Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

AKTIVITI MENGKAJI TINDAK BALAS ENDOTERMIK / EKSOTERMIK DENGAN MENGGUNAKAN

BAHAN YANG ADA DI RUMAH.


Tujuan : Menyiasat tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik menggunakan bahan yang ada di
Rumah.
Bahan : Natrium bikarbonat (baking soda) , cuka, lilin
Alat : 2 cawan plastik nipis, sudu plastik, Mancis (lighter), Piring kaca/plastik

Aktiviti 1:
1. Labelkan/tuliskan pada cawan plastik dengan no 1 dan no 2.
2. Masukkan 1 sudu natrium bikarbonat ke dalam cawan plastik 1.
3. Masukkan 5 sudu cuka ke dalam cawan plastik 2.
4. Sentuhkan bahagian bawah cawan plastik 2 pada lengan anda. Rasakan kesejukkannya.
5. Masukkan cuka dalam cawan plastik 2 ke dalam cawan plastik 1.
6. Kacaukan campuran tersebut dengan sudu plastik selama 1 minit.
7. Sentuhkan bahagian bawah cawan plastik 1 pada lengan anda. Rasakan kesejukkannya.

Aktiviti 2:
1. Lekatkan lilin pada piring (seperti dalam gambar di atas).
2. Nyalakan lilin dengan menggunakan mancis / lighter.
3. Perhatikan apakah yang berlaku pada lilin tersebut.
4. Padamkan api lilin selepas 1 minit.

Jawab soalan berikut:


1. Ahli keluarga yang membantu menyediakan bahan untuk aktiviti ialah _________________
2. Aktiviti 1:
a) Rasa kesejukkan apabila cuka dan natrium bikarbonat dicampurkan ialah ( lebih sejuk / kurang sejuk
/ sama dengan yang awal )
b) Ini menunjukkan bahawa tindak balas yang berlaku antara cuka dan natrium bikarbonat ialah tindak
balas yang ( membebaskan haba / menyerap haba )
c) Tindak balas ini adalah tindak balas ___________________

3. Aktiviti 2:
a) Apabila lilin dinyalakan, lilin akan _____________________
b) Keadaan ini berlaku kerana lilin ( membebaskan haba / menyerap haba )
c) Proses ______________________ berlaku
d) Situasi ini menunjukkan tindak balas ____________________

4. Contoh tindak balas yang lain ialah


a) Tindak balas eksotermik : ____________________________
b) Tindak balas endotermik : ____________________________
Format laporan.
1. Hantar foto anda bersama bahan aktiviti ke dalam telegram sains 3 Alpha/3 Omega.
2. Tulis laporan menggunakan kertas testpad mengikut susunan seperti di bawah:
3. a)Tajuk
b)Tujuan
c)Bahan
d)Alat
e)Jawab soalan 1,2,3 dan 4.

You might also like