Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

Topik  Model Program

4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat melakukan perkara berikut:
1. Menerangkan prinsip asas model program Montessori, Reggio
Emilia, HighScope dan Waldorf.
2. Membandingkan keempat-empat model program Penjagaan dan
Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE ă Early Childhood Care and
Education).
3. Membincangkan kekuatan dan kelemahan setiap model dan
bagaimana ia boleh dilaksanakan di Malaysia.
4. Membincangkan bagaimana keempat-empat model dapat
menyokong perkembangan kanak-kanak.

 PENGENALAN
Program Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) boleh memberi
kesan positif dan kekal kepada kanak-kanak. Berkurun lamanya pengkaji dengan
jelas menggambarkan bahawa campur tangan awal melalui program ECCE yang
berkualiti tinggi dan perkembangan yang sesuai menghasilkan kesan yang positif
jangka pendek dan jangka panjang terhadap kepada perkembangan kognitif dan
sosial kanak-kanak. Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak Muda
(NAEYC  National Association for the Education of Young Children) telah
berjaya dan sedang meneruskan kerja untuk meningkatkan profesionalisme
semua pendidik awal kanak-kanak, dan kualiti pengasuhan dan pendidikan awal
(Casper & Theilheimer, 2010).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  71

Terdapat beberapa model program pendidikan awal kanak-kanak yang boleh


menjadi rujukan yang baik apabila hendak mengaplikasikan teori dan prinsip
bagaimana kanak-kanak belajar dalam kurikulum. Model ini boleh dilihat sebagai
kaedah contoh kepada pendidikan awal kanak-kanak dan boleh dijadikan
panduan untuk praktis yang terbaik. Dalam topik ini, kita akan belajar keempat-
empat model pendidikan awal kanak-kanak yang digunakan secara meluas
sebagai kurikulum awal kanak-kanak, iaitu model Montessori, HighScope, Reggio
Emilia dan Waldorf.

4.1 MODEL MONTESSORI


Berdasarkan idea Dr Maria Montessori (1870‒1952) tentang pendidikan awal
kanak-kanak, terdapat tiga tujuan utama yang diberikan penekanan melalui
kaedah Montessori yang terkenal (lihat Rajah 4.1).
Rajah 4.1: Tiga Tujuan Utama yang Diketengahkan oleh Kaedah Montessori

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

Montessori percaya bahawa kanak-kanak ialah arkitek orang dewasa dan


mempunyai kapasiti dan kecenderungan untuk mencari pembelajaran mereka
sendiri. Beliau berpendapat kanak-kanak di bawah umur enam tahun paling
mudah menerima ilmu dan mempunyai minda yang kuat. Ini sekali gus memberi
mereka peluang sekali seumur hidup untuk belajar dengan sepenuh hati. Beliau
memanggil minda kanak-kanak berumur antara tiga dan enam tahun sebagai
minda yang menyerap atau the absorbent mind kerana pada umur ini, kanak-
kanak dapat menyerap semua perkara di sekeliling mereka melalui deria
penerokaan.

Oleh sebab itu, kaedah Montessori menggalakkan kanak-kanak belajar mengenai


dunia di sekeliling mereka melalui penerokaan dan mereka diberikan kebebasan
untuk bergerak, manipulasi dan sentuhan. Ini kerana Montessori menegaskan
bahawa kanak-kanak belajar dengan cara yang paling baik dalam lingkungan
persekitaran saiz kanak-kanak dan merangsang serta menarik minat terhadap
pembelajaran. Wortham (2006) menggambarkan bilik darjah Montessori sebagai
persekitaran yang disediakan dengan bahan mengajar yang disusun dan dirangka
secara urutan yang teliti untuk diperkenalkan oleh guru. Ia diikuti dengan
memberi mereka peluang memilih bahan sendiri untuk kerja bebas.

