim ,)‫م‬.)

Setiap huruf-huruf ini dibaca mengikut suku kata. Dengan kata lain, huruf-huruf
.yang dibaca mengikut nama-nama huruf tersebut (juga dikenali asmaul huruf)

Ayat 1 mempunyai himpunan huruf-huruf muqatho'ah () atau umumnya dikenali


ramai sebagai huruf-huruf rahsia (maknanya yang Allah sahaja ketahui) tetapi
ramai ulama menelitinya secara istiqra'(induktif). Meskipun terdapat banyak
pendapat, penghujungnya secara Qhot'ie bahawa Alquran gubahan huruf-huruf
yang terdapat Al-Quran adalah suatu mukjizat yang tidak mungkin dilakukan
oleh mana-mana makhluk meskipun mereka menggunakan huruf-huruf
.yang sama )Hijaiyah(

Huruf Lam (‫ (ل‬dan Mim )‫ م‬adalah Mad Lazim )

( Huruf Lam‫ (ل‬dan Mim )‫م‬merupakan Mad Lazim maka setiap 2 huruf ini dibaca )
.sepanjang 6 harakat

( Sebaliknya huruf Alif‫ا‬ia dibaca 1 harakat ,)


Huruf Lam (‫ ل‬adalah Mad Lazim Harfi Muthaqqal )

Huruf( Lam‫ل‬.adalah mad lazim, maka wajib dibaca 6 harakat )


( Sebutan huruf Lam‫ (ل‬terdiri daripada 3 huruf iaitu Lam )‫ (ل‬Alif ,)‫ (ا‬dan Mim )‫م‬.)
( Manakala sebutan huruf Mim‫ (م‬terdiri daripada 3 huruf iaitu Mim )‫' (م‬Ya ,)‫)ي‬dan
( Mim‫م‬.)

Penghujung sebutan huruf( Lam‫ (ل‬adalah huruf Mim berbaris Sukun ) ‫ْم‬Manakala .)
( Awalan huruf pada sebutan huruf Mim‫ (م‬adalah Mim berbaris Kasroh ) ‫ ِم‬.)

( Menurut kaedah Tajwid, seandainya Mim berbaris Sukun ‫ْم‬bertemu Mim berbaris )
Fathah/Dhommah/Kasroh, maka ia dikenali sebagai.Idgham Syafawi/ Mithlain

Huruf( Lam‫ ل‬ini disebut )Muthaqqalkerana setelah dibaca mad (Mad Lazim), ia
.disertai oleh Idgham

Mim (‫ م‬adalah Mad Lazim Harfi Mukhaffaf )

( Huruf Mim‫ م‬.adalah mad lazim, maka wajib dibaca 6 harakat )


( Sebutan huruf Mim‫ (م‬terdiri daripada 3 huruf iaitu Mim )‫' (م‬Ya ,)‫ )ي‬dan ( Mim‫)م‬.
Manakala huruf akhirnya iaitu( Mim sukun ‫ )ْم‬adalah huruf yang sukun tetapi ia tidak
diidghamkan .kepada huruf setelahnya
( Huruf Mim‫ م‬dibaca dengan )qasar kerana terdapat harakat yang bersifat
aridhah dibaca dengan panjang 2 harakat seandainya , .dibaca wasalLalu
.memfathahkan Mim terakhir untuk memlihara tafkhim lafz al-jalalah

.Tetapi men'sukun'kan Huruf Mim terakhir dan membaca 6 harakat adalah lebih afdal

Berikut merupakan penjelasan dan rincian hukum tajwid yang terdapat pada ayat 2 di Surah
Al-Imran:
Ibtida' Hamzah Wasal Pada Lafaz Allah "‫" ُهَّللا‬

( Ibtida hamzah wasal‫ (ْا‬yang terdapat Lam )‫ل‬,'setelahnya, maka ketika ibtida )
( hamzah wasal tersebut dibaca baris fathah‫)َا‬

Lam al-Jalalah dibaca Tafkhim

Lafz al-Jalalah ini dibunyikan secara tafkhim kerana huruf sebelumnya iaitu huruf
hamzah berbaris fathah.