Premis asas falsafah Montessori adalah kanak-kanak meniru realiti, bukan


membinanya. Bermula daripada melihat dan kemudian melakukan aktiviti,
kanak-kanak mengatur alamnya dan pemikirannya sendiri.
Brewer (1998) yang dipetik daripada Jackman (2001)

Montessori juga membangunkan beberapa permainan bersifat akademik dan


semua aktiviti untuk menyokong proses ini. Direka bentuk untuk membantu
kanak-kanak memperoleh kemahiran, kecekapan dan keyakinan termasuk
mendapat asas akademik, bahan ini boleh dibaiki sendiri, didaktik, direka bentuk
untuk mengajar pelajaran tertentu, menggalakkan kanak-kanak belajar melalui
tanggapan sensori dan memberi tumpuan kepada tugas harian yang praktikal.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  73

4.1.1 Kurikulum Montessori


Kurikulum Montessori pada umumnya dibahagikan kepada tiga bidang
pembelajaran (lihat Rajah 4.2).

Rajah 4.2: Tiga Bidang Pembelajaran dalam Kurikulum Montessori

Mari kita lihat ketiga-tiga bidang pembelajaran satu persatu.

(a) Kemahiran Amalan Kehidupan atau Pendidikan Motor


Sejajar dengan matlamat pendidikan bahawa pendidikan ialah ibu kepada
karakter kanak-kanak, bahagian kemahiran kehidupan atau pendidikan
motor ini direka bentuk untuk mengajar kanak-kanak tentang kemahiran
hidup. Ini dilakukan melalui semua aktiviti „latihan dalam amalan
kehidupan‰ (exercises in practical life). Aktiviti ini membantu kanak-kanak
berfungsi sebagai individu bebas. Ia termasuk memakai baju sendiri,
membersih dan menjaga diri sendiri serta persekitarannya. Setiap kemahiran
disampaikan melalui rangkaian aktiviti yang ditetapkan ă juga disebut
urutan langkah pembelajaran (sequential steps of learning).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

Contohnya, kanak-kanak belajar bagaimana menyapu lantai (lihat Rajah 4.3),


memakai baju sendiri, atau menuang air dari teko ke cawan. Apabila kanak-
kanak melihat orang dewasa membuat aktiviti ini, mereka teringin untuk
melakukan aktiviti tersebut dengan sendiri. Inilah sebabnya mengapa
Montessori menegaskan kepentingan persekitaran yang dirancang kerana ia
membuat kanak-kanak melakukannya sendiri seperti mengelap, mencuci
atau menyapu sekerap mana kanak-kanak itu mahu, selagi dia mahu.

Rajah 4.3: Salah Satu Aktiviti dalam Amalan Montessori dalam Kehidupan
Seharian ialah Mengajar Kanak-Kanak Menyapu Lantai

Dalam persekitaran yang dirancang ini, semua peralatan dan perabot


mestilah mengikut saiz kanak-kanak supaya mereka senang
menggunakannya secara berkesan. Dengan ini, semua persekitaran
Montessori menunjukkan kepada kanak-kanak amalan kehidupan yang
sesuai mengikut kumpulan umur ini.

Amalan kehidupan seharian terbahagi kepada empat kumpulan (rujuk


Rajah 4.4).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  75

Rajah 4.4: Empat Amalan Kehidupan Seharian

Setiap kumpulan mengandungi amalan yang bermula dengan tahap senang


ke tahap yang lebih susah yang melibatkan masa yang panjang dan corak
pergerakan yang lebih kompleks. Amalan yang lebih senang direka bentuk
untuk kanak-kanak pada peringkat umur yang lebih awal. Setiap amalan
ada waktunya yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Ia bergantung pada
perkembangan dan minat individu tersebut. Oleh itu, amalan tersebut diberi
secara umum untuk dilakukan sama ada „awal‰, „kemudian‰ atau „lewat.‰

(b) Pendidikan Sensori


Untuk pendidikan sensori, rangkaian bahan manipulatif dan didaktik yang
digunakan merangkumi banyak set bahan bagi membuat aktiviti seriasi,
klasifikasi dan pemuliharaan melalui pelbagai media. Chattin McNichols
(1992) menyebut bahawa bahan-bahan ini disusun mengikut tahap
kesukaran dengan objektif utamanya adalah untuk mengawalnya jika
berlaku kesilapan. Bahan sensori ini termasuklah set silinder pelbagai
dimensi dan ketinggian, menara kiub, tangga yang lebar, rod yang panjang,
tablet yang berwarna-warni, kiub trinomial dan bentuk segi tiga yang
konstruktif (Wortham, 2006).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