Lam berikut mengandungi mad Tabi'i

Di dalam lafz al-jalalah mempunyai huruf fathah tegak (‫ا‬+َ.di atas huruf lam )
Para ulama qura' meletakkan simbol khas pada lafz al-jalalah menandakan ia perlu
.dibaca 2 harakat
Lafaz ‫ ُهَّللا‬terdapat Huruf Syamsyiyah

Pada lafaz‫ ُهَّللا‬terdapat Alif dan Lam yang bertemu dengan huruf Syamsyiyah iaitu
huruf Lam. Huruf Lam ini tidak perlu dibaca, tetapi langsung membaca huruf Lam
.yang berikutnya

La Nahi adalah Mad Jaiz Munfasil

La ( ‫اَل‬adalah mad jaiz munfasil kerana mad tabi'i bertemu hamzah pada perkataan )
( yang setelahnya‫ِإَٰل َه‬.Maka madnya boleh dibaca sama 4/5/6 harakat .)

Lafaz‫ ِإَٰل َه‬dan ‫ِإاَّل‬mengandungi Mad Tabi'i

Lafaz‫ ِإَٰل َه‬adalah Mad Tabi'i kerana( mempunyai huruf fathah tegak‫ا‬+َdi atas huruf )
.lam, maka dibaca 2 harakat
Lafaz ‫ ِإاَّل‬juga adalah Mad Tabi'i kerana sebelum alif terdapat baris fathah, maka
.dibaca 2 harakat
Lafaz ‫ اْلَحُّي‬dan ‫ اْلَقُّيوُم‬adalah Lafz Al-Qomariah

Lafaz ‫ ( اْلَحّي‬adalah huruf alif‫ (أ‬dan lam )‫ل‬bertemu salah satu huruf Qomariah iaitu )
( huruf ha‫ (ح‬maka lam ,)‫ل‬.dibaca dengan jelas )

Lafaz‫ (اْلَقُّيوم‬adalah huruf alif‫ (أ‬dan lam )‫ل‬bertemu salah satu huruf Qomariah iaitu )
(( huruf ha‫ (ق‬maka lam ,‫ل‬.dibaca dengan jelas )

Lafaz ‫ اْلَقُّيوم‬adalah Mad Arid Lissukun

( Ia adalah Mad Aridh Lissukun kerana huruf wau‫ و‬pada lafaz )‫ اْلَقُّيوم‬adalah Mad
Tabi'i (kerana sebelum huruf wau terdapat huruf berbaris Dhommah) yang bertemu
( dengan huruf Mim‫م‬.yang disukunkan kerana waqaf )
.Maka Mad Aridh Lissukun dibaca samada 2/4/6 harkat

KESIMPULAN

Kecintaan ulama terhadap Al-Quran menjadi faktor utama berlakunya perkembangan dan
kelahiran cabang-cabang ilmu. Meskipun golongan tua yang alim, mereka tetap tunduk
khusyuk dan khudu’ terhadap ilmu Tajwid. Tajwid dimuliakan kerana ia adalah ilmu yang
membantu kita memperindahkan bacaan sekaligus ia adalah alat pelembut hati dan jiwa. Oleh
kerana itu, ulama berpusu-pusu mengkaji dan menulis manzumah, bait demi bait, kitab
syarah tajwid dan qiraat untuk mengkongsikan pengetahuan tersebut kepada masyarakat.

Di antara cabang ilmu dalam tilawatul Quran adalah tajwid, Sifat Hurf dan Qiraat. Pada
tugasan ini, banyak kali kita menitikberatkan pada bahagaian Sifat hurf kerana memaluinya,
bukan sahaja kita dapat mengenali makhrah huruf secara umum, tetapi dapat menambil
iktibar unutk menyempurnakan sebutan huruf Ketika membaca Al-Quran.

Tetapi sayangnya, ramai daripada kalangan masyarakat kita yang mengabaikan kepentingan
untuk mempelajari tajwid. Meskipun Pendidikan dan pelajaran tajwid diajarkan sejak di
bangku sekolah hinggalah dewasa, sesetegah daripada kita masih kelu untuk membaca Al-
Quran. Kenapa? Ini kerana didikan mencintai Al-Quran tidak meresap ke dalam diri.
Kesannya, seseorang akan merasakan membaca Al-Quran adalah remeh kerana alasan ia
adalah mudah tetapi penghujungnya adalah “Tidak Faham” lalu tidak beramal.