Rajah 4.5: Contoh Bahan Montessori

Sumber: http://www.infomontessori.com

(c) Pendidikan Bahasa atau Intelek


Program Montessori memberi kanak-kanak peluang untuk bercakap dan
mempraktikkan perkataan baharu yang didengari dan mendengar bahasa
dalam semua bentuk yang bercampur aduk. Semasa belajar tentang
penggunaan konsep atau bahan, guru sentiasa menggunakan perkataan
yang menggambarkan dimensi fizikal seperti besar, kecil, tebal, dan nipis
dengan menggunakan bahan pengajaran yang diberikan. Program
Montessori juga mempunyai banyak bahan yang boleh digunakan untuk
pengajaran dan pembelajaran membaca dan menulis dan ini semua
termasuk bahan seperti kertas pasir, huruf abjad dan huruf yang boleh
bergerak untuk mengeja.

Dalam menjalankan kurikulum tersebut, pendekatan Montessori


mengandungi empat elemen yang penting (lihat Rajah 4.6).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  77

Rajah 4.6: Empat Elemen Penting dalam Melaksanakan Kurikulum Montessori

Seterusnya mari kita lihat penerangan bagi setiap elemen tersebut secara
terperinci.

(i) Menghormati Kanak-kanak

„Jangan bantu kanak-kanak dengan tugas yang dia rasa dia akan
berjaya.‰
Maria Montessori

Matlamat bilik darjah Montessori selalunya adalah untuk


meningkatkan sikap berdikari dalam diri kanak-kanak dan
membolehkannya melakukan sesuatu untuk diri sendiri. Oleh itu,
kanak-kanak diberikan banyak peluang untuk bergerak, memakai baju
sendiri, memilih apa yang mereka mahu buat dan membantu orang
dewasa menjalankan tugas. Kemampuan membuat sesuatu untuk diri
sendiri dapat menambah kepercayaan mereka kepada diri sendiri,
yakin pada diri sendiri dan mempunyai harga diri  semua ciri-ciri
penting yang membolehkan mereka mengharungi hidup semasa
meningkat dewasa.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

(ii) Minda yang Menyerap


Memerhati bagaimana kanak-kanak belajar bahasa tanpa seorang pun
mengajar mereka telah mencetuskan pendapat Montessori tentang
„minda yang menyerap.‰ Konsep ini mencadangkan kanak-kanak di
bawah umur tiga tahun tidak memerlukan pelajaran untuk belajar
sesuatu ă mereka menyerap semua yang berada dalam persekitaran
seperti span dengan mengalaminya dan menjadi sebahagian
daripadanya.

Oleh yang demikian, persekitaran yang baik dan positif adalah


penting kerana kanak-kanak akan menyerap apa yang mereka alami
secara tidak sengaja. Kanak-kanak juga akan mempelajari bahasa dan
perkataan yang digunakan di sekeliling mereka. Namun perhatian
perlu diambil kira apabila bercakap kerana pemikiran kanak-kanak
mudah menyerap apa sahaja. Mereka seperti tidak mendengar dan
mungkin tidak boleh menyatakannya sendiri. Apa pun keadaannya,
anda tidak mahu mereka menggunakan perkataan kurang enak
apabila mereka boleh bercakap! Kita juga perlu cuba untuk mengelak
daripada mengatakan „tidak‰ kepada kanak-kanak. Kita tidak mahu
mereka secara biadab menyebut „tidak‰ kepada kita pada kemudian
hari. Sebaliknya kita perlu mencuba menggunakan perkataan
„berhenti‰ untuk memberitahu apa yang mereka buat itu tidak betul.

(iii) Masa Sensitif


Kanak-kanak Montessori akan melalui apa yang beliau sebut masa
sensitif apabila mereka mudah dipengaruhi tingkah laku tertentu dan
boleh belajar kemahiran tertentu dengan lebih senang.