Hakikatnya, kerana ketidakfahaman itulah menuntut kita agar fahami keutamaan Membaca
Al-Quran secara bertajwid agar mencintai untuk mengamalkan Al-Quran. Sebagai golongan
belia, adalah amat tidak bijak untuk menunggu usia tua untuk belajar Al-Quran kerana
beberapa sebab:
i) Usia muda mempunyai minda dan tenaga yang paling “fresh” untuk menghafal dan
mengingati konsep asas suatu ilmu.

ii) Usia muda adalah waktu yang sesuai untuk melenturkan lidah menjadi fasih.

iii) Usia muda mempunyai waktu yang Panjang untuk membiasakan dan memahirkan diri
membaca Al-Quran.

Seandainya gagal mengambil peluang untuk mempelajari Ilmu Tajwid, maka akan sukar
untuk mengindahkan bacaan. Tidak cukup seseorang mempunyai keinginan dan usaha
membaca Al-Quran tetapi mestilah memelihara sifat-sifat huruf pada makhrajnya sebagai
bukti kesungguhan kita terhadap menjaga hak Al-Quran.

Oleh itu, sebagai seorang Muslim, kita mestilah berusaha mengenali dan fahami Ilmu Tajwid
seperti Sifatul Hurf agar kita dapat memuliakan dan memenuhi hak dan tuntutan Al-Quran
melalui membaca dengan jelas dan kemas serta mendidik diri, keluarga dan masyarakat agar
membudayakan membaca Al-Quran sekaligus menambah mahabbah kepadanya..

RUJUKAN GAYA APA:

1) Terjemah Matan Tajwid al-jazariyah. (2023, January 2). Terjemah Kitab Kuning.
https://www.alkhoirot.org/2018/02/matan-al-jazariyah.html

2) Al-Jazary, A. H. (n.d.). Syarh al-Manzumah al-Baiquniah.


https://file:///D:/Pixiv/FileInstallerEXE/Annoying%20Sister/New%20folder%20(2)/
Terjemah%20Syarah%20Al-Baiquniyah.pdf

3) Al-Bindany, U. M. (2018). Syarah Matan Tuhfah al-Athfal. Galeri Ilmu Sdn Bhd.

4) Irsyad al-Hadith Siri Ke-104: Hadith sahih. (2016, 29). Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1129-irsyad-al-hadith-
siri-ke-104-hadith-sahih

5) Irsyad al-fatwa Siri Ke-482: Hukum membaca al-Quran dengan bertajwid. (2020,
April 2). Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-
fatwa/irsyad-fatwa-umum/4409-irsyad-al-fatwa-siri-ke-482-hukum-membaca-al-
quran-dengan-bertajwid

6) AL-Masarawi, A. I. (n.d.). EKSISTENSI AL-QIRA’AT AL-MUTAWATIRAH


DALAM HADIS: PEMBEDAHAN KITAB AL-QIRA’AT AL-WARIDAH FĪ AL-
SUNNAH. https://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2017/1021.pdf
7) Ahmad, A. M. (n.d.). Sifat-sifat Huruf. Islamic Games – Malaysia Islamic Games
Website. https://islamicgames.com.my/wp-content/uploads/2022/06/SIFAT-SIFAT-
HURUF.pdf

8) Mohamad, K. A., Nor, Z. M., & Universiti Terbuka Malaysia. Fakulti Pendidikan dan
Bahasa. (2012). HBQE2103: Al-tajwid. Open University Malaysia.

9) Bin rusop, A. F. (n.d.). Main | Kelas Quran Online. https://cepatquran.com/blog/wp-


content/uploads/2018/01/NOTA-RINGKASAN-ASAS-TAJWID-21.pdf

10) Salman, M. M. (n.d.). Panduan Tahsin Tilawah Al-Quran Kelas X.


mmsalman.wordpress.com | Bermanfaat Bagi Sesama.
https://mmsalman.files.wordpress.com/2016/03/buku-tahsin-kelas-x.pdf

BAHAGIAN 2: OCP

1)

2)
3)

4)

5)

You might also like