Masa sensitif merujuk kepada sensitiviti yang khusus apabila


sesuatu diperoleh dalam keadaan bersifat kebudak-budakan,
sementara proses peredaran berlaku. Ia ialah penyusunan yang
tidak tetap dan sesuatu sifat perolehan yang tidak tetap. Apabila
sifat atau ciri-ciri telah diperoleh, sensitif yang khusus ini akan
hilang.
Montessori (1996)

Walaupun semua kanak-kanak melalui masa sensitif yang sama


(contohnya, masa sensitif pendengaran), urutan dan masa adalah
berbeza bagi setiap kanak-kanak. Oleh itu, untuk membantu kanak-
kanak belajar tentang bunyi, Maria Montessori telah mencipta set
kotak. Walaupun ia kelihatan sama, setiap kotak mengandungi bahan
yang menghasilkan bunyi tersendiri yang unik apabila digoncang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  79

Bunyi yang dihasilkan oleh pelbagai kotak boleh dibandingkan antara


satu sama lain dan kotak tersebut boleh disusun mengikut bunyi
yang berlainan kelantangannya. Bunyi tersebut boleh juga disesuaikan
dengan kotak yang berlainan set. Beliau merancang aktiviti yang sama
untuk melatih dan membangunkan deria sentuh, lihat, bau, dan rasa.
Dalam contoh ini, peranan guru adalah menggunakan pemerhatian
untuk mendapatkan masa sensitif dan menyediakan tetapan untuk
output yang optimum.

(iv) Persekitaran yang Dirancang


Kanak-kanak paling sesuai belajar dalam persekitaran yang terancang,
di tempat yang membolehkan mereka menjalankan kerja sendiri.
Kebebasan ialah antara ciri yang mustahak dalam persekitaran ini.
Dengan memilih bahan yang sesuai, persekitaran yang dirancang ini
boleh membuat bahan pembelajaran yang boleh digunakan dengan
cara yang tersusun. Setiap aktiviti mempunyai bahan tersendiri yang
digunakan secara tepat dan khusus. Bahan ini dengan jelas dikenal
pasti dan bersedia untuk digunakan. Kanak-kanak diajar menyimpan
semula bahan ini setelah digunakan agar kanak-kanak lain boleh
menggunakannya. Mereka juga digalakkan menggunakan bahan yang
boleh dibaiki sendiri secara bebas. Maka, pada akhirnya, bilik darjah
Montessori menyediakan pendidikan yang memberi fokus kepada
kanak-kanak dan pembelajaran yang aktif (lihat Rajah 4.7).

Rajah 4.7: Contoh Persekitaran Bilik Darjah Montessori

Sumber: http://creativitytheories.wikispace.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

Tugas guru yang pertama adalah untuk melihat persekitaran, dan ini
menjadi keutamaan daripada yang lain-lain. Pengaruhnya adalah tidak
langsung tetapi melainkan ia dilakukan dengan baik, tidak ada kesan
serta tidak ada apa juga keputusan yang kekal secara fizikal, intelek atau
rohani.
Maria Montessori

Ciri-ciri lain di dalam bilik darjah Montessori termasuk perabot dan bahan
mengikut saiz kanak-kanak. Reka bentuk ini sesuai untuk kanak-kanak bersaiz
lebih kecil. Ia direka khas untuk membolehkan kanak-kanak bebas bergerak
dan membuat pilihan mereka sendiri. Persekitaran yang selamat dan mesra,
menggembirakan kanak-kanak, merangsang mereka untuk „bekerja.‰ Montessori
yakin bahawa tugas kanak-kanak ialah bermain dan mereka menyukainya. Maka,
peranan orang dewasa adalah untuk mencipta persekitaran untuk belajar. Oleh
itu, perkembangan kanak-kanak bergantung pada persekitaran yang secara
kebetulan juga melibatkan ibu bapa.

4.1.2 Peranan Guru di dalam Bilik Darjah Montessori


Guru Montessori selalunya membiarkan kanak-kanak bekerja, memberi mereka
ruang dan membenarkan mereka belajar daripada penerokaan mereka sendiri
dan membuat keputusan sendiri. Daripada memberikan mereka jawapan, guru
merangsang mereka dalam proses pembelajaran dan meningkatkan kemahiran
pemikiran kritikal mereka.

Guru Montessori dilatih untuk fokus kepada kanak-kanak sebagai insan


bukan sebagai tempat utama untuk kepentingan rancangan harian mereka. Jadi,
walaupun guru Montessori telah membuat perancangan setiap hari dan untuk
setiap kanak-kanak, beliau juga mesti peka dan bersedia kepada perubahan dari
segi minat, pencapaian, emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Sebagai tambahan,
guru boleh mempermudahkan persembahan dan pembelajaran sejarah, lukisan,
muzik, matematik, astronomi, botani, zoologi, kimia, geografi fizikal, bahasa, fizik,
geometri, dan kemahiran hidup kerana semua mata pelajaran ini saling berkaitan.
Salah satu syarat kritikal bagi guru Montessori ialah berkemahiran dalam
memerhatikan kanak-kanak secara saintifik, dan untuk memastikan guru tidak
mengkritik dan mengganggu tugas kanak-kanak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  81

Dalam bukunya berjodol The Absorbent Mind (halaman 277 hingga 281), Maria
Montessori menyatakan beberapa prinsip tingkah laku untuk guru di dalam bilik
darjah Montessori, iaitu:

(a) Guru sebagai pemelihara dan penjaga kepada persekitaran hendaklah


sentiasa menjaga persekitaran dengan baik. Semua peralatan perlu disimpan
tersusun dengan cermat, cantik, berkilat dan dalam keadaan yang baik. Ia
termasuk keadaan guru sendiri yang perlu kemas, bersih, tenang, dan
dihormati. Tugas guru yang utama adalah memastikan persekitaran sentiasa
dalam keadaan yang sempurna dan ini menjadi keutamaan berbanding yang
lain. Walaupun pengaruh ini adalah secara tidak langsung, ia perlu berkesan
untuk sebarang hasil berkekalan yang akan berlaku.

(b) Guru perlu menggalakkan kanak-kanak pada awal persekolahan, sebelum


tumpuan kanak-kanak bermula. Guru mestilah bersikap mesra, bertenaga
dan menarik. Guru Montessori juga dikenali sebagai pengarah perempuan
atau directress, boleh campur tangan dalam aktiviti kanak-kanak kerana
mereka menganggap ia perlu sebelum kanak-kanak membina kebolehan
untuk memberi tumpuan. Pengarah perempuan boleh menggunakan
banyak cara untuk menarik perhatian kanak-kanak dengan bercerita,
bermain permainan, menyanyi atau berpuisi. Guru boleh menarik minat
kanak-kanak menggunakan pelbagai amalan yang mungkin tiada nilai
pelajaran tetapi sangat berkesan untuk menenangkan hati mereka. Seorang
guru yang bertenaga dapat menarik minat kanak-kanak lebih daripada
guru yang membosankan. Jika terdapat beberapa orang kanak-kanak yang
membuat orang lain menjadi marah, amalan yang paling berkesan adalah
dengan mencelah dan cuba memberhentikan aktiviti tersebut. Mencelah
boleh dilakukan dengan meninggikan suara atau secara lembut iaitu dengan
menunjuk minat kepada kanak-kanak yang bermasalah itu.

(c) Akhirnya, masanya telah tiba untuk kanak-kanak mula menunjukkan minat
dalam sesuatu aktiviti. Pada kebiasaannya, latihan amalan dalam kehidupan
diberikan terlebih dahulu kerana tiada gunanya, malah adalah berbahaya
untuk memberikan kanak-kanak peralatan deria dan budaya sebelum
mereka bersedia memanfaatkannya. Peralatan deria dan budaya ini hanya
diberi kepada kanak-kanak apabila mereka telah bersedia untuk memberi
tumpuan kepada sesuatu aktiviti. Ia biasanya berlaku apabila kanak-kanak
diberi latihan berulang kali dalam amalan kehidupan. Di peringkat ini, guru
tidak boleh mengganggu kanak-kanak kerana aktiviti yang dibuat adalah
atas dasar minat. Apabila tumpuan telah terbentuk dalam diri kanak-kanak,
guru boleh secara perlahan-lahan mengundurkan diri.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

AKTIVITI 4.1

1. Temu bual seorang guru Montessori dan minta beliau


menerangkan falsafah di sekolahnya serta bagaimana dia
membangunkan kurikulum untuk memenuhi aktiviti, minat dan
keperluan kanak-kanak.

2. Senaraikan beberapa sebab anda fikir masyarakat perlu mendidik


kanak-kanak mereka. Bincangkan isu ini secara berkumpulan.

Kongsi jawapan anda dalam myINSPIRE.

SEMAK KENDIRI 4.1

Takrifkan terma-terma berikut:

 masa sensitif

 minda yang menyerap

 persekitaran yang dirancang

4.2 REGGIO EMILIA (1859‒1952)


Pendekatan Reggio bertapak dalam Reggio Emilia di Itali pada akhir kerajaan
diktator fasis dan Perang Dunia Kedua. Reggio Emilia ialah program pendidikan
awal yang mendapat perhatian antarabangsa sebagai model persekitaran untuk
kanak-kanak. Itali mempunyai sejarah dan tradisi budaya bekerjasama yang
panjang dalam semua bidang ekonomi dan organisasi: pertanian, makanan yang
diproses, kesatuan pekerja, keusahawanan dan lain-lain.

Guru yang menggunakan pendekatan Reggio Emilia bekerja dengan tekun untuk
membangunkan cara pengajaran baharu, yang dapat menyokong masyarakat
demokratik yang baharu. Sistem pendidikan ini dipelopori oleh Loris Malaguzzi
yang dibina atas struktur pendidikan berasaskan perhubungan dan perkongsian,

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  83

di mana sekolah berhubung dengan masyarakat sekeliling termasuk ibu bapa dan
ketua komuniti. Pendekatan penyediaan persekitaran di mana kanak-kanak dari
bayi ke umur enam tahun dapat belajar dalam masyarakat bersama orang lain
telah mencetuskan minat orang ramai dari seluruh dunia.

Sekolah Reggio Emilia menggalakkan gurunya untuk menghormati kebolehan


semula jadi kanak-kanak, dan kebolehan mereka berfikir, merancang, mengkritik,
bekerjasama, dan belajar daripada semua perkara yang mereka lakukan. Model
ini berpegang teguh pada pendapat bahawa pendidikan berpunca daripada
persekitaran yang mengajak kanak-kanak untuk meneroka dan belajar melalui
pengalaman sebenar, perasaan ingin tahu, dan perbualan di dalam bilik darjah
dan juga dalam kalangan masyarakat. Beberapa komponen penting dalam kaedah
ini termasuklah mempunyai bahan pembelajaran persekitaran yang hebat dan
sangat menarik (lihat Rajah 4.8), sikap berteraskan masyarakat merangkumi
seluruh bandar, sistem sokongan keluarga dan komitmen kepada proses (Gordon
& Browne, 2011).

Rajah 4.8: Salah Satu Komponen Utama Pendekatan Reggio Emilia mengenai
Persekitaran Bahan Pembelajaran yang Hebat dan Sangat Menarik

Sumber: www.reggioexperience.com

Kanak-kanak perlu dikelilingi dengan persekitaran yang indah dan berfungsi


sebagai asas rujukan yang memberi peluang tanpa had untuk belajar. Persekitaran
memberi kanak-kanak cara lain untuk mencari dan menentukan diri mereka
sendiri. Contohnya, melalui bermain konstruktif, perhubungan kolaboratif,
pembelajaran bekerjasama, menulis, projek secara mendalam dan melalui deria
yang kuat dengan masyarakat yang sentiasa bersedia untuk memastikan dan
memperkuatkan kanak-kanak.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

Pendekatan Reggio Emilia untuk pendidikan awal adalah berlandaskan


perhubungan yang baik antara kanak-kanak dengan orang dewasa. Peranan
utama guru adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan dan tenaga kreatif
kanak-kanak. Matlamat guru seterusnya bukanlah mengajar tetapi meningkatkan
keyakinan dalam diri kanak-kanak itu sendiri dan membuatkan mereka
menyedari potensi diri masing-masing. Arce (2013) mengatakan bahawa guru di
sekolah Reggio Emilia dilihat sebagai pelajar dan juga rakan usaha sama dengan
kanak-kanak, dan bukan berfungsi sebagai pengajar mereka semata-mata.

Kesediaan kanak-kanak boleh diasuh dengan mengambil kira minat dan


ingin tahu serta mengambil kesempatan untuk menerangkan dan mentafsirkan
pemikiran kanak-kanak yang sedia ada. Kemudian, guru memudahkan
pembelajaran kanak-kanak melalui pelajaran berasaskan minat mereka dan
menjawab pertanyaan, sementara terlibat secara aktif dalam aktiviti bersama
kanak-kanak. Peluang pembelajaran diberi secara merentas kurikulum untuk
memupuk minat pelajar dalam mana-mana bidang.

Guru dan ibu bapa perlu berganding bahu, mengekalkan sikap saling hormat-
menghormati antara satu sama lain dalam matlamat dan persekitaran yang sama.
Oleh itu, ibu bapa boleh dilihat selalu dalam bilik darjah, bekerjasama dengan
semua guru dan kanak-kanak dalam semua proses pembelajaran.

Penaksiran kanak-kanak pula dibuat melalui dokumentasi dalam bentuk foto, pita
video, pita rakaman dan tulisan.

Cadwell (1997) berkata dalam Gordon dan Browne (2011), menyenaraikan lapan
asas bagi pendekatan Reggio Emilia (lihat Rajah 4.9).

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  85

Rajah 4.9: Lapan Asas Pendekatan Reggio Emilia

AKTIVITI 4.2

Cari sebuah pusat yang menggunakan pendekatan Reggio Emilia.


Senaraikan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kanak-kanak dan
bagaimana pusat tersebut ditubuhkan. Kongsikan jawapan anda dalam
myINSPIRE.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

SEMAK KENDIRI 4.2

1. Jelaskan kepentingan peranan kanak-kanak dalam model Reggio


Emilia.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan dokumentasi dalam


pendekatan Reggio Emilia dan bagaimanakah ia digunakan?

4.3 PROGRAM HIGHSCOPE


David Weikart (1931‒2003) memulakan kerjayanya dalam pendidikan khas pada
tahun 1962 di Sekolah Umum Ypsilanti di mana beliau merupakan pengarah
pendidikan khas (Schweinhart, 2002). Beliau mencadangkan model HighScope,
program pembelajaran aktif yang dirancang oleh orang dewasa dan dimulakan
oleh kanak-kanak. Ia menitikberatkan perhubungan antara orang dewasa dan
kanak-kanak. Model ini mengaplikasikan teknik pembelajaran untuk membantu
kanak-kanak merancang, memulakan dan melaksanakan idea mereka. Kemudian
mereka menilai semula dan melihat kembali aktiviti pembelajaran mereka. Hujah
utama pendekatan ini ialah kanak-kanak adalah aktif dan mereka boleh
merancang pembelajaran sendiri. Dalam pendekatan ini, pertumbuhan kanak-
kanak ini dipertingkatkan dari segi akademik, sosioemosi, fizikal, dan kreativiti.

Persekitaran pembelajaran yang ideal dan teliti juga memainkan peranan yang
penting dalam model ini. Ia menggabungkan proses merancang-melakukan-
menilai yang mengukuhkan inisiatif dan sikap berdikari kanak-kanak. Ia
mewujudkan situasi di mana guru dan murid ialah rakan kongsi yang aktif dalam
membentuk pengalaman pembelajaran yang lengkap.

Bagi kandungan pembelajaran, kurikulum HighScope memberi penekanan khas


dan tumpuan kepada inisiatif kanak-kanak dan bagaimana mereka menyatakan
pilihan mereka serta terlibat dalam permainan yang kompleks. Penyampaian yang
kreatif, hubungan sosial, muzik dan pergerakan, bahasa dan literasi serta logik
dan matematik adalah sebahagian daripada kurikulum ini.

AKTIVITI 4.3

Bincangkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan Reggio Emilia


dan amalan HighScope dalam kelas anda dalam forum myINSPIRE.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  87

SEMAK KENDIRI 4.3

Ringkaskan apa yang diaplikasikan model HighScope dalam


programnya.

4.4 KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK


WALDORF
Pada tahun 1919, Rudolf Steiner, seorang ahli falsafah dan pemikir mencadangkan
kurikulum Waldorf. Perkara utama tentang model ini ialah kepercayaan
asas bahawa kanak-kanak kecil belajar melalui pemerhatian, peniruan dan
pengalaman, terutamanya semasa fasa awal dalam perkembangan awal kanak-
kanak. Oleh itu, kurikulum memfokus kepada tiga fasa perkembangan kanak-
kanak seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.10.
Rajah 4.10: Tiga Fasa Perkembangan Kanak-kanak

Sekolah yang mengaplikasikan prinsip Waldorf menitikberatkan pembelajaran


melalui bermain. Ia menumpukan masa yang banyak terhadap bermain secara
kreatif. Dalam model ini:

(a) Guru menunjukkan aktiviti secara amali, setempat dan artistik untuk ditiru
oleh kanak-kanak.

(b) Imaginasi dirangsang melalui bercerita dan melakonkan drama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

(c) Alat permainan di dalam bilik darjah kebanyakannya dibuat daripada bahan
semula jadi.

(d) Kanak-kanak biasanya membawa bahan semula jadi untuk bermain dan
diterokai di dalam bilik darjah.

(e) Persekitaran bilik darjah meningkatkan deria kanak-kanak.

(f) Terdapat elemen irama yang kuat berasaskan kitaran hidup dan alam
semula jadi.

(g) Deria kanak-kanak untuk menghargai dan mengagumi sesuatu


dipertingkatkan.

AKTIVITI 4.4

Bandingkan keempat-empat model ECCE dengan mengisi jadual


berikut:

Ciri-ciri Peranan Peranan Persekitaran Contoh


Model
Utama Kanak-kanak Guru Pembelajaran Aktiviti

Montessori

Reggio
Emilia

HighScope

Waldorf

Jika anda ingin membuka sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak,


manakah antara keempat-empat model tersebut yang anda pilih untuk
pusat anda? Jelaskan jawapan anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 MODEL PROGRAM  89

 Keempat-empat kaedah yang digunakan pada masa kini secara meluas ialah
Montessori, Waldorf, Reggio Emilia dan HighScope.

 Montessori percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui deria dan beliau


menggalakkan pembelajaran tentang dunia di sekeliling mereka melalui
penerokaan dan mereka dibenarkan bebas bergerak untuk bertindak,
memanipulasi dan menyentuh.

 Di sekolah Montessori, semua guru bertindak sebagai pengarah. Guru tidak


memberi jawapan kepada kanak-kanak, tetapi mereka dirangsang untuk
berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah, seterusnya terlibat secara
aktif dalam proses pembelajaran dan meningkatkan kemahiran pemikiran
kritikal. Pada kebiasaannya kanak-kanak belajar secara langsung daripada
persekitaran dan kanak-kanak lain berbanding guru mereka.

 Model Reggio Emilia yang diasaskan oleh Loris Malaguzzi dibentuk daripada
struktur asas pembelajaran berdasarkan perhubungan dan perkongsian, di
mana sekolah berhubung dengan persekitaran masyarakat termasuk ibu bapa
dan ketua masyarakat.

 Model HighScope menekankan perhubungan orang dewasa dan kanak-kanak.


Ia program pembelajaran yang aktif dirancang oleh orang dewasa tetapi
dimulakan oleh kanak-kanak. Model ini mengaplikasikan teknik pembelajaran
bagi membantu kanak-kanak merancang, memulakan dan menjalankannya
dan melihat semula serta menilai kembali aktiviti pembelajaran mereka
sendiri.

 Sekolah yang mengaplikasikan prinsip Waldorf menitikberatkan


pembelajaran melalui bermain, menumpukan masa yang banyak kepada
bermain secara kreatif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 MODEL PROGRAM

Deria Model Reggio Emilia


Merancang-melakukan-menilai Model Waldorf
Minda yang menyerap Pelajar bersama
Model HighScope Permainan yang kompleks
Model Montessori Persekitaran yang dirancang

Arce, E. M. (2013). Curriculum for young children: An introduction. Wadsworth


Cengage Learning.

Casper, V., & Theilheimer, R. (2010). Early childhood education: Learning


together. Mc Graw-Hill Ryerson.

Gordon, A. M., & Browne, K. W. (2011). Beginning and beyond: Foundations in


early childhood education. Wadsworth Cengage Learning.

Schweinhart, L. J. (2002). How the HighScope perry preschool study grew: A


researcherÊs tale. Dlm. Phi Delta Kappa Center for Evaluation, Development,
and Research. http://www.highscope.org/Content.asp?ContentId=232

Wortham, S. C. (2006). Early childhood curriculum: Development bases for


learning and teaching. Pearson Merrill.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

You might also like